HANIEM pulang dari tempat kerja petang itu. Dia merebahkan dirinya di atas sofa kepenatan memandangkan dia akan keluar semula bagi jamuan makan malam dengan pegawai KPM Encik Hasnul yang banyak membantu dirinya. Kepenatan yang melanda tak buat dia lupakan Adhiyat. Haniem mencapai telefon bimbitnya di atas meja lalu dia mendail nombor Adhiyat. Malangnya suami dia tidak mengangkat. Mungkin juga dia tengah solat memandangkan sekarang jam tangan dia dah tunjukkan waktu asar.
Haniem melupakannya buat seketika lalu dia pun turut ke tingkat atas untuk solat. Selesai solat, Haniem mengemas rumahnya sehingga akhirnya di waktu maghrib, dia solat maghrib dan isya’ lalu dia terus bersiap-siap bagi menghadiri jamuan makan malam. Haniem meninggalkan rumahnya menuju ke restoran yang dah dipilihkan.
Tiba juga Haniem di restoran ikan bakar yang dipilih. Haniem masuk ke dalam lalu duduk di sebelah Qila yang susah tiba lebih awal.
“Cikgu Haniem.” Encik Hasnul menyapanya.
Haniem berdiri bersama pekerjanya yang lain sebagai tanda hormat pada Encik Hasnul. Dia tersenyum padanya.
“Silakan duduk. Tak perlu terlalu hormat pada saya.”
“Terima kasih. Encik Hasnul pun silalah duduk.”
Encik Hasnul mengangguk. Dia menatap Haniem dengan kagum nya. Senyuman Haniem benar-bener buat dia leka seketika.
Qila berdeham apabila dia perasan wajah Haniem tak selesa. “Amboi Encik Hasnul. Cantik sangat ke kawan saya ni?”
Encik Hasnul ketawa. “Boleh tahan. Badan yang... menawan.”
Terkejut Haniem.
“Wow, Encik Hasnul teliti dengan badan dia. Apa badan cikgu Lea ni tak cantik ke?” Dia menunjukkan cikgu Lea yang berbesan besar sedikit kepada Encik Hasnul untuk melihat reaksi nya.
“Semua orang ada.. kecantikan mereka sendiri. Saya percaya cikgu Qila ada kecantikan dari dalaman, cikgu Lea ada kecantikan pada wajahnya dan cikgu Haniem.. ada kecantikan pada badan dan wajah dia.”
“Mestilah Encik Hasnul. Allah tu ciptakan manusia dengan pelbagai kecantikan. Tetapi sekali-sekala Allah tu ciptakan mata untuk kita melihat sesuatu yang kita nilainya sebagai.. benda baik.”
Encik Hasnul amat mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Qila. Dia segera berdalih dengan pelayan yang tiba untuk ambil pesanan. Pesanan disiapkan agak lama dan mereka sempat berbual sesama mereka. Pandangan Encik Hasnul tetap buat Haniem tak selesa. Lelaki tua yang agak galak ini memang tak boleh diremehkan.
“Urhmm... ini pertama kali saya jumpa dengan awak semua dan saya sangat berbangga.”
“Kami juga. Sebabkan Encik yang sudi nak bekerjasama dengan tadika saya, saya rasa... amat berbesar hati. Encik dah beri saya satu semangat supaya saya boleh jayakan tadika tu tanpa rasa takut lagi.”
Encik Hasnul tersenyum senang. “Mestilah. Awak tahu Haniem, awak dah dipilih menjadi pewaris seterusnya sebab awak berbakat dan awak bekerja dengan sungguh-sungguh.”
“Terima kasih. Semua ni atas jasa tok aki sendiri. Sebabkan dia lah yang ajar saya banyak benda masa saya jadi cikgu kat sana. Dia buat saya rasa... kerja saya semuanya senang belaka. Dia ajar saya supaya tak mengeluh dengan apa jua yang datang.”
“Tok aki tu memang baik. Dia buat tadika ni pun semuanya sebab dia nak pastikan anak-anak ada impian mereka sendiri.”
“Ya. Saya terkesan dengan apa yang dia mimpikan dan saya bangga dengan pencapaian dia.”
Encik Hasnul makin gembira melihat senyuman Haniem.
“Silalah makan Encik Hasnul. Nanti kalau Encik nak tambah lagi, saya boleh letakkan.” Balas Haniem tak mahu Encik Hasnul terus menatapnya.
“Ya, saya suka kalau awak yang... letakkannya cikgu Haniem.”
Haniem mengangguk.
“Kau nak aku tendang dia tak?” Bisik Qila apabila Encik Hasnul mula melupakan Haniem buat seketika.
“Shush...! Kalau dia dengar payah nanti.”
“Apa salahnya? Kecil besar, kecil besar je aku tengok dia. Dari tadi nak try kau dan kau tak nampak ke sisi gatal dia tu?”
Haniem menepuk lembut paha Qila. “Kau makan jelah. Aku tak nak timbulkan apa-apa masalah. Encik Hasnul ni dah banyak bantu kita untuk terus contact dengan pengarah KPM. So, apa-apa pun perangai dia, kenalah tahan.”
“Tapi kalau dia melampau?”
“Yang tu, kita buat aduan je ataupun berbincang dengan dia. Kalau terus serang orang macam tu, semua masalah pun takkan selesai.”
Qila mengeluh. “Kau ni memang berfikiran positif kan? Pasal suami kau dengan Maya, kau berfikiran positif tak?”
Haniem terpaku menatap Qila.
“Masa kau beritahu aku yang suami kau pergi Kuantan dengan Maya, aku dah start rasa tak sedap hati. Aku tahu kau sebenarnya kecewa, risau dan gelisah. Tapi disebabkan kau tak nak suami kau rasa terbeban, kau tahan perasaan tu. Betul tak?”
“Aku percayakan dia dan aku tahu suami aku macam mana.”
Qila mengeluh. “Ya. Nanti bila Maya tu menggedik, aku tak nak tau kau rasa kecewa dengan Adhiyat sebab dalam hal ni, kau yang biarkan suami kau pergi dengan perempuan lain.”
“Mana ada aku biarkan?! Aku kalau boleh nak je ikut dia. Tapi masalahnya aku ada makan malam dengan Encik Hasnul. Aku terpaksa cancel kan nya dan ke sini.”
“Okey, janganlah marah.”
Haniem hanya merengus dengan tuduhan melulu Qila.
“Haih.. cikgu, kenapa nampak marah je ni?” Tegur Encik Hasnul.
“Hurmm.. maafkan saya kalau itu menganggu Encik Hasnul. Biasalah, Qila ni kan kawan saya dan dia memang suka buat masalah sampailah marah tu memang selalu ada.”
Encik Hasnul ketawa senang. “Nama pun kawan kan? Mana ada kawan yang sentiasa memuji. Ada je yang kata tak cantik tapi dalam hati cantik dan hati mereka berbeza-beza.”
Qila memandang Haniem yang kurang pasti dan dia hanya tersenyum tak ikhlas sahaja.
Makan malam mereka diteruskan dengan perbualan berkongsi pengalaman. Suka Haniem mendengar pekerja-pekerja dia yang selesa dengan Encik Hasnul malah hanya dia saja yang sedikit tak selesa dengan lelaki itu. Namun dia kekal tenang dengan terus berkata malam ini akan berakhir.
Di akhir makan malam, Encik Hasnul dan yang lain-lainnya bangun. Mereka semua berjalan keluar dari kedai restoran ini.
“Terima kasih Encik Hasnul sebab sudi belanja kami makan dan.. dan sudi bertemu dengan kami di sini.”
“Sama-sama. Saya yang sepatutnya ucapkan ribuan terima kasih pada.. cikgu dan yang lain-lainnya sebab sudi nak keluar makan dengan saya supaya kita lebih kenal masing-masing. Ternyata, semua dah... pandai dalam penjagaan kanak-kanak.”
Haniem tersenyum pada semua pekerjanya.
“Tapi malam takkan izinkan kita untuk terus... bercakap bersama-sama sebab masing-masing pun ada.. tanggungjawab masing-masing.”
Haniem mengangguk. “Encik.. Hasnul bolehlah gerak dulu. Kami gembira berjumpa dengan Encik Hasnul dan.. nanti saya berharap boleh jumpa Encik lagi.”
“Boleh. Kita berdua nak jumpa pun boleh.”
Hanya senyuman yang mampu diukirkan. “Saya balik dulu lah. Jumpa lagi Encik.”
Haniem dan yang lain-lainnya beredar pergi. Setelah tiba di kereta dia dengan Qila, Haniem masuk ke dalamnya kemudian mengeluh.
“Kau ni kenapa pergi cakap harap jumpa dia lagi?”
“Habis, takkan lah aku berharap yang dia boleh terus hilang macam tu je. Mestilah gunakan bahasa yang sopan.”
Qila mengecis. “Banyaklah kau bahasa sopan. Heh, bertempat lah! Kau pun tahu mamat tu gatal. Tengok mata dia pun dah tahu dah yang dia ni gatal.”
“Gatal, gatal dia pun, kita tetap kena hormat dia sebab dia ni pegawai kerajaan dan bukannya pegawai biasa.”
“Habis kalau kerajaan, kita kena hormat semuanya? Tak semestinya lah. Diorang pun manusia, buat silap, tapi tak nak mengaku dan diorang pun ada salahnya juga. Tak semua perfect sampai kita nak kena hormat. Aku tak faham sistem lapuk macam tu!”
Haniem ketawa. “Dahlah, pergi ambil kereta kau dan aku ikut kau kat belakang. Aku nak duduk rumah kau kan selama Ad tak ada ni?”
“Ya. Aku pergi ambil kereta kejap.”
Qila melangkah pergi manakala Haniem sudah hidupkan enjin untuk panaskan enjin. Tak disangka pula dia apabila kelibat Qila tak kelihatan, kini tiba pula Encik Hasnul dengan senyuman manis.
“Eh, Encik. Kenapa Encik tak balik lagi?” Tegur Haniem sambil berdiri berhadapannya.
“Oh, masih awal lagi kalau saya nak balik.”
“Tapi tadi bukan ke isteri Encik dah telefon sampai Encik terpaksa balik?”
“Oh, dia cuma nak saya belikan sesuatu on the way balik. Nanti, nanti saya boleh beli dekat pasaraya atau kedai runcit 24 jam.” Balasnya.
Haniem mengangguk. “Jadi, kenapa Encik jumpa saya?”
“Sebenarnya saya nak bercakap sikit berkenaan tadika dengan cikgu.”
“Oh, kenapa ya? Encik ada sesuatu yang tak puas hati tentang perbincangan kita tadi?”
Encik Hasnul menggeleng. “Saya cuma nak bertanya, patut ke tadika kita tu dijaga oleh cikgu-cikgu cantik? Nanti pelajar makin naik kepala tak?”
Kedengaran seperti pujian. “Maksud Encik? Salah ke kalau pelajar tu nampak muka cikgu-cikgu dia cantik?”
“Tak salah. Cuma saya tak ada kat sana dan kenapa kena ada cikgu cantik?”
“Masalahnya bukan cikgu cantik. Pelajaran murid paling utama dan pekerja yang paling utama adalah bila diorang nak menjaga kanak-kanak di sana dan bukannya rupa yang mereka fikirkan.”
“Mungkin saya ni dengarnya macam tak logik. Tapi saya kalau boleh nak cikgu-cikgu dipilih dari kalangan yang biasa-biasa dan bukannya luar biasa sebab kalau yang luar biasa, saya nak saya yang ada dalam tu.”
Haniem mengeluh. “Saya tak rasa itu satu masalah. Encik hanyalah.. pegawai yang bertanggungjawab dan tadika tu sepenuhnya milik saya. Kalau saya beritahu pengarah KPM sendiri akan hal ni, dia akan cari saya pegawai lain untuk membantu.”
Encik Hasnul kelihatan sedikit takut. Dia mendekati Haniem lalu memegang tangan Haniem. Haniem melepaskannya.
“Tolong jangan pegang saya.”
“Maafkan saya. Baiklah saya minta maaf sebabkan fikiran kebudak-budakan saya yang menyusahkan cikgu. Saya bukan apa, saya sedikit cemburu bila anak-anak pelajar boleh berada di persekitaran positif berbanding saya.”
“Encik tak patut cemburu dengan pelajar-pelajar sebab mereka hanyalah kanak-kanak dan Encik dah tua bangka. Saya minta Encik jangan campur adukkan hal kerja dan hal peribadi sebab saya tak suka. Kalau Encik nak kita tak bekerjasama lagi, saya boleh uruskannya.”
“Tak, tak! Saya memang nak bekerjasama dengan cikgu.”
Haniem kini serius.
“Haniem!” Qila tiba di dekat mereka dengan keretanya. “Eh, Encik Hasnul! Encik tak balik lagi?”
“Saya on the way nak balik. Tapi saya berbual kejap dengan cikgu Haniem.”
Qila mengangguk. Dia perasan wajah Haniem serius.
“Saya minta diri dulu lah dan saya minta maaf pada awak cikgu Haniem.”
“Tak apa. Jangan ingat kami orang bawahan tak boleh tetapkan pendirian.”
Encik Hasnul sedikit takut kemudian mengangguk. Dia berlalu pergi meninggalkan Qila dengan Haniem.
“Kenapa tu?”
“Dahlah, jom balik. Aku dah penat dah ni.” Katanya.
Qila mengangguk.
Kereta dipandu mengikuti Qila dari belakang menuju ke rumahnya. Setibanya di rumah, Qila membukakan pintu rumah dia lalu Haniem masuk ke dalamnya. Kereta ditinggalkan di luar lalu dia masuk ke dalam. Haniem merebahkan duduknya di atas sofa.
“Kau nak aku buatkan air ke?”
“Thanks.” Balas Haniem.
Qila ke dapur lalu membancuh minuman untuk Haniem dan dia.
Di ruang tamu, Haniem mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia menghubungi Adhiyat. Panggilannya masuk peti suara sehingga Haniem mengeluh berat. Memang dia letih sangat ataupun sengaja tak nak angkat panggilannya untuk biarkan dia merindui.
“Nah.” Qila tiba sambil menghulurkan segelas air coklat sejuk.
Haniem menghirupnya.
“Suami kau tak telefon ke?”
“Tak. Sibuk agaknya ataupun letih. Yelah, sekarang dah pukul berapa dah kan?”
Qila mengangguk. “Kau tak kisah ke biarkan Maya ikut suami kau?”
“Kenapa aku nak kisah? Diorang kan sepupu je.”
“Tapi bukan ke kau kisah? Sebelum ni bukan main lagi kau cemburu dengan Maya tu sebab dia rapat dengan suami kau.”
Haniem senyum nipis. “Maya tu kalau dilihat, baik lah juga orangnya. Kat rumah memanglah dia buat sepah. Tapi sebelum dia balik, dia sempat minta maaf kalau dia menyusahkan aku.”
“Humphh.. percayalah kau yang dia baik. Entah-entah dia menipu je.”
“Kau yang fikir negatif. Cuba fikir benda baik pasal dia. Mungkin dia tu okey je.”
“Okeylah sangat. Aku tak nak kau percayakan sangat kat dia tau.”
Haniem tak mengendahkannya.
“Tapi kau borak apa dengan Encik Hasnul tadi?”
Haniem bangun. “Tak ada apa-apa lah. Aku dah penat ni dan aku masuk tidur dulu. Esok aku nak pergi rumah ibu aku. Kau nak ikut sekali tak?”
“Ikutlah. Aku ingat nak jumpa Hanis sebab aku rasa adik kau tu ada taste yang sama dengan aku.”
“Baguslah. Aku naik dulu.” Haniem melangkah naik ke tingkat atas untuk berehat.
Setelah membersihkan dirinya, dia sempat memeriksa telefon bimbitnya dan cuba menelefon suaminya lagi. Nampaknya Adhiyat tetap tak menjawab panggilan dia. Haniem menghantar mesej untuk Adhiyat telefon dia lagi lalu dia pun terus lenakan malamnya dengan rehat di atas katil.
Share this novel