QILA duduk di atas tikar sejadah dengan ingatan yang masih mengingatkan tentang apa yang dikatakan oleh Mikael kepada di siang hari tadi di taman rekreasi. Dia tersentuh dan dia ras hatinya boleh berdegup sehingga ke degupan tak normal. Qila tersenyum sambil mengingatkannya.
Mereka berjalan di sepanjang taman itu dengan menikmati aiskrim yang telah dibeli. Mikael nampak tenang tapi pada masa yang sama Qila tahu dia sedih dengan perkhabaran tentang adik beradiknya.
“Saya tahu.. awak masih sedih tentang Maya dan abang awak. Walaupun diorang pernah buat jahat pada saya, bila diorang macam tu, saya rasa kesian.”
Mikael tersenyum nipis. “Nak buat macam mana cik sebelah rumah kalau abang saya dengan adik saya ditakdirkan berakhir macam tu. Saya tak boleh salahkan takdir Allah sebab Allah dah kata, buat jahat akan dibalas jahat juga.”
“Kita doakan yang terbaik untuk diorang boleh?”
Mikael mengangguk.
“Jadi lepas ni.. awak nak buat apa?” Tanya Qila seraya duduk di bangku bersama Mikael.
“Kahwin dengan awak.”
Qila memandangnya sehingga Mikael tersenyum.
“What? Saya tak boleh planning macam tu? Untuk kahwin dengan awak lepas semua ni terjadi dan saya nak yakinkan awak yang saya nak kahwin dengan awak.”
“Awak ni masih fikirkan tentang hal tu ke?”
“Setiap hari kut saya masih nantikan jawapan awak. Sekarang dah berapa minggu dah berlalu saya masih nantikan nya sebab saya dah berniat untuk jadikan awak isteri saya.”
Qila mengeluh. “Look, saya perlukan masa faham tak? Kalau saya terlalu lama, maksudnya saya tak sukakan awak. Tak boleh ke awak.. lepaskan je niat awak tu?”
“Tak! Kenapa saya nak lepaskan niat untuk beribadah? Niat saya tulus dan saya yakin Allah tu akan bantu saya untuk ambil hati awak.”
“Awak tahu tak awak ni memang sweet talker! Saya takkan termakan dengan kata-kata awak. Cukuplah awak nak sakitkan hati saya.”
Mikael berpaling memandangnya. “Tak boleh ke awak tengok saya dari sisi yang berbeza? Tak boleh ke awak rasa.. yang saya ni cintakan awak dan tak main-main dengan perasaan saya?”
Qila menatap lama mata Mikael sehingga buatkan dia jatuh suka dengan lelaki ini. Dia bangun hendak meninggalkan Mikael.
“Tak kiralah kalau awak terus nak menolak saya! Apa yang saya tahu.. SAYA CINTAKAN AWAK!”
Qila mendekatinya. “Diamlah! Malu tau tak kalau orang dengar.”
“Biarlah. Awak susah sangat nak cintakan saya dan saya beritahulah pada dunia ni yang saya cinta dan takkan lepaskan awak.”
“Okey, beri sebab kenapa awak sukakan saya dan kenapa awak yakin dengan perasaan awak?”
“Boleh. Pertama sebab.. saya memang cintakan awak. Kedua saya.. terlalu cintakan awak dan ketiga saya mencintai awak.”
Qila mengetap. “Sebab yang kukuh dan barulah saya boleh terima awak! Ni awak bagi saya sebab yang macam tu, macam mana saya nak percayakan awak?”
“Kalau macam tu, berikan sebab kenapa awak tak sukakan saya?”
“Sebab saya memang tak sukakan awak.”
Mikael ketawa. “Nampak? Jawapan awak lagi teruk dari jawapan saya! At least saya ada sebab. Awak tak ada sebab yang kukuh dan jawapan awak cuma awak tak sukakan saya. Senangnya awak nak tolak orang kan?”
“Tak boleh ke awak terima kenyataan?”
“Tak boleh. Awak tahu.. saya tak pernah rasa perasaan ni pertama kali saya jumpa perempuan. Pada awak, sekali tengok terus saya suka dan awak patut rasa beruntung.”
Qila mengeluh. “Saya betul-betul perlukan masa. Awak beri saya masa dan saya akan putuskannya.”
“Saya sanggup tunggu awak, cik sebelah rumah.”
Qila melangkah pergi.
“SAYA AKAN TUNGGU AWAK!”
Entah kenapa dia rasa bangga dengan luahan hati Mikael yang tak pernah terjadi sebelum ni kepada dia.
Solat istikharah disempurnakan bagi dia mendapat jawapan dan Qila sudah bersedia nak menerima apa jua jawapannya. Qila berbaring di atas katil dia dan mimpi menjelma di dalam tidurnya yang menunjukkan gambaran seorang lelaki. Di dalam itu dia masih ingat dengan taman dan dia tahu dia pernah pergi ke taman itu dengan siapa.
Qila tersedar dari tidurnya. Panggilan telefon yang masuk membuatkan dia mengangkatnya.
“Assalamualaikum Qila. Dah bangun dah ke?”
“Waalaikumusalam. La.. mak rupanya. Kenapa telefon awal pagi ni?”
Puan Ita tersenyum. “Saja. Qila.. masih fikirkan jawapan Mikael?”
“Oh, jadi mak telefon ni pasal Mikael lah?”
Puan Ita terdiam.
“Qila akan buat keputusan hari ni. Tapi bagi Qila masa sikit lagi dan Qila akan uruskannya.”
“Qila, mak cuma nak pesan pada Qila yang ikutlah kata hati dan bukannya gambaran silam yang menjelma di fikiran Qila. Itu sama sekali bukanlah keputusan yang terbaik sebab hati Qila lah yang paling penting. Ingat, kalau Qila terlepas Mika, mungkin Qila yang akan menyesal.”
Qila mengeluh. “Insha-ALLAH mak Qila akan.. berusaha.”
“Apa pun keputusan Qila, mak akan setuju.”
Panggilan ditamatkan olehnya beberapa minit kemudian dia berbual. Qila terus menyiapkan dirinya untuk ke tempat kerja.
Setelah tiba di tempat kerja dan masa memakan semua masa, Qila menghantar beberapa orang murid pulang. Saat ini anak mata dia memerhati semua kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Tidakkah dia mahu situasi yang sama? Punya anak, suami dan hidup bahagia dengan mereka?
“Hai, cik sebelah rumah!” Mikael datang menjenguk apabila semua murid pulang.
“Hisy, janganlah panggil saya cik sebelah rumah! Saya ada nama kut.”
“Tapi nama panggilan tu lebih sesuai dengan awak kalau dilihat.”
Qila mengetap. “Kenapa awak datang sini? Nak ambil anak saudara awak?”
“Heh, awak ni kan cikgu kat sini dan takkan awak tak tahu yang dia dah pindah sekolah ikut mak ayah dia pergi Singapore?”
Qila baru teringat.
“Ha tulah awak, otak udang. Ingat satu hal pun awak lemah.”
Qila memukul bahunya. “Sedap mulut awak je kan cakap saya ni otak udang. Kalau saya otak udang, awak tu otak semut. Lebih kecil dari saya ataupun tak ada terus!”
Mikael tersenyum. “Awak dah habis kerja kan? Jom jalan-jalan dengan saya.”
“Tak nak lah. Saya nak balik dan nak rehat.”
“Eh, awak ni tak bosan ke? Lagipun Haniem tak ada kan. Awak tinggal seorang-seorang lah!”
“Selama ni memang saya tinggal seorang-seorang kut.”
Mikael mengetap. “Sekejap je.”
“Awak nak dengar jawapan saya tak?”
Mikael berkerut kening.
“Saya solat istikharah nak mencari jawapan dan saya beri awak tempoh minggu depan untuk merisik saya. Jawapan saya.. ya.”
Mikael gembira tak terkata sehingga dia melompat.
“Hentikan lah! Macam kera kena belacan lah awak ni.”
“I’m so happy! Saya nak beritahu Maklong saya hari ni juga! Saya akan datang merisik awak! Awak tunggu saya tau.” Dia berlari beredar pergi.
Qila tersenyum melihatnya. Syukurlah jika semuanya sudah selesai.
Share this novel