HANIEM bangun pada pagi itu dengan merasakan sedikit kelainan pasa hatinya. Mungkin juga sebab dia ada tidur yang lena di rumah lamanya yang sentiasa beri dia kesenangan. Namun kini rumah itu berbeza pandangan dan sesekali beri Haniem mood duduk di rumah orang lain saja.
“Morning.” Sapa Qila yang membuka pintu nak mengejutkan Haniem.
“Morning. Awalnya kau bangun. Bukan kau tak boleh solat ke?”
“Memang pun. Aku siapkan breakfast untuk kau kat luar. Jom makan. Si Mikael tu pun ada kat luar dan dia nak makan sekali sebelum dia.. pergi kerja.”
Haniem tersenyum menatap Qila. “Kau betul-betul buat aku bangga sekarang. Sejauh mana hubungan kau dengan dia?”
Qila segera masuk dan menutup mulut Haniem. “Diamlah! Kalau dia dengar, malu lah aku.”
“Kenapa pula nak malu?”
“Untuk pengetahuan kau, dia tu bukan taste aku. Yelah, dia nampak macam... suka barang-barang branded je. So aku tak sukalah lelaki yang macam tu. Mana tahu kalau-kalau dia ni.. lembut ke, lelaki jadian ke ataupun yang jenis menunjuk. Susahlah.” Gerutunya.
“Kau ni fikir negatif lah!”
“Zaman sekarang kita tak boleh percayakan semua benda.”
Haniem bangun dari baringannya dan terus mengikat rambut dia di hadapan cermin. Dia hanya tersenyum apabila Qila berkata begitu kerana dia tahu apa yang Qila lalui dan dia tak boleh melupakannya lagi.
“Kau keluarlah dulu. Nanti aku keluar. Aku nak mandi kejap.”
Qila mengangguk. Dia meninggalkan Haniem yang ingin bersiap-siap.
Haniem mandi lebih kurang setengah jam seoerti biasa memandangkan dia pembersih orangnya. Setelah itu, Haniem menyiapkan dirinya di hadapan cermin. Tudung tidak lupa disarungkan memandang nanti dia pun dah nak kena balik dan kelibat Mikael yang bukan mahram nya berada di luar. Haniem akhirnya siap berpakaian. Dia berjalan ke meja untuk mengambil beg galasnya dan tak disangka, telefon dia jatuh dari begnya dan tanpa disengajakan, Haniem memijak telefon dia.
“Ya Allah!” Dia segera mengambilnya. Malang sekali, telefonnya tidak lagi berfungsi. Haniem mengetap. “Cuai lah Haniem!”
“Haniem, kenapa ni?”
Haniem menunjuk telefonnya. “Jatuh tadi.”
“La.. buat aku risau je. Alah nanti kau hantar lah pergi repair. Dah jom makan.”
Haniem mengangguk. Dia melangkah keluar mengikuti Qila sehingga di halaman luar rumah yang kelihatan Mikael sedang menikmati mi goreng buatan Qila. Haniem duduk di kerusi yang telah disiapkan mi goreng kepadanya.
“Makanlah. Aku masak special untuk kau.”
“Yelah.” Jawab Haniem.
“Special lah sangat. Apa je yang ada dalam mi goreng awak ni selain taugeh, sawi, sos tiram dan lain-lain. Saya pun boleh buat mi goreng macam ni. Lainlah kalau mi awak diperbuat daripada kaca. Jadi lah mi suhoon kaca.”
Haniem tersenyum.
“Awak bersyukur tau yang saya nak masakkan untuk awak juga. Kalau ikutkan hati yang paling dalam saya ni, nak je saya buat mi macam tu lepastu paksa awak makan biar mulut awak tak boleh buka terus!”
Mikael tersenyum tetapi dia tetap suka nak mengusik Qila. “Apa-apa pun, saya makan mi goreng awak ni semuanya sebab nak jaga hati awak. Haniem, awak jangan lupa baca bismillah banyak-banyak sebelum lalui pengembaraan hebat tu.”
“Okey.”
“Haniem!” Tak sangka Qila Haniem pun terikut sama. “Okey, lepas ni saya takkan masak lagi untuk awak ataupun Haniem. Aku tak sangka kau boleh terjebak dengan si Mikael ni.”
Haniem hanya menikmati mi gorengnya dalam hati yang bahagia melihat Mikael dan Qila bergaduh bersama.
Semasa Qila menyerahkan tisu untuk Mikael, Haniem teringat di bangku taman rekreasi semasa Adhiyat memberikannya sapu tangan milik lelaki itu yang masih disimpannya. Haniem mengeluarkannya daripada beg dia lalu menatap sapu tangan itu kosong sebelum kembali ke alam nyata dengan meletakkan kembali sapu tangan itu.
“Awak masih kerja walaupun hari minggu, Mika?” Tanya dia pada Mikael.
“Kerja saya tak tunggu hari minggu Haniem. Inilah nasib kalau kerja bawah senior. Mesti kena buli punya.”
“Alah, diorang buli pun semuanya sebab nak kita ada pengalaman kerja. Lebih baik berusaha dan tak payah heran pasal diorang.”
Mikael mengangguk.
“Kau pulak? Bila kau nak cari kerja Qila?” Tanya Haniem lagi.
“Aku.. aku tak tahu lagi nak kerja kat mana?”
“Kau start kat tadika aku ajelah. Masih kosong lagi jawatan kau tu.”
Qila memandang Haniem kemudian tersenyum. “Aku ingatkan aku boleh cari kerja yang lebih bagus lepas aku berhenti kerja kat tempat kau. In fact, aku tak ada langsung pengalaman kerja tu semua dan aku kerja kat kau pun tak lama. So thanks Haniem sebab.. masih nak ambil aku kerja.”
“It’s not a big deal. Kau kan kawan aku dan sejak kau berhenti kerja kat sana, budak-budak pun start tanya pasal kau sampai aku terpaksa beritahu kau ada tapi tak masuk. Tapi menyesal juga sebab diorang tanya lebih banyak soalan lagi.”
Qila ketawa. “Aku pun rindukan diorang. Tapi.. pasal Puan Kirah..”
“Yang tu kau tak payah risau sebab.. dia sendiri yang datang kat aku dan minta maaf. Semuanya atas nasihat kak Zah mak dia dan suami dia.”
“Akhirnya sedar juga Puan Kirah tu kan?”
Haniem mengangguk. “Baguslah dia sedar.”
Qila bersyukur segala bebanan sudah tidak lagi dipikul oleh Haniem. Malah dia turut bersyukur apabila dia yang berhenti secara mengejut tetap diterima bekerja di tadika oleh Haniem semula.
Namun Qila perasan Mikael yang termenung di sebelahnya. “Kenapa tak makan lagi? Tak sedap?”
“Eh, tak adalah. Fikir.. pasal kerja je.”
“Kerja, kerja, kerja. Nanti botak kepala baru tahu.”
Mikael terus memegang kepalanya. “Dah botak ke?”
Qila mengangguk.
“Tipu lah!”
Melihat Mikael mengeluarkan cermin buatkan Qila ketawa kecil sebelum dia perasan senyuman Haniem. Qila terus berwajah serius sambil menikmati makanannya yang buatkan Haniem turut menikmati makanan dia.
Selesai makan, menunggu Mikael pulang, Haniem pun membawa keretanya pulang ke rumah juga. Tetapi dalam perjalanan, dia teringatkan telefon bimbitnya yang rosak. Kalau dia tak hantar pergi repair, pasti dia tak ingat kelak. Haniem membawa keretanya menuju ke kedai telefon untuk membaiki skrin telefonnya yang sudah pecah ini. Tiba sahaja di sana, dia memberikan telefon itu kepada lelaki berbangsa Cina untuk dibaikinya.
“Sudah siap.” Ujarnya sambil menghulurkan telefon bimbit Haniem kepadanya semula.
“Terima kasih.”
Setelah membuat pembayaran, Haniem melihat telefon bimbitnya. Lebih kurang sejam menunggu juga untuk pastikan telefonnya siap dibaiki. Mesej dan panggilan telah masuk. Lebih mengejutkan itu merupakan mesej dan panggilan daripada Adhiyat yang memintanya datang ke perpustakaan hari ini. Katanya ini satu kecemasan dan dia tak tahu nak telefon sesiapa.
Walau bagai manapun, Haniem tetap memandu keretanya menuju ke perpustakaan Adhiyat. Entah kenapa hatinya begitu resah ingin menemui Adhiyat dan begitu risaukan keadaannya selepas dia menghantar mesej sebegitu. Haniem akhirnya tiba lalu dia melangkah masuk ke dalamnya. Malangnya pintu perpustakaan itu dikunci. Haniem mengetuk berkali-kali pintu perpustakaan itu namun tiada sesiapa yang buka. Dia cuba mendail nombor Adhiyat tetapi langsung tiada jawapan. Setelah itu, pintu perpustakaan dibuka oleh pekerjanya Elly.
“Hai, cik.. Haniem kan?”
“Urhmm.. ya. Tuan Ad ada kat dalam?” Tanya Haniem.
Elly tersenyum. “Ada. Silakan masuk.”
Haniem mengangguk. Sungguh pelik dia melihat Elly yang tersenyum biasa. Setelah dia masuk, dia dikunci dari luar oleh Elly yang buatkan Haniem terkejut dan cuba meminta Elly membukanya. Malangnya tiada langsung jawapan dan akhirnya Haniem melihat kosong perpustakaan di hadapannya.
Buku di atas meja diambil perlahan-lahan lalu dibelek satu persatu sebelum dia menemui halaman yang ada pelekat berwarna di situ. Buku bertajuk ‘kisah cinta kita’ merupakan buku kegemaran Haniem yang buatkan dia pelik apabila buku ini diletak di atas meja tanpa ada pembacanya. Di nota lekat itu ditulis, ‘kisah cinta manusia ada berbagai jalan yang kita tak tahu di akhirnya gembira atau tidak. Tapi saya yakin kisah cinta kita ialah awak jawapannya’ tulisnya di kertas itu. Di hujung kertas tertulis nama rak dan tajuk buku yang diminta untuk dicari oleh Haniem. Haniem melangkah menuju ke rak 13 pula.
Di rak 13, tajuk buku ‘pengalaman’ diambil keluar memandangkan buku itu saja bertanda merah. Di dalamnya ada pelekat yang sama cuma warna yang berbeza. Di situ tertulis, ‘pengalaman yang saya impikan adalah bersama awak dan mencari sebuah cabaran dalam hubungan dengan awak’ tulisnya. Seperti tadi juga, dia menulis nama buku di rak lainnya. Haniem menuju ke sana dan terjumpa lagi dengan tajuk buku yang kini tiada nota lekat di dalamnya namun dipotong beberapa ayat pada buku itu. Di buku seterusnya hanya terlihat ayat, ‘Sudi’ walaupun tajuk buku itu ‘Sudirman’. Kemudian di rak lain di mana pada buku tadi katakan menggunakan pelekat yang sama, tajuk buku, ‘awak menjadi’ dipotong beberapa ayat lain. Kali ini pelekat tak ditampal pada buku itu yang buatkan Haniem terpinga-pinga mencari sebelum langkahnya terhenti di meja di mana pertemuan dia dengan Adhiyat.
Di atas meja itu terlihat tiga kuntum bunga. Haniem mengangkatnya kemudian menghidu bunga tersebut. Dia memang sukakan bunga. Segala jenis bunga pun dia akan simpan dalam biliknya. Haniem melihat pula sebentuk cincin yang dimasukkan separuh ke dalam gabus. Haniem mengambilnya. Baru dia perasan, di kelompok bunga ros itu tertulis, ‘isteri’. Berkerut kening Haniem memikirkannya sebelum dia menemui maksudnya.
“Lama saya tunggu awak.” Adhiyat tiba dan Haniem menatapnya.
“Apa maksud.. nota-nota ni?”
Adhiyat berdepan dengan Haniem kemudian tersenyum. “Nota pertama bermaksud, saya nak ada kisah cinta yang sempurna dengan awak. Kisah cinta yang bagaikan air yang mengalir, kisah cinta yang akan warnakan hidup saya dan kisah cinta yang tak ada penghujungnya. Awaklah penamat pencarian cinta saya.”
Haniem terkesima.
“Nota kedua, saya dah lama mencari pengalaman cinta. Tapi saya hanyalah budak mentah yang tak tahu apa-apa. Bila saya jumpa awak, saya dapat rasakan sesuatu dan saya nak ada pengalaman bercinta dengan awak. Saya laluinya walaupun hanya sekadar kawan.”
“Yang lain?”
Adhiyat meletakkan buku barunya lalu dibuka muka surat yang telah dia tulis. Di situ dia menggaris sebaris ayat dengan menggunakan highlighter kuning.
“Aku kenali kau sebagai sekuntum bunga. Aku menjadi manusia yang menyukainya. Kumbang begitu banyak mendekatinya sehingga aku takut nak memetik kau. Aku akhirnya mencari peluang dan memetik kau sebagai hiasan yang takkan menjadi hiasan saja tetapi akan kekal selama-lamanya sebagai... sekuntum mawar merah mekar.”
“Ya. Saya petik awak sebagai bunga untuk saya supaya saya boleh simpan awak selama-lamanya dan pastikan awak tak layu macam tu je.” Ujarnya.
“Awak...”
“Saya tahu awak takkan terima saya sekarang Haniem dan saya tak harapkannya pun. Saya akan beri awak masa untuk fikirkannya. Masa untuk awak... yakin dengan saya yang saya cinta awak. Saya tak kisah berapa lama sekalipun. Saya setia tunggu awak.”
Haniem mengeluh. “Bukannya saya tak bersedia, tapi saya tak suka cara awak. Awak melamar saya tapi awak tak buat keputusan tu dengan saya.”
“Haniem, saya nak melamar awak macam... sebuah kenangan yang awak takkan lupakan. Kalau saya beritahu awak saya nak kahwin dengan awak dan nak ajak awak jumpa family awak, awak takkan setuju. So, hanya ini je caranya.”
Haniem menatapnya.
“Saya dah jumpa parents awak dan kalau awak tak percaya, awak boleh tanya diorang. Tentang jawapan awak, saya akan tunggu dan saya akan... reda dengan segala jawapan yang awak akan bagi.”
“Kita kenal tak sampai sebulan. Kenapa awak yakin untuk cintakan saya? Saya tak nak.. awak menyesal cintakan saya Adhiyat.”
“Tapi saya tak pernah rasa macam tu.” Balas dia tenang.
“Sekarang awak tak rasa, lepas kahwin nanti macam mana?”
“Kalau macam tu, saya sendiri yang akan pastikan saya takkan menduakan awak. Kalau saya buat semua tu, jangan pernah maafkan saya dan... pergilah cari lelaki lain walaupun benda tu susah. Saya bukannya nak cari sesuatu kerja yang mudah. Tapi saya beritahu awak yang saya tak layak jadi lelaki kalau saya... tak cintakan awak sepenuhnya.”
Haniem menatap Adhiyat lama dan dia nampak keikhlasannya. Susah dia nak percaya kalau Adhiyat setia dengan dirinya dan Adhiyat takkan menduakan dia.
“Saya perlukan masa dan saya harap... awak tak tunggu masa tu.” Haniem pun beredar pergi setelah mengucapkan salam.
Dia memandu keretanya pulang ke rumah untuk mendapatkan kepastian lebih. Setelah tiba, Haniem menemui Encik Malik dan Puan Zahara yang berada di ruang tamu.
“Dah balik dah. Haniem nak tidur sana lagi ke hari ni?” Tanya Puan Zahara sebaik saja Haniem bersalaman dengan dia dan Encik Malik lalu duduk di hadapan mereka.
“Tak.”
“Tak apalah. Ibu dah masak dah tu. Pergilah makan apa-apa yang Haniem nak.”
Haniem terus menatapnya mencari jawapan.
“Kenapa.. tengok ibu macam tu?”
“Masa Haniem tak ada, ada apa-apa jadi ke?” Tanya dia.
Anak mata Puan Zahara terarah pada Haris yang sibuk dengan permainan videonya.
“A.. apa yang jadi?”
Haniem mengeluh. “Haniem tahu ibu tahu apa yang jadi. Haniem jumpa Ad tadi.”
Kini semua nya fokus pada dia termasuklah Haris.
“Dia melamar Haniem jadi isteri dia dan... dan dia cakap dia dah jumpa ibu dengan ayah. Ibu dengan ayah setuju jadikan Haniem isteri Adhiyat? Ibu dengan ayah... dah fikir masak-masak?”
Encik Malik meletakkan cawan kopinya ke meja semula. Dia tersenyum menatap Haniem. “Apa jawapan Haniem?”
“Ibu dengan ayah tak setuju lagi?”
“Kenapa ayah nak buat keputusan walaupun anak ayah... tak terimanya lagi? Ayah sebagai seorang ayah tak ada hak nak tentukan pasangan hidup anak-anak dia. Ayah nak Haniem bahagia dan nikah secara paksa bukanlah pilihan ayah untuk pastikan Haniem bahagia.”
Haniem hanya mendiamkan dirinya kelu nak menjawab apa.
“Kalau Haniem tak tahu.. apa jawapannya, tanyalah pada diri sendiri. Haniem sanggup ke fikirkan masa lepas walaupun hati Haniem pada yang masa sekarang. Ayah tak tahu apa jawapan Haniem. Tapi ayah nampak apa yang Haniem fikirkan sekarang.”
“Haniem sayang, ibu dengan ayah takkan paksa Haniem terima Adhiyat. Tapi ibu nak Haniem... untuk tak menyesal suatu hari nanti hanya sebab Haniem.. keliru nak pilih. Jawapannya ada pada Haniem. Jangan campur adukkan perasaan dulu dengan sekarang. Manusia berbeza Haniem dan kita tak sepatutnya menghukum mereka yang tak bersalah.” Jelas Puan Zahara pula.
Haniem buntu.
“Tenangkan lah fikiran. Naik, mandi dan solat. Lepastu nanti Haniem turun makan, ibu sediakan. Pasal Ad tu, rasanya seminggu cukup untuk Haniem fikir jawapannya. Kalau Haniem tak tahu, kita terpaksa batalkan juga dan tolak lamaran Adhiyat.”
Tanpa banyak soal lagi, Haniem melangkah menuju ke biliknya. Dia mandi dan solat seperti yang disuruh Puan Zahara kemudian membaringkan dirinya setelah dia selesai berpakaian. Lama Haniem memikirkan kata-kata Encik Malik sebelum ni, Puan Zahara dan luahan hati Adhiyat.
Lama memikirkannya, Haniem tahu luahan hati Adhiyat jujur. Dia terus turun ke tingkat bawah dan menemui keluarganya yang kini berada di meja makan. Haniem duduk di sebelah Haris dengan Puan Zahara meletakkan nasi ke pinggan untuk Haniem.
“Haniem.. setuju.”
Anak mata Encik Malik, Puan Zahara dan Haris terpaku ke arahnya.
“Haniem setuju untuk... untuk jadi isteri Adhiyat. Kalau Haniem rasa perkahwinan ni tak.. bermakna, Haniem akan minta cerai dan Haniem tak nak ayah dengan ibu halang Haniem.”
“Kami okey je dengan keputusan Haniem.”
Haniem senyum nipis kemudiannya.
Share this novel