bab 40

Romance Completed 1378

HANIEM duduk di ruang tamu tamat saja majlis perkahwinan dia dengan Adhiyat. Kini dia berada di rumahnya dan sedikit lega namun juga resah apabila dia berjauhan dengan mak mertuanya dan juga suami dia. Tanggungjawab dia sebagai isteri haruslah berada di sisi suami tak kira tempat atau masa. Namun kali ini, hati Haniem sedikit hancur mengimbau kembali apa yang Adhiyat buat di sehari sebelum perkahwinannya.

Telefon berdering kemudian dan Haniem resah melihat nombor Datin Haliza naik. Dengan nafas yang dihela, Haniem mengangkat panggilan daripada mak mertua dia.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Tenang Haniem mendengar suara gembira Datin Haliza.

“Haniem dah solat?”

“Dah. Baru lepas solat tadi.”

“Dah makan?” Tanya nya lagi.

“Alhamdulillah, Haniem dah makan.”

Kedengaran nafas dihela tenang oleh Datin Haliza dan dia kemudiannya mendiamkan diri untuk beberapa minit.

“Haniem tahu... umi nak Haniem duduk kat rumah umi kan?” Teka Haniem, peka.

“Umi tak kisah Haniem sayang.”

“Haniem minta maaf sebab.. sebab buat keputusan untuk tinggal dengan ibu dan ayah dulu. Haniem sebenarnya.. kekok nak tinggal dengan Adhiyat dan keluarga umi. Haniem.. perlukan masa untuk biasakan diri dan Haniem janji tetap akan duduk rumah umi.”

Datin Haliza tersenyum. “Tak apalah. Umi masa lepas kahwin pun macam Haniem juga. Tak boleh nak berenggang dengan mak ayah. Tapi alhamdulillah, umi tak salah dalam buat keputusan. Umi cekalkan hati dan yakinkan diri bahawa... baba akan jaga umi.”

“Haniem faham. Cuma sekarang Haniem harap sangat yang... umi boleh izinkan Haniem tinggal kat rumah ibu kejap je. Haniem betul-betul berjanji yang Haniem akan tinggal dengan umi pula bila keadaan Haniem yakin dah.. pulih.”

“Umi tak tahu... apa sebenarnya sebab Haniem pilih nak duduk kat rumah ibu dengan ayah Haniem selain.. rindukan mereka. Apa yang umi boleh fikir... semua ni sebab Adhiyat kan?” Tekaan yang begitu tepat kerana jawapannya ada pada mata Haniem sendiri.

Haniem hanya mendiamkan diri dia.

“Umi faham perasaan Haniem. Mesti sakit kalau... kita harapkan dia untuk ada dengan kita walaupun belum sepenuhnya sah. Cuma Haniem kena pelajari perasaan Adhiyat sebetulnya. Belajar kenapa dia... tak telefon, mesej atau berjumpa dengan Haniem. Mesti ada penjelasan disebalik semua yang dia buat.”

“Haniem.. perlukan masa sikit je umi. Tak bermakna Haniem... tak nak perkahwinan ni berjalan. Haniem nak sangat kenal Adhiyat, kenal.. keluarga umi dan belajar faham Adhiyat. Sekarang Haniem nak.. tenangkan fikiran.”

“Umi faham. Berapa banyak masa pun umi sanggup bagi pada Haniem. Cuma... kesian kan lah kat Ad tu. Dia kat sini macam... gila bayang. Termenung je sejak habis majlis tadi.”

Hati Haniem tersentuh. “Insha-ALLAH Haniem akan consider kan untuk balik rumah umi. Sekarang je Haniem... perlukan masa.”

“Tak apa. Umi nak... pergi panggil Ad makan dulu. Esok umi datang rumah Haniem ya?”

“Okey.” Haniem mematikan panggilan telefonnya.

Setelah mematikannya, Haniem rasa kasihan pada Adhiyat. Namun mengingatkannya dengan perempuan lain buat rasa kasihan nya hilang begitu sahaja. Haniem mengeluh dalam sehinggalah panggilan keduanya masuk semula. Haniem tersenyum melihat panggilan daripada siapa.

“Hello,”

“Hello. Kau nak apa ni?” Tanya Haniem.

“Oh, mentang-mentang lah dengan encik suami, terus lupakan aku. Tapi aku tak ganggu kau kan?”

“Tak adalah. Aku... tak duduk dengan husband aku pun. Dia ada kat rumah umi dia dan aku ada kat rumah parents aku.”

Qila terkejut. “Kenapa tak.. sama-sama? Tadi aku balik, aku nampak kau masih lagi duduk semeja dengan dia. Kenapa boleh tak balik sama-sama?”

“Memang kitorang duduk semeja. Tapi itu tak bermakna kami get along.”

“Kau masih ingat tentang hal kat shopping mall tu ke Haniem?”

Haniem hanya diam tak membalasnya.

“Aku fahamlah kalau kau sakit hati. Tapi kan Haniem, kau juga yang nak teruskan perkahwinan ni sebab kau cakap, kau kesian kan umi dia. But sekarang ni kau... langsung tak kisahkan perasaan Datin tu. Kau hanya fikirkan masalah kau dengan Ad. Kan senang kalau kau... tanya dia dan dengar explanation dia lepastu kau buat keputusan. Ni, kau menyesal ke tak?”

Haniem mengeluh. “Entahlah. Sekali-sekala bila teringat adalah rasa menyesal sikit. Tapi sekali-sekala rasa... kesian dengan dia. Aku tak tahulah sama ada nak dengar dia punya penjelasan yang.. mungkin aku akan rasa dia menipu.”

“Kalau macam tu, kau dengar je penjelasan dia dan barulah kau dapat tahu kejadian sebenarnya. Lagipun kau pun belum tahu apa-apa pasal perempuan tu. Takkan lah Ad tu tak sukakan kau kalau dia pun tadi bukan main nervous lagi sebut nama kau.”

Haniem tersenyum.

“But seriously Haniem, aku cadangkan kau dengar penjelasan daripada dia dan mungkin kau akan... dapat jawapannya. Kalau kau terus diam dan... tertanya-tanya macam ni, sampai bila pun perkahwinan kau takkan berjaya dengan dia.”

“Yelah. Esok aku akan tengok antara nak dengar penjelasan dia ataupun tak. Sebab aku pun kesian dengan umi dia yang baru call tadi dan dia nak aku duduk rumah dia dengan Adhiyat.”

“Ha, kan? Datin tu baik. Kau janganlah ambil kesempatan atas kebaikan dia.” Kata Qila memesan.

“Yelah.”

“Aku rasa dah malam dah lah Haniem. Esok aku akan dress cantik-cantik untuk jadi pengantin kau. Kau be prepared okay untuk tengok aku punya appearance.”

Haniem tersenyum. “Okey. See you tomorrow.”

Selesai saja berbual, Haniem merasakan matanya sudah mula memberat. Dia naik ke tingkat atas kemudian dia membuka telefon bimbitnya. Sempat Haniem membuka kenalan nombor Adhiyat dan dia ragu-ragu nak menghubunginya ataupun tidak.

Haniem akhirnya dilema dengan tidak menghubungi Adhiyat. Tetapi sekejap saja telefon dia berbunyi, Haniem membukanya dan dia terduduk atas katilnya melihat nombor Adhiyat naik. Haniem berfikir nak menghubunginya semula tetapi nampaknya Adhiyat mungkin tersalah dail nombor dia dan dia mungkin nak menelefon orang lain. Haniem membiarkannya lalu dia menutup lampu dan terlena juga.

Sekali lagi Haniem nampak resah memulakan harinya dengan siap berpakaian. Gaun kembang yang ada berbagi labuci di bahagian badannya ini ditatap lama. Baju pengantin yang tak terlalu ketat dengannya ini buat Haniem selesa berpakaian. Kini di bilik hanya tinggal Haniem seorang sahaja sebelum pintu diketuk oleh Encik Malik.

“Kenapa nampak resah je ni?” Tanya dia lalu duduk di katil Haniem dan berhadapan dengan nya.

“Tak ada apa-apa lah.”

Encik Malik tersenyum kemudian dia memegang tangan Haniem. “Ayah tahu Haniem.. takut, keliru, nervous dan.. semua perasaan negatif bercampur dalam tu sampaikan Haniem... resah macam ni. Kan?”

“Ayah memang kenal Haniem.”

Dia ketawa dengan usikan anaknya. “Ya, ayah memang kenal anak ayah seorang ni sampaikan ayah yakin... masalah dia takkan dia kongsikan dengan ayah dan sebab dia nak duduk sini pun dia takkan kongsikan dengan ayah. Betul tak?”

Kali ini Haniem hanya menatapnya kosong.

“Tahu apa yang ayah nampak bila ayah jumpa dengan Ad?”

Haniem diam.

“Ayah nampak... mata yang bersinar dengan harapan, keikhlasan dan.. cinta. Ayah tak pernah nampak semua tu sejak Haniem bawa Huzair jumpa dengan ibu dan ayah. Ayah nampak... mata Huzair hanya melekat pada Hanis je. Tapi Adhiyat, penuh dengan kesetiaan. Ayah letakkan... harapan penuh pada Adhiyat untuk cinta dan bahagiakan Haniem lebih dari ayah. Ayah tak mampu jadi hero buat Haniem jadi ayah serahkan tanggungjawab tu kepada Adhiyat. Ayah nak tengok... dia ambil tugas ayah dan jalankannya.”

“Haniem... Haniem takut dia akan sukakan perempuan lain berbanding Haniem. Haniem takut kalau... Haniem tak cukup untuk dia.” Akhirnya dia meluahkan perasaannya juga.

“Cukup atau tak, itu semua Adhiyat yang buat keputusan dan Allah yang akan tunjukkan. Cuma Haniem perlu... beri dia peluang untuk cintakan Haniem macam Haniem beri dia peluang untuk... kenal Haniem.”

Haniem mengeluh.

“Percayalah sayang. Haniem akan kenal Adhiyat sepenuhnya kalau Haniem... beri dia peluang. Janganlah nak lari dari masalah dengan menjauhkan diri macam ni. Tanggungjawab Haniem, sepenuhnya pada Ad lepas dia lafazkan nama Haniem semalam. Jangan sia-sia kan tanggungjawab tu. Haniem bukan lagi berstatus bujang.”

“Haniem cuma nak kan masa.”

“Masa? Sampai bila Haniem nak masa selagi Haniem sah isteri Ad? Dengar sini Haniem, perkahwinan ni hanya sekali, orang yang paling kita cinta wujud hanya sekali. Perkahwinan untuk yang kedua kalinya takkan dapat bahagiakan kita macam yang pertama. Haniem kena faham konsep rumahtangga dan Haniem kena belajar tentang.. tanggungjawab. Ayah tak suka Haniem abaikannya.” Kata nya lagi memujuk Haniem.

“Jadi Haniem kena... kenal dia dan... jalankan tanggungjawab?”

Encik Malik mengangguk. “Kalau ada salah faham, Haniem tak patut sembunyikan. Beritahu Ad tentang kegelisahan Haniem dan beritahu dia untuk jelaskan kat Haniem tentang apa yang Haniem salah erti kan.”

“Haniem takut jawapan dia takkan puaskan hati Haniem.”

“Berdoa pada Allah semoga Adhiyat nak jelaskan perkara sebenar. Sekarang Haniem tak tahu lagi jawapan dia akan memuaskan Haniem ataupun tak. Tanya dulu dan nilainya kemudian.”

Buat seketika Haniem menatap Encik Malik penuh perhatian. Dia rapat dengan ayahnya selama dia membesar dan dia tahu Encik Malik akan mengerti perasaan dia.

“Sorry ganggu.” Qila tiba. “Haniem dah nak kena pergi sebab.. majlis dah nak mula. Aunty Zahara pun minta Haniem bersiap sekarang.”

“Oh yeke? Maaf uncle bercakap sikit je dengan Haniem. Tapi uncle nak pergi panggil Haris kejap bawa kasut Haniem.”

Qila mengangguk.

“Don’t worry ayah! Ini kasut akak dan ibu suruh Haris bawa kasut ni kat akak.” Haris tiba dengan baju Melayu yang sedondon dengan Qila kerana dia akan jadi pengapit di majlis ini pada hari ini.

“Lambat lah kamu ni! Tadi kan ayah dah minta bawa kasut tu naik selalu.”

“Alah, Haris dah bawa dah. Tadi Haris jumpa dengan anak dara dan sebab tu ter.. terlayan diorang.”

Encik Malik menggeleng kepala melihatnya sambil mengambil kasut di tangan Haris lalu disarungkan ke kaki Haniem. Encik Malik tersenyum menatap anak perempuannya yang tersenyum padanya.

“Happy nya akak! Lebih-lebih lagi kasut yang abang Ad sanggup redah semuanya.”

Haniem memandang Haris dengan dahi berkerut.

“Apa maksud kamu?” Tanya Encik Malik.

“La... akak tak tahu ke? Sebelum malam perkahwinan akak dengan abang, abang Ad ada datang rumah pukul 2 pagi semata-mata nak hantar kasut akak. Dia cakap kasut akak anjing bawa lari dan dia terpaksa cari dulu lepastu dia datang tak naik kereta, motor atau kenderaan lain ke rumah kita. Lepastu Haris tak tahulah dia balik dengan apa. Yang pasti dia nampak gentleman masa dia basuh kan kasut akak sebab nak akak pakai selesa.” Cerita Haris.

Haniem tersentuh dan tersenyum agak seronok sambil menatap kasutnya. Encik Malik segera memegang bahu Haniem.

“Kan ayah dah cakap yang dia berbeza. Jadi kenal lah dia.” Ucapnya kemudian beredar pergi dengan Haris.

Qila masuk dengan seronok menatap Haniem.

“Aku tak sangka... dia lambat semuanya sebab nak hantar kasut ni.”

“Tulah kau! Jangan suka sangat tuduh dia macam-macam. Now dia dah tunggu kau kat sana. Jom pergi.” Qila memegang tangan Haniem lalu membawanya beredar pergi.

Majlis sanding diadakan di dewan seperti yang telah dipinta Datin Haliza. Haniem berangkat ke sana dengan menaiki kereta Encik Malik dan keluarga Adhiyat mengekori dari belakang. Tiba sahaja di sana, majlis dipersiapkan dengan Haniem berjalan menuju ke pelamin dengan Adhiyat sambil memeluk lengannya. Mereka duduk dan perlahan-lahan tetamu mula datang merenjis air dan menyapukan daun ke tapak tangan mereka berdua sebagai penambah rezeki. Haris dan Qila menjadi pengapit mereka berdua nampak lebih cantik berada di atas pelamin juga.

Haniem sempat mengerling Adhiyat yang kini tak memandangnya tetapi tersenyum pada semua tetamu yang hadir. Sesi bergambar sekali lagi bermula dan yang paling bersemangat, Qila, Hanis dan Dhiya yang bergambar dengan semua tetamu begitu juga Haniem dan Adhiyat. Sesi bergambar mereka berdua menjadi sedikit kekok apabila Adhiyat diminta memegang pinggang Haniem dan mencium dahinya. Berbagai pose yang menunjukkan perasan cinta Adhiyat kepada Haniem ditunjukkan. Anak mata Qila dan Hanis yang mengusik nya dibuat tidak endah sahaja.

“Tahniah akak.. dah sah bergelar isteri orang.” Ucap Hanis di meja makan semasa Haniem menuju ke tempatnya.

“Terima kasih.

“Aku tak sangka lah Haniem, kau yang bukan main payah nak kahwin, dah kahwin. Well, aku doakan yang terbaik untuk kau.”

“Aww..! Aku dah kahwin, kau bila pula?” Usik Haniem.

“Apa maksud kau hah? Aku ni lambat lagi nak cari pasangan. Kalau jumpa pun, payah nak dapat.”

“Yeke? Kenapa sebelum ni kau macam suka dekat... MIKAEL?”

Qila memandangnya tak percaya kemudian menepuk bahunya membuatkan Haniem tersenyum senang. Namun Qila perasan akan sesuatu yang dia tak tahu nak beritahu Haniem ataupun tidak.

“Haniem, tu bukan ke suami kau dengan.. perempuan sebelum ni?” Dia memilih untuk beritahu kerana Haniem perlu dengar penjelasan daripada Adhiyat.

Haniem terus memandang ke arah yang ditunjukkan Qila. Sekali lagi hatinya luka melihat Adhiyat dengan wanita itu ketawa senang dan wanita itu sekali lagi menampar manja Adhiyat.

“Akak pernah jumpa ke dengan perempuan tu sebelum ni?” Fikri yang berada di meja yang sama bertanya.

“Hmm.”

“Siapa tu?” Tanya Hanis pada suaminya.

“Oh, itu partnership kat office kitorang yang baru je sign kontrak. Dia ni partnership yang paling Ad tak suka sebab... tengoklah apa yang dia buat. Disebabkan syarikat dia hampir jatuh, so Ad tolong dia. Tapi janganlah risau, kontrak dia dah habis dah dengan syarikat Ad dan Ad paling lega tentang hal tu. Ni dia datang majlis ni pun semuanya sebab dia yang tahu sendiri Ad nak kahwin. Kalau boleh Ad pun tak nak invite dia.”

Mendengar kata-kata Fikri buat Haniem berpaling memandang Adhiyat dan dia nampak wajah tak suka suaminya. Qila terus memegang tangan Haniem.

“See? Kalau kau tak tahu apa-apa daripada dia, kau juga yang tenggelam dalam pertanyaan dan salah faham tentang dia. Now apa kata kalau kau pergi.. tanya dia lagi.”

“Patut ke?” Tanya Haniem ragu-ragu.

Qila mengangguk lalu tersenyum meyakinkannya.

Dia berjalan pergi sehinggalah akhirnya tiba di tempat Adhiyat yang kini melambaikan tangannya secara paksa ke arah wanita itu. Dia berpaling kemudian terkejut melihat Haniem di belakangnya.

“Oh, awak buat.. saya terkejut aje. Kenapa ni? Awak nak makan? Sekejap lagi giliran kita.”

“Tak, saya tak kisah pun nak makan bila. Urhmm.. kita pergi kat meja kita sekarang.” Ajaknya.

Adhiyat mengangguk.

Mereka berdua melangkah ke meja dan terus dihidangkan dengan makanan. Puan Zahara, Encik Malik, Datin Haliza dan Datuk Azlan duduk di samping Haniem dan Adhiyat untuk makan bersama pengantin di meja. Mengambil masa lebih kurang sejam memandangkan ada juga sesi bergambar dan Haniem harus jaga pemakanannya untuk tak gelojoh.

Encik Malik yang melihat Haniem akhirnya tersenyum turut gembira. Air mata yang mengalir diusapnya dan Puan Zahara terus memegang tangan dia dengan eratnya seperti memberi kekuatan. Dia tahu suaminya akan sedih setiap kali seorang anak pergi menjauh darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience