bab 65

Romance Completed 1369

ADHIYAT siap berbaju sut bagi menghadiri majlis malam ini yang merupakan majlis bagi buku pelancaran dia. Mujurlah dia dah berlatih sebelum ini bagi berucap di hadapan semua. Kali ini Adhiyat akan uruskan semuanya sendiri memandangkan Fikri tak ikut sekali sebab dia perlu lebihkan masanya dengan Hanis. Adhiyat pun tak nak buat Fikri lupa akan tanggungjawab dia. Kini dia menatapnya dirinya di cermin lalu Adhiyat tersenyum. Jika Haniem yang lihat dirinya sekarang pasti akan tergoda.

Apabila memikirkan tentang isterinya, Adhiyat terasa ingin menelefon Haniem bagi bertanya akan makan malamnya hari ini. Adhiyat mencari telefon dia di merata tempat. Malangnya dia tak temui di mana. Ketukan di pintu membuat Adhiyat terpaksa membuka pintu.

“Ready to go?” Maya yang siap bergaun menyapanya.

Adhiyat tak kagum langsung dengan kecantikan dia malah sibuk terjenguk-jenguk mencari telefon dia.

“Abang! Are you ready to go or not?!”

“Maya nak turun dulu, pergilah turun. Petang tadi abang dah tunjukkan kat mana majlis tu diadakan.”

Maya menghentak kakinya. “No! Maya nak pergi dengan abang supaya nanti Maya tak adalah pelik sangat.”

“Maya pergi jelah dulu.”

“Abang cari apa ni?” Tanya dia apabila melihat Adhiyat sebegitu.

“Abang cari phone abang. Maya ada nampak tak?”

“Phone abang? Kenapa nak cari phone pulak?”

“Nanti kalau kak Haniem call, tercari-cari dia.”

Maya mengeluh. “Alah, nantilah! Kak Haniem pun tengah makan malam dengan staf dia kan? Takkan lah abang nak ganggu pula. Nanti abang pergilah cari kat kereta ke, dekat dalam beg ke. Now orang dah tunggu abang kat bawah.”

Apa kata Maya ada benarnya. Adhiyat merelakan telefon bimbitnya hilang buat seketika lalu dia pun mengikuti Maya yang memeluk lengannya ke bawah.

Tiba sahaja di dewan hotel yang dah ditetapkan, Adhiyat disapa beberapa orang ramai yang mengenalinya memandangkan dia lah pengurus di syarikatnya sendiri dan dikenali beberapa penulis terkenal yang lainnya. Adhiyat bersalaman dengan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggannya.

Apabila majlis diteruskan, beberapa acara dilakukan sehinggalah akhirnya Adhiyat dipanggil bagi berucap. Dia begitu gementar apabila tepukan orang ramai semua kepadanya disaat dia naik ke pentas.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat bagi majlis malam ni.” Ucapnya.

Beberapa orang di sini tersenyum sambil bertepuk tangan.

“Saya sangat bersyukur sehingga tak terkira yang saya boleh menerima banyak anugerah berkat semua penulis yang saya sign untuk masuk dalam company saya. Kepada penulis berbakat di luar sana yang hanya boleh menyerlahkan bakat mereka melalui aplikasi, saya sangat gembira sesetengah daripada mereka berjaya untuk menerbitkan buku ciptaan mereka sendiri sehingga berjaya di mata rakyat Malaysia dan luar negara. Teruskan usaha untuk menulis sebab saya pun pernah jatuh bangun dengan karya saya sendiri sampailah saya boleh berada di mana saya berada sekarang. Terima kasih dan syukur pada Allah.”

Ucapan Adhiyat memang panjang. Tetapi setiap patah perkataan yang diucapkannya benar-benar membawa maksud. Adhiyat begitu mahu penulis berbakat di luar sana menyerlahkan bakat mereka dengan apa jua cara.

Majlis diteruskan dengan pelancaran buku mereka iaitu Adhiyat akan memotong riben yang diikat pada satu poster. Setelah itu, beberapa buah buku diberikan untuk bergambar. Jurugambar yang menangkap gambar Adhiyat bersama beberapa yang terlibat begitu menarik minat dengan kamera cahaya mereka.

“Wah, hebatnya abang! Maya tak sangka akhirnya abang boleh jadi apa yang abang nak.” Kata Maya gembira.

“Terima kasih.”

“Kalau lah tok aki ada, mesti dia tak bangga dengan apa yang abang jadi sekarang berbanding abang Reza yang ikut cakap tok aki sampailah dia kena lumpuh tu.”

Senyuman Adhiyat pudar. “Biarlah tok aki nak back up siapa sekalipun. Tok aki takkan pernah faham perasaan kita. Apa yang dia tahu, dia cuma nak semua ikut apa yang dia pernah jadi zaman muda dulu.”

“Tulah. Abang Reza tu lembab sikit kan? Kenapalah dia ikut cakap tok aki?”

“Tak ada benda lain selain harta tok aki yang tak ada sesiapa tahu tu. Mestilah dia nak kaut semuanya dan kalau tak, tak ada nya dia jadi apa yang tok aki nak.”

Maya mengangguk bersetuju. “Tapi apa yang penting sangat dengan aset tok aki tu?”

“Mestilah penting. Dapat sebidang tanah dan apa yang tok aki buat tu beruntung sampai boleh kaut modal sebanyak berjuta. Tapi abang tak tahu bussines sampingan apa yang tok aki buat. Kalau tanya Opah pun, dia cakap tak ingat.”

Maya memandang tak percaya. “Habis, lawyer yang abang recruit dulu tu.. macam mana?”

“Dia pun tak boleh beritahu aset tu dari mana dan ke mana sebab arwah tok aki tinggalkan wasiat supaya ia kekal rahsia. Dia hanya serahkan kepada orang tu dan tak reveal kan nama orang tu sebab ia maklumat court.”

“Ee.. tak aci kan? Dahlah harta tok aki kita dan dia orang asing boleh ambil macam tu je. Kalau lah harta tu dapat kat abang, kan bagus.”

Adhiyat mengangguk. “Memang bagus sebab abang.. nak bagi kat Opah. Abang pertahankan selama ni pun bukannya untuk abang melainkan Opah. Abang cuma.. risaukan dia yang kerja keras sangat.”

Kenyataannya, Maya sedikit tak bersetuju malah dia kalau boleh nak Adhiyat bagi harta tu pada dia ataupun dirinya sendiri. Tapi mustahil untuk Adhiyat bagi padanya kalau dia bukan sesiapa pada Adhiyat.

Majlis terus dijalankan. Maya pula yang dipanggil apabila dia memenangi anugerah baju paling style daripada beberapa wanita di sini.

“Girlfriend awak bagus betul.” Tegur seorang pelanggan.

“Eh, itu bukan girlfriend saya Tan Sri. Itu adik sepupu saya.”

“Adik sepupu pun kadang-kadang boleh bertukar cinta juga.”

Adhiyat dan lelaki tu itu ketawa senang.

“Tak adalah Tan Sri. Saya anggap dia macam adik saya sendiri dan tak mungkin saya nak sukakan dia. Dari sini nampak lah okey. Kenyataannya, dia selalu je buat saya naik angin.”

“Biasalah. Budak muda kan?”

Adhiyat mengangguk. “Terima kasih Tan Sri sebab sudi datang malam ni.”

“Sama-sama.”

Maya berucap panjang lebar di atas bagaikan dia lah selebriti yang baru diumumkan dapat anugerah ABPBH. Namun satu pun dia tak pernah nak rangkul.

Akhirnya apabila ramai yang bosan, Adhiyat terus menariknya turun sehingga membuatkan Maya marah.

“Kenapa panjang sangat berucap? Kalau orang marah, mesti nama abang terkait sekali tau!”

“Alah, Maya first time dapat award macam ni dan apa salahnya kalau Maya berucap depan diorang. Lagipun Maya berjaya kalahkan perempuan-perempuan yang lain tu sebagai tetamu stylo.”

Adhiyat mengeluh. “Memanglah bangga dinobatkan pemenang. Tapi tak boleh lah nak terlampau enjoy pada diri sendiri! Orang lain pun sakit mata juga tengok Maya.”

“Jahat lah abang ni! Bagilah Maya semangat. Mana tahu nanti boleh terima anugerah macam tu.”

“Abang haraplah dan abang pun berharap supaya Maya tak leka sangat. Diorang memang suka kita. Tapi kalau ucapan kita banyak sangat, diorang pun sakit telinga nak dengar. Manusia cepat bosan dengan kata-kata tau.”

Maya tersenyum. “Betul. Macam abang cakap ‘i love you’ pada kak Haniem setiap hari. Mungkin abang akan bosan juga nanti.”

“Eh, itu lain lah! Kalau hati kita dah terlalu sayangkan seseorang tu, cakap benda yang sama pun akan jadi menarik. Tak kisahlah benda tu bukan fakta sekalipun, ia tetap menarik bagi mereka.”

Maya mencebik.

Majlis tiba di penghujungnya juga. Adhiyat harus menunggu sehingga yang lainnya tidak kelihatan memandangkan dia ialah pengurus majlis. Apabila semua tetamu tak kelihatan, kini Adhiyat duduk seketika di atas kerusi kepenatan membantu semua pekerjanya menyimpan kembali barang-barang di dewan ini.

“Abang!” Maya mengejutkannya.

“Hisy, terkejut abang! Kalau kena sakit jantung macam mana?”

Maya ketawa. Dia meletakkan segelas air mineral ke atas meja Adhiyat. “Air.”

“Terima kasih.” Adhiyat segera meneguknya memandangkan dia memang dah dahaga sangat.

Senyuman sinis Maya kelihatan. Sekali lagi dia dah sempurna kan rancangan dia.

“Abang nak pergi cari telefon abang kejap. Maya baliklah ke bilik dulu kalau Maya nak.”

“Abang okey ke pergi seorang-seorang?”

“Okey. Don’t worry.” Adhiyat melangkah ke keretanya.

Di kereta, dia sedaya upaya mencari telefon bimbitnya tetapi tetap tak jumpa juga. Adhiyat turut bertanya kepada kaunter pertanyaan jika dia nampak telefon bimbitnya malah menggunakan telefon di sana untuk menghubungi telefonnya. Malang sekali tiada yang mengangkat.

Adhiyat menaiki lif dan tiba-tiba kepalanya pusing seperti sebelum ini. Kali ini berbeza sedikit apabila kepala dia benar-benar hampir buat dia terasa nak pitam. Keluar sahaja dari lif, Adhiyat terasa dia melanggar seseorang tetapi dia tak mengendahkannya. Maya tiba membawa dia ke biliknya.

Di sana, Adhiyat sudah pun pengsan. Maya tersenyum senang dengan rancangannya yang dah bermula.

Pagi keesokannya, Adhiyat rasa sangat pening kepala. Dia dikejutkan dengan matahari yang menyuluh. Semasa dia bangun, dia melihat dirinya tidak berbaju dan di sebelahnya, ada seorang wanita berambut panjang. Adhiyat tersenyum mengingatkan itu ialah isteri dia. Apabila wanita itu berpaling, Adhiyat terkejut memandangnya.

“Maya!”

Maya segera bangun. “Abang. Kenapa abang ada.. dalam bilik Maya ni?”

Adhiyat bungkam.

“Ya Allah! Abang buat apa ni? Kenapa... kenapa abang tak berbaju dan kenapa Maya... Maya pun sama?! Abang!”

“No, no! This must be wrong! Maya yang ambil abang kat lif semalam kan?”

“Tak mungkin! Maya ada kat bilik Maya semalaman dan Maya rasa pening semalam sampai Maya masuk bilik untuk rehat. Tapi pagi ni Maya bangun, Maya nampak abang! Apa abang dah buat ni hah?!”

Adhiyat bangun lalu terus menyarungkan seluar dan pakaiannya. Kit dipegang di tangan. Dia berjalan hendak keluar.

“Wait! Abang nak lari macam tu je ke?”

“Abang rasa ini perangkap! Abang tak pernah ada niat nak tidur dengan Maya dan abang tak ingat pun apa yang abang dah buat?!”

“Perangkap? Abang nak tuduh siapa buat perangkap ni? Maya ke?!” Air-mata Maya mengalir.

Adhiyat tak menjawab.

Maya yang menghadap Adhiyat segera menolak dadanya kasar. “Kenapa Maya nak tidur dengan abang sepupu sendiri yang dah berkahwin?! Kenapa Maya nak khianat kakak sepupu yang terlalu baik tu?! Abang yang sebenarnya tak boleh nak kawal nafsu abang!”

“Eh, abang tak pernah pun tergoda dengan Maya! Apa yang jadi, abang tak pernah nak pun.”

“Jadi abang ingat Maya nak sangat ke benda ni semua terjadi?”

“Ini silap yang besar! Abang nak Maya simpan semua ni sebagai rahsia dan abang nak.. Maya jangan sesekali datang dekat dengan abang lagi!”

Adhiyat yang nak beredar pergi dipegang lengannya oleh Maya. “Tak boleh! Sebenarnya, abang pernah buat benda yang sama pada Maya dan abang.. sekali lagi pura-pura abang tak tahu semua ni. Maya ada bukti yang abang pernah goda Maya sebelum ni!”

“Jangan bohong lah Maya! Kenapa abang nak goda Maya yang abang anggap adik abang sendiri?!”

“Maya terkesan dengan apa yang abang buat dan Maya akan beritahu semua ni pada kak Haniem! Dia perlu tahu.. apa yang abang dah buat.”

“Jangan sesekali beritahu benda ni pada Haniem! Abang takkan biarkannya.”

Maa ketawa sinis. “Kalau Maya beritahu PakLong dengan Maklong, macam mana?”

“Jangan beritahu sesiapa lah! Kau faham tak?!” Dia menampar wajah Maya sehingga Maya jatuh.

Maya memegang pipinya yang terasa kebas.

“Abang akan cari tahu siapa puncanya dan abang akan letakkan semua kesalahan pada Maya kalau Maya tak ikut apa yang abang nak. This is all wrong dan abang tak pernah... berfikir nak berzina! This is just a dream.” Dia segera beredar pergi.

Adhiyat masuk ke dalam surau. Dia duduk di sana begitu lama lalu dia menangis di dalamnya. Adhiyat tak sangka ini yang dia lalui. Tak mungkin dia boleh buat perkara yang dilarang Allah seperti itu. Dia tak pernah terfikir inikah dia mahukan.

“Ya Allah, bantu lah aku cari jalan penyelesaiannya. Haniem... hanya Haniem isteri aku dan hanya pada dia aku cinta. Aku mohon kau berikan aku jalan dan ampunkan dosa aku.” Dia terus menangis lagi.

Adhiyat keluar dari surau apabila malam menjelma. Dia kembali ke biliknya dan melihat pencuci sudah mula mengemas bilik Maya. Adhiyat debgan terkejutnya masuk.

“Mana... mana pelanggan dalam bilik ni?”

“Urhmm... dia dah check out pukul 5 petang tadi.”

Adhiyat makin membulat mata. Dia tahu apa yang Maya mahu buat. Adhiyat mengemas barang-barangnya lalu dia pun melangkah turun. Tak sangka dia boleh terjumpa dengan telefon bimbitnya yang berada di timbunan baju-baju. Mesej dan telefon dari Haniem sejak semalam dilihatnya. Dia tak boleh biarkan Maya beritahu Haniem perkara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience