bab 90

Romance Completed 1369

ADHIYAT mungkin terlalu kecewa dengan Haniem sehingga Haniem terpaksa meminjam bilik Tipah untuk tidur sama-sama dan dia tak mahu kejutkan Adhiyat. Setelah solat subuh, Haniem cuba mencari kelibat Adhiyat yang tak kelihatan. Mungkin juga suaminya sudah pulang sebab tak ada orang pun tahu ke mana dia. Namun kerisauan Haniem tak tertanggung.

“Haniem, letakkan lah nasi dalam pinggan tu.” Kata Opah Hawa.

“Haniem tak lapar lagi lah Opah. Opah makan dan Haniem panggil Haris join sekali.”

“Haniem, Opah tahu apa yang Haniem fikirkan. Pada Opah kan, Haniem ni cukup sempurna untuk Adhiyat. Kalau Haniem rasa.. Haniem tak layak untuk dia, Haniem kena fikir dua kali. Siapa orang yang berjaya pecahkan dinding hati Adhiyat? Siapa yang buat dia bahagia selama ni?”

Haniem senyum nipis.

“Opah tak nak masuk campur dalam hidup cucu-cucu Opah. Opah nampak apa yang jadi antara Haniem dengan Adhiyat sebelum ni. Opah tahu Adhiyat bahagia walaupun dia kena jalani hubungan yang macam ni dengan Haniem. Jadi Haniem.. kalau dia tak boleh faham perasaan Haniem, Haniem cuba fahamnya sendiri.”

“Haniem rasa... Ad kena taat pada Maya. Dia mengandung dan pada masa yang sama, ini yang terjadi pada dia. Haniem rasa tanggungjawab Ad sepatutnya lebih pada Maya.”

Opah Hawa mengeluh. “Ingat Haniem, kita masih ada masa di dunia ni dan masa tu sepatutnya dilebihkan pada.. orang-orang yang kita sayang. Kita hidup hanya sekali, cari pasangan yang kita rasa tepat hanya sekali dan mencari cinta berkali-kali. Mungkin mudah bunyi nya. Tapi hati hanya boleh menerima satu cinta yang hadir dan kita yakin ianya melengkapi.”

Setelah Opah Hawa beredar pergi, Haniem hanya mampu mengeluh. Memang benar. Namun Haniem tetap dengan keputusan dia.

Haniem melangkah ke bilik Adhiyat. Selepas masuk, dia terkejut melihat bungkusan di atas meja. Haniem mendekati dan dia melihat Adhiyat. Sebaik saja dia menyentuh dahi suaminya, ia nya begitu panas sehingga Haniem kelihatan risau.

“Abang! Abang okey ke ni?” Tanya Haniem.

“Pergilah!”

“No. Haniem takkan pergi selagi abang tak beritahu abang okey ke tak.”

“Jangan buat abang... pening. Keluar dari bilik ni sekarang.” Pintanya.

“Haniem tak stres kan abang. Haniem nak tolong abang.”

Adhiyat menatanya. “Sebelum ni, Haniem marahkan abang dan Huzair pertahankan Haniem! Haniem nak abang ceraikan Haniem? I will. Esok abang balik KL dan abang akan failkan penceraian. Ini yang terbaik Haniem rasa dan apa salahnya.”

Haniem sedih. “Sebelum kita cerai, izinkan Haniem nak jaga abang. Wait here!” Dia segera melangkah keluar dari bilik.

Haniem masakkan bubur dan dia mengambil air bersama tuala kering. Setelah selesai, dia membawanya perlahan-lahan ke bilik sebelum dihentikan Haris.

“Kenapa bawa ni semua? Kut ya pun panas, takkan lah nak mandi dalam bilik kut.”

Haniem mengeluh. “Abang Ad ada dalam bilik. Demam.”

“Aik? Tadi Opah cakap abang Ad dah balik dengan bas.”

“Kita salah faham. Dah, jangan nak banyak tanya. Haris kena balik hari ni kan? Pergi balik dan beritahu ayah akak balik lusa ataupun.. tunggu demam abang kebah lah. Cakap kat ibu jangan risaukan akak.”

Haris mengetap. “Banyak pula lah akak nak pesan. Kenapa tak call je?”

“Fon akak rosak lah! Esok baru boleh pergi ambil.”

“Yelah, nanti Haris inform kan. Ingatkan nak lambatkan, tapi bas dah gerak petang ni.”

Haniem tersenyum. “Nanti boleh datang lagi. Akak masuk dulu lah.” Haniem beredar masuk ke dalam bilik Adhiyat.

Setelah dia masuk, Haniem mendekati Adhiyat. Dia membantu suaminya bangun.

“Abang bukannya lumpuh sampai Haniem nak tolong abang bangun macam ni!” Marahnya.

“Apa salahnya kalau Haniem tolong abang? Jangan degil boleh tak?”

Adhiyat duduk berhadapan Haniem dengan Haniem menyuapkannya bubur secara paksa. Separuh saja makan, dia memberikan suaminya air pula. Setelah Adhiyat berehat, Haniem meletakkan kain basah ke kepalanya. Adhiyat lena.

Semasa hendak beredar pergi, telefon Adhiyat berdenting. Haniem mendekatinya dan mesej panjang daripada Osman dibacanya kerana dia takut itu akan jadi penting.

‘Bos, saya tak dapat tahan lagi untuk berselindung dengan bos. Dengan keadaan Maya macam tu, saya rasa dah tiba masanya saya beritahu apa yang saya.. tak dapat beritahu sebelum ni. Maya dengan saya memang rapat dulu sampai kami pernah.. terlanjur. Tapi dia gugurkan kandungan dia sebab tak nak reputasi dia teruk. Saya dulu memang nak kan Maya sangat-sangat tapi sekarang dah tak sejak saya mula lupakan dia sebab nak bersama isteri saya. Cuma waktu saya taasub dengan dia, kami ada buat perancangan supaya saya boleh caras job bos sementara dia boleh rampas bos daripada isteri bos. Bermula dari New York ke rumah dia dan sehingga ke Kuantan. Dia bagi bos ubat tidur selalu supaya dia boleh ambil gambar dan buktikan gambar tu sahih. Di Kuantan dia dah buat perancangan tu dan saya cuba halang tapi... saya tak boleh. Pregnancy test dalam sampul surat, keputusan DNA tu semuanya palsu. Saya dan dia reka sebab nak perangkap bos. Maya sebenarnya.. tak mengandung pun. Saya minta maaf bos.’ -OSMAN

Haniem terkejut selepas membaca mesej tersebut. Betul ke apa yang dia baca ni? Dia segera keluar dari bilik lalu di singki, Haniem mula menangis. Adakah ini tangisan gembira, bersalah atau sedih?

“Haniem!” Qila menjerit keriangan.

Haniem terus tunduk.

Qila perlahan-lahan mendekati Haniem sehingga yang lainnya yang berada di belakang hampir nak masuk ke dapur turut terkejut melihat Haniem menangis. Setelah Qila mendekat, Haniem memeluknya dengan erat.

“Kenapa ni?”

Wajah tangis Haniem ditatapnya. “Aku.. aku baru dapat tahu sesuatu.”

“Sesuatu? Maksud kau?”

“Maya tak mengandung. Dia sengaja perangkap.. perangkap Adhiyat.”

Qila memandang Mikael yang turut terkejut. “M.. mana kau tahu?”

“Osman, ex boyfriend Maya beritahu melalui mesej pada Ad. Dia kata.. mereka rancang benda ni dah lama dah dan Maya tak pernah putus asa.”

“Okey, It’s okay.” Qila memeluk Haniem.

Entah bahagia atau sedih yang dirasakan Haniem. Yang pasti perasaan bersalah tumbuh di dalam hatinya.

“Opah percaya yang Ad tak macam tu.”

“Betul tu. Reza pun percaya sebab dia tak pernah nak buat semua tu sepanjang hidup dia. Nak dekat dengan perempuan pun dia tak boleh, apatah lagi nak buat semua tu. Lebih-lebih lagi Maya yang dia anggap adik dia sendiri.”

“Tak sangka. Betullah andaian kita selama ni.” Balas Humairah.

“Kenapalah Maya sanggup buat semua tu? Mika kecewa lah.”

“Nak buat macam mana, dia sukakan sangat Adhiyat. MakSu ingat lagi yang dia sanggup buat apa saja untuk Adhiyat.”

PakSu Hairi mengeluh. “Yang pasti, kita dah tahu kebenarannya kan?”

Semua mengangguk.

“Jadi Haniem macam mana?” Opah Hawa mula bertanya.

“Haniem nak minta maaf. Haniem tahu Haniem berdosa selama ni sebab fitnah dia tanpa unsur periksa. Tapi dia dah kahwin dengan Maya dan.. Haniem rasa dia tetap kena.. jalankan tanggungjawab dia.”

Opah Hawa memandang yang lainnya.

“Mika tahu yang.. abang takkan lupakan tanggungjawab dia. Haniem tahu yang.. sepanjang dia kat sana dan Maya masuk hospital, tak missed dia keluar masuk hospital dan walaupun kitorang suruh dia balik, dia tetap nak duduk sana sebab risaukan keadaan Maya. Awak rasa.. dia masih tak jalankan tanggungjawab dia?”

Haniem menatap Mikael yang tersenyum.

“Abang Ad tu.. sempurna semuanya dan dia juga perlukan.. makmum yang sempurna bagi setiap solat dia. Saya tak kisah kalau abang nak tinggalkan Maya sekalipun sebab saya nak kan yang terbaik buat Maya. Saya tak nak ada lelaki yang hanya anggap dia sebagai adik tapi terpaksa jadi suami dia.” Balasnya.

Haniem tersenyum.

“Bang! Abang nak pergi mana ni? Pucat muka abang ni.” Suara Bob kedengaran.

Haniem terus melangkah ke depan. Dia melihat Adhiyat membawa beg dia dengan tenaga yang dia ada dan dia nampak sedikit sihat.

“Abang!” Haniem mendekatinya.

“Abang dah nak balik. Lagi seminggu, Haniem akan dapat fail penceraian tu. Abang doakan.. Haniem bahagia dengan Huzair.”

“Abang, abang masih lagi demam tu. Rehat dulu okey?”

“Abang nak pergi hospital dan tak apalah kalau abang demam sekalipun!” Adhiyat meletakkan begnya ke dalam bonet.

“I’m not allowing you to go.”

Tangan nya yang dipegang Haniem di keluh berat. “Abang tak nak sakitkan Haniem macam semalam. Abang tak nak.. bahayakan kandungan Haniem dengan.. kemarahan abang. Abang mohon pada Haniem untuk... lepaskan abang.”

“Haniem tak nak abang pergi.”

“Nur Haniem, abang mohon pada Haniem sekali lagi. Jangan buat.. cinta abang pada Haniem tak boleh dikongsi lagi. Jangan buat hati abang yang masih berpihak pada Haniem sepenuhnya milik Haniem! Jangan buat abang... tak boleh lupakan Haniem. I’m trying the best to forget about you as what you wish.”

“Biar Haniem sentiasa buat cinta abang pada Haniem takkan ada kongsi lagi. Biar Haniem buat hati abang berpihak pada Haniem terus dan akan jadi sepenuhnya milik Haniem. Biar Haniem buat abang... tak boleh lupakan Haniem walaupun abang cuba yang terbaik. Biar kenangan kita berdua... kekal buat kita berdua.”

Adhiyat memandangnya pelik.

