bab 9

Romance Completed 1369

QILA melalui hari yang sukar baginya lagi apabila dia terpaksa menghantar surat permohonan untuk meletakkan jawatan. Di hari sebelum ini, Qila tahu Haniem nampak dia dengan seorang lelaki. Qila tak mahu Haniem pun terlibat sama dalam hal dia dan Mazlan. Jika Mazlan tahu, dia pasti akan mengugut Haniem juga. Jadi Qila terpaksa buat Haniem berhenti menjejaki nya dengan berhenti kerja dan dia akan cari kerja yang lainnya.

Qila menatap cermin melihat wajahnya sendiri. Lebam di wajahnya belum hilang lagi dan dia harus menyorokkannya kerana tak mahu keluarga dia ataupun kenalan rapatnya mengetahui hal ini. Walaupun Qila berharap sangat perbuatan Mazlan akan dibalas namun dia juga tak mahu menciptakan lebih banyak masalah.

“Assalamualaikum!” Suara Puan Ita kedengaran.

Qila bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik menemui Puan Ita yang ada memberitahunya untuk datang ke sini.

“Ya Allah, Qila! Kenapa dengan muka tu?”

Qila terlupa nak menutup kesan lebam di wajahnya. Dia gelisah. “Urhmm... terlanggar tembok sikit je mak.”

“Terlanggar tembok? Tembok mana?”

“Tembok nak... pergi tadika Haniem. Qila tak perasan sangat ada tembok. Mungkin anak mak ni... dah rabun tak sampai tembok pun tak perasan ada.”

Puan Ita meneliti kesannya. “Takkan seteruk ni? Lagipun kamu bukannya jalan kaki pergi tadika. Naik kereta juga kan?”

“Kereta.. kereta Qila rosak lately ni dan sebab tu Qila jalan kaki. Bila fikir balik, Qila nak berhenti kerja lah.”

Makin terkejut Puan Ita dengan apa yang anaknya baru saja beritahu dia.

Tak mahu Pun Ita terkejut sangat dengan apa yang dikatakannya, Qila membawa maknya duduk di atas kerusi di ruang meja, dia menyiapkan minuman yang enak untuknya kemudian duduk di hadapan maknya. Senyuman manis dipamerkan buat sang ibu yang tercinta.

“Kenapa Qila nak berhenti kerja?”

“Qila... tak rasa kerja ni.. sesuai dengan Qila. Lagipun kereta Qila rosak dan nak lah juga cari pengalaman kerja kat tempat yang dekat.”

Puan Ita menatap anaknya lama. “Qila bergaduh dengan Haniem ke?”

“Hisy, tak adalah! Haniem nak bergaduh dengan orang? Haniem tu hati dia lembut sangat tau, baik pula tu. Tak akan dia nak bergaduh dengan Qila. Cuma Qila rasa.. Qila nak kan kerja yang lain dengan kelulusan yang.. Qila ada. Jadi ahli politik ke, lawyer ke.”

“Bukan kamu tak suka ke kerja yang macam tu? Kamu juga yang cakap yang kamu nak cari kerja yang senang. Dah bagus dah Haniem beri Qila peluang untuk Qila timba. Kenapa persiakan, nak?”

Qila mengeluh. “Qila tak nak lah kerja yang macam tu. Bila dah try, rasa menyesal pula nak teruskan dengan profesion sekarang. Lagipun, anak mak ni kan... akan berkahwin juga. Kenalah cari duit banyak.”

“Yang tu, Mazlan tu kan ada. Dia tu orang kaya dan dia boleh sara kamu.”

Mustahil sangat. “Tapi Qila nak duit sendiri. Mak tak payahlah risau. Qila tahu... macam mana nak handle situasi ni. Qila tak nak... susahkan mak dengan ayah ataupun susahkan... Mazlan. Qila nak berdikari.”

“Mak sebenarnya tak kisah pun apa yang Qila nak buat. Cuma mak tak sangka kamu nak berhenti kerja kat tempat yang kamu dah selesa. Kamu juga cakap yang Haniem tu pun izinkan kalau kamu nak naik kan gaji. Dia lebih tak kisah untuk buat semua tu. Jadi, mak terkejut lah kamu tiba-tiba nak berhenti kerja.”

Qila tersenyum. “Haniem tu memang baik mak. Kalau boleh... Qila tak nak kalau Qila ada masalah, Qila beritahu dia sedangkan Qila yakin... Haniem pun ada banyak masalah. Qila ingat... Qila just nak berhenti kerja dan cari kerja lain. Insha-ALLAH nanti Qila ada lah rezeki.”

“Amin. Mak selalu doakan semoga anak mak ni boleh berjaya.”

Mereka menatap satu sama lain dengan rasa sayu. Qila terluka setiap kali dia cuba menipu pada maknya kerana dia tahu Puan Ita akan lebih dalam bahaya jika dia beritahu perbuatan Mazlan. Qila tak tahu macam mana dia boleh uruskan hal ini namun dia akan berusaha untuk Mazlan lepaskan pegangannya.

Selepas lima jam Puan Ita duduk melawatnya di rumah dia, Qila menghantar maknya ke bawah. Dia sudah menghubungi teksi untuk Puan Ita pulang. Setelah menghantarnya, Qila kembali masuk ke dalam rumah dia. Tak disangka dia menerima tetamu yang dia takkan sesekali membuka pintu.

“Assalamualaikum! Qila! Qila!” Suara Haniem kedengaran.

Qila hanya berdiri berdekatan pintu sahaja.

“Qila, kau ada kat dalam ke? Aku... aku nak bercakap dengan kau sikit dan aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah. Tolong.. beri aku masa nak bercakap boleh?”


“Aku minta maaf Haniem.” Bisiknya.

Haniem nampaknya berputus asa. Dia terus berjalan pergi dari sini apabila Qila tetap tak membuka pintu rumahnya.

Selepas kelibat Haniem tak kelihatan, Qila menangis. Dia harus menjauhkan diri Haniem daripadanya kerana tak mahu Haniem terkena sekali dengan Mazlan. Telefon yang berdering diangkat dan dia mengusap air mata yang gugur saat ini.

“Eh, kau kat mana?!”

“Kat rumah lah!” Jawabnya.

“Aku beritahu kau yang aku tak jadi nak makan malam dengan kau! Aku tak inginlah makan malam dengan perempuan macam kau. Disebabkan keluarga kau, aku terpaksa makan sekali dengan kau.”

Qila mengeluh. “Baguslah. Aku letak.”

“Tunggu! Aku nak tanya kau, kau dah beritahu sesiapa ke tentang aku?”

“Kau juga yang nak aku tak beritahu sesiapa sampai aku yang bodoh ni terpaksa ikut cakap kau. Ya, aku tak beritahu sesiapa pun dan kau tak payah nak risau sangat!”

Kedengaran dia menghela nafas tenang. “Okey. Ingat, kalau kau beritahu sesiapa tentang aku, aku takkan berdiam diri. Selagi kau nak berjauhan dengan aku, kau kena bayar 100 ribu dan kalau kau tak boleh nak bayar seratus ribu, selagi tu aku takkan lepaskan kau.”

“Aku tahu dan aku sentiasa ingat tentang hal tu. Aku akan berusaha supaya kau lepaskan aku.”

Mazlan ketawa sinis. “Berusaha lah walaupun kau takkan pernah berjaya. Good luck, sampah.” Dia mematikan panggilan telefon.

Qila menghela nafas berat.


Saban masa membuatkan Qila terasa bosan di rumah. Dia melayari internet untuk mencari kerja yang bersesuaian pun tak yakin dengan dirinya sendiri. Qila mmebersihkan rumahnya. Selesai saja, dia membuang sampah di tong sampah ke luar.


Apabila Qila nak berjalan ke rumahnya semula, tak disangka dia bertembung dengan seorang lelaki yang mampu membuat hatinya berdegup kencang. Namun mengingatkan perangai Mazlan buatkan dia tak sanggup nak percayakan lelaki yang murah senyuman, ramah dan bersopan santun. Qila berjalan terus ke rumahnya sebelum dihentikan langkahnya oleh lelaki itu.

“Eh, encik, jangan sampai saya panggil security kat sini kalau encik terus buat macam ni!”

“Urhmm... saya cuma nak bertanya je.”

“Bertanya atau ambil kesempatan! Kalau encik rasa perempuan ni senang nak jatuh cinta, encik salah! Saya tak suka lelaki yang berpura-pura baik tetapi ternyata dia hanyalah sampah je.”

Lelaki itu terkejut. “Saya minta maaf. Tapi saya nak tanya kat mana rumah 370 je. Saya tak sampai hati nak buat cik marahkan saya.”

“Sudahlah! Entah nombor rumah mana awak ambil, awak nak kata awak cari rumah? Encik ni memang tak guna lah!” Qila terus berjalan pantas menuju ke rumahnya.

Kata-kata Qila menusuk ke dada lelaki seperti Mikael

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience