bab 3

Romance Completed 1369

DATIN HALIZA sangat tak sabar apabila Adhiyat setuju nak menemui Haniem terlebih dahulu. Dari dulu lagi dia nak Haniem, budak remaja yang paling baik pernah dia jumpa menjadi sebahagian dari keluarganya. Dia yakin Adhiyat akan sukakan Haniem dan dia akan terima jika kenal lebih lagi dengan perangai Haniem.

Tanpa banyak lagi spekulasi, Datin Haliza terus membuat panggilan kepada Puan Zahara kawan baiknya sejak muda lagi. Tak sampai beberapa minit lama nya menunggu, panggilan dia sudah diangkat oleh kawan baik dia.


“Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam, kak Zahara. Lamanya rasa tak telefon macam ni. Selalunya kita jumpa je kan?” Ujarnya cuba nak bersapa menggunakan topik utama.


“Alah, jumpa kan lebih bagus daripada bercakap kat telefon macam ni.”


Datin Haliza ketawa senang. “Kak Zahara buat apa tu?”


“Oh, ni akak baru je lepas kemas rumah sikit. Anak akak yang nombor dua tu katanya dia nak stay kat sini sepanjang dia mengandung. Katanya risau kalau-kalau suami dia tu terlampau sibuk nak siapkan buku kat syarikat Ad.”


“Tulah. Saya pun ada je nasihatkan Ad tu untuk tak tegas sangat dengan pekerja dia. Mujur juga dia ada mood melayang-layang. Kalau tak ada masalah kat office, tak adalah dia berubah jadi singa. Kalau ada masalah je, habis semua pekerja dia dalam bahaya.” Selorohnya.


Puan Zahara ketawa dengan apa yang Datin Haliza katakan tadi. “Tapi tegas dengan pekerja dan lepastu baiki kesalahan tu kan bagus. Lagipun akak dah jumpa dengan Ad dan dia pun nampak macam nakal-nakal macam tu. Gembira juga tengok dia usik kakak dia.”


“Bagi akak gembira. Bagi saya ni, kalau boleh tak nak dengar Dhiya punya suara menjerit bila Ad tu bukan main usik dia dengan haiwan plastik. Kat rumah ni dah puas nak tengok show yang macam tu.”


Banyak betul mereka ketawa dengan perilaku Adhiyat dan Adhiya yang tak pernah sebulu.


“Sebenarnya, saya telefon ni sebab nak beritahu akak je tentang.. Adhiyat dengan Haniem.”


“Oh, akak pun baru je nak telefon Liza beritahu tentang Haniem juga. Sebelum ni dia tak beritahu pun jawapan dia nak ke tidak dan sebab tu akak tak paksa. Bila dah pujuk dia kata dia akan jumpa dan dia minta maaf kalau dia tak suka.” Ujar Puan Zahara.


“Adhiyat pun cakap macam tu. Dia kata dia nak jumpa je dan dia tak nak kalau dia tak suka.”


Puan Zahara mengeluh. “Akak takut lah kalau diorang... tak sukakan satu sama lain. Haniem tu hidup dia penuh dengan kerja je dan dia langsung tak ada masa dengan lelaki. Dia pun tak pernah jumpa dengan Adhiyat dan kalau diorang jumpa satu sama lain, diorang tak suka, habislah rosak rancangan akak nak jodohkan Haniem tu dengan Adhiyat.”


“Saya pun fikir macam tu kak. Tapi kita ni mak diorang je. Nak paksa, dah besar dan nanti kalau paksa, tak jadinya pula nak kahwin. Apa yang kita boleh buat, cuma temukan diorang dulu walaupun kita takut akan kehilangan juga masing-masing.”


Kedua-duanya resah menunggu keputusan anak-anak mereka yang memang nak bertemu namun belum tentu mereka betul-betul bakal menyukai satu sama lain.


“Tak apalah kak. Asalkan diorang.. setuju nak jumpa pun dah kira okey.”


“Betul tu. Akak harap sangat keputusan diorang pun boleh jadi okey juga.” Balasnya.


“Zahara!” Suara Encik Malik kedengaran memanggil isterinya.


“Minta maaf lah Liza. Akak nak kena uruskan abang Malik tu. Dah nak pergi kerja dan tali leher mestilah dia tak boleh nak pakai sendiri.”


Datin Haliza ketawa kecil. “Yelah. Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam.”

Setelah panggilan dimatikan, Puan Zahara bergegas menuju ke biliknya semula menemui suaminya. Di sana dia melihat Encik Malik sedang berusaha menyarungkan tali leher ke lehernya. Dia mendekati suaminya untuk membetulkan tali leher yang selalu akan dia betulkan.


“Awak bergayut dengan siapa tadi?” Tanya nya.


“Apa pula bergayut. Saya telefon Haliza tadi nak cakap pasal.. Haniem dengan Adhiyat anak dia.”


“Awak janganlah paksa Haniem untuk kahwin Zahara. Cukup je Haniem tu kena tadah telinga dia dengan mulut si Hanis. Dia pun sebagai kakak sulung tak lepas buat tanggungjawab dia pada adik-adik dia. Jangan buat di tertekan sudahlah.” Pesannya.


“Saya tahu. Saya pun tak nak paksa Haniem tu macam-macam. Saya cuma nak dia jumpa dengan Adhiyat je. Mana tahu kalau dia boleh sukakan Adhiyat.”


Encik Malik hanya menarik nafas panjang saja.

“Abang.. tak sukakan Ad ke?”

Encik Malik mengetap sambil memandang isterinya. “Apa pula saya tak sukakan Adhiyat tu. Masa pertama kali jumpa dia, kami sama-sama pergi umrah. Sepanjang perjalanan umrah tu lah, dia selalu je risaukan kita berdua. Abang rasa dia boleh jadi bertanggungjawab kalau dia kahwin dengan Haniem.”

“Kan? Saya sukakan Adhiyat tu. Perangai main-main dia, perangai risaukan orang lain dia dan perangai yang menghormati orang lain pun saya suka. Dah sesuai sangat kalau dia dengan Haniem.”


Encik Malik gembira melihat senyuman Puan Zahara yang seperti terbayang-bayang sudah perkahwinan Haniem. Namun pada masa yang sama, dia tak mahu hal ini menjadi bebanan buat Haniem jika dia tahu Puan Zahara seakan-akan mendesak nya. Tetapi baguslah jika Haniem pun dah bersetuju nak jumpa dengan Adhiyat dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience