bab 25

Romance Completed 1369

QILA termimpikan hal yang terjadi padanya semalam sehingga Haniem bangun dari tidurnya lalu mengejutkan Qila. Setelah Qila tersedar, dia memeluk Haniem erat-erat yang buatkan Haniem risaukan keadaan kawan baiknya ini. Dekat tiga jam, Qila terlena di pangkuan Haniem dengan air mata yang masih mengalir. Haniem menidurkan Qila semula dan dia memastikan Qila tidak terjaga sikitpun. Jadi Haniem tak tidur sangat semalam sehingga buatkan Qila bersalah padanya.

Pagi mula menyapa pada keesokan hari nya. Telefon bimbit dia yang berdering diangkatnya.

“Assalamualaikum. Awak tak apa-apa ke.. cik sebelah rumah?”

Qila mengeluh. “Waalaikumusalam. Saya tak apa-apa. Kenapa awak call awal-awal pagi ni dan macam mana awak dapat nombor telefon saya?”

Mikael ketawa. “Semalam saya minta dengan Haniem. Saya risaukan keadaan awak dan sebab tu Haniem bagi saya nombor telefon awak.”

“Saya tak nak awak ambil tahu hal saya.”

“Saya tahu. Saya minta maaf Qila sebab... sebab salah faham tentang awak. Saya ingatkan lelaki tu hanya nak ambil kesempatan pada awak dan sebab tu saya nak hentikan semuanya. Saya.. saya tak sangka dia ialah abang saya.”

“Jangan buat saya bencikan awak. Saya akan bagi balik duit awak sebab saya tak perlukannya. Saya akan bayar duit tu kalau boleh pinjam dengan ah-long sekalipun. Saya tak makan duit orang yang ada kena-mengena dengan orang yang dah sakitkan hati saya.”

“Qila, saya mohon pada awak untuk gunakan duit tu. Zaman sekarang... susah untuk kita pinjam duit dan bayar mengikut amount tu sendiri. Abang saya minta 100 ribu dan saya bagi awak duit tu tanpa apa-apa syarat pun dan tanpa.. bayarannya pun. Saya ikhlaskan.” Ujarnya.

Hati Qila terusik sedikit dengan kebaikan Mikael.

“Saya pun nak bawa awak balik rumah awak untuk ambil barang awak. Saya dah... sewakan rumah lain dengan Haniem. Katanya Haniem pernah duduk kat situ dulu dan rumah tu pun dekat dengan tadika Haniem”

“Saya kenal. Awak tak payahlah bawa saya. Saya pergi dengan Haniem dan kalau Haniem sibuk, saya pergi naik teksi je.” Balas dia.

“Qila, awak tak takut ke dengan apa yang jadi semalam? Awak masih nak berdiam diri? Degil lagi?”

Benar juga kata-kata Mikael itu. Dia tak boleh bersendirian kerana dia tahu kemungkinannya.

“Awak siap-siap, breakfast dulu dan nanti saya datang ambil. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Panggilan dimatikan.

Qila menghela nafas berat. Dia melihat sekeliling dan ini memang bilik Haniem. Cuma Haniem yang tidur di sebelahnya tidak kelihatan. Mungkin juga dia sudah berangkat ke tempat kerja ataupun sedang bersarapan di bawah.

Belum sempat Qila nak bangun, telefonnya berdering lagi. Qila mengangkat panggilan daripada Puan Ita itu.

“Assalamualaikum.”

Puan Ita menghela nafas tenang. “Waalaikumusalam. Ya Allah, risaunya mak bila Qila tak angkat call mak.”

“Qila dah agak yang mak akan call Qila. Well, Qila tak ada kat rumah dan mak kalau nak call Qila, guna telefon ni lah.”

“Kenapa Qila.. tak ada kat rumah semalam? Mak dengan ayah dah plan dah yang lepas subuh kitorang nak pergi KL. Masalahnya kereta ayah rosak pula dan dia kena jumpa ketua kampung sebab hal surau. Ayah minta mak telefon Qila dulu.”

Qila senyum nipis. “Sorry sebab.. tak call mak. Qila.. tak apa-apa dan mak tak tak payah risaulah.”

“Kan mak dah cakap biar abang pergi rumah Qila. Kenapa degil sangat ni?”

“Qila tak apa-apa dan Qila tak nak menyusahkan sesiapa.” Ujarnya.

“Qila duduk kat mana sampai tak ada kat rumah?”

“Kat rumah keluarga Haniem.”

Puan Ita menganggu mengerti. “Kalau macam tu, beri telefon kat Haniem. Mak nak minta maaf kat dia sebab Qila dah menyusahkan dia. Tapi kenapa duduk kat rumah Haniem?”

“Pasal Haniem mak tak payah risaulah. Dia tak kisah pun Qila duduk kat sini dan Qila akan balik rumah juga nanti. Sebab Qila duduk kat sini, Qila nak... nak jumpa Haniem.”

“Macamlah tak boleh jumpa dia hari ni je. Kenapa sampai nak tidur rumah bagai?”

Inilah Qila tak mahu beritahu apa-apa pada Puan Ita kerana dia terlalu risau dan dia pasti mahukan penjelasan di sebalik apa-apa keputusan.

“Saja je. Macamlah Qila tak pernah.. tidur rumah Haniem kan?” Katanya.

“Kalau dah macam tu, cakap kat Haniem, mak kirim salam dan mak minta maaf kalau Qila menyusahkan Haniem.”

“Okey.” Jawab dia.

“Mak nak masak kejap. Nanti mak call Qila lagi ya.”

“Eh kejap mak!” Halang Qila apabila dia teringatkan sesuatu yang perlu dilakukannya sekarang buat Puan Ita.

“Apa dia?”

“Urhmm.... Qila.. Qila nak... nak batalkan pernikahan dengan.. Mazlan.”

“Astaghfirullahhalazim! Kenapa?!” Terkejut Puan Ita mendengarnya.

“Ada sesuatu yang.. terjadi dan mungkin kami tak ditakdirkan bersama. Qila harap sangat.. mak boleh relakan Qila... berpisah dengan dia. Dia bukan.. bukan lelaki yang Qila nak selama ni. Qila tak nak mak memaksa Qila.”

Nafas dihelanya. “Mak tak pernah nak memaksa Qila cari pasangan. Cuma mak tak sangka Qila nak putuskan hubungan Qila dengan Mazlan. Apa masalahnya?”

“Biarlah Qila.. settle kan masalah ni. Apa yang Qila nak, mak relakan Qila berpisah dengan dia dan.. dan jangan sesekali call dia lagi. Tolong ikut cakap Qila.”

Walaupun tidak mengerti apa yang dah terjadi, Puan Ita mengeluh merelakannya. “Tapi Qila kena jelaskan pada mak dan ayah juga nanti.”

“Okey.”

Panggilan berakhir di situ dan Qila rasa bebanannya hilang lagi. Mujurlah Puan Ita tak bertanya lebih banyak mengenai apa yang dah terjadi kerana Qila tak sanggup nak beritahu perangai sebenar Mazlan sebab dia tahu tindakan ayahnya seperti apa.

“Qila,” Haniem masuk ke dalam biliknya dengan siap berpakaian.

“Haniem. Kau tak pergi kerja lagi?”

“Aku masuk lambat sikit. Tadi aku tolong ibu aku masak untuk breakfast dan tinggalkan kau sekejap. Mana tahu kau nak call sesiapa ke.”

Qila mengecilkan matanya. “Aku dah agak dah. Kau mesti bagi nombor telefon aku kat mamat tu dan dia pun call aku tadi.”

“Alah, dia risaukan kau dan sebab tu aku bagi nombor telefon dia kat kau.” Haniem duduk di sebelah Qila.

Qila tak mengendahkannya.

“Kau dah beritahu keluarga kau pasal.. Mazlan?”

Qila menggeleng. “Selama ni, mak dengan ayah aku sukakan sangat dia. Aku tak nak buat.. diorang rasa kecewa dengan Mazlan dan aku tak nak ayah aku akan.. akan buat lebih lagi. Itulah kemungkinan Mazlan boleh apa saja.”

“Aku tak pernah juga jumpa dengan Mazlan ni masa aku.. belajar dengan Mikael. Aku tak sangka.. Mikael ada abang berperangai macam tu.”

“Aku pun tak sangka yang aku boleh jumpa dengan lelaki macam tu. Lelaki yang kawal hidup aku dan porak-peranda kan semuanya. Aku tak pernah bayangkan yang aku boleh tersuka dengan lelaki yang macam tu. Aku harap... aku harap takkan jumpa lagi lelaki yang macam tu.”

Haniem mengangguk kemudian memeluk Qila erat.

Sedang mereka berpelukan, telefon Haniem berdering dan panggilan itu sudah semestinya daripada Huzair. Qila yang melihat nama si pemanggilnya memandang Haniem tidak percaya.

“Kau masih contact mamat tak guna ni?”

Haniem mengeluh. “Aku tak contact pun dia. Dia yang ada nombor telefon aku dan terus call aku walaupun aku... dah cakap kat dia untuk tak ganggu aku. Dia pun buat benda yang sama macam Mazlan buat kat kau pada aku dan sejak daripada tu dia tak berani kacau aku depan-depan sebab takut aku buat report.”

Qila makin tak percaya. “Biar aku angkat call dia dan marahkan dia.”

“Tak payahlah. Kalau kau buat macam tu, makin teruk masalah kau nanti. Kita ni perempuan dan kita tak boleh nak lawan tenaga lelaki.”

“Sebab kita tak boleh lawan lah, kita lawan pakai mulut. Lelaki ni makin menjadi-jadi mentang-mentang dia lelaki.”

Haniem ketawa. “Kau ni marah je kerja. It’s okay. Aku pun selalu je ignore call dia dan aku rasa dia takkan berani ganggu aku memandangkan...”

Qila mengerling Haniem apabila dia terdiam. “Memandangkan apa?”

“Tak ada apa-apa lah. Jom turun makan. Nanti kau nak keluar dengan Mikael pulak kan?”

Qila mengangguk.

Mereka berdua turun ke tingkat bawah. Di bawah Qila menyapa lembut Hanis dan Haris. Dia juga memeluk erat anak buah Haniem, Fatin yang selalu dia bermain bersama. Qila turun menyapa Puan Zahara dan Encik Malik kemudian dijemput duduk bersarapan bersama.

Selesai saja makan dan berborak dengan keluarga Haniem, Qila bersiap-siap hendak keluar dengan Mikael nanti. Dekat dua jam juga menunggu, Mikael tiba lalu Qila berangkat pergi dengan dia.

“Awak nak saya bagi kan cek tu kat abang saya?”

“Hmm. Saya tak nak jumpa dia dan.. dan duit awak saya janji akan bayar balik walaupun awak tak nak. Saya tak suka.. bergantung satu masalah pada orang lain. Terutamanya lelaki.” Ujar dia serius.

“Saya faham. Nanti awak letakkan cek tu kat dashboard dan saya serahkan kat abang saya. Pasal duit tu, ikut awak lah nak bayar ke tak.”

Baguslah jika Mikael sudah mengertinya.

Mereka berdua menuju ke rumah Qila untuk mengambil barang-barang Qila. Ayam yang dibiarkannya di atas meja diberikan kepada Mikael yang harus membuangnya memandangkan bau ayam itu sudah busuk akibat dibiar lama.

“Terima kasih temankan saya. Tapi biar saya pergi sendiri rumah tu. Haniem kata dia akan datang jenguk tengahari nanti.”

“Sama-sama. Saya harap awak... boleh cekal kan diri. Saya risau bila Haniem beritahu awak.. mimpi buruk semalam. Saya akan pastikan awak takkan rasa trauma lagi lepas ni. Saya janji akan pastikan Mazlan lepaskan awak dan takkan ganggu awak lagi.” Ujarnya.

Qila mengangguk.

Selepas siap berkemas, Qila memandu keretanya menuju ke rumah lama Haniem yang dia perlu duduk memandangkan dia tak mahu Mazlan menganggu dirinya lagi. Sementara Mikael pula menuju ke rumah abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience