ADHIYAT tiba di pejabatnya dengan senyuman melebar. Dia menyapa pekerjanya seperti biasa dan kemudiannya terus masuk ke pejabatnya. Setelah Adhiyat duduk, bingkai gambar Haniem dan dia yang diletakkan di atas meja diukir dengan senyuman gembira. Haniem telah beri dia cinta yang tak ternilai harganya. Adhiyat membuat kerja dia tetapi memang tak tenang hidup dia jika ada Fikri.
“Kau ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke?”
“Kau ingat aku ada masa ke Ad nak ketuk pintu bilik kau? Aku ni nak cakap sikit dengan kau pasal...”
“Osman Yusuf.” Balas Adhiyat sepatah.
Fikri hanya menatapnya begitu juga Adhiyat.
“Aku tanya kau lah heh, kenapa lah kau bencikan sangat mamat tu? Aku rasa dia kerja pun bagus, dia tanya aku apa yang dia tak faham dan dia pun tanya kau apa yang dia tak faham. Yang kau masih lagi rasa dia menyusahkan kenapa?”
“Eh, kau tak ada kat tempat aku lah! Kalau kau ada kat tempat aku, kau akan dengar siapa dia sebenarnya. Dia tu ugut aku buat kerja dia dan dia suruh aku beli itu ini untuk dia. Aku terpaksa ikut apa yang dia nak!”
Adhiyat mengurut kepalanya. “Aku tak tahu kenapa kau kena simpan rahsia dia. Apa yang aku tahu, lebih baik kut kau lupakannya. Apa yang dia boleh buat kalau kau berpangkat lebih tinggi daripada dia dan aku percayakan kau?”
Fikri diam buat seketika dan memikirkannya.
“Kau yang simpan rahsia dia, kau yang takut apa yang dia buat? Zaman universiti mungkin kau boleh simpan rahsia dia dan kau takut dengan dia sebab dia akan buat kau... tamatkan pelajaran kau macam tu je. Tapi sekarang kau kerja dengan pangkat yang lebih tinggi daripada dia. Kita nak nama syarikat dia je dan dia tak ada hak pun nak kritik syarikat kita sebab kita dah buat kerja kita. Populariti syarikat terletak pada tangan bos dia yang aku dah kenal lama sangat.”
“Betul juga kan? Kenapa lah aku tak pernah fikirkannya sebelum ni?”
Adhiyat mengeluh. “Bukannya kau tak pernah fikir, tapi otak kau tu zero nak boleh ke kumpul maklumat!”
“Ooo.. sedap mulut kau je kan?! Tapi aku tak terfikir lah pula. Selama ni bukan main aku takut dengan dia. Patutlah dia terus ambil kesempatan lepas dia tahu aku takutkan dia tentang masa silam tu. Kalau macam tu, aku tak payah risau lagi lah.”
Adhiyat mengangguk setuju. “Tapi apa yang.. dia dah buat kat kau sampai kau takut macam ni?”
“Humphh.. aku tak boleh beritahu kau sebab aku yakin yang berita ni mungkin tak sahih lagi. Aku nak kena jumpa orang yang ada kaitan dengan berita ni dulu dan barulah aku boleh beritahu kau.”
“Alah, kekwat betul sampai nak rahsia bagai!”
“Of course lah! Kalau aku beritahu kau sekarang, nanti bukan main ramai lagi kau beritahu.”
Adhiyat mengetap. “Kau keluarlah! Aku ada banyak kerja ni.”
“Ya. Tapi kau jangan lupa pula yang kau ada mesyuarat nanti. Kau pun nak bawa si Osman tu sekali kan sebab nak dia belajar lebih lagi?”
“Oh, kau masih ingat. Thanks sebab ingatkan aku. Kalau tak aku dah lupa dah pasal dia.”
Fikri hanya mengangguk. Dia berjalan hendak keluar sebelum dia teringatkan sesuatu dan masuk kembali.
“Actually, Maya call kau.”
“Maya? Dia nak apa sampai call office aku?”
Fikri mengangkat bahunya.
“Kau ignore kan aje lah! Lagipun dia dah nak balik dan lebih baik kalau aku tak layan dia sekarang.”
“Betul.” Fikri meninggalkan Adhiyat kemudiannya.
Adhiyat tak boleh terus rapat dengan Maya seperti yang pernah dia buat sebelum ini. Luahan hati Maya buat dirinya telah buatkan dia menjauhkan diri daripada Maya yang dahulunya dianggap adik tetapi kini sudah orang asing.
Kerja disiapkannya sehingga lau jam menunjukkan sudah tiba waktu untuk Adhiyat bertemu dengan pekerjanya bagi sesi mesyuarat buku baru mereka dan majlis pelancaran yang bakal diadakan. Adhiyat melangkah dengan Fikri dan mereka menuju ke meja pejabat Osman. Adhiyat berdiri agak jauh sambil memeriksa buku nota di tangannya. Fikri memandangnya pelik apabila dia berhenti dari melangkah ke meja Osman.
“Apahal kau.. tak nak gerak?”
Adhiyat mengetap. “Awak bos ke, saya yang bos?”
Fikri sedar yang dia sepatutnya bersikap profesional dengan Adhiyat memandangkan Adhiyat bos dia. Fikri tunduk lalu melangkah ke tempat Osman yang kini membuta.
“Weh! Weh bangunlah!” Geraknya kasar.
Osman bangun menatap Fikri. “Heh, kenapa kau kurang ajar sangat panggil aku ‘wei’ ni?”
“Sekarang aku dah sedar. Aku takkan takut lagi dengan kau. Itu semua zaman belajar dan aku memang bodoh sebab takutkan kau sekarang walaupun kau sebenarnya pekerja bawahan aku.”
Osman ketawa. “Akhirnya kau sedar diri juga. Aku ingatkan kau akan terus jadi lembab dengan nak simpan rahsia yang aku dah tak kisah kan tu.”
“Sebab tu lah! Aku sekarang tahu helah tak guna kau macam mana.”
“Dahlah, kau blah! Aku nak tidur ni.”
Apabila Osman kembali menutup wajahnya, Fikri menggerakkan badan dia dengan kasar sehingga dia naik marah dengan berdiri memandang Fikri sebelum Adhiyat mendekatinya.
“Apa khabar, Osman?”
“B.. baik bos.” Jawabnya.
“Baguslah. Urhmm.. saya harap awak tak kisah kalau ikut saya ke.. bilik mesyuarat membincangkan tentang majlis pelancaran projek buku dengan pekerja-pekerja lain yang dah ada dalam bilik meeting. Ini semua untuk pengetahuan awak.”
“Oh, saya kena masuk juga bilik meeting?”
Adhiyat mengangguk.
“Baiklah bos. Saya akan pergi.” Dia mengambil nota dan pen lalu mendekati Adhiyat.
Adhiyat hanya menatapnya kosong sebelum dia tersedar dan mereka terus berlalu pergi ke bilik mesyuarat. Adhiyat tahu kedua-duanya kini tak menyukai satu sama lain sehingga dia masih boleh mendengar pukul-pukulan mereka.
Tiba sahaja di bilik mesyuarat, Adhiyat mengambil tempat begitu juga dengan Fikri dan Osman. Kini penerangan tentang buku baru diterangkan oleh penulisnya sendiri dan beberapa pembantu yang lain. Selesai saja tentang hal mereka, beberapa kerja dari bahagia pengurusan syarikat serta majlis berangkat keluar. Dia mula menerangkan lebih lagi akan majlis.
“Seperti yang Tuan Ad dah.. rancangkan sebelum ni. Pelancaran buku ni boleh menambat pelbagai pembaca di luar sana dan pembelinya juga untuk dibukukan dari bahasa Malaysia ke bahasa asing.”
“Cerita ni bagus dan saya sukakannya. Tolong terangkan tentang majlis tu dengan lebih lanjut?” Pinta Adhiyat.
Pekerja nya terus menerangkan pada Adhiyat lebih lanjut tentang majlis tersebut. Adhiyat amat seronok mendengar majlis itu bakal diadakan dan dihadiri dengan penulis kegemarannya.
“Ada tema?”
“Tak ada tuan Ad sebab kami rasa lebih profesional kalau pakai sut dan gaun je. Tuan Ad nak tema ke? Kalau nak, pihak kami boleh cadangkan konsep Hawaii ataupun konsep kostum. Itu pun kalau... Tuan Ad nak lah.”
Adhiyat tersenyum. “Tak apalah. Saya tak berminat sangat nak pakai baju yang... entah apa-apa sebab kita nak buat majlis pelancaran dan bukannya majlis hari jadi.”
Semua ketawa dengan gurauannya.
“Bila bercakap pasal Hawaii, awak buat saya teringatkan sesuatu dan terima kasih sebab buat saya ingatkan tentang hal tu.”
Pekerja itu memandang Adhiyat dan pekerja lainnya agak tidak mengerti dengan apa yang Adhiyat katakan tadi. Tetapi mereka buat tidak tahu sahaja memandangkan Adhiyat memang begitu.
Perbincangan tamat juga akhirnya. Adhiyat dan pekerja lainnya keluar dari bilik itu. Dia terus menuju ke biliknya dan berehat di sana buat seketika. Fikirannya memikirkan sesuatu yang menggembirakan. Telefon segera dicapainya lalu dia menghubungi Haniem.
“Hai sayang.”
“Assalamualaikum.”
Adhiyat tersenyum. “Sorry. Waalaikumusalam.”
“Ha, macam tu lah. Kenapa abang call ni? Nak cakap dengan ayah ke?”
“Ayah ada kat sana?”
“Hmm. Ibu kata ayah nak sangat datang dan sebab tu dia datang.” Cerita Haniem dengan gembiranya.
“Apa salahnya kalau dia nak jumpa dengan anak perempuan dia kan? Tapi Haniem dah beritahu kat ayah dengan ibu yang abang tak boleh balik?”
“Dah, abang janganlah risau. Ayah dengan ibu tak kisah pun dan sekarang ni Haniem pun nak masakkan untuk diorang, diorang tak habis-habis tanya pasal abang.”
Adhiyat tersenyum. “Next time, kita invite lah lagi diorang untuk makan malam sama-sama.”
“Boleh je. Jadi kenapa abang call Haniem ni? Abang tak makan lagi ke?”
“Abang baru je nak pergi makan. Tapi abang terfikir sesuatu untuk spend kan masa abang dengan sayang.”
Haniem ketawa kecil. “Spend kan masa? Kenapa tiba-tiba?”
“Alah, abang saja je sebab abang sibuk beberapa hari ni sebelum majlis tu nanti. Jadi abang terfikir nak bawa Haniem pergi... pantai. Sekarang musim panas dan abang nak lah juga duduk tepi pantai dengan Haniem.”
“Boleh je.”
“Okey!”
Panggilan dimatikan setelah Haniem harus ikut makan malam dengan keluarganya. Adhiyat pun sudah terasa agak lapar sekarang.
Dia membawa bekal makanannya sehingga ke pantri. Setibanya di sana, beberapa pekerjanya tersenyum manis pada dia dan Adhiyat pun menikmati bekal makanan buatan isterinya. Dalam syarikat ni, tak semua tahu yang Adhiyat sudah berkahwin dan Adhiyat lebih suka dengan keadaan sekarang. Ternyata pekerja itu sudah pun habis makan sehingga meninggalkan Adhiyat sendiri di pantri.
“Hoi!”
Terkejut Adhiyat sehingga dia hampir melemparkan sudunya ke Fikri. “Kau ni, kalau sudu terkena kat kau, aku tak tahu tau!”
“Alah sorrylah.”
Adhiyat menjelingnya.
“Kau.. makan bekal lagi? Happy nampak bila isteri buatkan bekal.”
“Of course lah. Suami mana yang tak happy kalau isteri dia masakkan untuk dia. Lagipun siapa lagi yang nak masakkan untuk kita selain isteri kita sendiri”
Fikri mengangguk. “Kau ingat kau seorang je ada isteri? Aku pun adalah. Tengok dia buatkan aku bekal hari ni.” Dia mengeluarkan bekal makanannya.
“Then, makanlah!”
Fikri dan Adhiyat menikmati makanan masing-masing dengan hati yang gembira apabila isteri mereka menyiapkan makanan buat mereka.
Semasa makan, seorang pekerja masuk ke pantri. Dia menggeledah peti ais dan kemudian mengetap geram. Adhiyat dan Fikri berpaling dan dia terus mengukirkan senyumannya.
“Kenapa dengan awak?”
“Maafkan saya tuan Ad. Makanan saya kerap hilang sampai.. sampai saya serba salah lah nak simpan dalam peti ais ni.”
Adhiyat kasihan melihatnya. “Saya dah makan sikit makanan ni. Tapi tak apa kut kalau awak nak.”
“Heh, tak apalah tuan Ad. Saya beli makanan kat bawah jelah.”
“Ambil je lah. Kalau nak beli kan membazir. Apa kata kalau awak ambil yang saya punya. Kan jimat.”
Pekerja itu mengambil apabila Adhiyat menghulurkannya. Setelah itu dia menikmati makanan yang Adhiyat hulurkannya selepas mengucapkan ribuan terima kasih.
“Isteri kau tak kisah ke kau bagi bekal kau kat orang lain?”
“Takkan lah kau tak kenal Haniem? Hati dia tu baik dan dia.. tak kisah semua tu.” Balasnya.
Fikri mengangguk menyetujuinya.
“Tapi siapa yang ambil makanan tu?”
“Siapa lagi Ad kalau bukan Osman tu. Dia tak cukup duit nak beli sebab takut bini, dia mula ambil makanan orang. Cuma dia tak tinggalkan bukti sampai kitorang tak boleh nak salahkan dia mengikut prosedur office ni.”
Adhiyat mengeluh. “Nantilah aku... decide lebih. Kau tengoklah juga tentang dia nanti.”
Fikri mengangguk.
Adhiyat melangkah pergi. Sempat dia singgah di meja Osman untuk melihatnya. Lelaki itu kelihatan sungguh tekun sehingga Adhiyat tak boleh nak terus menyalahkannya tanpa bukti. Dia terus berlalu pergi ke bilik pejabatnya.
Share this novel