HANIEM pulang ke rumah dengan Puan Zahara apabila malam mula menjelma. Dia tak berkata apa-apa selepas pertemuan tadi kerana dia begitu terkejut bertambah tidak sangka. Hatinya keliru antara nya. Haniem masuk ke dalam bilik lalu duduk berhadapan dengan cermin di hadapannya. Dia menatap wajah dia dan akhirnya dia mengurut kepalanya yang terasa agak pening memikirkan kejadian petang tadi.
Puan Zahara sangat bersemangat nak mengenalkan Haniem dengan anak Datin Haliza. Dia dan Haniem tiba di jam tepat pada waktunya sehingga mereka lah orang pertama yang datang.
“Datin Haliza tu tak datang lagi. Kenapa ibu awal sangat datang ni? Betul ke masa ni dia nak jumpa?”
Puan Zahara mengeluh. “Betullah. Tapi ibu tak sabar nak kenalkan Haniem dengan anak Datin Haliza tu.”
“Dia tak kata ke kita ni desperate sangat?”
“Janganlah fikir negatif macam tu. Datin Haliza ni bukannya spesies mulut celupar. Dia tu tahu jaga batas dan ibu dengan ayah dah kenal lama dengan keluarga dia. Ibu tahu perangai dia macam mana dan rasanya dia lebih suka kalau kita berdua sharp.”
Haniem tetap risau jika pandangan Datin Haliza lain terhadapnya. Dia tak mahu digelar wanita yang taasub dengan anak lelaki mereka. Dia bukan Haniem yang begitu.
Pelayan datang mengambil pesanan mereka dan tak lama kemudian Datin Haliza tiba. Sempat juga pelayan itu datang semula lalu mengambil pesanan Datin Haliza.
“Assalamualaikum.” Dia dan Puan Zahara terus berpelukan.
“Waalaikumusalam.”
“Sorrylah lambat datang sebab tadi pergi hantar barang sikit. Yelah, abang Lan dia dah keluar tadi pergi uruskan kerja. Tak ada sesiapa kat rumah nak tolong hantar barang.” Ujarnya.
“Jangan risaulah. Kitorang pun baru datang, baru order dan Liza tak lambat pun. Jemputlah duduk.”
Datin Haliza duduk di hadapan Haniem yang kini berdiri memberi tanda hormat padanya.
“Duduklah Haniem. Tak ada kerusi ke sampai tak duduk?” Seloroh dia.
Haniem tersenyum lalu duduk mengikut kehendak Datin Haliza.
“Akhirnya dapat juga aunty jumpa dengan Haniem lagi. Sekarang Haniem nampak lain sangat. Dulu aunty jumpa Haniem masa... Haniem study dan sekarang dah nampak dah kelainannya.”
“Terima kasih. Saya pun... lama tak jumpa Datin.”
Datin Haliza memandangnya galak. “Hisy, tak payahlah berdatin dengan aunty. Panggil aunty je.”
Haniem mengangguk.
“Aunty minta maaf kalau aunty ni memaksa keluarga Haniem nak jumpa dengan anak lelaki aunty sebab aunty pun tak sanggup nak tengok dia membujang je. Memandangkan Haniem... yang ada, aunty rasa apa salahnya kalau berkenalan dulu. Kan?”
“Y.. ya.” Jawabnya tak mahu menyinggung perasaan Datin Haliza.
Datin Haliza senyum manis.
“Kan akak dah cakap yang Haniem tak kisah. Tapi dia ada syarat dia dan kita kenalah ikut memandangkan dua-dua dah buat syarat. Mana tahu kalau jumpa boleh... buat diorang lupakan syarat tu?”
“I hope so.” Balas Datin Haliza dengan ketawa senang.
Mereka menunggu lagi sehingga ketibaan anak lelaki Datin Haliza yang masih tak kunjung tiba. Dekat tiga jam menunggu, anak lelaki Datin Haliza tetap tak datang yang buatkan Datin Haliza sedikit resah. Dia akhirnya mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian mendail nombor anak dia. Untuk buat panggilan itu lebih peribadi, dia bangun menuju ke hujung kawasan kafe menghubungi anak lelakinya.
Walaupun telinga tak mahu dengar perbualan Datin Haliza dengan anak lelakinya, Haniem tetap mendengarnya jua. Dia amat terkejut apabila nama.. Adhiyat Iman didengarinya.
“Nama.. anak lelaki aunty Liza apa ibu?”
“Oh. Adhiyat Iman. Kenapa?” Tanya Puan Zahara setelah melihat anaknya bertukar wajah.
Membulat mata Haniem. “A.. Adhiyat Iman?”
“A’ah. Syarikat tempat Fikri kerja, syarikat Adhiyat lah. Kawan baik si Fikri yang datang masa majlis perkahwinan Fik dengan Hanis, Adhiyat lah. Cuma masa tu Haniem sibuk sampai tak sempat nak jumpa dia.”
“Kenapa ibu tak pernah beritahu Haniem?”
“Haniem tak kenal pun Adhiyat dan macam mana ibu nak beritahu? Lagipun semua ni idea aunty Liza dan Ad memang tak nak jumpa Haniem. Dia kata dia nak jumpa Haniem dengan bersyarat.” Ujarnya lagi.
Hati Haniem keliru. Perasaannya bercelaru. Mengapa ada secebis bahagia apabila terdengar nama lelaki itu? Mengapa ada kekecewaan apabila nama dia terdengar lagi?
“Sorry, sorry. Adhiyat dia lupa sikit tentang perjumpaan hari ni. Yelah, dia tu sibuk sikit baru-baru ni memandangkan dia dah keluarkan buku baru tapi dah siapkan yang lama dia tu.”
“Alah, tak apalah. Budak-budak biasalah. Lagipun kita yang perempuan ni boleh bercakap dulu sebelum Adhiyat datang nanti.” Balas Puan Zahara.
Datin Haliza mengangguk setuju.
Setiap detik menanti membuatkan Haniem tak senang duduk. Jika Adhiyat datang nanti, dia yakin yang Adhiyat juga akan terkejut melihat dirinya di sini.
Masa yang dinanti telah tiba. Sangkaan Haniem benar belaka yang Adhiyat terkejut melihat dia. Wajah Adhiyat segera ditangkap oleh Datin Haliza sebaik saja dia melihat tatapan Adhiyat buat Haniem.
“Eh, dah datang lambat masih lagi berdiri tegak kat situ?” Dia membuang fikiran negatifnya kemudian menyedarkan Adhiyat daripada lamunan dia.
Adhiyat duduk di hadapan Puan Zahara bersebelah Datin Haliza.
“Ad ni kan, suka sangat buat masalah lah! Kenapa boleh tak ingat pula? Bukan ke umi dah beritahu Fik untuk ingatkan Ad?”
“Ad tahulah umi. Fik ada beritahu tadi dan Ad nak jumpa dengan Datuk Jalil dulu sebab dia nak sign kontrak. Kalau Ad melepas yang tu, tak ada peluang lah.”
Datin Haliza menggeleng kepalanya mengingatkan Adhiyat.
“Saya minta maaf, aunty. Ad bukannya tak nak datang tepat, tapi Ad ada kerja sikit. Lepas ni kalau nak jumpa dengan aunty lagi, Ad janji takkan lambat.”
Puan Zahara tersenyum. “Tak apa. Aunty dah lama tak jumpa Ad dan aunty faham. Suruh Fik tu bawa Ad pergi jumpa aunty sekali-sekala, dia kata Ad sibuk dan aunty tak nak lah ganggu kerja Ad.”
“Tak adalah sibuk sangat. Tapi tak sangka pula Fik ada... kakak ipar.”
Puan Zahara memandang Haniem di sebelahnya yang masih menatap kosong pada Adhiyat.
“Oh, Fik tak pernah beritahu Ad eh tentang Haniem?”
“Tak. Mungkin Fikri tu tak ingat kut.”
Puan Zahara mengangguk. “Kalau macam tu, inilah Haniem. Nur Haniem anak aunty yang aunty nak kenalkan kat Ad. Dulu Ad pernah datang rumah kan, tapi Ad tak berpeluang nak jumpa Haniem. Masa tu Haniem sibuk belajar dan sekarang dia dah balik bolehlah jumpa Ad.”
Adhiyat mengangguk. Haniem lihat anak matanya mengerling Haniem dan pandangan terkejutnya sudah tiada lagi yang buatkan Haniem tenang sedikit.
“Umi dengan aunty Zahara kalau boleh nak tinggalkan Ad dengan Haniem. Is it okay for you two?”
“No!” Pantas Haniem menjawab.
Adhiyat, Puan Zahara dan Datin Haliza terkejut memandang Haniem.
“Kenapa tak boleh?”
“Urhmm... Haniem tak selesa berbual dengan.. lelaki yang Haniem tak kenal. Sorry aunty kalau menyusahkan?”
“Tak apalah, aunty faham. Kalau macam tu, Haniem tanya Ad apa yang Haniem nak tahu tentang dia dan Ad akan tanya Haniem apa yang Ad nak tahu. Tapi macam tak selesa lah kalau kami berdua ada kat sini.” Katanya.
“Tak apa.”
Datin Haliza mengangguk mengerti.
Keadaan sunyi buat seketika. Adhiyat mahupun Haniem tak tahu nak berbual apa. Namun masing-masing ada menyimpan perasaan yang berbeza. Adhiyat rasakan kekecewaan manakala Haniem pula keliru.
“Haih... senyap je. Tak apalah kalau ibu dengan aunty Liza tinggalkan Haniem sekejap dengan Ad. Kami tahu kami ada kat sini buat korang berdua tak selesa nak berbual.”
Haniem memegang tangan Puan Zahara yang ingin berangkat pergi.
“Hisy, jangan lah buat perangai budak-budak. Haniem bercakap sekejap je dan nanti ibu datang dengan aunty Liza. Alright?” Bisiknya kepada Haniem.
“Tapi Haniem tak biasa lah borak dengan orang lelaki. Ibu pun tahu tentang hal tu.”
“Untuk kenal satu sama lain, tak apa. Allah tu tahu Haniem nak mengenali Adhiyat dan dia tak menghalang Haniem. Don’t worry.” Tangan Haniem diusapnya sebelum dia berangkat pergi dengan Datin Haliza.
Sekali lagi mereka tak tahu nak berbual apa. Mereka berdua ditinggalkan berdua di sini.
“So!” Adhiyat memecah kesunyian. “How It’s going?”
“Going what?”
“Tentang awak bila semalam saya luahkan perasaan pada awak.”
Haniem mengeluh. “Awak masih nak mengungkit tentang saya yang lari lepas awak luahkan perasaan awak pada saya?”
“Aaaah... so it’s true awak larikan diri. Kenapa awak nak larikan diri? Apa saya tak layak untuk awak?”
“Ini bukan soal layak ke tak! Saya tak nak awak sukakan saya sebab... mustahil. You’re handsome and i.. suck.”
Adhiyat senyum sinis. “Kecantikan tak perlukan bukti Haniem. Kalau awak tak percaya yang awak cantik, sampai bila-bila pun awak takkan pernah berani untuk tunjukkan diri awak. There’s must be a one person that will like you for who you are. I am that person.”
Buat seketika mereka bertatapan. Haniem nampak ketulusannya.
“Kalau awak rasa saya lelaki yang memilih rupa, itu sama sekali tak tepat. Saya memang seseorang yang senang jatuh cinta. Tapi saya tak pernah rasa cinta sejati pun bila saya jatuh cinta dengan orang lain. With you I found something strange. Awak buat saya rasa masalah saya boleh settle macam tu je Haniem.”
“Saya tak nak awak jadi macam Huzair, Adhiyat. Huzair pernah cakap pada saya yang dia akan cintakan saya seorang je. Dia janji akan jumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak pernah buat semua tu and end up, falling love with my own sister. Betapa peritnya perasaan ni, tak ada sesiapa tahu.”
Hati Adhiyat luluh. Dia mendekatkan dirinya dengan Haniem. “Dengar sini Haniem, saya tahu awak terluka dan Fik pun ada ceritakan tentang awak pada saya. Dia buat saya sedar akhirnya yang... yang awak perlukan seseorang. Jangan buat.. pandangan saya berbeza tentang awak Haniem kalau awak tolak saya.”
“Kalau pandangan saya berbeza tentang awak boleh buat saya bahagia dan selamatkan hati lelaki awak, saya rela.”
“Haniem...”
“Enough. Saya tak nak terluka buat kedua kalinya. Saya tak nak harapan palsu diberikan lagi untuk saya. Saya tak nak janji yang takkan pernah ditabur dan saya tak nak.. menyesal lagi.” Ujar Haniem sayu.
Dia bangun dari duduknya kemudian menemui Puan Zahara yang berada tak jauh dari sini.
“Haniem, dah habis berbual dengan Ad ke?”
Haniem mengangguk. “Jom balik.. sekarang.”
“Awalnya. Biarlah ibu dengan aunty Liza borak dulu.”
