bab 81

Romance Completed 1369

ADHIYAT menatap telefon bimbitnya tanpa menghiraukan lagi jalan. Namun kepalanya benar-benar pusing saat ini dan dia tak tahu kenapa. Adhiyat kemudiannya bersandar seketika di kedai yang tutup lalu dia meneruskan lagi perjalanannya. Sebaik saja dia tiba di hadapan kedai hadiah, Adhiyat berlanggar dengan seseorang yang buatkan dia menatapnya.

“Qila.”

Qila menyilangkan tangannya dan wajah dia jelas marah terhadap Adhiyat.

“Awak dari mana?” Tanya nya.

“Dari kedai hadiah lah. Takkan lah saya keluar kedai hadiah, saya baru balik dari minum kopi.”

Adhiyat mengangguk. “Awak beli hadiah untuk siapa?”

“Awak ni... suami Haniem ataupun bukan?”

“Kenapa awak cakap macam tu?”

Qila mengetap. “Don’t you remember, what day is today?”

Adhiyat menggeleng.

“Ini lah sebab awak tak layak jadi suami Haniem dan sebab awak... selalu sakitkan hati dia, awak tak berhak miliki dia. Saya tak fahamlah kenapa lelaki bermulut manis macam awak wujud kat dunia ni hanya untuk buat perempuan jatuh cinta dengan diorang.”

“Saya tahu awak marahkan saya. Tapi saya tak boleh melawan takdir dan awak juga kena salahkan Haniem.”

Qila ketawa sinis. “Kenapa saya mesti salahkan Haniem dalam hal ni? Dia tu cinta dan sayangkan awak. Tapi awak tak nampak dan apa yang awak tahu cuma sakitkan hati dia je!”

“Dia yang nak saya kahwin dengan Maya. Saya buat semua ni sebabkan dia. Awak tak ada hak nak marah saya seorang sedangkan Haniem lah yang tentukan keadaan sekarang. Kalau dia sakit, dia yang gores luka tu sendiri dan bukannya saya.”

“Saya tak sangka.. Haniem kahwin dengan lelaki hipokrit macam awak. Lelaki yang tinggi martabatnya dan dia tetapkan darjat dia setaraf raja!”

Adhiyat mengeluh.

“Selama ni perbuatan Huzair buat saya marah sangat. Saya rasa Haniem akan jumpa lelaki yang... baik untuk diri dia. On your wedding day, i see her eyes that full of love when she jealous to see you with another women. Waktu tu saya rasa dia terlampau cintakan awak dan saya bangga buat dia. Lepas korang kahwin, saya nampak Haniem bahagia dan senyuman di bibir dia... nyatakan segala-galanya. Tapi sekarang bila saya nampak awak naik pelamin dengan perempuan lain, mata, bibir dan segala-galanya yang pernah Haniem tunjukkan hanya penuh dengan... kekecewaan.”

“Saya tak nak... ini semua. Tapi dia paksa saya untuk pilih cara ni.” Balasnya.

“Dan awak tak boleh hentikannya.”

“How? Dia nak kan bukti gambar tu bukannya Photoshop, apa yang ada dalam perut Maya bukanlah anak saya. Mana saya nak cari itu semua bila saya dalam keadaan tak sedar. Siapa lagi yang boleh tolong saya bongkarkannya?! Kalau awak rasa saya hipokrit, awak silap! Awak tak ada kat tempat saya dan awak tak rasa.”

Qila menatap dalam anak mata Adhiyat dan dia tahu lelaki ini kelihatan berterus-terang. Qila mengeluh berat.

“I’m just too emosional. Saya tak nak... Haniem tu terluka lagi kalau boleh. Actually, hari ni hari jadi dia dan saya nak bagi hadiah ni esok kat dia.”

“Hari jadi Haniem?” Ulangnya.

“Saya dah agak yang awak takkan ingat sebab awak tengah stress dan awak beristeri dua. Mesti payah untuk awak ingat berkenaan isteri-isteri awak.”

Adhiyat buat tidak tahu akan nada perlian Qila.

“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Adhiyat menatap langkah Qila yang berlalu pergi.

Adhiyat berjalan di sepanjang koridor cuba mencari hadiah sesuai untuk Haniem. Dia tak boleh lupakan hari jadi isterinya sendiri. Adhiyat melangkah ke kedai perhiasan kemudian dia memilih rantai mutiara untuk diberikan kepada Haniem.

Dia berangkat ke pejabat memandangkan Adhiyat masih lagi ada kerja yang perlu diuruskannya. Setelah tiba, dia diterpa Fikri sehingga buatkan dia melangkah ke sana.

“Tuan tengok jualan minggu ni! Harga jatuh teruk lah.”

Adhiyat menatapnya dan dia memandang tak percaya. “Kenapa jatuh? Sepatutnya tiga puluh lima dan bukannya lima belas.”

“Saya pun tak tahu. Semalam elok je letak harga tiga puluh lima dan bukannya lima belas. Sekarang lepas tengok graf, harga turun mendadak sampai lima belas je.”

Adhiyat menghentak meja. “Janganlah bagi aku stress! Kan aku dah cakap, make sure kita inform semua seller yang buku-buku ni tak boleh dibagi diskaun! Kenapa tak ada yang faham?!”

“Sabarlah tuan. Pekerja-pekerja tuan dah bekerja keras sepanjang proses pembuatan buku ni. Kitorang pun terkejut lepas tengok graf dan pegawai kewangan juga dah telefon beritahu harga yang turun ni.”

“Takkan lah tak ada yang pergi inform semua seller lepas dapat berita ni. Siapa yang bertanggungjawab inform seller?”

Seorang pekerja wanita keluar. “Saya tuan.”

“Tak boleh ke awak beritahu seller yang harga buku tu tak boleh turun mendadak?!”

Dia tunduk.

“Kalau ada seribu orang dalam syarikat ni macam awak, habislah! Jangan bagi saya pusing dengan satu-satu masalah. Kalau awak tak nak kerja kat sini, better berambus!”

“Maafkan saya tuan Ad. Saya lupa nak terus inform sebab sibuk cari fail projek kita tahun 2013 memandangkan kita nak copyright version baru.”

Adhiyat mengetap. “Yang tu, kita boleh settle minggu depan kan? Kenapa awak nak ketar kepala nak buat sekarang? Ada banyak lagi masa dan awak boleh ambil berapa banyak sekalipun!”

“Saya janji akan.. buat lebih baik kali ni.”

“Tak guna berjanji lah perempuan kalau kau tak tepati!” Katanya kedengaran kasar kemudian berlalu pergi.

Masuk sahaja ke dalam syarikatnya Adhiyat segera merebahkan dirinya ke atas kerusi pejabat dia. Dia mengurut kepalanya yang sedikit pusing dengan keadaan sekarang begitu juga penyakit dia yang masih belum hilang itu.

Fikri mengetuk pintu biliknya lalu masuk.

“Aku nak kau settle kan hal ni dan aku akan jumpa dengan semua penjual buku tu untuk baiki balik harga tu.”

“Aku akan uruskan. Cuma, kau ni ada masalah ke?”

Adhiyat menggeleng.

“Aku tahu kau ada masalah bro. Aku nasihatkan kau supaya tak bawa masalah kau dalam office ni sebab kau memburukkan reputasi kau sebagai seorang bos. Kau tahu, kalau kau terus bersikap panas baran macam ni, semua pekerja kau akan tak selesa dengan kau.”

“Dah banyak kali dah aku beritahu korang semua untuk inform sesiapa saja kalau ada masalah dengan kadar segera. Masalahnya tak ada seorang pun yang ikut dan aku kena bertindak tegas.”

Fikri mengeluh. “Memanglah bagus kau bertindak tegas pada pekerja kau. Tapi bahasa kau yang kena sopan bro. Tak ada manusia yang nak dengar bahasa kasar macam tu.”

“Kau tak payahlah nak mengajar aku. Aku tahu apa yang aku buat.”

Fikri putus asa nak bercakap dengan Adhiyat. “Kalau kau stress kat rumah, aku rasa kau settle kan kat rumah je dan jangan bawa datang office sebab hal kita berbeza. Aku pun nak nasihatkan kau supaya... jumpa dengan ayah dan minta maaf.”

Anak mata Adhiyat barulah tak lekang dari komputer sebaik saja nama Encik Malik kedengaran.

“Aku bukannya nak buat kau serba salah. Tapi ayah tu macam marahkan sangat kat engkau dan cara terbaik untuk kau ialah pujuk dia semula. Kau tahu kan, Haniem anak kesayangan dia.”

“Aku perlukan masa. Hubungan aku dengan Haniem pun tak terurus sekarang dan tak mungkin aku nak jumpa dengan ayah macam tu je. Aku nak... tenangkan fikiran aku dulu.”

Fikri menghela lepas. “Okeylah kalau itu yang kau fikir. Aku keluar dulu.”

Adhiyat melupakan tentang Encik Malik mahupun Haniem dan dia hanya fokus dengan kerjanya sahaja.

Selesai menyiapkan kerjanya, Adhiyat menerima e-mail daripada syarikat Osman. Dia melihat syarikat itu memohon maaf di atas perbuatan mereka. Adhiyat senyum sinis mengetahui kebenarannya dan dia terus buat tidak tahu. Sampul surat putih dibawa keluar sebaik saja dia keluar.

“Nah, awak akan ditukarkan di bahagian cover.” Katanya kepada Osman sebaik saja tiba di meja Osman.

“Oh, bos... dah fikir betul-betul ke?”

“Saya percaya yang.. inilah yang terbaiknya. Terima kasih sebab sudi beritahu perkara sebenarnya pada saya yang buat saya lebih tenang sekarang. Awak... sepenuhnya milik syarikat saya.”

Osman kelihatan bangga. Senyuman pudar. “Baru itu yang saya beritahu bos. Ada lagi hal yang saya tak beritahu lagi dan saya rasa... dah tiba masanya saya beritahu bos apa yang saya sembunyikan.”

“Sounds so important. Apa dia?”

“Ini semua pasal....”

Belum sempat Osman nak habiskan ayatnya, telefon bimbit Adhiyat berbunyi yang buatkan Adhiyat mengangkatnya.

“Hello.”

“Hello Ad. Ini kak Dhiya. Akak nak jumpa Ad dekat rumah Ad. Ada sesiapa tak?”

“Kenapa akak nak datang? Abang Am dengan Liya mana?” Tanya dia kembali.

“Salah ke akak nak jenguk adik akak dengan isteri-isteri dia. Lagipun akak tak berpeluang nak jumpa dengan Haniem and akak nak jumpa dia kejap.”

Adhiyat mengetap. “Ad tak ada kat rumah sebab Ad kerja lately ni. Kalau akak nak pergi rumah, rasanya Haniem dah balik kerja dah. Cuma Maya lah tak tahu balik ke tidak lagi.”

“Tak apalah. Akak pun tak boleh lama singgah rumah Ad sebab abang Am dengan Liya, akak tinggalkan kat rumah. Liya dia demam sikit dan abang Am risaukan dia.”

“Datang jelah. Nanti kalau sempat, Ad singgah rumah umi jenguk Liya.”

“Yelah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Panggilan dimatikan.

Adhiyat menatap Osman.

“So, apa yang awak nak beritahu tadi Man?”

“Urhmm... saya rasa saya perlukan masa. Nanti saya beritahu bos ya.”

Adhiyat mengeluh lalu mengangguk. “One more thing, memandangkan awak dah diterima kerja kat sini dan ada jawatan lebih tinggi untuk awak, saya nak awak jaga perangai awak. Sikap.. mengambil makanan orang, tolong buang.”
Osman tunduk.

“Coklat saya pun... awak pernah ambil kan dalam peti tu. Saya masih ingat plastik dia dan sekarang plastik tu ada kat tong sampah awak.” Tunjuknya.

“Urhmm.. saya minta maaf! Saya janji takkan ulangnya lagi.”

“Tak apalah. Saya pergi dulu.” Adhiyat meninggalkannya.

Adhiyat memeriksa buku nota dia sebelum anak matanya terarah pada motor yang masih berada di situ. Adhiyat mendekatinya dan dia segera meneliti motor tersebut. Tiada yang luar biasa dan dia kemudiannya berlalu pergi.

Dia memandu keretanya menuju ke rumah Datin Haliza untuk jenguk keadaan Liya. Risau juga dia pada anak saudara itu yang demam sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience