bab 51

Romance Completed 1369

QILA menatap kosong bahan-bahan masakkan yang diletakkan dalam singki pada petang itu untuk makan malam. Mengapa ayam, ikan dan beberapa bahan mentah lain mengingatkan dia kepada Mikael? Mengapa ketidakberadaan lelaki itu yang sering dia berasa rimas tetapi dirinduinya? Entah kenapa dia berharap dia akan duduk di apartmen itu semula dan bertemu dengan Mikael? Kalau betullah dia dah tersuka dengan Mikael, dia harap Mikael bukan seperti abangnya Mazlan.

Telefon bimbit yang berdering mengejutkannya daripada lamunan. Qila mengangkat panggilan daripada Puan Ita.

“Assalamualaikum, mak.”

“Waalaikumusalam. Qila sihat?” Tanya dia.

“Sihat walafiat. Kenapa mak.. tiba-tiba tanya Qila ni? Mak mimpikan something buruk tentang Qila lagi ke? Kalau mak mimpi kan sesuatu yang macam tu, Qila rasa Qila better berjaga-jaga. Jadi beritahulah mak mimpi apa?”

Puan Ita ketawa besar. “Mak bukannya telefon Qila sebab mak mimpi buruk. Mak sebenarnya saja.. nak tanya Qila sihat ke tidak.”

“Pelik lah mak ni. Qila sihat je. Mak dengan ayah macam mana?”

“Ayahlah kerja keras sangat.”

Qila mengeluh. “Ayah tu dah berapa kali Qila larang dia untuk tak kerja berat sangat. Tetap juga dia degil dan nak juga buat kerja itu ini. Qila pening lah nak fikirkan pasal ayah tu.”

“Tak apalah Qila kalau itu yang dia suka. Lagipun ayah tu ada pembantu dan pembantu dia ni.. memang baik sangat orangnya.”


“Pembantu? Sejak bila pula ayah recruit pembantu ni? Siapa nak bayar pembantu tu?”

“Itulah yang special nya tetang pembantu ni. Dia langsung tak nak minta bayaran tolong ayah. Lebih special ialah mak dengan ayah dah kenal dia masa kitorang pergi Arab dulu dengan abang kau.” Katanya.

“Siapa?”

Puan Ita menghela nafas tenang. “Yang tu mak tak boleh beritahu Qila siapa sebab dia yang tak nak dan dia kata.. Qila pernah buli dia zaman sekolah dulu.”

“What?!” Terkejut Qila. “Qila tak pernah lah nak buli budak-budak. Dia ni mesti fitnah ni ataupun sengaja nak cerkup duit mak dengan ayah. Mak dengan ayah tak payahlah layan kan dia! Orang macam ni kena beri pelajaran sikit.”

“Ikut suka hati kamu je ya! Dia tu baik lah dan mak tak rasa dia nak cerkup duit orang kalau dia pun mampu beli semua yang dia nak.”

“Hisy mak ni! Nak bela kan sangat dia kenapa? Zaman sekarang, kepercayaan tu penting tau dan silap kita kalau percaya lebih. Manusia sekarang selalu je ambil kesempatan dengan kebaikan orang. Bila dah dapat kepercayaan tu, diorang persiakan dan sanggup buat apa saja demi kepentingan diorang. So Qila tak nak mak dengan ayah masuk perangkap orang yang macam tu. Faham?”

“Yelah. Tapi dia ni memang baik dan mak sendiri nampak dengan mata mak. Dia buat permintaan dan dia jelaskan semuanya pada mak tentang dia. Dia nak melamar Qila jadi isteri dia dalam tempoh 3 bulan ni dan dia akan tunggu jawapan Qila sementara dia buat lamaran tu.”


Qila lagilah terkejut. “Nampak tak kat situ! Nak kahwin dengan Qila pula. Mak, dah terang dah yang dia ni spesies sama macam Mazlan tau.”

“Mak yakin dia berbeza. Qila buat je keputusan selama 3 bulan ni. Dia kata dia.. nak duduk kampung, tenangkan fikiran dia dan nanti dia kan balik KL. Jadi Qila ada masa nak fikirkannya.”

“Qila tak kenal pun siapa dia dan Qila takkan sukakan dia! Mak dengan ayah janganlah nak buat keputusan terburu-buru sangat. Qila tak nak.. apa yang jadi sebelum ni, jadi lagi.”

