bab 74

Romance Completed 1369

ADHIYAT menatap dirinya di hadapan cermin. Dia tak rasa apa-apa seperti disaat dia mengahwini Haniem. Langsung tiada rasa cemas mahupun gementar. Adhiyat membaiki rambutnya dan tanpa dia sedar, Hanism sudah berada di belakangnya dengan membawa butang baju yang ditinggalkan Adhiyat di dalam keretanya. Hati Haniem sakit melihat suami dia berbaju Melayu kerana wanita lain dan bukan buat dirinya. Haniem cekalkan hati lalu dia mendekati Adhiyat.

“Nah, butang baju abang.” Katanya.

Adhiyat berpaling. Dia memegang tangan Haniem. “Boleh tak... kalau awak beri saya peluang?”

“Apa abang merepek ni?”

“Abang... abang tak sedar sebelum ni masa abang setuju nak kahwin dengan Maya. Sekarang baju abang, songkok abang dan segala-galanya buat abang... abang sedar yang abang tak nak kahwin dengan Maya pun.”

Haniem melepaskan tangan suaminya tetapi dipegang erat. “Majlis kahwin abang dah dekat dah. Abang jangan buat Opah, umi dengan ayah malu. Maya yang tunggu abang kat luar tu patut lebih dirisaukan.”

“Tapi abang tak cintakan dia Haniem! Kenapa abang nak kena kahwin dan jaga perasaan dia sayang? You’re mine and I only want you.”

“Dah terlambat untuk kita batalkan perkahwinan ni.”

“No! Kita masih ada masa. Kita boleh keluar dan beritahu diorang yang... yang.. yang abang tak nak kahwin dengan Maya.” Adhiyat nampak tak terurus sekarang kerana berharap.

Haniem menatapnya. “Tolonglah... Haniem merayu pada abang untuk teruskan perkahwinan ni dan Haniem sentiasa akan teman abang.”

“Abang tak boleh hidup tanpa Haniem.”

“Haniem tahu. Cuma sekarang, kenyataan yang memang perit untuk terima, abang kena... teruskan perkahwinan ni. Kasih abang akan buat Maya dan.. anak dalam kandungan dia.”

Adhiyat mengeluh. “Abang nak Haniem seorang je!”

Haniem melepaskan pegangan tangan suaminya. “Kan Haniem dah cakap, Haniem akan kenal Huzair dan Haniem nak abang... terima kenyataan kalau hati Haniem berubah untuk dia sejak dia balik sini. Abang juga nampak kami berdua dekat bank hari tu kan?”

“What?! Haniem ada affair belakang abang?”

“Haniem baru je jumpa dia dan Haniem rasa... baguslah kalau abang dah nak kahwin dan Haniem boleh teruskan kisah cinta Haniem dengan dia yang tergantung tu.”

Adhiyat menatapnya tak percaya. “Haniem... cintakan Huzair?”

“Haniem akan cuba.. cintakan dia kalau itu yang terbaik.”

“Haniem masih isteri abang dan Huzair hanyalah lelaki yang sampah! Jangan fikir abang akan ceraikan Haniem dan jangan fikir Haniem akan lepas dari abang.”

“Kalau abang tak nak lepaskan Haniem, abang teruskan perkahwinan ni.”

Adhiyat buntu.

“Sekarang Haniem bagi abang pilihan sama ada abang nak teruskan perkahwinan atau abang akan kehilangan Haniem selama-lamanya. Kalau abang teruskan perkahwinan, Haniem janji.... akan kekalkan rumahtangga kita.”

“Pilihan lagi? Tak boleh ke abang cintakan Haniem tanpa pilihan?! Abang tak cintakan Maya dan semua yang terjadi hanyalah kesilapan.”

“Kesilapan ni dah buat abang perlu memilih. Abang ada pilihan dan abang tentukannya. Antara nak kahwin dengan Maya atau tak teruskan perkahwinan ni. Kalau abang pilih tak nak kahwin dengan Maya, abang akan kehilangan Haniem. Tapi kalau abang pilih untuk nak kahwin dengan Maya, perkahwinan kita akan diteruskan walau.... sampai bila-bila.”

Adhiyat merengus. “Abang tak faham perasaan Haniem. Haniem terluka, tapi Haniem pilih untuk terus terluka. Kalau ini yang Haniem nak, baiklah! Jangan pernah menyesal dengan keputusan abang.”

“Haniem takkan menyesal.” Haniem membutangkan baju Adhiyat dan memakaikannya songkok.

Selesai saja, dia menatap Adhiyat yang masih tak berganjak.

“Cepat keluar. Semua tetamu dah tunggu abang dan kalau abang terus duduk kat sini, abang kena ingat apa yang akan terjadi.”

Adhiyat mengeluh berat. Dia membaiki samping nya lalu dia pun berangkat keluar sebelum tangannya dipegang Haniem.

“Haniem janji akan berada dengan abang sepanjang perkahwinan ni. Jadi biar Haniem pimpin abang untuk teruskan perkahwinan ni dengan restu Haniem sebagai isteri.” Balasnya.

“Ya, kalau boleh abang nak Haniem pimpin abang sampai malam pertama abang dengan Maya. Jadi lepaskan kalau Haniem tak nak tengok semua tu.”

“Haniem takkan lepaskan.”

“Abang tak nak kahwin dengan Maya, Haniem bagi abang pilihan. Tapi sekarang Haniem yang tak boleh lepaskan abang! I’m not a kid anymore.” Dia melepaskan pegangan isterinya dengan kasar.

“Haniem tak kisah” Haniem kembali memegangnya.

“Okay, fine! Abang akan pastikan hari ni Haniem akan mengalirkan air mata Haniem tengok abang kat pelamin sana! Haniem nak abang tak lepaskan Haniem kan? Abang terus pegang tangan Haniem dan jangan menyesal kalau abang takkan lepaskan tangan Haniem sehingga naik pelamin.”

Kali ini Haniem rasa Adhiyat agak melampau. Dia menarik Haniem keluar dari bilik itu dengan Haniem cuba meronta.

Tiba sahaja di ruang di mana ramai berkumpul, anak mata mereka terarah pada Adhiyat dan Haniem. Adhiyat terus membawa Haniem sehingga ke hadapan tok kadi dengan Maya yang mula nak marahkan Haniem. Sebaik saja hendak duduk, Adhiyat melepaskannya.

“Haniem duduk dekat dengan abang supaya abang boleh seksa hidup Haniem untuk tengok perkahwinan yang Haniem nak kan. Abang tak pernah minta tapi Haniem yang bersetuju.” Bisik dia lalu melepaskan pegangan tangan Haniem dan duduk.

Haniem duduk di belakang suaminya walaupun itu tempat bagi lelaki. Namun suaminya mahu dia berada dekat.

Melihat Adhiyat berjabat tangan makin buat hati Haniem luruh rasa sebak. Kini Adhiyat melafazkan nama Maya setelah beberapa kali hampir menyebut nama Haniem. Dia akhirnya sah bergelar suami kepada Maya dengan saksi dan doa yang telah dibacakan. Haniem terasa nak mengalirkan air mata namun kekal ditahannya.

Selepas sesi bergambar, kemesraan mereka semakin jelas dan Adhiyat tak mahu Haniem selangkah pun meninggalkan majlis ini. Haniem kekal tenang melihat mereka bagaikan dia lah kru di sini juga. Jurugambar yang dari pelbagai majalah ingin mengambil gambar Maya memandangkan dia seorang model.

“Haniem,” Datin Haliza menyapa Haniem.

Haniem tersenyum.

“Kalau Haniem tak sanggup, pergilah masuk dalam bilik tu. Dari semalam sampai pagi tadi, Haniem tak berhenti buat kerja untuk majlis ni. Ibu Haniem kata Haniem sakit belakang.”

“Tak apalah umi. Haniem dah berjanji yang Haniem akan terus... kekal dalam majlis ni dan Haniem takkan sesekali tinggalkan Adhiyat. Haniem tahu dia.. takkan nak majlis ni terjadi dan Haniem tak nak semua tu.”

Sebak Datin Haliza. “Ad tu memang melampau. Umi ingatkan dia nak.. berterus-terang. Tapi kenapa dia seksa hidup Haniem juga dengan buat semua ni.”

“Dia nak berterus-terang tapi Haniem tak nak. Maya.. dan anak dalam kandungan tu perlukan dia. Syukurlah dia dah ikut apa yang Haniem nak.”

“Umi betul-betul sayangkan Haniem. Umi harap hubungan Haniem dengan Ad kekal. Tapi kalau Allah dah aturkan semuanya, umi tetap dengan apa yang umi pernah cakap dulu. Umi nak Haniem... terus jadi menantu umi.”

Haniem tersenyum. “Haniem tahu. Haniem takkan sesekali lupa yang umi ialah.. mak mertua Haniem. Haniem sayangkan umi juga.”

Kasih sayang mereka bagaikan hubungan anak beranak.

“Kak Haniem!” Panggil Maya.

“Ya?”

“Jom wefie nak?”

Haniem berpaling memandang Datin Haliza yang mengangguk padanya. Dia pun melangkah ke tempat Maya.

“Kak Haniem duduk tepi Maya dan kita ambil gambar.”

Maya memegang kamera tetapi dia serba salah sebab ianya tak strategik. Dia melihat Haniem.

“Tak okey lah akak. Akak tak payah ambil gambar lah. Akak ambilkan gambar Maya dengan abang dalam telefon Maya supaya boleh buat kenangan nanti.”

“Oh... urhmm.. okey.”

Maya menghulurkan telefon bimbitnya lalu Haniem pun mengambilnya. Dia berdiri agak jauh di hadapan mereka untuk mengambil gambar mereka berdua. Disetiap pose mereka buatkan Haniem sebak dan cemburu lagi. Ciuman di pipi yang manis diberikan Maya makin buat dia sakit hati.

“Nah.”

“Thank you kak Haniem! Cantik kan Maya?”

Haniem mengangguk. Dia menatap Adhiyat lalu dia cuba nak betulkan songkok Adhiyat yang senget sebelum Maya menghalangnya.

“Ini kan suami Maya. Biarlah Maya je yang uruskan dia dan akak tolong... jangan masuk campur boleh?”

“Maafkan akak.” Balas Haniem.

“Tak apa. Abang pun mesti tak suka kan?”

“Ya.” Jawab Adhiyat meluluhkan hati Haniem.

Haniem berlalu pergi dengan hati yang dipatahkan secebis demi secebis. Dia kekal tenang dan menahan dirinya yang sudah tak dapat ditahan. Namun Haniem ingat Allah, ingat apa yang dia buat dan ingat dia yang mahukan semu ni. Jadi dia kena hadap segala-galanya.

Di sesi makan beradab, Adhiyat nampak tak menikmati makanannya. Dia penat nak tunggu Haniem menangis sebab itulah objektif pertama dia. Dia hanya melihat Haniem ke sana ke sini dengan membawa pelbagai barang yang berat bagi sempurnakan lagi majlisnya. Walaupun kesian, Adhiyat tetap rasa marah melihat Haniem begitu bersemangat. Sehingga akhirnya isterinya hampir terjatuh lalu tangannya mengenai paku tekan di meja. Adhiyat bangun lalu berlari mendekati Haniem meninggalkan Maya yang terkejut.

“Haniem, Haniem tak apa-apa?”

Tangan Adhiyat yang memegang tangannya dilepaskan. “Tak. Saya minta maaf semua.” Ucap dia lalu beredar pergi jauh sedikit dari kanopi dengan Qila.

Adhiyat kembali. Apa yang buat dia lebih risau ialah melihat Haniem seperti menahan kesakitannya disaat Qila membersihkan tangan dia yang berdarah sedikit dengan air.

“Abang! Biar Maya suapkan abang heh?” Maya menghalakan sudu ke mulut Adhiyat tetapi anak mata Adhiyat tak lekang dari Haniem.

Maya mengetap.

“Abang!”

“Huh?” Terpinga-pinga Adhiyat.

“You are my husband now and she is the first wife of you. But today, majlis perkahwinan kita dan Maya nak semua perhatian abang hanya untuk Maya seorang je dan bukannya pada kak Haniem.”

“Janganlah bising. I’m sorry okay. Abang cuma... cuma risaukan kak Haniem tu.”

“Abang, tak payah nak risau sangatlah! Macam lah kak Haniem tu tak pandai nak jaga diri. Paku tekan terhiris sikit je kat tangan dia dan tak payah abang nak manjakan sangat kak Haniem tu!”

Adhiyat mengeluh. “Yelah.”

Qila membasuhkan tangan Haniem yang berdarah itu dengan air dan dibantu oleh Haris yang membukakan paip buat kakaknya.

“Pelan-pelan lah!”

“Kau ni Haniem, macam lah majlis ni tak ada orang nak bantu. Lebih lah kau ni.”

Haniem merengus. “Apa maksud kau hah? Aku buat semua ni untuk sempurnakan lagi majlis dan...”

“Sembunyikan kesedihan kau.”

Haniem diam.

“Aku dah agak dah. Dari tadi lagi kau duk tengok si Ad dengan Maya tu. Tapi dalam hati kau dah dikoyak beberapa cebis dah setiap kali kau tengok diorang tu. Kau tahan air mata kau sebab tak nak Adhiyat tahu kan?”

“Aku buat pun semuanya sebab dia. Aku tak nak dia batalkan majlis ni.” Balasnya.