“I’m never stop loving you and i will not.. replaced you with somebody else. Haniem minta maaf sebab salah faham pada abang. Maya tak pregnant dan dia memang perangkap abang selama ni. Osman pekerja abang dan ex boyfriend Maya beritahu melalui mesej pada abang tentang benda yang dah lama dia nak beritahu.”

“O.. Osman?” Ulangnya.

Haniem mengangguk. “Jadi kita akan terus bersama. Anak ni... perlukan ayah dia.”

“Tapi Haniem dengan Huzair. Macam mana....”

“Tak bro! Just an acting. Sedikit pertolongan daripada tunang aku. Adeline.” Huzair tiba dengan tunangnya iaitu wanita yang dia nampak sebelum ini.

Adhiyat memandang tak percaya.

“Haniem terpaksa buat sebab Haniem ingat abang akan lupakan tanggungjawab abang. Haniem bersalah sebab.. tuduh abang. I love you too.”

Sebak Adhiyat sehingga mengalirkan air matanya. Dia mencium dahi Haniem dan mereka sama-sama menangis dalam kegembiraan.

Selepas dihidangkan minuman, mereka berenam duduk satu meja.

“Alah, baru berbaik dah berkepit! Siap pegang tangan, peluk sisi lagi.” Qila bersuara.

Haniem mencebik.

“Awak nak.. buat macam tu juga ke?”

Qila memukul Mikael. “Awak jangan nak menggatal heh? Elok-elok saya terima awak sebagai bakal suami saya, terus hilang title tu tau!”

“Gurau pun tak Leh!”

Qila menjelingnya.

“You getting married?” Tanya Haniem.

“Yelah. Aku ikut apa yang kau cakap dengan cari jawapan pada Allah. So aku pun.. buatlah dan aku dapat jawapan pagi tu. So aku pun beritahu lah Mika untuk masuk meminang.”

“Serius ah?! Kau memang sukakan dia dah lama dah kan? Tak ada Mika, kau rindu.”

Qila mengetap.

“Oh, patutlah awak langsung tak nak bercakap dengan saya masa saya datang. Rupa-rupanya awak rindukan saya dan marahkan saya heh?”

“Eee.. nak muntah lah cakap rindu dan marah tu semua!”

Mikael menjeling yang buat Haniem, Adhiyat dan Huzair ketawa senang.

“Kau pun dah nak kahwin ke Huzair?” Tanya Qila.

“Aku tunggu tarikh je sebelum Adeline pergi sambung belajar.”

“Wah dia kerja apa?”

“Doktor psikologi.” Balasnya.

Qila kagum. “Cantiknya tunang kau! Mesti kau happy sekarang kan?”

“Of course lah!”

“Tapi dia faham tak apa yang aku cakap ni? Nanti dia fikir aku mengumpat dia pulak.”

Huzair mengangkat bahunya.

“I’m sorry but.. i cannot understand what you guys are talking about right now. You talk too much. Are you.. say bad thing about me?”

“Eh, no! I.. I’m praising you. You are.. so beautiful.”

“I think you lying right now.”

Qila menggeleng. “No!”

Adeline yang berwajah serius mula ketawa. “Saya boleh faham sikit-sikit dan saya... dah lama belajar di Malaysia. Saya boleh bercakap bahasa Melayu dan saya faham.”

Qila mengeluh berat. “Syukurlah! Saya bangga dengan awak tau dan.. saya tak berniat pun nak cakap buruk pasal awak.”

Adeline mengangguk.

“Kau tahu dia boleh cakap Melayu Haniem?”

“Dah. Semalam baru aku tahu dan aku terkejut sangat. Nasib baik kau tak mengumpat dia tadi. Kalau tak.. dah teruk kau kena belasah dengan tunang dia.”

Qila mengetap. “Kenapa pula Huzair ni belasah aku? Kalau dia nak belasah aku, Mikael ada.”

“Eh tak nak lah saya! Awak yang buat masalah, awak selesaikan lah sendiri.”

Qila memandang tak percaya.

Keriangan di sini buat semua gembira. Adhiyat bermain dengan perut Haniem di bawah meja sehingga Haniem menatapnya. Mereka berdua tersenyum buat satu sama lain.

“I’m gonna be a dad.” Bisiknya.

Haniem mengangguk bahagia.

....

5 tahun kemudian,


“Happy birthday to you, happy birthday to you. Happy birthday to Maya. Happy birthday to you!” Suara nyanyian bergema di rumah Datin Haliza.


Haniem gembira melihat anak perempuan dia sudah melonjak dewasa. Maya kini sudah berusia tiga tahun. Ini merupakan hari jadi ketiga dia.


Setelah Maya meniup lilin, mereka semua bertepuk gembira.


“Maya, wish uncle dapat baby boy boleh?!” Pinta Mikael di hujung meja.

“Wish untuk uncle Huzair juga supaya dapat baby girl!”

“Uncle Reza pun sama. Ucap supaya uncle boleh masuk tentera balik!” Kata Reza yang kini sudah boleh berjalan.

“Ucap supaya makSu boleh dapat.. keputusan exam yang baik!” Tipah tak mengalah.

“MakNgah juga! Supaya rumah tangga MakNgah bahagia.” Dhiya turut membawa permintaan.

“Makcik juga!” Hanis begitu juga.

Maya mengangguk.

“Tak payah nak sibuk! Biar cicit Opah tentukan permintaan apa yang dia nak. Kita doakan dia jadi anak yang solehah dan ada kerjaya yang bagus macam.. Maya.”

“Amin!” Balas semua.

“Boleh Maya tanya sesuatu?”

“Apa dia sayang?” Tanya Haniem.

“Kenapa nama Maya, Maya?”

Haniem berpaling memandang semua.

“Sebab nama Maya adalah orang yang paling ayah dengan ibu sayang.” Kata Encik Malik di sebelah cucunya.

“Ibu dengan ayah.. sayangkan Maya?”

“Mestilah dan juga.. mereka sayangkan Khalif Azri.”

Nama itu buat Opah Hawa sebak tetapi tangannya dipegang Datin Haliza. Itulah nama arwah tok aki.

“Maya pun sayangkan adik Maya.”

“Baguslah. Sekarang, Maya makan kek banyak-banyak. Atuk nak tengok Maya makan.”

Maya mengangguk. “Nak tok Pa suapkan?” Tanya Datuk Azlan yang turut hampir di sebelahnya.

“Maya dah besar!”

Datuk Azlan ketawa.

Apabila majlis berakhir, Adhiyat dan Haniem keluar seketika dan meninggalkan dua orang anak mereka dengan Datin Haliza.

Tiba di tanah perkuburan, Haniem dan Adhiyat membaca Yassin buat Mazlan dan Maya. Maya meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang dia kena setelah sehari Haniem melahirkan Maya Adrina anak perempuannya.

Mereka berdua kemudiannya menuju ke tasik tempat mereka bertemu.

“Sayang,”

Haniem berpaling memandangnya.

“Terima kasih sebab bahagiakan abang sepanjang tempoh perkahwinan kita. Abang... cintakan Haniem dan takkan ada yang mampu gantikannya.”

Haniem tersenyum sambil mengusap pipi Adhiyat. “Hanim pun.. cintakan abang dan abang tak perlu terima kasih sebab Haniem sentiasa nak abang ada di sisi Haniem untuk bahagiakan abang.”

“I love you.”

“How much?”

Adhiyat ketawa. Dia segera mengangkat Haniem yang buat Haniem terkejut.

“Let me down! Kalau orang nampak, malu lah.”

“Biarlah. Abang... CINTAKAN HANIEM!”

Ketawa mereka meletus bersama. Benarlah. Cinta yang suci takkan dapat digantikan dengan yang lainnya. Haniem untuk Adhiyat. Itulah cinta sesungguhnya...



-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience