QILA membersihkan rumahnya setelah dia tidak tahu lagi apa yang nak dibuat di dalam rumah. Sudah beberapa minggu berlalu sejak dia berhenti kerja dan Qila begitu merindui Haniem yang ada menghubunginya namun beberapa hari ini tidak. Dia juga tahu mungkin Haniem tertekan dengan kerja ataupun masalahnya sendiri.
Loceng rumah berbunyi membuatkan Qila terus melangkah ke pintu. Dia menguak pintu setelah menyarungkan tuala ke kepalanya. Seperti yang di agaknya, Mikael datang dengan bahan mentah di tangannya seperti sebelum ini. Qila masih meragui kebaikan lelaki ini kepada dirinya.
“Awak nak apa?”
Mikael mengangkat plastik berisi ayam kepada Qila.
“Let me guess. Awak beli barang mentah lagi, guna alasan yang awak nak saya masakkan untuk awak padahal awak sebenarnya sengaja beli barang-barang ni semua sebab awak... nak caras hidup saya kan?” Tekanya dengan tegas.
“Cik sebelah rumah, saya tak sangka kepala awak boleh fikir semua tu. Kenapa pula saya nak caras kehidupan awak? Saya pun ada kehidupan yang sangat... berliku tau.”
Qila mencebik. “Lelaki. Kita takkan tahu apa yang diorang sembunyikan. Muslihat.. selalu ada.”
“Mungkin pada cik sebelah rumah lelaki semuanya sampah. Pada saya, sesetengah. Kita tak boleh judge satu perkara buruk yang terjadi dalam hidup kita dan letakkan perkara buruk tersebut kepada masa sekarang. Sampai bila-bila pun... kita takkan boleh kecapi bahagia kalau terus berfikiran negatif.”
“Apa-apalah. Jadi kali ni awak nak saya masak apa?”
Mikael senyum sambil memikirkannya. “Saya teringin nak makan... ayam masak lemak cili api. Dulu masa saya belajar, ada kawan saya seorang ni yang selalu bawakan lemak cili api untuk saya bila dia tahu saya sukakannya. Jadi boleh awak... masakkan untuk saya?”
“Kenapa tak suruh kawan awak tu je yang buat?”
“Macam mana nak suruh kalau dia pun sibuk. Tapi ini lah lauk kegemaran dia.”
Qila sekali lagi menatap kosong beg plastik di tangannya. Ayam masak lemak cili api juga merupakan masakkan kegemaran Haniem dan Haniem selalu buatkan untuk dia jika dia nak makan. Qila masih ingat lagi resipi masakan Haniem itu.
“Cik sebelah rumah, cik sebelah rumah! Awak boleh buat tak ni?”
Lamunan Qila kembali ke alam nyata. “B.. boleh. Nanti saya hantarkan untuk awak. Tapi sebelum tu saya nak solat dan mandi dulu.”
“Okey. Saya pun nak keluar kejap pergi jumpa orang. Nanti saya balik lah dan kalau tak sempat balik tepat pada waktunya, saya ketuk rumah awak.”
“Okey.”
Mikael kemudiannya beredar pergi ke rumahnya untuk bersiap-siap keluar.
Qila mengeluh setelah meletakkan bahan mentah tadi ke atas meja. Dia berjalan hendak ke bilik sebelum telefon rumahnya berdering menandakan panggilan masuk. Qila mengangkat panggilan yang tak ada orang lain selain Puan Ita yang menghubunginya.
“Assalamualaikum.” Sapanya.
“Waalaikumusalam. Qila, Qila tak apa-apa kan?”
Qila tersenyum. “Qila okey je. Kenapa ni mak?”
“Mak mimpi buruk pasal Qila dan mak risau keadaan Qila. Sekarang ni mak dah balik kampung dan mak tak nak.. anak mak seorang ni alami apa-apa.”
“Mimpi je mak. Qila tak apa-apa dan sekarang Qila nak pergi masak kejap.”
“Haih... jarang Qila nak masak. Ni apahal masak ni? Mazlan minta Qila masakkan ke?” Tekanya begitu gembira dengan hubungan Qila dan Mazlan.
“Tak adalah. Mazlan takkan makan.. dengan Qila.”
“Kenapa pula?” Tanya nya tidak mengerti.
“Tak ada apa-apa lah mak. Tapi... pasal mimpi mak tu, mak tak payahlah risaukan Qila sangat. Qila okey je kat sini dan kalau tak okey, Qila telefon mak.”
Puan Ita mengeluh. “Cakaplah macam mana pun, mak tetap risaukan Qila. Mak minta abang Qila pergi jenguk Qila memandangkan dia pun nak pergi KL hantar dia punya barang bengkel.”
“Mak, tak payahlah nak menyusahkan abang. Qila pndai jaga diri dan mak doakan yang terbaik je. Kat sini Qila okey je seorang-seorang. Nanti menyusahkan akak dengan abang pula.”
“Apa salahnya kalau abang datang jenguk. Dia dah sekali, baik lah dia pergi tengok Qila. Mak ni risaukan sangat.”
Qila mengeluh. “Tak payah. Insha-ALLAH Qila pandai jaga diri. Mak tak payahlah nak panggil abang bagai. Esok kalau Qila tak telefon mak, mak terus buat report polis ataupun suruh abang datang. Cuma kali ni, mak tak payah nak risaukan sangat.”
“Degil lah. Mak tetap nak abang Qila pergi jenguk. Jangan melawan cakap mak. Assalamualaikum dan jaga diri.”
Belum sempat Qila nak membantah lagi, Puan Ita mematikan panggilan. Walau bagaimanapun, Qila yakin yang dia tidak apa-apa. Namun kenapa maknya begitu risau. Dia menghubungi abang dia.
“Assalamualaikum, abang.”
“Waalaikumusalam. Ha, Qila. Aku nak pergi rumah kau ni. Tapi sekarang aku baru ada kat highway. Mungkin tengah malam nanti sampailah.” Ujarnya.
“Well, abang tak payahlah datang. Abang hantar barang je dan lepastu abang tak payah singgah. Esok Qila call kalau Qila... okey. Faham?”
Abangnya mengeluh. “Mak risaukan kau dan dia minta abang jenguk kau. Apa salahnya?”
“Memanglah tak salah abang. Tapi Qila tak apa-apa dan Qila tak nak menyusahkan abang. Baiklah abang balik kampung sebab abang pun jarang balik kampung. Jenguk mak juga dan beritahu akak juga pasal hal ni.”
“Kau ni memang degil lah kan? Mak beritahu dia mimpikan kau. Mimpi buruk dan dia nak abang jenguk kau.”
Qila mengetap. “Yes, i know! Mak dah beritahu tadi. Tapi Qila tak rasa pun mimpi tu akan jadi kenyataan. Just a dream alright and I’m okay. Abang tak payah risau dan beritahu kat mak tak payah risau pasal Qila.”
“Kalau kau dah cakap macam tu, abang hantar barang lepastu balik teruslah. Kau jaga diri kalau kau rasa kau tak apa-apa. Faham?”
“Faham.”
Panggilan dimatikan kemudiannya. Hati Qila lega sedikit selepas dia tak menyusahkan abangnya dan tidak buat Puan Ita begitu risaukan dia jika abangnya beritahu keadaan dia pada keluarganya nanti. Qila melangkah hendak pergi sebelum telefon rumah dia berdering lagi. Kali ini Qila tahu itu merupakan panggilan daripada Haniem dan dia hanya menatap kosong telefon rumahnya.
Apabila panggilan itu berakhir, Qila melangkah menuju ke bilik untuk solat dan bersihkan dirinya. Selepas berjam dia solat dan mandi, Qila mengemas katilnya buat seketika sehingga dia merasakan sesuatu sedang memerhatikan dia. Qila berpaling dan sangkaannya benar belaka. Mazlan yang berada di belakang dia terus menolaknya sehingga dia berada di atas katil. Qila terkejut.
“K.. kau buat apa ni?!”
“Aku penat sangat hari ni dan kepala aku ni kusut. Aku terfikir untuk... untuk buat aku bahagia hari ni dan kau lah.. ganjarannya.” Dia senyum sinis memandang Qila.
“Jangan... dekatkan diri kau dengan aku! Aku akan... akan telefon polis kalau kau terus buat macam ni.”
Mazlan ketawa besar. “Call lah! Tapi kau kena ingat nyawa keluarga kau. Kau sayangkan diorang kan? Aku yakin yang kau takkan... buat diorang menderita.”
“Aku minta kau... dan merayu pada kau.. jangan kau sentuh aku!”
“Sekarang aku nampak rayuan kau. Tapi dah terlambat. Aku masih lagi rasa sakit hati bila kau pernah tolak aku dulu dan sebabkan mulut celupar kau mengata aku, aku jadi... down. Jadi aku nak kau.. rasa kesakitan aku bukan itu je. Tapi semua kesakitan aku.”
Qila mengalirkan air matanya. “Kau beritahu aku kau nak apa. Aku janji akan bagi kau semuanya! Cuma bukan ini. Kalau kau nak kahwin dengan aku juga, aku terima. Kau boleh buat semuanya lepas kahwin dan bukannya sekarang.”
“Aku tak tahulah sama ada nak kahwin dengan kau ke tidak. Kalau aku kahwin dengan kau, mesti hidup aku merana. Kalau aku tak kahwin dengan kau, macam mana aku nak seksa hidup kau?”
Qila buntu.
Mazlan mula tersenyum senang. Dia merangkak ke katil mendekati Qila yang kini berada di kepala katil. Bahu Qila dipegangnya sebelum Qila menendang di bahagian sulit Mazlan untuk melepaskan dirinya. Dia berjalan lalu dia berlari hendak keluar sebelum Mazlan mengejarnya dan menarik kakinya sehingga Qila terjatuh.
“Tak guna! Kau memang mencabar.. kesabaran aku.”
“Lepaskan aku! Tolonglah lepaskan aku! Aku janji akan bagi kau duit dan akan kahwin dengan kau. Bukan... bukan dengan cara ni kau nak kahwin dengan aku dan balas dendam pada aku.”
“Habis macam mana? Aku hanya fikirkan ini je caranya.” Ujar dia.
“Lepas!”
Mazlan mengangkat Qila sehingga ke atas sofa. Walaupun Qila meronta, Mazlan tetap memukulnya bagi mendiamkan Qila.
“Aku minta 100 ribu, kau lambat nak bagi siapa suruh! Sekarang aku nak kau rasakan kesakitan aku dan dendam aku.” Balasnya.
Baru sahaja Mazlan merendahkan dirinya pada Qila sebelum dia terdengar pintu dirempuh dan kelihatan seorang wanita bertudung dengan wajah cemas bersama lelaki yang dia begitu kenal.
“Mika?”
“Abang Maz! Lepaskan dia!” Jerkah Mikael.
Mazlan yang terkejut terus menjauhi Qila. Qila kini diambil oleh Haniem yang datang ke rumah Qila kerana risau tetapi tak disangka mendengar suara jeritan lelaki di dalam rumah Qila. Qila memeluk erat Haniem dengan rasa yang ketakutan.
Mikael melangkah ke arah Mazlan lalu dia menumbuk pipi lelaki itu kasar. “Aku betul-betul tak sangka kau ada perangai setan macam ni! Kalau macam ni lah bang, aku sebagai adik tak sanggup nak mengaku kau abang aku. Aku lebih rela bela anjing kurap kat luar sana daripada kau.”
Mazlan tak berganjak. Dia tedus memukul Mikael juga dan akhirnya pergaduhan tercetus.
“Hentikan! Kau Mazlan.. aku akan telefon polis kalau kau.. tak berhenti. Aku janji akan bayar kau duit yang kau nak dan aku nak kau lepaskan aku dengan keluarga aku. Sekali kau sentuh keluarga aku, aku akan pastikan kau... meringkuk dalam penjara.”
Mazlan berhenti lalu memandang Qila. “Okey. Aku bagi kau tempoh esok je. Kalau kau tak bagi aku duit tu, kau tahulah nasib kau dan kalau kau report polis tentang apa yang jadi malam ni, kau tunggu.”
Qila menghela nafas sedikit lega namun masih lagi memikirkan bebanannya.
Mazlan berlalu pergi dengan kemarahan yang membuak-buak.
Haniem dan Mikael mahu menenangkan Qila sehingga mereka membawanya menuju ke restoran untuk Qila minum minuman sejuk bagi menenangkannya fikirannya. Setelah minuman tiba, ruang restoran yang kini tiada sesiapa semakin suram kelihatannya. Haniem yang di sebelah Qila menatap Mikael kosong sambil menenangkan Qila di sebelahnya.
“Kenapa kau tak beritahu aku tentang hal ni? Dia ke punca kau berhenti kerja?”
Qila hanya mengalirkan air matanya sambil tunduk.
“Dengar sini Qila, aku ada kat sini dengan kau dan kau boleh ceritakan semuanya. Aku risaukan kau tadi dan aku nak sangat jumpa dengan kau. Tak sangka.. aku boleh jumpa kau dalam keadaan... yang macam tu.” Ujarnya sedih.
“Aku... aku terpaksa rahsiakan semuanya daripada keluarga aku dan... kau sebab aku tak nak... susahkan korang dan tak nak... tak nak Mazlan buat lebih lagi.”
“Walaupun macam tu, kau tetap kena beritahu aku tentang apa yang terjadi. Janganlah larikan diri macam tu je. Aku risaukan kau dan aku rasa bersalah sangat. Aku takut Qila yang aku lah punca kau berhenti kerja.”
Qila memegang tangan Haniem erat. “Tak mungkin aku nak tinggalkan kerja yang aku dah selesa duduk. Aku... aku tak nak kau terlibat Haniem.”
“Tapi aku kawan kau dan aku kena ada dengan kau. Faham?”
“Aku minta maaf sebab rahsiakan semua ni daripada kau.” Qila dan Haniem memeluk satu sama lain dan Haniem menenangkannya.
Mikael tak berani nak mencelah tetapi dia tahu yang sudah tiba masanya dia bertindak. Mikael menolak cek ke arah Qila.
“Ini duit pampasannya.”
Qila dan Haniem meleraikan pelukan sambil memandang Mikael yang tersenyum.
“Saya ingatkan abang saya takkan berani buat sesuatu yang lebih dari apa yang awak sangkakan. Saya salah faham sebenarnya pada awak selama ni Qila dan saya tak tahu lelaki yang saya sangka.... anak ikan awak rupa-rupanya... abang saya yang mengongkong awak.”
Qila memandangnya tak percaya. “Awak ingat... saya perempuan murahan yang akan buat maksiat ke?!”
Mikael diam sebab itulah yang difikirkannya.
“Saya dah agak yang awak ada muslihat sebenarnya.”
Haniem menenangkannya. “Selama ni Mika bagi kau bahan mentah sebab dia nak tengok siapa lelaki tu dan nak hentikan kau. Kau janganlah marahkan dia. Mika pun tak sangka dengan apa yang terjadi.”
Qila menatap Haniem.
“Ya. Mazlan dah melampau dan saya akan nasihatkan dia. Awak jangan risau Qila. Saya akan... pastikan dia takkan sentuh awak lagi.”
“Awak haraplah. Empat tahun saya kenal dia, saya tak pernah ada hari bahagia dengan dia dan saya salah dalam cintakan dia. Saya tak rasa Mazlan akan dengar nasihat budak mentah macam awak. Mungkin, awak sama je macam dia!”
Mikael tahu kemarahan Qila akan membuak berkaitan lelaki. Namun denyutan di pipinya benar-benar sakit ditumbuk beberapa kali. Dia mengeram membuat Qila risau begitu juga Haniem yang melihat.
“Jomlah kita ke kereta Haniem. Kau ada peti... kecemasan kan?”
Haniem terkejut dengan perubahan emosi Qila. Dia mengangguk dalam kekeliruan.
Mereka bertiga membuat pembayaran lalu terus menuju ke kereta Haniem. Mikael diberi duduk di dalam kereta dengan Qila yang berdiri di hadapannya meletakkan ubat ke pipi kanan Mikael yang sedikit bengkak.
“Sakitlah!”
“Tahanlah sikit! Lelaki pun sakit ke? Awak kena jadi jantan dan jangan jadi lemah.”
Mikael mencebik.
“Lagipun awak ni bukannya pandai sangat berlawan kan? Lebih je tadi menjerit.” Kritik Qila.
“Bisinglah. Saya nak selamatkan awak je. Saya tak sempat nak makan masakan awak. Lemak cili api habis macam tu je.”
“Masih fikirkan lagi tentang lemak cili api? Awak ni tak sedar ke situasi kita berada sekarang.”
“Apa-apa pun, lemak cili api kan sedap.” Ujarnya.
Qila terus menyapu ubat sehingga akhirnya dia beralih ke tong sampah membuangnya. Anak mata Haniem dengan senyuman kawannya dipandang pelik.
“Kenapa dengan kau ni? Tersengih-sengih?”
“Tak adalah. Aku tak sangka... kau masak? Like, sebelum ni kau tak pernah masak dan selalu je beli. Tapi, kau masak?”
Qila memukul bahu Haniem. “Kenapa pula tak percaya? Macam lah aku tak pernah masak. Bukan ke sebelum ni kau datang rumah, ada je aku masakkan untuk kau?”
Haniem mengangguk mengiakan. “Cuma emosi kau berubah. Aku rasa kau... dah okey dah sekarang kan?” Haniem mengerling Mikael di keretanya
“Kau nak cakap... aku sukakan mamat tu ke?”
Haniem mengangkat bahunya.
“Mazlan abang dia dan tak mustahil perangai dia pun sama. Aku tak nak terlibat dalam kesengsaraan kedua kalinya.”
“Qila, kau ni kan.. sama je macam aku. Aku kenal Mika tu dah lama tau. Masak lemak cili api, aku lah yang bagi kat dia selalu sampai makanan tu jadi favourite dia. Selama pengenalan aku dengan dia, aku tak pernah nampak dia berlaku kejam dengan sesiapa. Dia berbeza dan setiap manusia diciptakan berbeza. Kita yang.. jadi tukang kritik nya.” Ujar dia.
Qila mengeluh. “Aku takut Haniem. Aku tak nak... benda yang sama terjadi lagi.”
“Aku faham.”
Tangan mereka dipegang lagi. Qila dan Haniem kembali ke kereta sehingga larut malam. Mikael telah pulang bagi membincangkan hal ini dengan abangnya manakala Haniem membawa Qila pulang ke rumahnya memandangkan Qila masih lagi terasa trauma akan keadaan yang berlaku kepadanya.
Share this novel