Puan Ita mengeluh. “Tak apalah Qila. Dia pun tak nak paksa Qila dan mak dengan ayah pun sama. Apa yang terbaik untuk Qila, lupakan masa silam tu dan kembali lah hidup dengan letakkan sedikit kepercayaan pada orang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Qila hanya mendiamkan dirinya. Ada benar juga kata Puan Ita? Kepercayaan Qila pada lelaki mula menurun.
“Qila ambillah masa fikirkannya. Bila dah fikir, jumpa dia kat kampung dan mak akan... pujuk dia. Lepastu Qila buatlah keputusan Qila sendiri. Mak dah.. nak siapkan makan malam ni. Qila makan apa?”

“Tak decide lagi. Qila baru nak masak.” Balasnya.

“Kalau macam tu, baguslah. Makan dan jangan tinggal makanan tu.”

Setelah Puan Ita berpesan padanya, Qila mematikan panggilan. Dia mengeluh berat lagi. Sekarang lamaran yang kedua. Dia tak kenal siapa lelaki misteri ni dan dia tak tahu keperibadiannya. Tetapi jiwa kampung dia sedikit membuka mata Qila. Tak ramai orang yang pilih duduk di kampung tenangkan fikiran dan tinggalkan bandar. Namun dia perlu berhati-hati juga.

Selesai masak dan makan, Qila terus mengemas dapurnya dan kemudian dia pun berangkat ke bilik tidur. Akibat penat seharian bekerja membantu Haniem yang pergi berbulan madu, Qila terus boleh lelapkan mata dia begitu sahaja.

Dia dikejutkan dengan jam loceng di sebelah mejanya. Qila bangun lalu terus bersiap hendak berangkat ke tempat kerja. Selepas memakai baju, tudung dan kasut, dia segera keluar. Nak bersarapan pun dia tak tahu nak makan apa. Qila memandu keretanya sehingga tiba di tadika.

“Hai, Puan Kirah!” Tak sangka Qila dia bertemu dengan Puan Kirah jua.

“Hai cikgu.”

“Wah, puan nampak... lebih sihat sekarang.”

“Alhamdulillah. Semuanya sebab anak lelaki saya yang dah ceriakan mood saya dan saya tak rasa saya perlu bersedih lagi kalau keadaan mak saya dah macam tu.” Katanya.

Qila mengusap bahu Puan Kirah. “Saya... doakan mak puan sihat-sihat je sebab dia tu baik orangnya dan dia sayangkan cucu dia sepenuh hati dia. Saya tak sangka ini yang jadi pada dia. Saya tak faham kenapa semua ni terjadi.”

“Ya. Pihak polis pun masih nak siasat kes ni.”

“Siasat?”

Puan Kirah mengangguk. “Diorang tahu mak saya tak ada apa-apa penyakit sejak dia dah sembuh. Diorang pun tanya orang sekeliling mak saya keperibadian dia dan diorang kata mak saya tak ada apa-apa masalah. Saksi yang nampak mak saya kata dia pernah berjalan di kawasan restoran untuk minum. Ubat tu pula dipercayai dalam minuman dia dan bukannya dia yang teguk sendiri.”

Qila terkejut. “Astagfirullahhalazim. Siapa yang sanggup buat semua tu?”

“Polis pun masih tak tahu jawapannya dan saya nak orang yang buat semua tu, bertanggungjawab.”

“Saya setuju.”

“Yang buat saya rasa tenang ialah doktor kata mak saya boleh sihat semula lepas jalani beberapa rawatan sebab kes ni pernah terjadi pada remaja dan banyak lagi orang kat luar sana. Sekarang diorang semua dah sihat dah.”

Qila tersenyum. “Syukurlah.”

Habis berbual, Qila menghantar kelibat Puan Kirah lalu dia pun masuk ke dalam pejabat. Dia tak sangka kes ini disebabkan kes dendam seseorang sehingga sanggup menganiaya kak Zah sebegitu rupa. Semoga Allah menemui jawapan bagi keluarga kak Zah yang sudah pasti sayu dengan keadaannya sekarang.

“Morning.” Sapa Haniem.

Qila segera memeluknya begitu rindu dengan kawan baik dia.

“Kenapa erat sangat kau peluk aku ni?”

“Kau ni tak supporting lah Haniem! Aku rindukan kau kut dan sebab tu lah aku peluk kau. Kalau aku tak rindukan kau, tak adanya aku nak peluk kau macam ni.”

Haniem menggeleng dengan perangai Qila.

“Macam mana pergi honeymoon? Best tak?”

“Boleh tahanlah.” Jawabnya biasa.

“Boleh tahan je? Kau ni macam tak suka je. Kenapa? Sabah tak best heh?”

“Mana adalah. Negeri diorang best sangat. Ada laut, boleh tengok banyak nelayan kat sana, pemandangan laut yang cantik, makanan yang sedap-sedap. So tak ada sebab aku tak sukakan Sabah.”


Qila mengangguk. “Tulah. Mustahil kalau kau tak sukakan Sabah. Well, kau bawa balik buah tangan apa untuk aku?”

“Buah tangan?”

Dia mengangguk senang sungguh tidak sabar.

“Nah. Ada kat dalam tu.” Beg kertas di tangannya diletakkan ke atas meja Qila lalu dia berjalan ke mejanya.

Qila dengan bersemangat membuka beg kertas itu. Di dalamnya cuma ada bekal makanan dan kerincing. Dia kecewa sambil memandang Haniem.

“Ni je?”

“Tak baiklah kalau kau merungut. Rezeki.” Balasnya.

“Kedekut punya Haniem!”

Haniem ketawa senang. “Aku masakkan untuk kau. Makanlah.”

“Apa ni?”

“Favourite kau. Nasi goreng seafood.”

Qila dengan bangganya membuka bekal dia. Dia menghidu bau nasi goreng yang benar-benar menusuk ke dalam hidung dia. “Sedapnya bau Haniem! Kau ni memang kawan sejati lah. Macam.. dah tahu-tahu je aku ni tak makan sarapan lagi. Kau dah bawakan untuk aku.”

“Alah, aku masak pun ada lebih tadi. Ad dia bawa bekal dan aku bekal kan sekali untuk kau.”

“Wah, happy heh kau dengan dia?”

Haniem tersenyum.

“Semoga Allah panjangkan jodoh kau dengan dia dan buat kau lebih bahagia macam ni sebab aku tak pernah nampak bahagia yang macam ni dari muka kau sebelum ni. Akhirnya Allah tu makbulkan juga doa kau dan doa aku supaya kau boleh lupakan Huzair dan bertemu dengan yang lebih bagus.”

“Terima kasih doakan aku macam tu. Aku pun nak minta pada Allah, bukakan hati Qila yang tersayang ni pada lelaki juga.” Balasnya.

Qila mencebik sehingga membuat Haniem tersenyum.

“Kau tahu apa-apa pasal Mika?”

“Manalah aku tahu pasal dia?! Bagi aku dia ada ke tak, sama je tau.” Ujar dia kelihatan sedikit geram.


“Yelah. By the way enjoy lah makanan kau tu.”

“Terima kasih Haniem!” Suka dia.

Haniem membiarkan Qila menikmati makanan dia sementara dia membuat kerjanya sendiri. Tiba-tiba Haniem teringat tentang Huzair dan kata-kata Adhiyat sebelum ini. Dia melupakannya sekejap saja. Namun dia teringat pula tentang Mazlan.

“Qila,”

“Huh?” Sahut Qila yang masih menikmati makanannya.

“Kau masih contact... Mazlan?”

Qila terbatuk sehingga dia meneguk minumannya lalu memandang Haniem dengan marahnya. “Kenapa kau cakap pasal dia lagi ni?!”

“Janganlah marah. Aku jumpa dengan dia semalam dekat mall dengan suami aku. Dia ada cakap pasal kau sikit sampai aku marah dan tertampar dia dengan tak sengaja.”

“Kau tampar dia?”

“Yelah. Dia cakap kau masih contact dia dan kau lah yang terhegeh-hegeh nak contact dia. Dia cakap lagi yang kau ni dah tak ada maruah sampai aku tampar dia. So aku tak percaya cakap dia dan aku pun... kurang percaya dengan kau.”

Qila memandang Haniem lalu mengeluh. “Kau jahat lah Haniem tak percayakan aku! Let me tell you okay. Kalau aku tak bermaruah, kenapa aku sanggup lari dari dia masa malam tu? Dia hampir nak cabul aku tau dan aku diselamatkan oleh kau dengan..”


“Mikael.”

“Ha, Mikael! So, fikir lah baik-baik. Kalau aku bagi dia semuanya, aku takkan rasa apa yang dia buat tu perkara biasa. Aku bermati-matian rasa trauma tau lepas apa yang dia buat dan kau yang ada masa tu akan faham Haniem. Aku harap kau lebih percayakan aku berbanding... jantan tak guna macam dia tu!”

Haniem tersenyum. “Aku tahu Qila. Aku tak percayakan kau sikit sebab dia cakap kau bagi dia tempat tinggal, layan dia macam suami kau.”

“Dia yang nak Haniem! Aku kalau boleh nak dia lari dari hidup aku supaya tak menyusahkan aku!”

“Baguslah kau dah keluar dari hidup sangkar dengan dia kan?”

Qila mengangguk. “Aku lebih bersyukur bila kau tetap tak lupakan aku. Aku sayangkan kau Haniem!”

Haniem membalas senyuman Qila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience