HANIEM mengingat kembali apa yang dia lihat pada Adhiyat sebelum dia mahu pulang. Pandangannya kepada kanak-kanak buatkan Haniem rasa tersuka lagi. Lelaki sebaiknya masih wujud namun Haniem tak mahu mengambil langkah yang sama. Pujiannya tidak pula Haniem mahu menyimpan sebagai kenangan paling manis dia kerana dia tahu pujian lelaki selalunya tak ikhlas. Haniem tak mahu hatinya terluka lagi sebelum ini akibat naif akan cinta.
Apabila jam sudah menunjukkan waktu Haniem perlu pulang sekarang, dia mengemaskan barang-barangnya. Haniem keluar dari pejabat menuju ke bilik guru. Dia mahu serahkan kunci ini kepada guru yang ada. Tiba saja di sana, sudah tiada sesiapa. Nampaknya Haniem sendiri yang perlu kunci semua pintu. Apabila selesai dia kembali ke keretanya. Nampaknya Haniem tak sedar siang hampir menutup tirainya.
“Haniem.” Suara garau Huzair yang bersembunyi di bawah kerudung buatkan Haniem terkejut.
“Awak.. buat apa kat sini Huzair?”
“Sebenarnya, saya nak bercakap dengan awak sikit Haniem. Saya call, awak tak angkat. Saya mesej, awak tak reply. Saya cuba datang rumah awak, awak langsung tak ada. Saya mohon awak beri saya peluang Haniem untuk bercakap dengan saya.” Katanya.
“Awak dah gila ke? Hubungan kita dah lama habis dan tolonglah.. tolonglah move on! Saya cuba untuk lupakan awak dan saya dah berjaya. Tak lama lagi saya akan kahwin dan saya nak awak jangan ganggu saya.”
Huzair ketawa kecil berbaur sinis. “Awak.. nak kahwin? Haniem, saya tahu awak nak lari dari saya. Tapi awak tak mungkin nak kahwin sebab awak tak pernah sukakan sesiapa dan awak tak ada keyakinan diri. Tak ada sesiapa yang akan kahwin dengan awak kalau awak terus berperangai macam tu.”
“Awak nak kata saya... tak layak dicintai? Saya lebih layak tanpa cinta khianat awak! Saya... berhak mencintai seseorang dan dicintai. Awak hanya akan patahkan semangat saya je!”
“Saya minta maaf Haniem. Saya.. saya tak berniat nak patahkan semangat awak. Tapi tolonglah beri saya peluang. Saya perlukan awak dan saya... saya menyesal dengan apa yang saya buat.”
Haniem mengeluh berat. “Saya penat Huzair. Saya nak balik.”
Haniem membuka pintu keretanya sebelum Huzair menutupnya kembali dan wajah dia bertukar marah. Huzair membuka pintu kereta di belakang kemudian menolak Haniem masuk ke dalam.
“A... apa awak buat ni?!”
“Saya.. cintakan awak Haniem dan saya sanggup buat semua benda hanya untuk awak. Tapi awak tak... tak nak beri saya peluang untuk mencintai awak lagi. Saya.. buntu Haniem macam mana. Cuma ini je.. caranya.”
Haniem menggeleng dan dia kini hampir menangis. “T.. tak! Saya takkan izinkan. Sekali awak sentuh saya, saya akan bencikan awak selama-lamanya Huzair!”
“Saya dah tak peduli Haniem. Kalau awak... terpaksa, mungkin awak akan terima saya.”
“Kita tak ada jodoh bersama. Hati saya bukan untuk awak Huzair dan awak... awak tak boleh paksa orang mencintai awak.”
“Kalau ini je caranya, tak apa.” Ujarnya dan kini merangkak masuk ke dalam kereta.
Akhirnya Haniem mengalirkan air mata ketakutan. Dia cuba melawan namun tenaga Huzair lebih daripada tenaganya. Ya Allah, adakah ini takdir dia? Adakah dia akan mencintai Huzair dengan cara yang begini? Tolonglah jauhkannya daripada dia.
Haniem ketakutan namun tubuh Huzair diheret keluar oleh Adhiyat yang baru tiba di situ. Dia terus melempar tubuh Huzair sehingga tersembam ke luar kereta. Adhiyat memukul lelaki itu hanya untuk menakutkannya.
“Kau siapa hah?!” Jerkah Huzair.
“Kau tak perlu tahu! Apa kau buat?! Binatang! Masih ada lagi manusia yang macam kau di muka bumi ni?! Kau sepatutnya mati je.”
“Ini urusan aku dengan dia dan kau tak perlu masuk campur.”
“Urusan dia, urusan aku. Aku takkan izinkan kau sentuh dia dan aku takkan izinkan lelaki bernafsu macam kau kotorkan dia! Berambus! Berambus sebelum aku panggil polis.” Ugutnya.
Huzair mengerling Haniem dan Adhiyat ketakutan. “Saya akan terus.. cari awak Haniem.” Pesannya kemudian berlari pergi.
Adhiyat mendekati kereta di mana Haniem berada. Haniem duduk memeluk lutut yang buatkan Adhiyat risaukan dia.
“Haniem, semuanya dah okey dah sekarang. Mari keluar.”
Haniem menangis lagi.
“Tak apa. Saya tunggu awak.” Ujarnya sambil berdiri di luar kereta.
Adhiyat berjalan ke keretanya lalu mengambil botol mineral yang dibelinya. Dia membuka penutup minuman kemudian diberikan kepada Haniem. Haniem tidak mengambilnya dan Adhiyat terus menghulurnya menunggu sehingga Haniem lega lalu mengambil botol minuman tersebut.
Setelah sejam Adhiyat menunggu di luar dan tangannya terasa lenguh akibat menghulur, Haniem mengambil minuman yang dihulurkannya. Adhiyat tersentak kemudian menjauhkan dirinya daripada kereta. Dia tersenyum memandang Haniem yang makin baik.
“Oh, ini sapu tangan. Ambil lah dan lap air mata awak.” Dia menghulurkan satu tangan miliknya.
Haniem mengambilnya kemudian mengusap air mata dia. “Saya minta maaf.. sebab menyusahkan awak. Terima kasih.. tolong saya.”
“Sama-sama.”
Haniem masuk ke tempat pemandu dan dia nampak kelelahan.
“Haniem, saya rasa awak masih tak okey lagi ni. Biar saya bawa awak balik.”
“Tak apa. Saya okey. Saya cuma.. terkejut je.”
Adhiyat mengeluh. “Haniem, kalau awak takut ayah awak akan marahkan saya, saya akan jelaskan pada dia. Apa yang terjadi tadi bukannya perkara yang senang untuk seorang wanita jalani. Saya faham perasaan awak dan saya harap awak percayakan saya untuk ikut saya dan saya akan hantar awak ke rumah awak.”
“Saya tak apa-apa.”
“Ya, kalau awak rasa tak apa-apa, awak ikut saya. Saya hantar awak balik. Awak boleh pegang IC saya kalau awak tak percayakan saya.” Dia mengeluarkan dompetnya kemudian menghulurkan kas pengenalan dia kepada Haniem.
Melihat Adhiyat bersungguh-sungguh, Haniem mengambil kad pengenalannya. Dia dan Haniem menuju ke kereta Adhiyat yang diletakkan di belakang kereta Haniem. Beg Haniem diletakkan di kerusi belakang dan dia membukakan pintu untuk Haniem. Setelah itu, Adhiyat membawa keretanya keluar dari perkarangan.
Memandangkan Haniem nampak masih terkejut dengan apa yang terjadi, Adhiyat menuju ke restoran untuk menjamu selera. Alamat yang Haniem berikan kepadanya disimpan ke dalam poket kot dia. Adhiyat berhenti di hadapan restoran dan membukakan pintu untuk Haniem.
“Kenapa awak.. bawa saya datang sini?”
“Saya belum makan lagi. Awak nak... teman saya makan kat sini kejap?”
Haniem menatapnya. “Awak hantar lah saya dulu dan nanti awak makan lah.”
“Urhmm.. saya sebenarnya tak biasa makan seorang-seorang. Lagipun rumah saya dengan awak macam jauh je. Awak teman saya sekejap je dan awak boleh makan sekali. Saya belanja.”
Sekali lagi Haniem rasa kasihan dengannya dan nampak ketulusan dia. Haniem tetap mengekori Adhiyat untuk pergi makan di restoran itu.
Setelah duduk, pelayan tiba dengan pesanan mereka. Adhiyat memesan minuman dan makanan dengan Haniem mengikut citarasanya. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan tiba juga. Adhiyat menikmatinya dan hanya Haniem masih menatap kosong.
“Urhmm.. saya ada.. joke nak beritahu awak. Awak nak dengar tak?”
Haniem hanya diam.
“Okey, apa yang.. hippo cakap pada anak dia?”
“Apa?” Balas Haniem.
“Bison.” Dia ketawa pada lawaknya sendiri dan Haniem langsung tidak.
Adhiyat menemui jalan buntu akhirnya.
“Siapa.. lelaki tadi?”
Haniem mengeluh.
“Kalau awak tak nak beritahu saya pun tak apa. Apa-apa pun, saya tahu dia berbahaya dan saya harap awak boleh... jauhkan diri daripada dia.”
“Dia lah.. cinta pertama saya.” Katanya.
“Dia lelaki yang.. awak ceritakan tu?”
Haniem mengangguk. “Dia tersuka dengan adik saya dan sebab tu saya putuskan hubungan dengan dia. Saya tahu saya tak cantik macam Hanis. Tapi saya tak sanggup nak tengok dia lebih.. beri perhatiannya kepada Hanis dan bukannya saya. Sebelum terjadi apa-apa, saya putuskan hubungan dengan dia.”
“Adik awak tahu hal ni?”
“Ya. Dia minta maaf tentang apa yang terjadi dan dia minta saya untuk cari pengganti supaya hidup saya lebih bahagia. Tapi saya tak tahu macam mana nak nilai seorang lelaki yang.. tulus cintakan orang tu. Saya tak nak.. terus terluka lagi.”
“Jadi awak tak pernah... sukakan mana-mana lelaki lepas tu?” Soalnya.
“Tak. Tapi saya tak sangka peluang yang dia nak kan, dia guna dengan cara ni. Saya terluka lagi dan saya tak tahu... macam mana nak buat.” Haniem menunduk wajahnya.
“Awak makanlah Haniem. Saya janji akan hantar awak balik lepas keadaan awak okey. Saya tak nak bila saya hantar awak balik, keluarga awak akan ingat saya lah puncanya. Sebab saya tak pernah buat perempuan menangis tau.”
Haniem hanya senyum nipis padanya.
Walaupun Haniem menikmati makanan dia dengan sedikit suapan saja, Adhiyat tetap mahu dia habiskan makanan. Setelah selesai, Adhiyat membuat pembayaran dan kemudian dia memandu keretanya dengan Haniem menuju ke rumah Haniem. Tetapi Adhiyat sedar yang sekarang sudah masuk waktu. Kebetulan pula rumah Haniem dekat dengan kawasan pantai yang terdapatnya surau kecil di situ.
Haniem dan Adhiyat solat di surau. Selepas itu, mereka pun keluar dari sana.
“Wah, meriah nya pantai ni. Awak selalu datang?”
Haniem mengangguk. Dia melihat Adhiyat kagum melihat pantai yang penuh bercahaya dan terdapatnya beberapa orang di sini. Dia jadi kesian melihatnya yang terlalu sukakannya.
“Jom lah kita pergi sana.” Ajaknya.
“Eh tak apalah. Awak kan dah nak balik.”
“Sekejap je. Kalau pukul 8 setengah saya tak balik lagi, saya call parents saya.” Ujarnya.
Adhiyat memikirkannya sebelum dia mengangguk setuju. Dia menuju ke pantai lalu berjalan di pesisir pantai dengan kasut yang dipegang di tangan masing-masing.
“Awak suka pantai?”
“Tak juga. Saya pakai tudung dan susah sikit kalau nak mandi kat pantai. Kalau berjalan macam ni, duduk kat tepi sana, boleh lah.” Balasnya.
“Bagus juga. Kadang-kadang wanita yang bertudung pun lupa tentang aurat diorang bila terlalu gembira.”
Haniem mengangguk setuju. “Awak pula?”
“Saya pun suka macam ni. Tapi dulu saya suka travel dan saya main banyak aktiviti yang berkaitan dengan air. Tapi saya tak selalunya main watersurf dan saya lebih suka menyelam kat pulau.”
“Awak ada gaya hidup yang sihat.”
Adhiyat ketawa kecil dengan pujian Haniem. “Mestilah. Saya sukakan hidup yang bergaya sihat.”
Mereka diam buat seketika apabila terus berjalan lagi.
“Awak tahu Haniem.. apa ketakutan utama saya.”
Haniem memandangnya.
“Saya takut keluarga saya... akan fikir saya lemah bila saya takutkan.. sesuatu. Macam apa yang saya tulis dalam website tu. Tok aki nak saya jadi lelaki sejati macam dia. Seorang general yang berani, gagah dan ada pendirian tetap. Arwah ajar saya jadi lelaki yang macam tu. Tapi saya tak pernah suka dengan cadangan dia. Akhirnya saya kena buli dengan banyak orang dan itu buatkan tok aki marahkan saya sebab tak boleh berdiri di kaki sendiri. Dia nak saya lawan orang-orang tu. Tapi saya tetap memilih untuk tak... balas dengan cara tu dan itu buatkan tok aki makin marahkan saya.”
“Awak... tak sukakan dia?”
Adhiyat senyum nipis. “Sebabkan tok aki lah saya dapat kebencian daripada sepupu saya sendiri. Sepupu yang berubah hanya kerana perangai tok aki. Kami berdua salah faham antara satu sama lain. MakSu saya ceritakan pada saya kemahuan sepupu saya. Saya mula faham perasaan dia. Tapi saya tak faham tentang tok aki. Tok aki ajar saya cara untuk tak takut dengan semua benda dan saya berani hadapi semuanya. Cuma saya selalu gagal. Dia buat saya jadi lelaki yang berani. Ketakutan sebenar saya ialah... gagal di setiap kehendak tok aki dan sebab tu saya lupakan.. apa yang dia nak dan jadi diri saya sendiri.”
“Kenapa awak tak nak.. ikut apa yang tok aki awak nak?”
”Yelah Haniem, dalam hidup ni kita ada jalan kita sendiri. Memilih untuk jadi diri sendiri atau jadi yang lainnya. Saya pilih untuk terus ke jalan saya dan bukannya kehendak tok aki. Saya tahu dia bakal ubah saya jadi macam dia dan saya tak nak semua tu. Kita juga diberi pilihan untuk hati terus terluka kerana permintaan orang atau lupakannya supaya hati kita gembira. Sounds like.. we’re selfish but that is the truth.”
Hati Haniem terubat.
Setelah selesai berjalan di pesisir pantai, Haniem berkongsi ketawa riang dengan Adhiyat dan dia mula melupakan masalahnya sendiri. Adhiyat ajar dia kegembiraan malam ini dan masalah yang perlu dia lupakan dengan berseronok.
“Terima kasih.. hantar saya balik. Ini IC awak dan saya minta maaf sebab pegang terlalu lama.” Ucapnya.
“It’s alright. Tapi, parents awak tak marah awak balik masa-masa macam ni?”
“Baru pukul 9 dan saya pun selalu balik lewat macam ni kalau keluar dengan kawan. Awak jangan risau.”
“Saya memang risau sangat. Kalau parents awak fikir yang bukan-bukan kan susah. Awak nak saya masuk ke dalam dan jumpa dengan diorang? Explain semuanya?” Cadangnya.
Haniem tersenyum. “It’s okay. Nanti kalau saya ajak awak masuk sekali, lain pula parents saya fikir. Saya akan jelaskan kat diorang dan saya... terhutang budi dengan awak.”
“Alah, saya gembira awak dah tak apa-apa. Ingat Haniem, jaga kesihatan awak dan lupakan masalah awak. Lelaki tadi tu hanyalah... singgah je. Saya yakin yang dia akan lupakan awak.”
“Saya berharap macam tu. Assalamualaikum.
“Waalaikumusalam.”
Haniem keluar dari kereta kemudian dia melambaikan tangannya kepada Adhiyat yang sudah beredar pergi dari sini. Haniem pun masuk ke dalam rumah dan tak disangka dia diheret oleh Hanis yang melihat semuanya tadi.
“Kenapa... dengan Hanis ni?” Tanya nya pelik.
“Wow, balik dengan siapa tadi?”
“Sibuklah!”
“Alah, ceritalah akak, akak balik dengan siapa. Bukan main kemas lagi kereta dia.” Rayu nya.
“Kawan je.”
“Yeke kawan? Lelaki ke perempuan?” Tanya nya lagi.
“L.. lelaki.”
Makin membulat mata Hanis dan dia nampak gembira. “L.. lelaki?!”
Haniem menutup mulutnya.
“Haniem, dah balik dah?” Encik Malik menyapanya.
“Dah ayah. Ayah.. baru lepas solat ke?”
“Yelah. Ayah pakai baju Melayu, kain pelekat dengan kopiah ni. Haniem kenapa balik lambat sangat?”
“Oh, Haniem.. keluar dengan kawan tadi.”
“Humphh.. keluar dengan kawan.” Ulang Hanis penuh makna.
Haniem menepuk bahunya.
“Kenapa ni?”
“T.. tak ada apa-apa lah. Haniem masuk bilik dulu. Haniem pun belum solat isya’ lagi.” Katanya lalu berangkat pergi sambil melihat wajah pelik Encik Malik dengan senyuman mengusik Hanis.
Di tingkat atas, Haniem tersenyum menatap sapu tangan di tangannya. Mungkin tadi masalah dia terasa sebesar gunung. Lepas dia jalani kegembiraan buat seketika, Haniem rasa dunia nya berbeza. Ya Allah, apakah maksud detak jantung ini? Tak mungkin dia sukakan lelaki yang baru tiga kali dia bertemu. Jika benar, tunjukkan padanya perasaan sebenarnya.
Share this novel