QILA rindukan Haniem. Dia tak tahu bagaimana lagi cara hendak menghubungi Haniem yang selalu hubungi dia tetapi dia terpaksa tidak angkat panggilan Haniem kerana takut Mazlan akan tahu hal ini. Lebih-lebih lagi jika Haniem nampak kesan lebam yang cuba Qila sorokkan daripada orang sekelilingnya. Dia pasti Haniem pun akan memarahi Mazlan atas perbuatannya dan sikap Mazlan akan buatkan Haniem dalam bahaya.
Hari ini Qila harus keluar membeli barang dapur memandangkan dapur dia sudah kelihatan kosong. Qila bersiap-siap lalu dia pun keluar menuju ke tempat letak kereta. Tak disangka kereta dia boleh rosak pula. Qila mengeluh berat.
“Hai cik sebelah rumah!” Sapa Mikael.
Sungguh sakit hati Qila melihatnya.
“Kereta rosak ke?”
Qila senyum tak ikhlas. “Tak adalah. Kereta elok je sebab baru beli semalam kan dan.. tak rosak pun.”
Mikael hanya tersenyum.
Qila mengetap kemudian menghentak kakinya berlalu pergi sebelum dihalang Mikael.
“Cik nak ke mana?”
“Nak balik lah! Jalan depan saya ni hanya boleh balik ke rumah je dan itu pun tak boleh nak fikir ke!”
“Eh! Tunggulah sekejap.” Marahnya dengan menghalang Qila lagi. “Nama saya Mikael jiran sebelah rumah awak. Cik ni siapa ya?”
“Tak perlu tahu kut.”
“Eh, saya kenalah tahu sebab saya ni jiran cik. Kalau ada apa-apa terjadi kat apartmen saya lepastu saya nak panggil cik. Takkan lah saya nak jerit, ‘cik sebelah rumah, cik sebelah rumah! Boleh tak awak tolong saya sekejap’ kan susah?”
“Saya tak kongsi maklumat diri saya kepada orang luar macam awak!” Balasnya lagi.
Keras hati betul bagi wanita sepertinya. “Tak apalah. Tapi seriously awak.. nak ke mana? Saya nampak awak macam nak keluar tadi.”
“Tak perlu sibuk!”
“Cik sebelah rumah, bukannya saya nak sibuk. Tapi saya ni jiran awak dan biarlah saya tolong awak. Awak mesti nak.. pergi beli barang kan? Saya nampak awak bawa bakul sekali ni. Takkan lah nak jual nasi lemak pula kan?!” Selorohnya.
Qila tak berkutik malah dia menatap Mikael penuh rasa geram.
“Sorry. By the way, biar saya tumpangkan cik naik kereta saya pergi supermarket sebab saya pun ada barang nak beli. Ingat nak masak something special untuk orang bujang macam saya ni.”
“Saya tak ikut.. lelaki asing.” Balasnya.
“Alah, saya ni jiran cik dan bukannya lelaki asing. Marilah. Cik mesti tak makan lagi dan sebab tu cik nak beli barang kan?”
“Mana ada!” Bantahnya walaupun kenyataannya dia memang nak beli barang dan memasak.
Mikael hanya tersenyum lagi melihatnya. “Okeylah cik sebelah rumah. Sekarang kereta saya kat sebelah kereta awak dan... kalau saya nak heret awak masuk kereta, awak mungkin akan fikir benda lain pulak. So, lebih baik awak ikut saya masuk dalam kereta.”
Mikael melangkah ke keretanya. Dia meninggalkan pintu penumpang di hadapan terbuka untuk Qila masuk ke dalamnya. Mikael duduk di dalam kereta menunggu Qila dan dia gembira apabila Qila sudi juga nak naik kereta dengannya. Kereta Mikael keluar dari tempat letak kereta sehingga ke pusat membeli-belah.
“Urhmm... cik sebelah rumah, awak memang tinggal seorang-seorang eh?”
“Yang awak nak sibuk kenapa?!”
Mikael mencebik. “Kasar lah awak ni. Rupa dah cantik tapi sayangnya bahasa jiwa bangsa awak tu tak ada.”
Qila mengetap. “Boleh tak awak memandu je. Saya tak ada mood lah nak bercakap dengan awak! Saya tak kenal awak dan saya tak suka get along dengan lelaki.”
“Saya pelik lah dengan awak cik sebelah rumah. Awak macam.. bencikan sangat je kaum lelaki ni. Kenapa? Sebab lebam awak tu daripada lelaki?”
“Jangan sibukkan hal saya dengan awak.”
“Bukannya nak saya sibukkan hal saya dengan awak. Saya cuma... tertanya-tanya yang kenapa muka awak lebam dan kenapa awak bencikan lelaki? Awak tak ada abang, adik atau ayah yang lelaki? Kalau awak bencikan lelaki, it’s same that you hate them too.”
“They’re different!” Tegasnya.
“Habis? Awak tak nak ceritakan kat saya kenapa awak bencikan lelaki dan kenapa lebam kat muka awak tu kelihatan walaupun awak cuba sembunyikannya dengan make-up.”
“Saya tak nak awak bercakap lagi! Kalau awak nak terus bertanya pada saya tentang sebab saya bencikan lelaki dan lebam hari tu, lebih baik awak turunkan saya dan saya bolehlah jalan kaki!”
Dah agak dah. Mesti dia akan naik darah lagi dengan Mikael. Akhirnya lelaki itu diam tetapi keinginannya hendak mengenali Qila sangat dalam.
“Awak tak kerja ke cik sebelah rumah? Saya selalu nampak dekat balkoni awak.. macam ada kat rumah je.”
Qila memandangnya. “Awak stalk saya?!”
“Eh, tak adalah. Saya.. ternampak je awak.”
“Without hijab?!”
Mikael tersentak. “Mana ada! Saya tak pernah nampak awak tanpa hijab tau. Saya... saya selalu dengar awak pasang lagu dan sebab tu saya tahu. Janganlah nak tuduh saya sembarangan cik sebelah rumah!”
“Kalau saya tahu awak skodeng saya, saya akan buat report polis tau.”
“Saya.. saya tak buat salah pun.” Balasnya gementar.
Qila yang terasa jengkel dengan lelaki berlagak baik ini terus buat tidak tahu apa-apa. Kereta Mikael diletakkan di tempat letak kereta dan Qila terus keluar dengan bakul ditinggalkan memandangkan dia cuma nak bawa barang dan letakkan dalam bakul itu semasa tiba di apartmen nanti.
“Cik sebelah rumah! Tunggulah. Kaki awak ni panjang juga kan?”
Qila berhenti apabila Mikael kedengaran mengejeknya.
“Kaki panjang kan cantik? Macam Kendall Jenner ke, or.. model-model berkaki panjang. Semuanya cantik.” Dia membaiki kata-katanya.
“Saya tak minat Kendall Jenner!”
“Rugi lah awak. Dia tu dah lah cantik, ada adik beradik yang terkenal pulak. Walaupun kecantikan dia tak natural tapi dia tetap tambat hati ramai peminat dia.”
“Well, kalau awak suka dia sangat, pergilah jumpa dia, bergambar dengan dia. Itu pun kalau dia nak lah bergambar dengan lelaki poyo macam awak.” Balasnya kemudian melangkah pergi dengan membawa bakul.
Walaupun tak puas hati, Mikael membiarkan sahaja. Dia juga mengambil bakul untuk memilih beberapa barang makanan yang sedap untuk dia masak malam ini.
Qila bercadang hendak makan spaghetti kegemaran dia dan Haniem. Dia membeli udang, sos carbonara, sedikit sayur-sayuran dan perisa. Qila selesai membeli barang masakan malam ini. Dia mencari sedikit barang untuk seminggu akan datang. Selesai saja, Qila menuju ke tempat jualan snek untuk dia lihat makanan apa yang sedap.
Tiba di tempat Mikael sedang pilih snek, Qila mengintai sedikit barang beliannya sehingga Mikael perasan. Dia terus buat tidak tahu.
“Alah, nak tengok sangat, tengoklah! Saya bukannya beli bom pun sampai awak nak intai macam tu je.”
Qila mengetap.
“Well, awak nak masak spaghetti ke?”
“Eh, kenapa awak tahu semuanya ni?!” Sakit hati pula Qila.
“Kenapa lah cik sebelah rumah ni macam... lembab sikit ni? Mestilah saya tahu sebab dalam bakul awak tu tak dinamakan sos prego ke? Kalau tak ada nama prego, tak adalah saya tahu.”
Qila menyembunyikan barangnya. “Saya pergi bayar dulu lah!”
Mikael dan Qila tiba di kaunter. Semasa menunggu, Mikael terasa sakit perut pula. Sebabkan barang Qila lebih banyak darinya, Mikael perlahan-lahan memotong barisan.
“Eh, awak buat apa ni?!”
“Alah, bagilah saya kat depan. Lagipun barang awak bukannya banyak pun.”
Qila menolaknya ke belakang. “Tak kira barang banyak ke tak! Awak tetap kena ikut prosedur. Mana boleh boleh potong queue macam tu je!”
“Saya nak kena buat bussines lepas ni.”
Berkerut kening Qila. “Bussines? Kenapa awak nak buat bussines kat tempat macam ni? Awak dapat idea nak buka supermarket ke?”
“Aduh, lembab juga cik sebelah rumah ni kan? Saya ada bussines.. tu lah. Saham tu.”
“Saya tak fahamlah.”
Mikael mengeluh. “Tak kisahlah. Bagi saya duduk depan awak. Barang banyak tu dan saya tak sanggup nak tunggu lagi. Boleh ya?”
“Tak boleh!”
“Okey, kita main ohsom. Siapa kalah, dia kena duduk belakang dan siapa menang, dia duduk depan.” Cadangnya benar-benar berharap.
“Kenapa nak main game budak-budak macam tu?”
“Alah main jelah.”
Qila mengeluh dan mengangguk. Dia dan Mikael bermain ohsom dan tak disangka Mikael kalah manakala Qila menang. Qila kelihatan keriangan.
“Eh awak yang kena duduk belakang lah.”
Senyumannya pudar. “Kenapa pula saya kena duduk belakang? Saya menang kut. Dah terang tadi saya buat burung awak buat air kut.”
“Saya cakap yang kalah duduk depan dan yang menang duduk belakang. Jadi awak menang, duduk belakang dan saya kalah duduk depan.”
“Yeke?” Balasnya.
Mikael mengangguk yakin.
“Tapi bukan ke yang menang dapat habuan dan bukannya yang kalah dapat habuan.”
“Rule saya macam tu!” Kata dia kemudian terus beratur di depan. Mikael ketawa kecil dengan Qila yang sedikit blur.
Syukur juga dia dapat cepat bayar dan tinggalkan barangnya di pengawal untuk menuju ke bilik air. Qila memandang sekeliling kereta mencari kelibat Mikael dan dia tak tahu ke mana lelaki itu pergi. Qila mula beranggapan yang Mikael tak mahu hantar dia balik ke rumahnya kembali.
“Hai! Sorry lama tunggu.”
“Awak pergi mana?” Tanya Qila sedikit kasar.
“Saya pergi... bilik air. Kan saya dah cakap yang saya nak melabur saham. Takkan lah awak tak faham maksud saya cik sebelah rumah.”
“Saya tahulah saya ni lembab! Bila difikirkan balik, awak cakap sebaliknya tapi awak ubah balik! Awak ni memang teruk lah.”
Mikael ketawa senang. “Sorrylah. Jomlah kita balik. Dah nak malam ni dan nanti tak sempat awak nak solat maghrib.”
“Ya, awak memang kena fikirkan kewajipan tu dulu.”
Mikael memandu keretanya keluar dari perkarangan menuju ke rumah. Dia masih lagi mengejek Qila yang memang nampak naif dengan segala trick yang digunakan Mikael sebentar tadi.
Tiba sahaja di rumah, Qila membawa bakulnya naik ke apartmen dia dengan diikuti Mikael.
“Jumpa lagi cik sebelah rumah! Kalau ada lebih masakan awak, berilah sikit pada saya.”
“Eeh.. tak kuasa lah!” Qila masuk ke dalam rumah meninggalkan Mikael.
Share this novel