“Haniem ada banyak kerja kena uruskan sekarang ni. Kita balik lah. Lain kali... kita boleh jumpa aunty dengan.. dengan Adhiyat lagi.”
Puan Zahara tahu ada sesuatu yang tak kena. Dia tetap bersetuju hendak pulang ke rumah dengan Haniem. Haniem bersalaman dengan Datin Haliza lalu dia pun melangkah pergi dengan Puan Zahara.
Selama perjalanan, Puan Zahara tahu ada sesuatu yang tak kena dengan Haniem sehingga dia menatap Haniem lama cuba mengerti.
“Apa yang dah terjadi?”
Haniem mengeluh. “Tak ada apa-apa.”
“Mustahil. Walaupun Haniem pertama kali jumpa dengan lelaki, air muka Haniem takkan berubah drastik macam ni. Masa Haniem jumpa dengan Huzair dulu pun, ini semua tak terjadi pun. Haniem okey je. Tapi bila dengan Ad, dah jadi macam ni. Beritahu ibu apa yang tak kena?”
Melihat Puan Zahara bersuara tegas buat Haniem sedikit takut. “Haniem... Haniem dah kenal dengan.. dengan Adhiyat sebelum ni.”
“Apa? Macam mana?”
“Haniem pernah cakap Haniem keluar dengan kawan kan? Dia lah kawan Haniem dan Haniem keluar dengan dia selama seminggu ni.”
“Jadi... macam mana proses nya?”
Haniem menelan air liur berat begitu resah. “Dia kata dia sukakan Haniem dan dia dah luahkan perasaan dia pada Haniem.”
Puan Zahara tersenyum. “Habis kenapa Haniem nampak resah?”
“Perbezaan kami buat Haniem resah. Pada Haniem dia nampak macam.. lelaki yang baik. Cuma dia pandai berkata-kata sampaikan Haniem takut... benda yang jadi antara Haniem dan Huzair... berulang lagi.”
“Haniem sayang, ibu kenal lama dah dengan Adhiyat tu dan dia memang pandai berkata-kata. Haniem jangan salah faham tentang dia.”
“Walaupun... keadaannya macam tu, Haniem tetap rasa dia akan jadi macam Huzair. Haniem... tak cantik dan dia terlalu kacak. Mustahil untuk dia... setia dengan Haniem.”
Puan Zahara mengeluh lagi. “Haniem, kenapa cakap macam tu? Setiap orang berbeza dan kita tak boleh kaitkan masa silam dengan masa sekarang. Allah tu yang tetapkan takdir kita. Haniem tak boleh terus letak kesalahan masa silam sampai sekarang.”
“Haniem terluka ibu. Haniem tak nak... terus ditindas dan menangis tanpa sebab hanya sebab lelaki. Haniem tahu hidup ni penting bila kita berpasangan. Tapi Haniem... tak bersedia nak terluka dengan cinta.”
“Ibu faham. Haniem nak ataupun tak nak terima Adhiyat, itu keputusan Haniem. Ibu tak kisah apa yang Haniem nak fikir. Tapi ibu tak nak Haniem salah faham tentang Adhiyat. I know he is the good man but the truth is you don’t like him and there’s nothing i can do if you say so. Haniem akan jumpa lelaki yang baik. Insha-ALLAH.”
Apabila kata Puan Zahara sudah begitu, Haniem tenang. Syukurlah ibunya tak memaksa dia untuk mencintai orang yang dia rasa tidak yakin dengan perasaannya. Moga Allah akan tetap jodoh dia dengan lelaki yang Haniem boleh mengeti dan boleh melihat dengan tulus nya.
Setelah solat istikharah mencari jawapan malam itu, Haniem merehatkan dirinya di atas katil. Bukan dia sahaja yang tak pasti akan apa yang terjadi malah pasangannya juga. Anak mata dia terarah pada buku yang dibuat Adhiyat dan dibelinya. Haniem menatap buku tersebut dan dia membelek-beleknya hendak mencari kata yang diucapkan. Haniem melihatnya dan dia seperti dapat rasakan itu bukan apa yang Adhiyat tulis. Ya, dia yakin Adhiyat bukan lelaki yang macam tu.
Telefon kerap berdering lagi dan orang yang sama telah menghubunginya. Huzair lelaki yang sudah buat dia hilang kepercayaan kepada lelaki lain selain adik, ipar dan ayahnya sendiri. Haniem mengeluh kemudian melelapkan matanya tanpa banyak masalah lagi.
Share this novel