MIKAEL tak sangka pengalaman dia baru tiba ke Malaysia selepas 12 tahun dia berada di luar negara belajar dan bekerja di sana, agak.. kurang menyenangkan. Kini dia kembali hendak mempelajari sesuatu. Mikael tiba juga di rumahnya yang dibeli buat dirinya sendiri berehat. Mikael membawa beg bagasi dia ke dalam dan dia tersenyum melihat rumah apartmen dia berada di tempat yang agak tinggi sehingga boleh nampak pemandangan di sini.
Mikael menikmatinya dengan menggeliat badan dia di balkoni. Indah sungguh pemandangan di negara sendiri yang dia tak sangka dapat dia lihat. Syukur juga yang dia kini boleh menetap di Malaysia dan harus kembali ke luar negara menyediakan kerjanya. Dia kembali mengimbas hal sebentar tadi yang terjadi terhadapnya.
“Siapa perempuan tu? Kenapa.. kasar sangat? Dia ingat aku nak try dia sangat ke. Tapi boleh tahan lah juga. Cuma, aku tak sangka lah dia boleh jadi agresif sampai macam tu.”
Lama dia memikirkannya, perhatian dia teralih dengan bunyi deringan telefon di dalam poket dia. Mikael mengeluarkannya lalu dia tersenyum.
“Assalamualaikum, cantik.”
Ketawa wanita itu meletus. “Waalaikumusalam. Hisy, cantik lagi Maklong ni ya?”
“Maklong, MakSu kan cantik. Sebab tu Mika suka.”
“Dah, jangan nak mengarut. Maklong call Mikael ni sebab nak tanya, Mika nak makan kat rumah Maklong tak malam ni? Kalau nak, Mika pergi jumpa dengan Adhiyat dulu ataupun Maklong share kan location je. Cuma Maklong takut lah Mika tersesat.”
Benar juga kata Datin Haliza. Dia tak biasa ke rumah Datin Haliza sejak keluarga Datin Haliza sudah pindah ke tempat lain.
“Tapi, abang Maz tak datang ke rumah Maklong?” Tanya Mikael pelik.
“Urhmm... Maz sibuk agaknya dan sebab tu.. dia tak pernah datang melawat. Tapi Mika tak payah risaulah. Maklong dengan PakLong tak kisah pun sebab kami tahu perangai Maz tu macam mana. Apa-apa pun, Mika jumpa dengan Ad lah kalau Mika rasa Mika tak tahu rumah Maklong kat mana.”
Mikael sepertinya mengetahui hal sebenarnya. Dia mengeluh lemah. “Abang Maz tak pernah datang melawat sebab dia masih marahkan tok aki dengan Maklong kan? Tentang apa yang jadi pada arwah ayah dan mak?”
Datin Haliza tak menjawabnya.
“Mika tak nak.. Maklong rasa bersalah tentang sesuatu yang.. dah ditadirkan Allah. Abang Maz tak boleh terima sebab kasih sayang tok aki lebih pada abang Ad dan keluarga Maklong. Apa yang Mika tahu, tok aki selalu macam tu dan Opah... takkan biarkan kasih sayang keluarga dia berpecah belah. Mika akan nasihatkan abang.”
“Tak payahlah. Maklong tak nak konflik lainnya muncul lagi. Biar lah Maz nak fikir... buruk tentang Maklong sekeluarga. Kami yakin Opah takkan benarkan hal tu terjadi.”
Mikael memahami perasaan Datin Haliza. “Opah tu sayangkan keluarga dia. Cuma tu lah, Mika tak boleh balik kampung lagi sebab ada kerja sikit nak kena buat. Ingat nak jumpa abang Ad pun nak discuss kan tentang hal ni.”
“Yelah. Datanglah makan malam kat sini. Maklong siapkan makanan yang paling sedap untuk anak buah Maklong ni.”
“Wah, tak sabar nya! Maklong... masak banyak-banyak tau. Biar Mika habiskan semuanya dan bawa balik sekali.”
Datin Haliza seronok mendengarnya.
Setelah perbualan antara dia dan Datin Haliza tamat, Mikael merehatkan dirinya di atas sofa. Dia kemudiannya teringat yang dia belum menunaikan solat lagi. Mikael terus membersihkan dirinya kemudian menunaikan solat. Selepas beberapa jam kemudian, Mikael pun keluar dari rumahnya.
Mikael memandu keretanya berlalu pergi menuju ke syarikat Mazlan. Dia perli bertemu dengan abangnya untuk bertanyakan hal ini. Mazlan melampau dengan Datin Haliza yang menjaga mereka sejak kematian arwah ayah dan mak mereka yang kemalangan. Tiba sahaja di sana, Mikael menemuinya.
“Encik Mika.” Pembantu peribadi Mazlan menyapanya.
“Hai!”
“Encik Mika bila sampai?”
“Baru je sampai pagi tadi. By the way, encik Maz ada kat dalam tak?” Tanya nya.
Pembantu peribadinya ini serba salah. “Urhmm... er.. dia...”
“Kenapa ni? Dia.. buat masalah lagi dan tak nak jumpa orang?”
“B.. bukan. The thing is....”
“Bye sayang.” Belum sempat dia nak beritahu, ada wanita keluar dari bilik pejabat Mazlan dengan pakaian yang seksi dan mengukirkan senyuman manisnya kepada Mazlan dengan cara menggoda.
Mikael tanpa bercakap banyak menuju ke bilik pejabat abangnya. Mazlan nampak sangat tenang di kerusinya.
“Apa kau buat ni bang? Bukan mahram kau dah main macam tu apahal?! Kau tahu tak kalau mak dengan ayah masih hidup, diorang akan kecewa dengan sikap kau ni?!”
Mazlan mengetap. “Yang kau nak berceramah kat sini kenapa?! Aku punya life dan biar aku decide lah. Kalau kau nak cakap pasal parents kita, diorang dah tak ada dan tak guna cakap pasal diorang lagi.”
“Kenapa kau jadi macam ni? Aku tak sangka lah kau berubah drastik.”
“Kau nak apa datang sini?! Aku ingatkan kau balik overseas ni tak suka nak berceramah kat orang! Masih sama lagi. Kalau macam ni lah, baik kau tak payah balik.”
Mikael mengambil tempat duduk di hadapan Mazlan.
“Aku balik ni pun sebab nak tengok kau tau. Aku baru je dapat tahu yang kau tak pernah nak lawat Maklong. Eh abang, sedarlah yang dia sanggup jaga kita dan tak nak kita duduk rumah anak yatim tau. Kau sepatutnya bersyukur dan balas jasa diorang semula! Bukannya lepas kau dapat harta ayah, kau buat ikut suka hati je.” Marahnya.
“Aku bersyukur sebab ayah dengan mak tinggalkan kita harta yang banyak ni tau sampai aku boleh buka syarikat sendiri, Maya boleh belajar luar negara dan kau boleh stay sana. Apahal nak bangga orang yang tak tolong kita?!”
Mikael merengus. “Aku pergi belajar luar negara pun, sesen aku tak dapat duit dari kau tau. Maklong dengan PakLong lah yang hantar duit pada aku kat sana. Mana kau?! Kau hanya fikir pasal Maya je sebab dia tu ikut cakap kau dan aku tak! Kau buka syarikat ni pun, kau langsung tak ada pengalaman. Kau tak takut ke kalau kau jatuh nanti?! Aku tak sangkalah kau berubah macam ni.”
“Kau boleh diam tak?! Ya, aku rasa Maya tu lebih bagus daripada kau. Dia boleh berdikari kat sana dan kau masih nak harapkan duit aku! Eh pergi mampus lah!”
Hati Mikael sakit. Dia bangun dari duduknya dan menatap abangnya sinis. “Aku tetap akan beritahu Opah tentang hal ni kalau Maklong tak beritahu diorang. Aku akan beritahu Opah macam mana perangai kau bila kat sini! Aku yakin yang dia akan lebih terluka tengok kau sekarang.” Mikael terus keluar.
“Beritahulah! Kau ingat aku takut ke?!”
Kata-kata abangnya dibuat tak dengar walaupun dia tahu ia menarik perhatian banyak orang. Mikael membawa keretanya menuju ke syarikat Adhiyat pula untuk pulang ke rumah Datin Haliza bersama.
Tiba di sana, Mikael terus menemui Adhiyat. Mujur juga dia kenal dengan Fikri dan bertemu dengannya buat seketika.
“Apa khabar bro?!”
“Baik, baik! Weh, lamanya aku tak jumpa kau. Kau nampak... lain lah Mika.”
Mikael tersenyum. “Aku bukan setakat lain je. Dah makin handsome sekarang dan awek pun berjujuk dah. Hebat tak?”
Fikri mencebik.
“Hanis macam mana? Lama aku tak dengar khabar dia. Masih... kepala angin ke?”
Fikri mengeluh. “Bukan setakat kepala angin je, kepala taufan pun ada sekali. Macam-macam yang dia minta masa time tengah mengandung ni. Aku pun kadang-kadang sakit hati juga.”
Mikael ketawa. “Kau cakap buruk pasal dia, kalau dia tahu ni, makin naik angin tau.”
“Kau tak payahlah beritahu dia tentang apa yang aku cakap ni.”
“Tahu pun takut.”
Adhiyat yang baru tiba menyalin beberapa dokumen terkejut melihat Mikael di sini.
“Mika.”
“Eh, abang Ad! Apa khabar?!” Dia terus memeluk Adhiyat dengan eratnya.
“Baik, baik. Tapi kau tak payahlah peluk aku kuat sangat!”
Mikael tersenyum dan mengusik Adhiyat sedikit yang mungkin malu dengan pandangan beberapa pekerja dia.
“Kenapa Mika.. datang sini? I mean.. bila Mika balik KL?”
“Oh, Mika balik pagi tadi, jalan-jalan kat KL kejap, cari makan, tengok tempat-tempat menarik lepastu pergi apartmen letak barang. Datang sini sebab nak balik dengan abang rumah Maklong. Mika tak kenal sangat jalan nak pergi sana.” Jelasnya.
“Mika tak ingat jalan pergi rumah umi?”
Mikael mengeluh. “Mika bukannya balik sini selalu. Lagipun Maklong cakap dia dah pindah dan sebab tu confuse sikit.”
Adhiyat tersenyum. “Alah, pindah kat kawasan yang sama juga. Rumah tu ada benda banyak rosak jadi baba fikir lebih baik beli rumah yang elok sikit.”
“Apa-apa pun, abang dah siap kerja ke? Maklong cakap dia nak masak banyak-banyak lauk kegemaran Mika.”
“Humphh.. anak buah kesayangan dia dah balik. Lupa anak sendiri!”
Mikael ketawa senang. “Tak payahlah jealous. Cepatlah siapkan kerja, Mika tunggu kat bawah.”
Adhiyat mengangguk. Dia melangkah ke dalam biliknya dengan Fikri mengekorinya juga. Mikael terus berjalan turun ke lobi menunggu kelibat Adhiyat untuk tiba.
Tak lama sangat, Mikael melihat Adhiyat berjalan menuju ke arahnya. Mereka bersama-sama keluar dari syarikat Adhiyat menuju ke kereta masing-masing. Setelah memandu, Mikael kekalkan kereta dia di belakang Adhiyat supaya Adhiyat boleh membawanya dan dia juga cuba anak mengingat arah jalan rumah Datin Haliza. Mikael dan Adhiyat tiba selepas dua jam meredah jalan sesak.
“Welcome to our house!”
Mikael mengaguminya. Memang sama saja rumah ini dan begitu juga dengan jalannya. Cuma yang ini nampak lebih bagus.
“Mika!” Datuk Azlan menyapanya dan diikuti dengan Dhiya, Liya dan Ilham yang melangkah ke arah Mikael.
Datuk Azlan memeluk Mikael yang dianggap sebagai anaknya sudah ini.
“Sihat?”
“Alhamdulillah! Tengok PakLong lagi lah sihat. By the way, cantik rumah.”
Datuk Azlan tersenyum. “Rumah sama je. Cuma jarak yang berbeza.”
“Alah, tetap cantik dari yang sebelum ni.”
Bahu Mikael ditepuk lembut.
“Liya! Come to uncle.” Dia mendepakan tangannya nak memeluk Liya di dukungan Ilham.
Ilham meletakkan Liya ke bawah lalu langkah kecil Liya berlari ke dangkapan Mikael.
“Dah makin berat lah! Makin besar dah. Tak sangka tengok dalam gambar tak sama dengan tengok depan-depan macam ni. Uncle seronok lah dapat jumpa dengan Liya lagi. Liya rindu uncle tak?”
“Liya... tak sabar nak jumpa uncle.”
Mikael nampak gembira. “Kan? Uncle pun tak sabar nak jumpa Liya sebab uncle nak peluk cium Liya. Kalau kat telefon boleh bercakap je.”
Liya memeluk leher Mikael erat.
“Alah, manja pula dia dengan uncle dia. Well, Mika nampak... lain sangat.” Puji Dhiya.
“Tahu. Ramai yang puji Mika makin handsome.”
Dhiya mencebik. “Banyaklah dia punya handsome!”
Mikael tersenyum dengan cebikan Dhiya.
“Marilah masuk. Maklong dah sediakan makanan tu. Dia langsung tak bagi PakLong rasa sebab nak anak buah dia makan dulu dan barulah kita semua boleh makan.”
Mikael tersenyum. Dia melangkah masuk.
“Kak, tunggu kejap!” Ujar Adhiyat menarik perhatian semua.
Dhiya berpaling sambil menunggunya. Adhiyat membuka kot dan tali lehernya. Dia meletakkan kot dia, tali leher dan beg ke tangan Dhiya selepas dia meminta Dhiya tadahkan tangannya. Adhiyat tersenyum senang meninggalkan Dhiya dengan barang-barangnya. Yang lain melihat ketawa senang dan berangkat masuk.
“Wah! Nampak sedap lah.” Puji Mikael setelah semua duduk di kerusi masing-masing dan bersedia untuk menjamu selera.
“Memanglah! Maklong yang masak. Tapi sebelum tu, baca doa dulu dan barulah kita makan sama-sama.”
Mikael mengangguk kemudian dia menadah tangan. Datuk Azlan mula membacakan doa. Setelah selesai, mereka sekeluarga mula makan, berbual dan ketawa.
“Kat New York tu, Mika ada girlfriend tak?” Dhiya mula bertanya.
“Susahlah nak cari yang betul-betul kat sana. Semuanya... menggoda sampai mencabar iman seorang lelaki Mika ni.”
Dhiya ketawa. “Nama pun orang barat. Pergaulan bebas dan Mika pula tak biasa dengan semua tu.”
Mikael mengangguk.
“Baguslah dia tak biasa. Kalau terbiasa, bawa balik perangai macam tu kat KL ni, habislah negara ni, perintah Allah. Kita kena hindarkan benda tu semua.” Ujar Datuk Azlan.
“Tak adalah. Dhiya tak encourage pun Mika nak buat semua tu. Tapi ada je Muslim yang menetap kat New York walaupun.. negara diorang tak selalunya sapa kita dengan gembira.”
“Nak buat macam mana. Kita niat pergi sana sebab nak.. bekerjaya. Mencari pengalaman kat negara orang dan bawa inspirasi, ilmu tu ke negara kita sendiri.”
Dhiya mengangguk setuju.
“Bercakap tentang girlfriend, Ad, umi dah settle kan dan dia nampaknya setuju nak jumpa dengan Ad. Hujung minggu ni kita jumpa dia dekat rumah dia ataupun dekat kafe.”
“Ad segan lah nak jumpa kat rumah dia. Jumpa kat kafe je dan nanti Ad decide. Lagipun minggu depan Ad ada banyak kerja nak kena settle.” Balasnya.
“Haih.. nak segan kenapa? Nak jumpa bakal isteri juga.”
Adhiyat mengeluh. “Bukan bakal isteri. Calon pilihan umi je yang Ad tak decide lagi nak sukakan dia ataupun tak.”
Datin Haliza mencebik.
“Tapi, Dhiya pun ada calon untuk Ad.”
“Dah start dah! Tak umi, akak. Apa korang ingat Ad ni robot ke tak ada perasaan nak pilih pasangan Ad sendiri?”
Dhiya merengus. “Tapi dia ni memang baik. Cikgu kepada Liya dan akak selalu je tengok dia kat tadika. Cuma, akak tak tahu lah dia ni single ke tak sebab nampak umur macam.. muda daripada Ad dan.. dia pun macam pandai je handle budak-budak.”
“Tak kisahlah! Ad nak fikirkan dulu dan Ad akan jumpa dia dekat kafe berdekatan office Ad. Muktamad keputusan Ad.”
Datin Haliza tak kisah. Jika Adhiyat mahu bertemu dengan Haniem, itu sudah memadai bagi dirinya.
“Tak sangka. Congrats! Nanti beritahulah dia tu macam mana Maklong.”
“Okey! Kalau Mika nak Maklong carikan untuk Mika sekali, boleh je.”
Mikael tersedak. “T... tak.. tak payahlah Maklong. Mika... Mika ada pilihan sendiri. Tunggu masa je, insha-ALLAH.”
Datin Haliza hanya mengangguk.
Mereka sekeluarga menikmati makanan tanpa bercakap mengenai jodoh kerana Adhiyat kerap menukar topik.
Share this novel