MAZLAN bermain dengan pen di tangannya tanpa buat banyak kerja. Dia tak tahu tujuan dia buka syarikat ini apa lagi selain nak menunjukkan harta kekayaannya kepada Datin Haliza dan Datuk Azlan. Musuh ketat dia yang sering menghalang kejayaannya, Adhiyat juga telah buatkan dia berhasrat lebih.
Ketukan di pintu memecahkan rasa hatinya yang baru nak bersenang-senang. Mazlan mengetap. “Masuk!” Laungnya.
Pintu dikuak oleh pekerjanya yang merupakan pembantu peribadi dia.
“Kau nak apa?! Bukan ke aku cakap kalau ada yang nak jumpa aku tentang syarikat, ignore kan! Only girls looking for me you let them in. Understand?!”
“Saya faham bos. Tapi saya tak nak cakap banyak dan saya rasa ini... agak penting untuk bos faham.” Balasnya.
“Apa yang aku tak faham?!” Jerkahnya.
“Ini ialah... carta penjualan buku-buku bos di bulan Jun sampai Ogos. Unit HQ dah keluarkan kenyataan yang... syarikat kita bila-bila masa je akan jatuh...”
“Hei! Aku ingatkan kau eh. Selagi aku bernyawa kat atas muka bumi ni dan kekayaan aku mengelirukan tuhan, aku boleh buat apa yang aku suka tanpa.. perkataan bankrup wujud pada setiap mulut manusia! Aku orang baik dan Allah tahu cara nak menilai kekayaan aku berdasarkan keperibadian aku.”
“Bukan itu maksud saya. Cuma kita dah banyak kali terpesong dengan.. hasil jualan syarikat lain. Kita berada di ranking nombor 25 dalam seluruh syarikat buku di Malaysia. Kita lah yang paling teruk.”
Mazlan mengetap lagi. “Masih ada lagi syarikat yang di ranking terakhir. All is just a number and kau tak payah nak risau. Just Malaysia and we can beat them all!”
“Tapi syarikat di Malaysia lah memajukan seluruh negara bos. Ini untuk pencapaian kita dan.. demi kebaikan syarikat.”
“Apa yang kau tahu tentang syarikat?! Ini syarikat aku dan aku boleh buat apa yang aku suka. Kau tak payah nak masuk campur dalam urusan aku! Kau nak aku pecat kau ke?!” Jerkahnya lagi kepada pembantu peribadinya.
Terpaksa di relakan sahaja. “Maafkan saya.”
“Memang patut pun kau minta maaf. Lepas ni, make sure kau tak ulang lagi benda yang sama. Faham?!”
Dia mengangguk kemudian melangkah keluar.
“Menyusahkan lah! Macam office ni bapak dia pula yang punya.”
Mazlan terus duduk di kerusi tanpa berbuat apa-apa kerana dia tahu pekerjanya rajin malah boleh diharap. Mazlan bermain dengan telefonnya pula dengan permainan video yang biasa sahaja sehingga permainannya terganggu dek kerana deringan telefon yang menunjukkan panggilan daripada adiknya Maya.
“Ha, kau nak apa?!”
“Hisy abang ni! Jawab fon terus je tanya kasar macam tu. Apa salahnya kalau abang tanya dulu Maya, sihat ke tak, okey ke kat sini.” Gerutunya.
“Sebab aku malas nak jawab call kau, tanya kau khabar, satu je sebenarnya. Sebab aku tahu perangai kau macam mana dan apa yang kau nak kalau kau call aku. Ni tak ada benda lain lah ni selain kau nak minta duit kan?”
Maya ketawa janggal di hujung talian. “Mana abang tahu?”
“Aku ingatkan kau eh, kadang-kadang aku rasa kau lah adik yang paling baik sebab kau ikut apa yang aku nak dan aku rasa si Mika tu adik yang paling tak reti bahasa. Setiap kali kau minta duit, aku rasa lebih baik kut aku duduk dengan Mika je walaupun dia tu selalu je berceramah dan nak rapatkan hubungan aku dengan Maklong, tapi dia tak pernah nak minta duit macam kau dan lupakan aku bila senang.”
“Alah abang ni. Ingat abang tu.. ayah kitorang ke sampai Maya dengan abang Mika nak kena jaga perasaan abang. Well, kita adik beradik je dan abang kena faham dan jalankan tanggungjawab abang.”
“Ooo.. senang nya kau cakap kan?! Yang susahnya aku! Kau minta duit je tahu.”
Maya mengetap. “Alah, Maya minta duit pun semuanya sebab Maya nak pakai kat bandar besar ni. Kalau tak ada duit, macam mana Maya nak take care of everything. Abang kena lah faham!”
“Okey aku bagi kau duit.” Akhirnya dia mengalah.
Maya keriangan. “Tapi sebelum tu, Maya nak tanya tentang.. abang Ad. Dia macam mana? Rindukan Maya?”
“Perasan nya kau ni kan! Ad tu kalau kau tak balik, dia lebih seronok tau! Kau tu bukannya heran sangat kat dia. Kau nak menunjuk je kat kawan-kawan kau yang kau ni ada boyfriend handsome. In fact, si Ad tu tak mengaku pun kau girlfriend dia. Mengalah jelah!”
“Biarlah! Maya nak beritahu perasaan Maya kat dia bila Maya balik nanti. He’s gonna be mine at all cost!”
Mazlan senyum sinis. “Jangan nanti kau menangis tepi bucu katil sudahlah. Bukannya apa. Si Adhiyat tu tak sukakan perempuan dan bila dia sukakan perempuan, cinta dia hanya untuk perempuan tu seorang je. That’s why dia suka dengan masa yang singkat. Yang peliknya, kenapa dia tak sukakan kau?”
“Dia tu jual mahal je. Kalau Maya tekan brek sikit je, confirm dah mengena.”
“Aku tak nak kau nanti rasa tercabar. Sementara kau ada masa, lebih baik kau mulakan.”
Maya mengeluh. “Tapi tulah. Bila Maya call, dia tak pernah nak angkat dan kadang-kadang Maya nak je lempar handphone setiap kali dia tak angkat call Maya.”
“Kau jangan nak mengada! Bil bulan-bulan aku yang bayar dan telefon kau tu paling latest! Kalau kau pecahkan, aku takkan gantikan yang baru.”
“Sebab tu lah Maya tak nak buat macam tu. Kalau Maya buat semua tu, confirm abang tak akan nak ganti balik. Kalau minta dengan abang Mika, bukannya dia nak bagi. Ceramah je lebih!”
Mazlan mengeluh dengan perangai adiknya.
“Well, how about you?” Tanya nya lagi.
“Maksud kau?”
“Yelah. Abang cakap hari tu abang dah pastikan perempuan tu jadi perangkap untuk abang. So, what’s happend? Did she?”
Mazlan senyum sinis. “Aku hampir lupa pasal perempuan tu sebab aku dah lama tak pergi jumpa dia. Entahlah dia okey ke tidak. Tapi perkahwinan aku dengan dia akan terjadi selagi dia tak serahkan duit 100 ribu untuk aku lepaskan dia. Lagipun perempuan macam dia, tak ada harga yang tinggi.”
Maya ketawa senang. “Betul. Mulut je celupar and now dia tahu abang siapa. Cuma abang.. tak takut ke kalau dia beritahu orang lain?”
“Dia takkan berani dan aku nak tinggalkan dia dengan buat dia... menyesal dulu.”
“Oooh... good luck.”
“Thanks.” Perbualan antara Maya dan Mazlan berakhir di situ jua akhirnya.
Setelah dia duduk bermain dengan telefonnya semula, pembantu peribadinya masuk semula ke dalam bilik.
“Kau nak apa lagi?!”
“Encik.. Rozi nak jumpa.” Balasnya.
Mendengar nama itu buatkan Mazlan mengeluh lalu mengangguk hendak bertemu dengan Rozi. Setelah lelaki itu masuk, dia menatap wajahnya biasa.
“Duduklah.”
Rozi dengan sopannya duduk di hadapan Mazlan.
“So... ada apa kau nak jumpa aku?”
Rozi menghela nafas berat. “Saya tak nak buat lagi... kerja jadi pengintip di syarikat Tuan Ad. Saya tak sanggup nak balas budi dia dengan cara yang macam ni.”
“Eh, kau merepek apa ni?!”
“Saya tak merepek bos. Sebelum ni bos minta saya sabotaj syarikat dia dan syarikat Tuan Ad di ambang kehancuran. Tapi dia berusaha untuk majukan syarikat dia sampai dia dapat sambung kontrak dengan syarikat lebih bagus. Idea bos nak jatuhkan dia dan naikkan syarikat bos takkan berjaya.” Ujarnya.
“Kau nak kata aku tak layak jaga syarikat ke?!”
“Bukan itu maksud saya. Setiap manusia ada bakat mereka tersendiri. Tapi hanya manusia yang nak menangkan sesuatu dan lebih dari orang lain walaupun diorang tak ada bakat tu, merubah segala-galanya. Walau syarikat Tuan Ad selalu jatuh, tapi dia tetap bangun dengan kerja keras dia sendiri dan dia tak perlukan orang untuk jatuhkan dia.”
Mazlan menghentak meja kemudian dia berdiri memandang Rozi di hadapannya.
“Saya harap bos fikirkannya. Saya tak nak buat lagi kerja ni semua dan saya nak lari dari semua masalah ni. Saya yakin Tuan Ad takkan maafkan saya lagi dan saya rasa lebih baik saya pergi dari sini.”
“Kerja kau tak habis lagi lah! Macam mana kau nak dapat bayarannya?”
“Saya tak kisah lagi tentang bayaran yang bos letak. Saya tak rasa rancangan ni akan berjaya. Bos salah... dalam pilih mangsa. Tuan Ad lebih bijak dari semua benda.” Balasnya lalu melangkah keluar.
Setelah Rozi keluar, dia mendengar Mazlan mengamuk di dalamnya. Tak mengendahkan lelaki itu, Rozi menuju ke bilik stor bertemu dengan kak Zah pula.
“Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan kak Zah kejap?” Tanya nya setelah dia menemui beberapa pekerja sedang berbual di dalam.
“Waalaikumusalam. Saya lah kak Zah. Ada apa ya?”
“Kak Zah boleh keluar kejap?”
Kak Zah yang pelik tetap keluar namun dia mengenali Rozi.
“Saya tahu kak Zah nampak apa yang jadi malam... tu. Masa saya.. hack sistem syarikat Tuan Ad untuk cari manuskrip dia.”
“Jadi Rozi lah yang buat? Kak Zah ingatkan Tuan Ad datang office dia.”
Rozi mengeluh. “Saya mohon kak Zah beritahu Tuan Ad perkara sebenar dan cakap kat dia saya minta maaf. Beritahu dia ini semua rancangan Mazlan. Dia yang minta saya untuk jatuhkan Tuan Ad dan pesan pada dia juga yang Mazlan takkan lepaskan dia selagi dia ada semuanya. Mazlan juga akan siasat tentang peguam yang Tuan Ad lantik untuk uruskan hal harta arwah tok aki diorang. Beritahu dia semua tu.”
“Tapi kenapa?”
“Beritahu je. Saya pun tak rasa nyawa saya selamat kalau saya terus pegang semua rahsia ni tanpa beritahu sesiapa pun. Pastikan Mazlan tak tahu siapa peguam yang uruskan harta arwah tok aki diorang sebab ada aset penting yang dia nak ambil.”
Kak Zah resah.
“Saya merayu pada kak Zah dan letak harapan tinggi. Kalau Mazlan tahu hal ni, kak Zah terus berhenti kerja dan lari. Assalamualaikum.” Dia melangkah pergi meninggalkan kak Zah yang keliru.
Apa maksud Rozi?
Share this novel