“Haris tak faham lah dengan akak. Kenapa lah akak tak halang perkahwinan ni? Makin meluat pula tengok dia masa akak nak ambil gambar tadi. Macam dia seorang je artis kat Malaysia ni!”

Qila mengangguk. “Kalau boleh akak nak je letak flash camera dekat mata dia biar buta terus!”

Haniem menepuknya.

“Tapi ayah marah sangat tu. Dari tadi lagi dia tak cakap apa-apa pun dengan abang. Dia tengok je dari jauh dan sesekali tengok akak. Tadi abang Ad nak bersalam dengan dia pun, dia tak nak bagi.”

Haniem berpaling menatap Encik Malik yang hanya tenang di kerusinya.

“Siapa tak marah Haris kalau anak perempuan dia ditinggalkan begitu saja dan suami dia boleh naik pelamin kali kedua dengan perempuan lain?”

“Tulah. Kalau ibu tu... dia memang macam tu. Baik je dan dia pun tak cakap apa-apa yang buruk pasal abang.”

“Kalau ibu tu dia memang macam tu. Tapi kalau akak, akak setuju perangai ayah. Memang patut abang Ad tu kena marah dengan dia.” Ujar Qila.

Haris hanya mengeluh.

“Sudahlah tu korang. Benda dah nak jadi dan kita tak boleh salahkan dia seorang je. Mungkin Allah letakkan semua ni sebab ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Do not say anything.. wrong.”

“Kau memang back up suami kau kan? Kalau macam tu, baguslah.” Balas Qila sedikit jengkel.

Haniem ketawa melihatnya merajuk.

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara garau.

Haniem dan Qila berpaling dan mereka terkejut melihat lelaki tinggi lampai berdiri di sebelah mereka.

“Waalaikumusalam. Mika!”

“Haniem. Lamanya tak jumpa awak kan? Last jumpa awak.. beberapa bulan yang lepas sampai saya tak ingat.”

Haniem ketawa. “Awak.. datang majlis ni?”

“Ingat tak nak datang lepas saya tahu adik saya ni buat masalah yang macam mana. Tapi sebagai abang dia, saya nak lah juga ada kat majlis dia. Cuma flight saya lewat sikit sampai tak boleh jadi wali bagi pernikahan dia.”

“Tak apalah. Asalkan perkahwinan tu dah sah dan awak pun dan balik.”

Mikael mengangguk. Dia berpaling memandang Qila yang langsung tak menatapnya.

“Hai cik sebelah rumah!”

Qila tak membalas.

“Mentang-mentanglah saya baru balik New York, terus awak sombong dengan saya kan? Ingat kita nak sangatlah tegur dia tu!” Kata Mikael turut jengkel.

“Kalau awak tak nak tegur saya, saya beribu kali tak nak tegur awak tau. Maklum lah, orang New York katakan.”

“Memang pun. Balik Malaysia ni, kulit hitam, panas pula tu, lagi panas tengok muka awak! Rasa macam letak seterika je kat muka ni.”

Qila memandangnya tak percaya. “Eh, melampaunya awak ni! Awak ingat awak tu sejuk macam ais ke?”

“Ya. Saya rasa saya sejuk sangat sampai semua orang nak dekat kat saya tau.”

Qila nak melawan lagi sebelum dihentikan Haniem.

“Sudahlah tu. Malu orang tengok bergaduh macam ni. Kalau orang ingat couple macam mana?”

“Baguslah tu Haniem!”

“Eh bila masa bagus hah?! Siapa nak kat awak tu? Kanggaro kat Australia lebih comel daripada awak tau sampai semua orang nak dekat. Awak apa adanya? Playboy je lebih!”

Mikael makin sakit hati.

“Hisy, tak berhenti lagi bergaduh.”

“Betul. Tok kadi dengan pak imam tak balik lagi. Bolehlah sekalikan majlis ni.” Usik Haris.

Makin perang besar mereka.

“Haris! Dah sekarang bawa diorang berdua pergi ke meja and make sure diorang berpisah sekejap.”

“Roger!” Balas Haris lalu membawa mereka yang tak berhenti bergaduh lagi pergi.

Haniem menggeleng kepala. Dia beralih mata ke tempat Adhiyat dan melihat suaminya rancak berbual dengan Maya. Dia dah muak nak sakit hati. Haniem membawa air untuk ke meja sebelum dia tak sengaja hampir melanggar seseorang.

“Eh, sorry!”

“It’s okay Haniem.” Balas Huzair.

Haniem tersenyum senang. “Huzair. Tak sangka awak akan datang. Cakap sibuk semalam.”

“Apa salahnya kalau saya ambil cuti. Patient kat hospital tak lari pun.”

“Kalau diorang lari, awak yang susah.”

Huzair ketawa senang. “Tapi saya datang sebab tak nak awak sedih Haniem. Saya tahu dengan majlis yang macam ni, awak takkan dapat tahan air mata awak.”

“Tak adalah. Saya dah berjaya tempuhi apa yang jadi. Saya cuba sibukkan diri saya dan saya tak fikir tentangnya lagi.”

“Saya akan ada kat sini sampai awak nak balik KL and i have a great news.”

“Wow! Apa?” Tanya Haniem tak sabar-sabar.

“Tunang saya akan datang Malaysia tak lama lagi lepas dia habis kerja dia kat Melbourne.”

“Saya gembira untuk awak. Awak memang tunggu dia kan? Tapi awak dah beritahu pasal saya pada dia?”

“Dah. Dia kata kalau ada peluang, dia nak cakap dengan awak.” Balasnya.

“Mestilah. Saya pun nak jumpa dengan dia.”

Huzair melilau sekeliling. “Saya ingat... nak jumpa keluarga awak sebab nak minta maaf pada diorang tentang apa yang jadi. Saya tak nak salah faham lagi dan.. dan Hanis ataupun Fik akan terus benci saya.”

“Saya faham. Nanti awak jumpa diorang. Tapi sekarang awak mesti penat. Saya hidangkan awak makanan dan minuman sekali okey?”

“Okey. Saya pergi duduk dan saya tunggu awak.” Huzair segera beredar pergi.

Haniem membawakannya makanan tak lama kemudian. Majlis disempurnakan dengan Haniem akhirnya ada juga peneman bagi dia melupakan semua yang dia lihat.

Menjelang petang diaaat majlis selesai, Encik Malik, Puan Zahara, Hanis, Fikri dan Haris harus segera pulang ke Kuala Lumpur.

“Ayah pergi dulu.” Kata Encik Malik kepada Haniem.

“Ya. Hati-hati tau.”

“Ya. Haniem pun jaga diri.”

Haniem mengangguk.

“Urhmm... pakcik, saya nak minta maaf.” Huzair segera mencelah.

“Tak apalah Huzair. Benda dah lama dan pakcik dah lupakannya. Haniem pun ada beritahu tentang kamu sebelum ni dan pakcik rasa kamu memang.. dah berubah.”

“Saya tahu semua akan marahkan saya. Jujur saya katakan yang... yang saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya yang dah melampaui batas tu. Saya dalam proses pemulihan sekarang dan saya harap pakcik boleh bantu saya juga.”

Bahu Huzair ditepuknya. “Pakcik akan bantu kamu dengan doa sebab pakcik tak mampu buat kerja tu semua.”

“Itu pun dah cukup pakcik.”

Encik Malik tersenyum kepadanya.

“Hanis,” Huzair memandang Hanis dan Fikri pula. “... saya minta maaf.”

Hanis mengeluh. “Tak apalah Huzair, saya dah lama maafkan awak. Kak Haniem pun... dah bahagia lepas awak tinggalkan dia dan saya rasa saya tak patut letak semua kesalahan pada awak.”

Huzair tersenyum.

“Betul tu bro. Aku pun nak minta maaf sebab pernah tumbuk kau sebelum ni. Aku marah sangat. Tapi sekarang aku rasa... gembira kau dah berubah.”

Huzair menepuk bahunya. “Thanks Fik untuk penumbuk tu.”

Fikri ketawa senang.

Mereka sekeluarga mula berjalan pulang. Kini tiba giliran Huzair.

“Saya balik dulu Haniem.”

“Awak stay mana?” Tanya Haniem.

“Dekat area sini juga. Awak jangan risau sebab Opah tadi cakap dia nak saya breakfast, makan tengahari dan makan malam kat rumah dia. Lagipun saya ada kerja sikit kat sini dan saya gembira juga bila tahu awak stay kat sini.”

“Tapi area ni jauh dari bandar. Awak kerja kat mana?”

“Hospital kat bandar juga. Tapi tak apalah. Asalkan saya boleh datang jenguk awak dan boleh pastikan awak tak.. terluka.”

Haniem tersenyum. “Terima kasih sebab risaukan saya. Jumpa awak esok.”

“Okey. Ingat tau yang esok saya nak bawa awak pergi jalan-jalan. Awak siap-siap lah dan ajak si Qila tu sekali. Bukan main marah lagi dia kat mamat seorang lagi tu.”

Haniem ketawa senang. “Dia memang macam tu. Bye!”

Kereta Huzair hilang dari pandangan selepas Haniem melambaikan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience