bab 18

Romance Completed 1369

HANIEM bangun pada pagi itu dengan hati yang sedikit tenang namun takut juga apabila Huzair masih lagi menghubunginya. Dia takut jika Huzair akan datang dan hal semalam bakal diketahui Encik Malik yang mungkin akan risaukan Haniem. Haniem tak mahu buat keluarganya risaukan dia dan dia tak mahu jika Encik Malik memarahi Huzair lebih teruk lagi. Biarlah perbuatan Huzair diketahui oleh dirinya dan Adhiyat sahaja. Dia tak mahu bebankan yang lainnya.

Semasa sedang bersiap, telefon Haniem sekali lagi berdering yang buatkan Haniem mengeluh di hadapan cermin. Dia mengambik telefon bimbitnya dan itu bukanlah nombor Huzair melainkan nombor telefon yang dia tak kenal sangat. Haniem mengangkat panggilannya.

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara manis.

“Waalaikumusalam. Siapa ni?”

“Haih.. lelaki yang hantar awak balik semalam awak tak ingat ke? Atau awak ni ada penyakit hilang ingatan buat sementara?”

Kini Haniem sedar yang itu ialah Adhiyat. Dia tersenyum sambil duduk di atas katil. “Sorrylah. Saya mana cam suara awak dan kalau telefon mana nampak muka awak. Sebab tu lah saya tak tahu itu awak.”

“Betul! Dah terang dah yang awak tak safe nombor saya dan sebab tu lah awak tak cam suara saya. Kan?”

Haniem hanya diam.

“Anyway, saya nak ajak awak... keluar. Awak nak tak keluar dengan saya sebagai kawan?”

“Kawan? Yeke muslihat awak hanya sekadar teman atau.. muslihat lainnya?” Teka nya dengan rasa curiga.

“Betullah. Saya ada tempat menarik yang nak ditunjukkan pada awak.”

Haniem tersenyum. “Bukannya saya tak nak tapi saya tak boleh. Saya kerja hari ni dan awak kenapa nampak macam free je sampai boleh ajak saya keluar ni.”

“Saya cuti hari ni. Tapi tak apalah kalau awak sibuk. Pukul berapa awak free?”


“Pukul 3 setengah juga.”

“Okey. So saya datang jumpa awak pukul 3 setengah dan saya harap awak boleh.. siapkan kerja masa tu.” Balasnya.


“Tapi awak nak bawa saya pergi mana?”


“Adalah. Jumpa awak nanti.” Panggilan dimatikan kemudiannya.


Haniem menggeleng kepala dengan perbuatan Adhiyat. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya kemudian dia kembali membetulkan tudung dia. Anak mata Haniem teralih ke arah sapu tangan di atas meja milik Adhiyat. Dia menelitinya kemudian menghidu wangian lelaki itu. Wangian yang dahulu Haniem tak suka namun kini Haniem lebih suka baunya. Tenang saja apabila dihidu.


Setelah mengambil sapu tangan itu, Haniem keluar dari biliknya. Dia menuju ke meja makan di bawah dan di sana cuma ada Puan Zahara dan Encik Malik saja. Haniem mengambil tempat duduk di hadapan Puan Zahara.

“Mana.. Haris dengan Hanis? Fikri dah pergi kerja?”


“Haris pergi kolej lah macam biasa. Hanis pula dia ada kat atas. Katanya dia tak larat sikit sebab baby dah tak sabar nak keluar agaknya. Kalau Fik pula memang dah pergi kerja sebab katanya bos dia cuti hari ni dan dia kena uruskan banyak benda sebelum minggu depan.” Balas Encik Malik.


“Biar Haniem pergi tengok Hanis lah.”


Encik Malik menahannya. “Tak payahlah Haniem. Makan dan ibu dah pergi tengok dah dia. Ayah pun dah tengok dan katanya dia nak rehat sikit je. Tak payahlah nak risau Haniem.”


“Haniem takut je kalau kandungan Hanis ada masalah. Haniem tak nak semua tu terjadi kat dia. Kan kesian.”

“Ayah tahu. Tapi Hanis tak apa-apa. Penat sikit je. Nanti ibu akan terus tengok dia dan Haniem tak payah risau. Sekejap lagi ayah nak keluar juga pergi belikan dia air kelapa untuk dia minum.”


Haniem menghela nafas berat lalu mengangguk.

Dia menikmati sarapannya kemudian terus berangkat ke tempat kerja selepas bersalaman dengan Encik Malik dan Puan Zahara dengan menggunakan teksi yang dipanggilnya. Haniem naik ke dala kereta teksi sehingga akhirnya dia tiba di tadika. Pemandu teksi menurunkannya di hadapan tadika dan dia membayar tambangnya. Tak disangka dia merasakan yang ada orang mengekorinya semasa dia sedang masuk ke dalam tadika. Haniem terus mengeluarkan stun gun nya dan dia berpaling ke belakang.


“Woah! Calm down.” Adhiyat mengangkat kedua tangannya takut debgan Haniem.


“Eh, awak buat apa kat sini?”


“Saya takut awak kena kejadian semalam dan sebab tu saya fikir nak tunggu kat depan tadika ni sampai awak datang. Kalau awak tak datang, saya nak pergi check kat rumah awak dan saya tak nak apa yang jadi semalam, terjadi lagi.”

Haniem menghela nafas tenang.

“Saya pun sebenarnya nak hantar beg yang Liya tertinggal tadi. Cuai betul dia!” Gerutu nya.

“Nama pun budak-budak. Pergilah masuk dan jumpa dengan dia.”

Adhiyat mengangguk. “Nanti saya nak jumpa awak kejap tau.” Pesannya lalu dia terus melangkah menuju ke kelas Liya.

Haniem tak menghiraukan hal itu terus melangkah pergi ke pejabatnya. Di sana, dia membuat kerja dia yang masih tidak siap lagi. Tetapi Haniem rasakan kehilangan. Sudah tentu kelibat Qila yang akan datang menemuinya lalu bercerita tentang gosip-gosip semasa.

Telefon dicapai lalu dia menghubungi Qila. Seperti biasa, Qila mesti tak akan angkat panggilan nya yang buatkan Haniem mengeluh berat.

“Hai, Haniem.” Adhiyat menerpa.

“Hai. Jadi apa yang awak nak cakap dengan saya?”

“Tak ada apa. Saya cuma nak pastikan keselamatan awak je.” Dia duduk di hadapan Haniem.

Haniem menatapnya dalam. “Entah-entah hari ni awak ambil cuti semata-mata nak... jaga saya?”

Adhiyat diam.

“Adhiyat, saya tak suka awak buat semua ni. Awak tahu tak yang perbuatan awak ni akan menyusahkan awak dan saya. Kerja lebih penting daripada orang luar yang awak tak kenal.”


“Tapi saya kenal awak. Haniem dan awak kawan saya.”

Haniem mengeluh. “Ya, saya tahu saya kawan awak. Kadang-kadang awak tak boleh buat kerjaya awak tergendala macam tu hanya sebabkan saya.”

“Haniem, apa gunanya kawan kalau dia tak boleh melindungi orang yang dia rasa perlukan perlindungan? Saya takut awak akan rasa trauma dia lagi dengan kejadian semalam dan saya tak nak awak rasa tertekan dengan masalah tu. Awak kuat Haniem tapi kadang-kadang awak lemah juga dan awak perlukan seseorang untuk beri semangat pada awak. Saya rasa awak langsung tak ceritakan hal semalam pada keluarga awak kan?”


Haniem tak menjawab tekaan Adhiyat itu.

“See. Saya risaukan awak Haniem dan saya tahu awak akan pendam perasaan awak tentang apa yang jadi malam semalam. Saya harap awak ada tempat untuk mengadu masalah awak. Jadi tolonglah Haniem jangan diamkan diri macam ni dan kalau awak rasa keselamatan awak tak terjamin, biarkan saya buat report.”

“Jangan! Saya tak nak masalah ni makin besar. Huzair tu mungkin dia ada masalah lain dan sebab tu dia sanggup buat semua tu. Tolong jangan besarkan masalah lagi.” Rayunya.

“Okey. Saya takkan buat report tapi saya nak awak sekarang-kurangnya berhati-hati dan izinkan saya untuk pastikan keselamatan awak terjamin dulu.”

“Terima kasih sebab risaukan saya.”

Adhiyat hanya tersenyum saja. “Saya rasa... saya tak boleh ambil awak. Kita jumpa dekat perpustakaan yang awak selalu pergi tu dan saya jumpa awak kat sana. Office ada problem sikit dan saya kena settle kan. Lagipun saya nak kena jumpa orang kejap.”

“Okey.”

Adhiyat berbual dengan Haniem buat seketika dan akhirnya dia perlu pergi juga. Setelah kelibat Adhiyat tan kelihatan, salah seorang guru datang menyapanya.

“Tak pernah cikgu bawa lelaki masuk office cikgu. Siapa tu?”

“Jangan fikir bukan-bukan okey? Dia tu kawan je dan kitorang baru je kenal. Susah nak percaya dia antara baik ke tak sebab saya tak nak tersilap langkah.”

Guru itu tersenyum. “Cikgu, saya nampak cikgu macam.. selesa dengan dia dan orang kata kalau kita dah selesa dengan seseorang tu, mungkin dia lah yang jadi penghuni hati. Tak salah kalau cikgu buka ruang dan tengok sendiri sama ada dia ikhlas ke tak.”

“Dia kata nak jadi kawan je lah.”

“Itu lah kata kuncinya. Cikgu kan cikgu dan cikgu mesti tahu kata kunci dalam setiap ayat. Macam cikgu kata tadi. Dia cuma nak.. berkawan. Lelaki yang budiman takkan ajak kita untuk bercinta selagi dia tak pasti dengan perasaan dia tapi dia yakin yang cikgu lain dari yang lain. Mungkin kawan yang boleh bertukar menjadi cinta.”

Haniem memikirkannya. Perasaan dia pun lain setiap kali dia jumpa dengan Adhiyat dan apa yang lelaki itu buat padanya semalam telah buatkan dia letak kepercayaan penuh kepada Adhiyat. Adakah benar yang dia memang selesa dengan Adhiyat dan sebenarnya dia telah lama buka pintu hatinya menerima lelaki lain? Adakah lelaki itu Adhiyat?

Dalam tanda tanya, Haniem kembali ke pejabatnya dan dia agak terkejut melihat kedatangan Puan Kirah.

“A.. apa khabar puan?” Sapa Haniem sopan.

“Baik.”

Haniem berdiri di hadapan Puan Kirah yang berpeluk tubuh dengan wajah bengisnya. Dia perlahan-lahan mendekati Haniem kemudian memegang tangannya yang buatkan Haniem terkejut.

“Saya dah berbincang dengan.. mak dan suami saya semalam. Nampaknya, saya salah dalam menilai... guru. Saya tak patut marahkan cikgu yang berikan ilmu pengetahuan kepada anak saya. Betul kata cikgu yang tanggungjawab mak tu tak sepenuhnya pada guru dan saya sedar malam semalam.”

Haniem terkesima. “Puan, duduk lah dulu.”

Haniem dan Puan Kirah duduk di atas kerusi yang disediakan Haniem. Haniem membancuh minuman terlebih dahulu lalu dijamukan kepada Puan Kirah.

“Maksud puan?”

“Semalam saya... balik dari kerja dan saya bercakap dengan anak saya sekejap. Katanya, dia belajar banyak dari cikgu dan dia cuba tanya saya apa yang saya tahu tentang diri dia. Ternyata saya langsung tak tahu apa-apa tapi dia kata cikgu dia semua tahu tentang diri dia. Makanan kegemarannya, baju dia, kawan baik dia dan mata pelajaran yang dia lebih suka.”

Haniem tersenyum. “Kami bangga dia dah.. buat kerja sekolah dia. Tapi apa yang kami buat hanya untuk latihan saja supaya dia kenal siapa diri dia dan kami tak bermaksud nak perli puan.”

“Saya tahu cikgu akan fikir saya nak cakap macam tu. Tapi jujur saya katakan saya yang salah dalam hal ni. Saya sebenarnya terlalu sibuk dengan kerja saya dan saya tak ada masa untuk anak saya. Saya fikir tanggungjawab ibu hanya siapkan anak sekolah lepastu hantar dia. Yang lain dia boleh buat sendiri tanpa saya fikir itu akan memudaratkan fikiran anak-anak kita.”

Haniem mendengarnya dan dia sangat seronok.

“Saya sedar akhirnya yang pesanan mak, ayah dan suami saya patut saya dengar kalau tak nak saya kehilangan anak saya. Terima kasih sebab sabar dengan... mulut saya. Saya sebenarnya... malu nak katakan pada cikgu tentang perbuatan saya yang langsung tak beri pengajaran pada yang lain.” Jelasnya.

“Setiap manusia buat silap puan dan silap tu mesti ada penyesalan nya. Tak apa, asalkan puan dah sedar dan kami akan bantu puan untuk lebihkan masa dengan anak puan. Saya yakin yang anak puan akan seronok kalau dia tahu puan lebihkan masa untuk dia. Ya, mungkin kita akan sibuk nak melayan karenah diorang. Tapi kita perlu bahagikan masa antara kerja dan masa terluang. Saya tahu saya tak layak sebenarnya nak cakap semua ni sebab saya pun kerja je memanjang. Tapi saya tetap rasa masa terluang tu perlu diluangkan oleh orang yang tersayang.”

Puan Kirah tersenyum. “Terima kasih sekali lagi.”

“Sama-sama.”

Bersyukur Haniem tak terkira apabila masalah dah selesai jua akhirnya. Dia tak sangka Puan Kirah boleh fikir sejauh tu dan cara pemikirannya telah mengubah dirinya.

Waktu sungguh cepat berlalu namun Haniem tetap rasa dirinya menanti masa itu untuk tiba. Haniem bersiap-siap tepat jam tiga kemudian dia pun keluar dari bilik pejabatnya. Seperti biasa dia akan berikan kunci kepada guru yang belum pulang lalu membawa keretanya keluar dari perkarangan. Seperti yang dijanjikan Adhiyat kepadanya untuk menunggu dia di perpustakaan, Haniem menuju ke sana.

“Apa khabar cik?” Sapa pekerja di sana yang sudah mengenali wajah Haniem memandangkan dia kerap datang ke sini.

“Baik.”

“Cik datang ke sini nak jumpa tuan Ad kan?”

Haniem mengangguk.

“Tuan Ad ada mesyuarat sekejap dalam bilik sana dan dia minta cik untuk tunggu dia. Nanti dia keluar.” Ujarnya.

“Oh, terima kasih.” Haniem melangkah ke rak buku mencari beberapa buah buku untuk dibaca.

Setelah selesai memilih, dia duduk di kerusi kemudian mula membaca. Terpaksalah dia menunggu kedatangan Adhiyat yang sudah semestinya sibuk. Tak disangka dia boleh ambil cuti pula hari ini tetapi cutinya langsung tak rasa seperti dia sedang bercuti pun.

“Ya, jumpa lagi.” Suara Adhiyat menerpa di telinga Haniem.

Adhiyat mendekati Haniem.

“Sorry lama tunggu.”

“Tak apa. Kan saya dah kata jangan ambil cuti kalau awak sibuk. Nampak tak sekarang dah menyusahkan dah.”

Adhiyat tersenyum. “Okey sorry. Lepas ni saya takkan lagi... ambil cuti tanpa sebab yang kukuh. So, nak tak kita pergi jalan-jalan?”

“Jalan-jalan? Ke mana?”

“Alah, ikut ajelah. Kita naik kereta saya dan nanti saya hantar awak ke sini semula. Okey?”

Haniem mengangguk.

Mereka berdua terus berjalan menuju ke kereta setelah Haniem selesai menyimpan kembali buku ke rak walaupun dihalang Adhiyat. Kereta Adhiyat hilang dari pandangan sehingga akhirnya tiba di taman rekreasi yang pernah Haniem dan Adhiyat bertemu dahulu.

Adhiyat membawa Haniem menuju ke penjual aiskrim yang bawa motornya. Dia memesan dua aiskrim yang berbeza lalu diberikan aiskrim yang paling sedap kepada Haniem. Mereka berjalan di sepanjang jalan berdua sambil menikmati aiskrim mereka.

“Awak pernah datang.. taman ni?”

“Pernah. Masa dengan awak hari tu lah.” Balas Adhiyat.

“Tak. Maksud saya masa... sebelum kita jumpa kat sini. Awak pernah.. datang sini?”

“Oh. Pernah lah. Rasanya dah lama saya tak datang. Masa saya dapat keputusan terbaik dalam hidup saya, saya datang sini.”

“Keputusan terbaik? Maksud awak SPM?”

Adhiyat tersenyum. “Bukan. Saya terpilih untuk jadi wakil sekolah bagi perlawanan bola sepak kegemaran saya. Awak tahu, saya sukakan sukan dan saya suka permainan. That’s why. Bila coach cakap saya terpilih jadi pemain bola sepak wakilkan sekolah, saya seronok sangat.”

“Jadi awak datang sini?”

Adhiyat mengangguk. “Taman ni nampak tenang dengan tasik, ada orang ramai dan budak-budak kat sini. Bila tengok diorang rasa macam satu bebanan hilang. Kids just know how to have fun.”

“Nama pun budak-budak dan diorang akan membesar dengan masalah juga suatu hari nanti. Manusia tak lari dari masalah yang timbul.”

“Betul. Sebab tu lah kita kena share kan perasaan tu.” Balasnya memerli Haniem.

Haniem mengeluh. “Saya kalau boleh tak nak libatkan keluarga dalam hal ni. Saya tahu itu pertama kali terjadi dan dia boleh meragut nyawa saya, maruah saya dan semuanya. Tapi saya tak nak libatkan masalah yang... saya yakin boleh selesai dengan cara baik. Awak tak tahu kalau ayah saya naik angin, semua orang takut tau.”

“Betullah tu. Mana ada ayah yang tak sayang anak. Lebih-lebih lagi anak dia perempuan. Maruah penting bagi keluarga dia.

Haniem mengangguk.

“At least, awak luahkan lah perasaan tu Haniem. Kalau awak terus.. diam dan pendamnya, awak tak tahu macam mana nak selesaikannya. Saya tak nak fikiran awak terus bergelumang dengan masalah.”

Haniem menatap Adhiyat. “Kenapa awak nak risau sangat?”

“Sebab saya rasa awak lain dari yang lain dan perempuan macam awak... perlu dilindungi. Kalau boleh, saya nak lindungi awak. Tapi saya tahu saya tak sempurna dan takkan cukup untuk awak.”

Hati Haniem berdegup pantas lagi. Tatapan antara satu sama lain ini mengikat Haniem dengan tali lirikan mata Adhiyat yang tulus.

Perhatian teralih apabila ada budak lelaki yang menangis. Adhiyat menerpa ke arahnya dan Haniem mengekorinya. Dari jauh, Haniem memerhati perbuatan Adhiyat. Dia membantu menaikkan layang-layang budak lelaki itu sehingga Haniem rasa bangga. Budak lelaki itu terus beredar pergi. Haniem dan Adhiyat duduk di bangku berhadapan tasik dengan mengekalkan jarak antara satu sama lain. Mereka berbual dan terus bercerita lebih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience