ADHIYAT ke tempat kerja di keesokan harinya. Nampaknya tiada sesiapa yang menelefon dia sejak semalam lagi. Tiada seorang pun pekerja dia yang mengaku perbuatannya dan Adhiyat tetap rasa si dia yang buat masalah ini mahu terus berdiam diri. Tidak apa sebab dia tahu bagaimana nak selesaikannya. Dia akan mulakan siasatan pada hari ini dengan Fikri dan nasib si dia akan dibongkarnya sebentar nanti.
“Kau.. nak buat juga ke ‘siasatan’ kau tu?” Tanya Fikri apabila Adhiyat memanggilnya ke meja dia.
“Mestilah! Kenapa kau.. macam serba salah ni? Kau buat eh?”
“Hisy! Aku ni tak sanggup tau nak tipu kau, khianat kau. Sebabkan kau lah aku dapat kerja stabil dan boleh kahwin dengan isteri aku. Pendapatan aku ni cukup nak sara dia siap boleh pastikan dia hidup dalam persekitaran yang bagus lagi.”
Adhiyat juga tak rasa Fikri yang buat semua ni. “Then, kau ikut je apa yang aku nak. Aku sebenarnya dah tahu siapa pengkhianat tu.”
“Kau dah tahu?! Siapa?!”
Adhiyat meletakkan jari telunjuknya ke bibir dia supaya Fikri lebih perlahankan suara. “Kalau orang lain dengar macam mana?!”
Fikri menutup mulutnya.
“Tak lain dan tak bukan. Kau ingat tak aku pernah beritahu kau yang aku nak pecat abang Rozi kat luar tu?”
“Guard yang jaga tingkat ni?”
Adhiyat mengangguk. “Abang Rozi pula marahkan aku sejak kejadian tu dan dia nak aku beri dia tempoh selama tiga bulan sebelum diberhentikan. So aku setuju dan aku baru dapat tahu yang ada guard berkeliaran kat mesin print kita secara sengaja dari bahagian yang jaga cctv. Apa yang aku dapat fikir, dia nak balas dendam kat aku dengan jatuhkan syarikat aku.”
“Ooo.. tak sangka lah abang Rozi boleh buat semua ni. Bukan main lagi dia baik sepanjang dia kerja kat sini.”
“Manusia Fik. Tapi, kita pun mesti tanya abang Rozi juga kenapa dia buat semua ni walaupun kena pecat tu dah boleh dianggarkan sebagai sebab dia buat semua ni.” Ujarnya.
“Tapi kau tak boleh ke kalau tak pecat dia?”
Adhiyat mengeluh. “Bukannya aku nak sangat pecat dia. Ini arahan daripada papa aku dan aku dapat tahu dia beri maklumat syarikat kat syarikat sepupu aku. Syarikat yang bersaing dengan syarikat kita untuk dapatkan rating tertinggi. Mazlan, mamat yang selalu buat aku sakit hati.”
“Selain Mazlan, bukan adik dia pun tergedik-gedik dengan kau ke?”
“Dahlah! Aku kalau boleh tak nak cakap pasal diorang berdua.” Ujarnya.
Dia dan Fikri kemudiannya mula membincangkan hal ini lebih lanjut di dalam pejabat mereka. Namun ketukan di pintu luar membuat perbualan mereka berhenti.
“Encik Fikri, ada phone call untuk encik.” Kata pekerja itu kemudian kembali keluar.
“Tu mesti bini aku. Aku check dulu lah.”
Adhiyat hanya mengeluh saja. Dia memeriksa beberapa fail berkaitan dengan kes buku yang dipasarkan dengan ada tulisan di belakangnya ini. Tulisan itu kecil dan agak payah nak dilihat. Bagi sesiapa yang suka baca tentang kata-kata penulisnya, mungkin akan perasan.
Telefon yang berdering membuatkan Adhiyat mengangkat panggilan itu. “Hello, Story Star Entertainment. Apa yang boleh saya bantu?”
“Hello, saya dari kedai buku Store Mind nak beritahu kami dah putuskan kontrak dengan syarikat encik. Buku yang encik dah tolak ke kedai kami buatkan kami hilang banyak pelanggan. Tulisan kat belakang buku betul-betul kurang diajar. Maaf.”
“Tunggu sekejap! Saya akan baiki masalah ni. Encik tak boleh terus buat keputusan untuk putuskan kontrak. Syarikat saya ada masalah sikit je dan saya akan baiki nya semula.” Ujar dia.
“Maaf encik. Sebabkan buku tu, kedai kami direport menjual buku yang tak patut. Kata-kata kat belakang dah buat banyak pelanggan kami rasa semua buku di kedai kami sama.”
“Tapi itu secara tak sengaja. Tolonglah faham dan saya janji akan bersihkan nama syarikat encik dengan syarat encik tak putuskan kontrak sebabkan syarikat kami.” Pujuknya lagi benar-benar berharap.
“Maaf encik. Kami tahu syarikat encik besar dan sebab tu kami takut nak berlawan. Kami terpaksa putuskan kontrak sebelum terjadi apa-apa.”
“Awak nak kata syarikat saya akan bankrup dan awak akan terjejas ke?!” Suaranya mula meninggi.
“Mungkin. Saya tak nak hal tu terjadi dan saya rasa lebih baik kalau awak elak. Maafkan saya sebab... tak boleh teruskan penjualan buku-buku encik di syarikat kami.”
“Beri saya masa boleh?”
Keluhan berat penjual itu kedengaran. “Saya betul-betul minta maaf. Saya harap encik akan jumpa pembekal yang terbaik.” Dia mematikan panggilan kemudiannya.
Adhiyat mengeluh berat. Tak lama selepas itu, komputer dia menghantar terlalu banyak notifikasi yang merupaka sebuah e-mail daripada berbagai kedai buku yang menjual buku-bukunya. Kata mereka, mereka nak menarik kontrak mereka semula. Adhiyat menghentak meja dengan buku limanya.
“Ad!” Fikri masuk ke dalam dan dia nampak resah. “Telefon daripada.. kedai buku kat jalan Shah Alam yang batalkan kontrak dengan kita.”
Satu lagi yang buat Adhiyat rasa nak marah. Dia bangun dari duduknya. “Kita terus cari saksi yang mungkin tahu perbuatan kejam abang Rozi. Aku takkan tanya dia selagi dia tak beritahu perkara sebenarnya. Aku akan pastikan dia melutut pada aku kalau masa macam ni dia masih tak beritahu motif dia buat semua tu!”
Langkah Adhiyat sangat pantas sehingga buatkan Fikri tak mampu nak menyaingi nya. Tiba di tempat duduk pengawal yang berdekatan dengan lif ini, Adhiyat hanya mengerling biasa kepada Rozi yang sedang duduk sambil membuat kerjanya. Dia masuk ke dalam lif dengan Fikri menuju ke tingkat lain iaitu di bahagian penerbitan.
Tiba di sana, semua orang bangun dari kerusi mereka sebagai tanda hormat kepada Adhiyat yang merupakan CEO di sini. Tak lama selepas itu, ketua bahagia ini keluar.
“Tuan, apa boleh saya bantu?”
“Literally, ada buku yang diterbitkan pada 23 hari bulan like... tiga bulan yang lepas dan dah dijual kepada semua kedai buku. I’m wonder, siapa yang bertanggungjawab dalam penerbitan buku tu.”
Encik Qarl memandang sekeliling bagaikan mencari sesiapa saja yang sanggup keluar lalu mengaku. Seorang wanita yang sudah 30-an melangkah ke depan dengan langkah yang gugup.
“Ini Shiha. Dia yang bertanggungjawab dalam.. penerbitan buku tu.” Balas Encik Qarl.
“Awak dapat.. e-mail daripada saya ke yang mengatakan saya nak buku ni diterbitkan?”
Shiha mengangguk. “Saya rasa masa tu.. dah malam dan tuan minta saya untuk... terbitkan buku tu tanpa periksa lebih lanjut sebab tuan dah periksa. Jadi saya terus arahkan yang lain untuk terbitkan buku ni.”
“Anything.. strange?”
“Urhmm.. tak ada. Yang peliknya cuma, tuan tak pernah hantar e-mail malam-malam tapi masa tu.. tuan hantar e-mail ke saya. Itu aje yang pelik.”
Adhiyat mengeluh. “Kita ada masalah. Batalkan kontrak dengan syarikat buku yang jual buku ni dan saya akan tulis pernyataan lain. Kita kena selesaikan masalah ni and make sure korang check e-mail tu daripada saya atau bukan. Kita kena dapatkan saksi malam buku ni diterbitkan.”
“Saksi? Saya rasa.. cleaner yang pernah tuan recruit dulu kena bertugas bersihkan bangunan malam tu. Rasanya guard bawah tahu dia tu siapa.”
“Cleaner?” Ulang Adhiyat pada kata-kata Shiha sebentar tadi. Tanpa membuang masa, dia terus berlari turun ke tingkat bawah.
Di sana, dia menemui pengawal keselamatan yang sudah tua menjaga bangunan ini hampir setiap hari.
“Pakcik, boleh saya tanya sesuatu?”
“T.. tuan. M.. m.. mestilah boleh.” Tak pernah Adhiyat bersemuka dengan dia. Kini bila dah bersemuka, jadi takut pula dia.
“Pakcik ada malam.. 23 hari bulan macam tiga bulan yang lepas?”
“Ada. Saya bertugas di sini dari 6:30 sampai pagi. Saya datang lima minit lambat sebab hantar anak pergi kolej dia.”
Mungkin ini harapan Adhiyat. “Pakcik ada.. nampak sesuatu yang pelik?”
“Oh, ada seseorang ni dia ada kat dalam bilik pejabat tuan. Saya ingatkan tuan dan sebab tu saya tak ambil kisah sebab tuan pun selalu je sibuk kat office. Lepastu saya minta Kak Zah cleaner kat sini pergi cuci kat bilik tuan sebab tuan sukakan kebersihan. Saya pun tak tahu apa-apa lepas tu. Kak Zah datang dan dia pun terus balik rumah dia.”
“Habis, kak Zah tu tak jumpa orang tu?”
“Kak Zah tak ada pula cerita apa-apa.” Ujarnya.
“Boleh tak.. tunjukkan saya yang mana satu kak Zah?” Mohonnya.
“Kak Zah dah tukar kerja. Dia kan kerja cleaner kat sini sebab anak dia ada belajar dekat kawasan sini. Dia pindah kat area syarikat Not dan kerja kat sana.”
Adhiyat dan Fikri berpandangan. Itu syarikat Mazlan dan Adhiyat kalau boleh tak nak jumpa dengan Mazlan. Dia mengeluh. Hanya penjelasan daripada kak Zah, dia mungkin boleh tahu perbuatan Rozi. Adhiyat tak boleh pecatnya lagi mengikut perjanjian yang dia buat dengan Rozi sebelum ini.
Mereka berdua kembali ke bilik pejabat Adhiyat lagi. Adhiyat menghempaskan dirinya ke atas kerusi kemudian dia mengusap kepalanya yang pening.
“Kau nak.. aku buat air ke?”
Adhiyat memandangnya. “Kau rasa.. aku perlukan air ke dalam keadaan sekarang?”
“Sikitlah. Air sejuk supaya nanti badan kau tak panas.”
“Kau perli aku?”
Fikri senyum janggal lalu menggelengkan kepalanya. Fikri kemudiannya menarik kerusi lalu duduk di hadapan Adhiyat.
“Next step.. kau nak buat apa? Kau bukannya selalu pergi syarikat dia kan dan kalau kau pergi teruk kau kena bahan dengan Mazlan depan para pekerja dia. Kau juga cakap kau dah serik pergi sana kalau Mazlan terus-terus buka siapa kau dulu.”
“Sebab tu aku tak nak pergi sana! Sekarang aku tak tahu lah kenapa aku boleh hadap semua ni?” Marahnya sambil mengetuk meja dengan jari dia tadi.
“Senang sangat.. apa kata kalau kau pujuk abang Rozi mengaku kesalahan dia. Mungkin dia nak mengaku semua ni.”
“Abang Rozi tu takkan mengaku lah. Kita ada footage yang boleh buat ia sebagai bukti bagi kesalahan abang Rozi. Tapi belum tentu footage tu akan tolong kita bongkar jenayah dia kalau kita tak dapat identify gambar tu gambar abang Rozi. Ada banyak pekerja berbadan macam dia. Kita kena cari saksi juga supaya aku boleh pecat dia sesuai dengan syarat sebelum ni.” Jelas dia lebih lanjut.
Fikri mengeluh. “Kau nak.. pergi sana ke?”
“Nampaknya macam tu lah. Aku kena pergi sana dan selesaikannya. Kau tolong aku cari pekerja nama kak Zah tu dan hantar kat aku nanti.”
“Okeylah. Take a rest okey ataupun kau ambil nasihat kakak ipar aku yang cakap tenangkan fikiran dengan dikelilingi buku. Baca tanpa rasa stres.” Balasnya.
Adhiyat tenang dengan pesanan Fikri. Mungkin ada baiknya juga dia lupakannya buat seketika dan lebih baik kalau dia selesaikannya satu persatu. Dia kena lebih tenang bila berhadapan dengan Mazlan. Sikap dia yang suka membahan masa lalu AdhiyatI sebagai budak yang sering dibuli buatkan Adhiyat malu. Dia kena hadap nya.
Share this novel