bab 48

Romance Completed 1369

FIKRI bersarapan di meja. Dia harus ke tempat kerja walaupun Adhiyat sekarang sedang berbulan madu. Hanis menyiapkan roti dan minuman buat Fikri untuk dis menikmatinya. Selesai saja, dia bersalaman dengan suaminya kemudian dahi Hanis dikucup senang oleh Fikri. Fikri kemudiannya memimpin tangan Fatin untuk dihantar ke sekolahnya.

Tiba sahaja di sekolah, dia menghantar Fatin sehingga ke muka pintu sekolah. Setelah mencium dan bersalam, Fikri memandu keretanya tiba di syarikat pula.

“Apa khabar encik?” Sapa salah seorang pekerja di sana.

“Baik.”

“Urhmm.. saya nak tanya pasal tuan Ad. Dia.. dah kahwin ke?”

Fikri menatapnya curiga. “Lebih baik kalau dia kahwin. Kalau dia tak kahwin, kan susah.”

“Ooo... jadi kenapa dia tak.. invite kami?”

“Pasal tu, bukannya tuan Ad sengaja tak invite korang semua. Disebabkan dia tu tak suka majlis yang ramai orang, dia pun buat kecil-kecilan je. Saya yang datang ke majlis tu pun semuanya sebab Ad tu kahwin dengan kakak ipar saya. Saya rasa awak pun dah tahu kan pasal hal tu.” Ujarnya panjang lebar.

“Oh. Uhrmm.. saya harap dia bahagia lah sebab tuan Ad tu.. handsome dan mustahil untuk dia jumpa orang yang.. biasa.”

“Handsome atau tak, itu semua hanyalah fizikal. Kita patut judge mentaliti seseorang dalam sebuah percintaan. Tak guna kalau fizikal elok tapi mentaliti zero.”

Pekerja itu tahu Fikri memerli nya. “Saya buat kerja dulu lah.”

Fikri mengangguk.

Setelah pekerja itu berlalu pergi, Fikri mengetap dan memandangnya kecewa. Masih ada yang menilai rupa daripada mentaliti seseorang. Fikri cukup geram dengan orang seperti itu. Dia duduk di kerusinya kemudian menyambung kerja dia yang tak sudah sambil memeriksa kerja Adhiyat juga.

Fikri mengumpul fail-fail yang akan diberikan kepada Adhiyat apabila dia sudah pun datang ke syarikat semula. Telefon yang berdering diangkatnya.

“Syarikat Stor, boleh saya bantu?”

“Urhmm.. saya dari reception. Ada temu janji dengan pekerja dari Singapura, Encik Osman Yusuf.”

Fikri mengurut kepalanya akibat lupa. “Sorry. Suruh dia naik ya.”

“Baik Encik Fikri.”

Fikri melangkah menuju ke bahagian penyambut tetamu untuk memberitahu keberadaan Osman yang akan tiba sebentar nanti. Fikri kemudiannya melangkah ke bilik mesyuarat dengan seorang pekerja dari unit HQ yang akan menilai lebih lagi pekerja bernama Osman ini.

Setelah menunggu, lelaki bersut kemas, berbadan tegak dan tinggi masuk. Dia duduk tanpa sempat dijemputnya dan kelihatan anak matanya menatap sekeliling seperti menilai pejabat Adhiyat. Fikri menarik nafas dalam.

“Encik...”

“Panggil Osman je ataupun Man sebab kita nak kerja sama kan?”


Fikri mengangguk dan cuba menarik nafas sabar. “Baiklah Man, awak dari Singapura?”

“Saya dari Malaysia tapi pindah ke Singapore sebab kerja kat sana.”

“Jadi awak ada pengalaman kerja di syarikat yang... berwawasan lebih?”

Osman tersenyum sinis. “Encik nak kata saya ni... mungkin mengemis di syarikat lain sebab syarikat saya tak cukup bagus?”

“Saya tak maksudkannya. Tuan Ad kata awak.. nak cari pengalaman dan Encik Mikael kenalkan awak pada tuan Ad. Jadi kami nak tahu pengalaman yang macam mana awak nak dan macam mana syarikat awak.”


“Syarikat saya cukup bagus. Cuma saya ni... lack dalam tatabahasa, how the book created. Saya.. tak cukup bagus nak menilai satu buku tu dan macam mana ia dibuat.”


Fikri mengangguk. “Jadi awak ada.. apa-apa yang lain?”

“Apa-apa yang lain? Boleh saya tahu.. apa maksud Encik?”

“Tak, saya cuma tanya je.”

Osman beriak biasa.

Nafas ditarik lagi. “Saya dah baca dan tuan Ad pun dah tengok resume awak. Kami rasa mungkin dalam tempoh dua bulan untuk awak kerja kat sini.. sudah memadai. Jadi tuan Ad kata walaupun dia tak ada, dia rasa dia okey je kalau awak nak kerja kat sini mencari pengalaman.”

“Baik betul tuan Ad tu. Saya pun nak juga jumpa dia sebab saya tahu kawan saya cakap yang dia ni... handsome, workhaholic dan beriman. Bila saya boleh jumpa dia?”

“Uhrmm.. itu saya tak tahu. Baguslah kalau awak dah kenal siapa tuan Ad sebenarnya dan memandangkan awak ada masa yang singkat, kami cadang nak recruit awak dalam syarikat ni dan selama tiga hari ni kami beri awak latihan untuk uji... semangat bekerja awak sebab itulah yang kami buat pada pekerja baru kami.”

“Patutlah syarikat tuan Ad agak terkenal sebab dia teliti orangnya. Kalau macam awak mesti beruntung.” Balasnya.

“Ya, saya sangat.. beruntung dipilih bekerja di sana. Saya rasa saya akan bawa awak ke tingkat ni untuk perkenalkan awak dengan pekerja-pekerja lain. Meja awak pun dah disediakan tapi agak jauh daripada bilik syarikat tuan Ad.”

“Well, asalkan saya ada tempat. Tapi saya tak... tak nak berkenalan dengan sesiapa pun. Cukuplah saya kenal dengan tuan Ad je.”

“Tak boleh Man. Awak kena... ada semangat bekerja bila dengan rakan-rakan sepejabat. Jadi pengenalan awak dengan pekerja-pekerja lain amatlah penting.”

Osman mengetap. “Awak tak boleh paksa saya. Saya rasa... saya akan berkenalan dengan semua pekerja di sini juga nanti.”

Fikri memandang pekerja di sebelahnya. Dia mengangguk sambil mengeluh sebelum Osman bangun dari duduknya.

Osman berpaling lagi. “Boleh saya tahu nama.. Encik? Saya macam kenal dengan encik lah.”

“Fikri.”

“Oh! Fikri. Saya akan ingat mulai daripada sekarang.” Katanya kemudian berangkat keluar menunggu Fikri.

Fikri tak sangka, ini yang akan terjadi. Dia terus membawa Osman ke mejanya dan kembali ke meja dia. Setelah duduk, Fikri termenung buat seketika mengingatkan sesuatu.

...

Di hari yang tak tahu nak gambarkan cuacanya, Fikri berjalan di sepanjang bangunan universiti dia. Dia tertangkap dua kelibat di belakang bangunan dan Fikri buat tak endah akan hal itu sebab dia tak mahu ada apa-apa masalah. Dia terserempak dengan Professor Adnan iaitu guru yang paling dia kagumi.


“Apa khabar, Prof?”

“Baik, baik. Fik, awak nampak.. lebih bertenaga pula sekarang kan?” Katanya.

Fikri tersenyum senang. “Saya dah berjaya capai apa yang saya nak Prof dan itulah momen yang paling menggembirakan dalam hidup saya selama saya belajar ni.”

“Baguslah tu. Tanamkan hasrat tu selalu dalam diri awak. Saya percaya.. awak boleh berjaya Fik.”

“Terima kasih Prof. Atas jasa Prof jugalah saya berjaya sampai ke tahap ni. Prof yang patut.. diberikan pujian berbanding saya.”

Professor Adnan nampak gembira. “Oh ya, awak.. sebilik dengan Osman Yusuf kan?”

Fikri yang berkerut kening mengangguk.

“Awak tahu tak dia tak datang kelas dah tiga hari. Parents dia dah tak ada dan dia tu sebatang kara. Saya tak tahu nak tanya siapa lagi kat mana dia.”


“Tak datang kelas? Tapi dia ada je kat bilik dan dia selalu keluar awal. Cuma dia balik lambat dan katanya dia sebenarnya ada.. assignment dengan kawan dia yang lain. Hari-hari pun saya jumpa dia kat sini.”

Professor Adnan memandangnya pelik. “Yeke? Habis kenapa dia tak masuk kelas? Saya cuba tanya banyak orang. Diorang kata dia tetap tak ada kat kawasan sini.”


“Apa kata kalau Prof tanya... Maya. Tak silap saya, dia kawan baik dengan Maya.”

“Oh, Maya sepupu Adhiyat tu ya? Saya dah tanya dah dan dia kata dia pun tak tahu kat mana Osman.”


“Pelik. Padahal sebelum ni saya nampak Maya keluar dengan Osman selalu.” Balasnya.

Professor Adnan mengeluh.

“Hai, Prof.” Adhiyat datang menerjah.

Professor Adnan mengangguk. “Kamu dah habis kelas kamu ke Ad?”

“Dah Prof.”

“Kamu tahu.. dengan siapa Maya keluar baru-baru ni?”


Adhiyat mengerling Fikri yang mengangkat bahunya. “Entahlah Prof. Saya tak.. ambil tahu tentang Maya. Saya tak pernah kenal pun dengan kawan-kawan dia atau kenalan yang dia keluar bersama.”

Profesor Adnan mengeluh.

“Kenapa Prof?”

“Tak ada apa-apa. Saya cuma cari pelajar saya je dan sebab tu saya bertanya. Terima kasih dan.. jumpa awak berdua lagi.” Dia terus melangkah pergi setelah menepuk bahu Adhiyat.

Adhiyat dan Fikri berjalan sehingga ke kantin.

“Man tak datang kelas.”

“Man? Siapa tu?”

Fikri mengetap. “Roomate aku yang aku cakap kat kau tu. Dia tu liar sikit dan aku tak tahulah dia pergi mana. Tapi aku selalu nampak dia kat kawasan kolej ni. Tak sangka dia tak masuk kelas.”

“So apa kena-mengena dengan Maya?”

“Yelah, kau tak tahu ke Maya pernah ada hubungan dengan Man? Kau ni memang tak suka ambil tahu pasal Maya ke apa ni?!”

Adhiyat mengeluh. “Aku tak nak lah ambil tahu pasal dia. Dia tak habis-habis nak berkepit dengan aku. Akhirnya Opah juga marahkan aku sebab biarkan Maya tu buat apa yang dia suka padahal aku sikitpun tak nak.”

Fikri ketawa kecil.

Selesai makan dengan Adhiyat, mereka berpisah memandangkan Adhiyat ada perjumpaan dengan Professor mereka di perpustakaan manakala Fikri pula duduk di bangku kolej hanya untuk belajar buat seketika.

Sedang dia fokus, anak matanya menangkap lagi dua kelibat di belakang bangunan. Fikri cuba mengamatinya sebelum dia terkejut melihat perbuatan tak senonoh dua pelajar. Anak mata pelajar lelaki itu menyapanya sehingga Fikri terus menutup wajah dia dengan buku. Namun semuanya sudah terlambat apabila Osman datang mendekat.

Dia memeluk bahu Fikri. “Kau tengok apa?”

“T.. tak ada apa-apa.”

“Kau ni, sejak pertama kali aku masuk bilik dan duduk dengan kau, kau tak habis-habis nak caras kehidupan aku. Bila aku keluar awal, kau tanya aku pergi mana. Bila aku balik lambat, kau start tanya lagi kenapa aku balik lambat. Sekarang ni kau dah nampak apa yang aku buat.”

“Aku cuma jawab pertanyaan Prof je yang cari keberadaan kau. Tadi pun Professor Adnan datang cari kau. Aku pun tak tahu ke mana kau pergi dan aku tak tahu nak jawab apa.”

Osman ketawa sinis. “Kalau aku beritahu kau apa yang aku buat, aku yakin kau akan report benda ni pada pihak atasan kan?”

Fikri hanya mendiamkan dirinya.

“Aku dah agak dah! Budak nerd macam kau memang menyusahkan! Well, aku akan beritahu kau apa yang aku buat. Aku tengah buat maksiat dengan student tahun pertama kat sini. More attractive one! Maya.”

Fikri memandangnya tak percaya. “Kau tak boleh buat semua ni.”

“Kenapa pula?”

“Maya tu.. ada relative kat sini dan kalau abang sepupu dia tahu perbuatan kau, dia takkan lepaskan kau. Keluarga diorang pentingkan maruah. Kau takkan boleh lari kalau keluarga dia tahu apa yang kau buat!”

Osman semakin kuat ketawa. “Kalau Maya tak kisah, aku kisah apa. Dengar sini heh, kalau aku dengar orang atasan panggil aku, aku akan cari kau sampai lubang cacing. Jangan ingat bila kau dah nampak apa yang jadi, aku akan lepaskan kau macam tu je! Kau tunggu je nasib kau kalau semua ni terbongkar.”

Fikri tak berani melawan.

Osman menolaknya kasar kemudian mendekati Maya lagi. Saat ini Fikri terpaksa akur untuk tak nak lelaki seoerti Osman buat lebih lagi. Namun Adhiyat perlu tahu.

...

Sehingga sekarang cerita itu masih menjadi rahsia. Ingatkan Maya dah berubah dan sebab tu Fikri tak ambil tahu. Tetapi Adhiyat perlu tahu tentang semua ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience