ADHIYAT menatap rumahnya yang kosong tanpa Haniem. Dia akui yang dia rindukan Haniem. Apabila dia pulang kerja, bayangan Haniem yang menatap dia dengan senyuman selalu terimbau. Tetapi hati isterinya kejam dengan memilih lelaki lain sebagai bakal pengganti dirinya. Mengapa isteri dia mahu dia teruskan perkahwinan ini jika dia yang terluka juga? Namun hati lelaki Adhiyat pantang. Dia tahu Haniem nak kan keadaan sekarang dan dia akan kekalkannya.
Kelmarin, kad jemputan dia dan Maya sudah pun dikeluarkan. Hanya tingga lusa, Adhiyat akan melangsungkan perkahwinannya. Adhiyat menatap kad jemputan itu lalu dia pun membawa keretanya ke destinasi dia.
Pintu dibuka oleh Haniem yang masuk ke dalam keretanya dengan beg bagasi. Setelah itu, tak bercakap langsung, mereka menuju ke destinasi mereka yang seterusnya. Tiba di rumah Encik Malik, Adhiyat menatapnya penuh rasa gementar. Haniem melihatnya.
“Ayah akan faham dan Haniem akan pertahankan abang.”
“Tak perlu! Jangan ingat abang lemah. Haniem yang nak keadaan sekarang dan abang tak perlu rasa takut kalau ini yang Haniem nak kan.” Ujarnya tegas.
Haniem melangkah masuk dengan Adhiyat mengekorinya daripada belakang.
“Ya Allah! Kenapa tak beritahu nak datang?” Puan Zahara gembira menyapa Haniem di ruang tamu.
“Haniem rindukan umi.”
“Umi pun rindukan Haniem. Tapi, kenapa bawa beg besar-besar ni? Haniem dengan Ad nak stay sini ke?”
Haniem mengerling Adhiyat.
“Urhmm.. boleh Ad jumpa dengan ayah?” Tanya Adhiyat.
“Ayah ada kat sini. Kenapa nak jumpa ayah?” Encik Malik tiba.
Makin gementar Adhiyat.
“Apa-apa pun kalau benda tu penting, duduklah. Tak penting pun duduk juga.”
“Tak apa ayah. Ad nak kena pergi sebab nak pergi ambil orang.”
Encik Malik mengeluh. “Habis, kenapa nak jumpa ayah?”
Adhiyat perlahan-lahan menghulurkan kad perkahwinan dia dengan Maya ke arah Encik Malik. Setelah mengambilnya, wajah Encik Malik bertukar merah padam menatap Adhiyat.
“Adhiyat akan melangsungkan....”
Dia memberi tamparan percuma buat Adhiyat sehingga wajah Adhiyat tertolak ke tepi. Kebas dan perit terasa tetapi dia tak mengangkat wajahnya malah hanya terus menunduk.
“Ayah!” Haniem menghalang ayahnya.
“Berani kamu ya. Datang sini, bawa kad jemputan dan beritahu berita gembira ni?!”
“Ayah, Haniem yang izinkan Ad kahwin lain.”
Encik Malik memandangnya tak percaya. Malah semua yang berada di ruang tamu memandang tak percaya.
“Haniem nak dia kahwin sebab... sebab.. sebab Haniem tak boleh bagi zuriat pada Adhiyat dan Adhiyat perlukannya. Haniem nak dia kahwin dengan.. perempuan yang boleh bahagiakan dia dengan anak-anak dia.”
“Usia perkahwinan korang hanya sebulan je. Kenapa nak fikir tentang anak di usia perkahwinan sesingkat ni?”
“Sebab Haniem tahu Adhiyat perlukannya. Haniem nak ayah terima kenyataan ni dan Haniem tak kisah langsung kalau Ad nak kahwin lain.”
Encik Malik menatap anak perempuannya yang memang bersemangat.
“Tapi kenapa tak beritahu kami sebelum ni?” Tanya Puan Zahara.
“Haniem tak nak ayah marahkan Adhiyat. Perkahwinan ni dicepatkan sebab... Haniem nak Ad timang anak lebih awal.”
“Mana Haniem tahu perempuan yang Ad bakal kahwin ni subur?”
“Haniem kenal dia dah lama dan dia... dah buat pemeriksaan kalau dia ni memang subur. Ibu jangan risau sebab Haniem tahu apa yang Haniem buat akan menguntungkan semuanya.” Balas dia.
Adhiyat sedikit terkesima apabila Haniem tak beritahu tentang Maya yang melahirkan anak hasil daripada hubungan haram mereka berdua.
“Tolonglah terima kenyataan ni.”
Encik Malik dan Puan Zahara menatap satu sama lain sebelum mereka mengizinkan tetapi tidak rela.
“Ad kahwin dengan Maya sebab... Maya mengandungkan anak Ad dah empat minggu. Kami percepatkan sebab tak nak salah faham dan majlis tu diadakan... di kampung Ad. Ad harap ibu dengan ayah boleh datang ke majlis tu.”
“Mengandung?!”
Haniem cuba melarikan anak matanya daripada menatap Encik Malik.
“Astagfirullahhalazim! Apa ni Ad? Sebelum ni Ad janji dengan ayah yang Ad akan jaga Haniem dan cintakan dia. Tapi kenapa ini semua boleh terjadi? Kenapa Ad boleh kahwin dengan orang lain dan mengandungkan perempuan yang bukan muhrim Ad?”
“Ad lalai. Tapi Allah dah tetapkannya dan sebelum ni Ad pernah beritahu yang Ad akan reda takdir Ad. Ad akan kekalkan janji Ad untuk bersama Haniem.”
“Janji bersama dia tapi dengan kasih yang berkongsi? Itu ke maksud Ad masa nak melamar Haniem?”
Adhiyat diam.
“Kamu betul-betul mencabar ayah! Kamu boleh kahwin dengan Maya. Tapi kamu ceraikan Haniem.”
“Ad takkan ceraikan Haniem.” Balasnya.
“Jadi untuk apa kamu simpan dia kalau dia jadi pilihan nombor dua juga suatu hari nanti?!”
“Ad akan berlaku adil dan Ad minta ayah izinkan perkahwinan ni dilangsungkan. Ad akan kekalkan status Haniem sebagai isteri Ad dan itu takkan merubah apa-apa. Sama ada pilihan nombor dua atau nombor satu, Haniem akan jadi isteri Ad.”
Kemarahan Encik Malik memuncak. “Kamu nak kahwin sangat kan? Ayah izinkan. Tapi jangan sesekali kamu berani untuk tak berlaku adil.”
“Terima kasih dan Ad minta maaf.” Dia beredar pergi. Fikri mengejarnya.
Disaat Adhiyat mahu masuk ke dalam kereta, Fikri menutup pintu keretanya.
“Eh, putuslah jari aku!”
“Baguslah jari kau putus. Aku kalau boleh nak buat hati kau tu hilang terus! Apa kau ni buat keputusan yang macam tu?”
Adhiyat merengus. “Aku tak ada pilihan okey?”
“Tak ada pilihan? Kau ni memang jenis yang hati kebal ke? Kau tak takut dengan ayah yang marah tadi?”
Adhiyat hanya diam.
“Kan aku dah cakap yang kak Haniem ni berbeza. Kenapa kau tak boleh nampak perbezaan tu Adhiyat Iman? Hati kak Haniem tu rapuh dan sekali kau lukakannya berdarah. Kau nak kahwin dengan perempuan lain begitu mudah!”
“Kau tak dengar ke yang dia nak aku kahwin dengan perempuan lain?”
“Aku tak faham kenapa kau boleh mengandungkan Maya? Kau ni spesies desperate sangat ke apa?”
Adhiyat mengetap. “Kau nak aku buat apa? Batalkan majlis yang hanya lusa tu? Kau kena tolong aku sepatutnya sebagai kawan aku.”
“Eh, aku tak inginlah nak berkawan dengan lelaki lidah buaya macam kau! Apatah lagi nak tolong kau. Kau kena sedar lah Ad yang kau tu dah lukakan hati ramai orang. Now kakak ipar aku sendiri! Wanita yang paling kau sayang, kau boleh biarkan macam tu?”
“Kalau kau tak nak tolong aku, ikut kau lah! Yang pasti Haniem pun ada penggantinya.”
“Mana kau tahu?!”
Adhiyat senyum sinis. “Dia sendiri yang cakap kat aku kalau dia nak aku lepaskan dia supaya dia boleh berkenalan dengan Huzair. Kau ingat perasaan dia je aku nak kena jaga. Habis perasaan aku macam mana? Biar terluka macam ni?”
“Kau ni salah faham kut.”
“Salah faham apanya?! Telinga ni sendiri yang dengar dia cakap depan aku tau. Kau back up dia lagi?! Aku pilih kahwin dengan Maya pun sebab aku nak tunjukkan pada Haniem yang dia takkan dapat bersama dengan Huzair dan aku akan terus... pastikan dia menyesal dengan keputusan dia.” Adhiyat terus masuk ke dalam keretanya.
“Kau melampau lah Ad!”
Tak mendengarnya suara sayup-sayup itu, Adhiyat segera membawa keretanya menuju ke rumah Maya. Di sana, Maya sudah menunggu dia dan masuk sahaja, dia segera memeluk lengan Adhiyat.
“Abang, kenapa lama sangat?”
“Kan abang dah beritahu yang abang nak pergi hantar Haniem kat rumah keluarga dia dan beritahu tentang perkahwinan kita.”
Maya baru teringat. “So macam mana?”
“Penampar sebiji abang dapat.”
Maya tak percaya lalu mengusap pipi Adhiyat. “Patutlah berdarah. Habis abang tak apa-apa? Nak pergi hospital.”
“Tak payahlah. Ni, kita nak bertolak esok rumah Opah. Abang dah sewakan kru untuk bawa baju Maya, semua persiapan perkahwinan kita, umi tempahkan dekat kampung je. Cuma umi nak Maya beritahu abang Maz tentang hal ni.”
“Tak payahlah. Abang Maz bukannya nak balik kampung. Lagipun dia tak ada kat rumah dan Maya call dia pun, tak berangkat.”
Adhiyat mengeluh. “Biarlah dia. Tapi abang tak faham kenapa kampung juga Maya pilih.”
“Suasana kampung kan best. Lagipun Umai dah bersalin.”
Satu lagi yang menyakitkan hati Adhiyat. “Biarlah dia nak bersalin ke apa ke! Kita pergi makan sekarang.”
Maya mengangguk.
Hari terus berlalu. Adhiyat membawa keretanya manakala Maya pun membawa kereta dia sendiri ke kampung. Dengarnya Haniem keluar agak lambat sebab Datin Haliza mahu dia pergi dengannya. Tak pedulikan hal mereka, Adhiyat memandu kereta dia dengan tenang.
Tiba sahaja di kampung, Adhiyat diterpa Opah Hawa yang merinduinya. Adhiyat bertemu dengan MakSu Zainal dan PakSu Hairi. Pada Reza yang berada di kerusi roda dengan Humairah yang berada di belakang suaminya, dia hanya mengangguk tetapi Reza memeluknya erat.
“Reza rindukan abang sangat-sangat. Reza minta maaf bang.”
Adhiyat meleraikan pelukannya. “Sudahlah tu. Tahniah.” Ucapnya.
Reza memandang Humairah yang tersenyum.
“Opah!” Maya menyapa Opahnya riang. Semasa nak memeluk, Opahnya menolak kepala dia.
“Opah, Maya kan tengah mengandung sekarang.”
“A’ah. Kalau gugur macam mana Opah?”
“Baguslah! Suka sangat ke ambil suami orang?” Jerkah Opah Hawa.
“Ini takdir lah Opah. Apa Opah nak pertikaikan takdir Allah ke? Solat tak tinggal, tapi iman tetap kelaut.”
“Apa kamu cakap tadi?! Aku tak dengar. Kuat sikit!”
Maya hanya diam.
“Sedap mulut kamu je nak cakap apa ya! Memang aku kat kampung ni solat. Tapi bila tengok gambar kamu kat majalah tu, luruh iman aku! Suka sangat ke tayang body tu depan orang ramai. Apa tak ada maruah?!”
Maya mengetap. “Abang, tengoklah Opah ni.”
“Ha mengadu lah! Lagi satu, yang gatal sangat pergi mengandung ni kenapa?”
“Menyesal lah buat majlis kat kampung.”
“Ingat heh, Opah takkan terima kau sebagai cucu menantu. Hanya cucu je Opah boleh terima dan cucu menantu Opah cuma Haniem seorang! Kamu pun Ad, jangan mimpi Opah akan terima dia sebagai cucu menantu. Ingat tu?!”
Adhiyat mengangguk.
Kereta keluarga Adhiyat dan keluarga Haniem kelihatan di perkarangan rumah Opah Hawa. Seraya keluar, Opah Hawa tercengang melihat Haniem begitu juga Haniem.
“Mak.” Datin Haliza yang ingin memeluknya dilupakan lalu dia memeluk Haniem.
Haniem membalas pelukannya erat.
“Ya Allah, akhirnya! Opah... Opah rindukan Haniem. Mana Haniem pergi sayang?”
“Haniem... Haniem kenal Opah?”
Air mata yang mengalir diseka dia. “Mungkin Haniem tak kenal Opah. Tapi Opah kenal dan kagum dengan Haniem. Selama ni Opah tunggu Haniem dan firasat Opah ni dah kuat mengatakan yang Haniem ni memang Haniem yang opah tunggu. Tak sangka Allah tu bijak mengatur rancangan. Cuma kita tak boleh bercakap nya sekarang. Opah sentiasa nantikan kehadiran Haniem.”
Haniem mengangguk.
Maya menatap mereka berdua curig. Belum pernah dia melihat Opahnya ramah dengan orang luar.
“Amboi mak ni! Anak sendiri lupa. Cucu menantu, tak sempat kenalkan dia dah peluk.”
“Jangan nak cemburu sangatlah! Macamlah kamu tu tak pernah balik sini.”
“Apa salahnya kalau mak peluk anak kesayangan mak ni?” Katanya.
“Kalau macam tu, pergi tolong Zainal bersihkan periuk kat belakang. Mak nak bawa Haniem dengan keluarga dia masuk. Rumah ni besar dan bolehlah muatkan diorang semua.”
Keluarga Haniem mengikuti Opah Hawa masuk ke dalam rumahnya.
“Aku tak sangka Opah ni ramah.” Bisik Qila seraya masuk.
“Samalah. Tapi aku tak kenal dia pun.”
“Kau rileks je. Baguslah kalau dia kenal kau dan nanti mesti dia layan kita baik-baik je. Muka je nampak nenek kebayan, tapi dia tak sama macam tu.”
Haniem memeluk lengan Qila.
“Ha, Tipah! Layan tetamu ni.” Tegur Opah Hawa pada cucu dia yang baru ke alam kolej.
“Tifah lah Opah.”
“Kamu ingat nafas aku ni panjang sangat ke?! Layan tetamu!”
Latifah atau Tipah segera menjemput mereka duduk dengan dihidangkan air.
“Latifah!” Haris menegurnya.
“Eh Haris. Tak sangka awak.. keluarga kak Haniem.”
Haris malu-malu sehingga Hanis dan Qila mencuit bahu Haniem.
Kampung Adhiyat agak indah sehingga Adhiyat tak menyangka akan hal ini. Tetapi dia tak pernah datang ke sini. Kenapa suami dia tak pernah bawa dia sebelum ni?
Haniem dan Adhiyat ditunjukkan bilik oleh Opah Hawa dan Tipah.
“Abang Ad dengan Kak Haniem tidur sebilik?!” Suara Maya kedengaran marah.
“Yelah.”
“Tapi abang Ad bakal suami Maya. Kenapa dia nak kena tidur dengan kak Haniem?!”
“Sebab Haniem ni masih sah isteri dia! Kamu tu cuma bakal isteri je. Esok lusa tidurlah bawah ketiak Ad ni kalau kamu nak. Malam ni dia kenalah tidur dengan isteri dia. Takkan lah Opah nak berdosa bagi peluang dia tidur dengan kamu kut!” Balasnya.
Maya mengetap.
“Maya, maya. Esok kita dah nak kahwin dan apa kata malam ni abang tidur dalam bilik dengan kak Haniem dan esok lusa abang janji akan sentiasa ada dengan Maya.”
“Janji?”
“Janji.” Balas Adhiyat dengan senyuman.
“Okeylah. Maya masuk tidur dulu. Mengantuk sebab penat.”
Adhiyat mengangguk.
Telinganya ditarik sebelum semoat dia nak beredar pergi oleh Opah Hawa. “Jangan nak bermimpi tidur maghrib-maghrib ni! Bersiap sebab nanti boleh solat sekali!”
“Maya uzur lah Opah.”
“Banyaklah kau punya uzur! Kalau uzur tak mengandung dah kau! Siap kalau kamu tak nak kena jirus air panas dengan Opah.”
Maya terpaksa berlalu pergi juga.
“Haniem dengan Ad pergilah siap. Nanti boleh keluar solat sama-sama.”
“Baik Opah.” Jawab Haniem.
Seraya masuk, Adhiyat segera merebahkan dirinya ke atas katil akibat penat. Haniem hanya tersenyum nipis lalu dia mengemas barang-barang suaminya.
Adhiyat pula sengaja letakkan cincin perkahwinan dia dengan Maya di dalam beg Haniem hanya nak buat Hanism terus cemburu. Semasa Haniem meniliknya, dia segera mencapai cincin itu.
“Jangan sentuh boleh? Cincin ni harga 20 ribu. Kalau awak sentuh, jatuh lah harga dia.”
“Abang ingat Haniem ni perosak ke?”
Adhiyat dengan mencebik lalu mengangguk. “Boleh jadi.”
“Kalau macam tu, simpan dalam poket dan bukannya dalam beg.”
“Kenapa? Kalau Haniem kemas barang abang dan jumpa cincin ni, Haniem nak jealous?”
“Haniem tak ada masa lah nak jealous. Haniem dah penat dan Haniem tak sabar nak tengok abang pakai baju kahwin tu.” Anak matanya terarah pada baju kahwin Adhiyat di hadapannya.
“Kan? Mesti lebih handsome daripada sebelum ni dan lebih bahagia daripada sebelum ni.”
“Tak kisahlah. Yang penting niat nak kahwin tu untuk bahagiakan pasangan.”
“Yeah, i hope so.” Balas dia kemudian merebahkan dirinya lagi.
Haniem perlu cekalkan hati. Dia tahu muslihat Adhiyat sekarang ini dan dia takkan mengalah.
Share this novel