bab 52

Romance Completed 1369

ADHIYAT dan Haniem menunaikan solat maghrib dan isya’ bersama-sama seperti yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Haniem tenang Adhiyat mengimamkan dia dalam solat dan setiap patah bacaan Adhiyat sangat merdu nak didengarnya. Sementara Adhiyat membaca Al-Quran, Haniem turun ke tingkat bawah bagi menghidangkan lauk yang sudah dimasakkan untuk suaminya pulang dari tempat kerja. Dia memanaskan sedikit lauk yang sejuk kemudian menghidangkannya ke atas meja.

“Wah, Haniem masak semua ni?” Kagum Adhiyat dengan isterinya.


“A’ah. Abang suka tak?”


“Haniem masak, mestilah abang suka.” Adhiyat menarik kerusi.

Haniem tersenyum padanya lalu dia meletakkan nasi ke dalam pinggan Adhiyat dengan secukupnya. “Macam mana dengan kerja hari ni? Penat?”

“Boleh tahan lah. Tapi Fik tu kecoh je dia hari ni.”

Berkerut kening Haniem sambil meletakkan lauk ke pinggan Adhiyat. “Kecoh? Kenapa?”

“Kat office ada pekerja baru dan dia.. tak suka sikit dengan pekerja tu. Abang pun tak faham kenapa dia tak suka padahal lelaki tu kawan sebilik dia masa zaman universiti dulu. Kalau tanya dia cuma jawab dia ada rahsia dengan lelaki tu yang dia tak boleh beritahu.”

“Tak apalah. Abang baiki lah masalah tu dan Fik pun mesti penat juga sebab sebelum ni Hanis tu kerap sangat mengidam nak itu ini sampaikan tak larat nak layan dia.”

Adhiyat mengangguk. “Sebelum ni pun dia ada je beritahu abang pasal tu juga. Tapi abang rasa tak adalah teruk sangat kalau isteri mengidam kan?”

“Nanti abang rasa lah.”

Adhiyat ketawa senang dengan Haniem. Mereka berdua mula menikmati makan malam dengan cerita masing-masing di tempat kerja.


“Sekarang Haniem dah tahu dah pasal Qila dengan Mazlan. Teruk betul abang sepupu abang tu. Dia reka cerita pasal Qila sebab nak Haniem terpedaya. Haniem dah kenal Qila lama dah dan Haniem tak rasa dia perempuan yang macam tu.”

“Tulah. Abang pun tak nak Haniem percayakan cakap Mazlan. Adik beradik dia yang lain mungkin Haniem boleh percaya. Tapi kalau abang Maz, jangan pernah percaya sebab dia tu suka sangat jatuhkan orang.”

“Kenapa perangai dia macam tu?” Tanya nya.

“Semuanya sebab tok aki juga. Dulu keluarga abang Maz bapa kedana sebab syarikat ayah dia bankrup. Diorang minta tolong tok aki untuk bantu diorang. Tapi tok aki masih ingat apa yang... mak dan ayah abang Maz cakap tapi abang Maz tak dengar dan tahu apa yang mak ayah dia dah buat. Tok aki tak nak langsung beri diorang belas kasihan sampailah diorang kemalangan. Abang Maz tahu semua tu daripada sepupu kitorang yang lain dan dia marahkan tok aki dengan Opah sebab tak boleh mengalah dengan anak sendiri. Keluarga abang ambil abang Maz dengan adik-adik dia tinggal dengan kitorang sebab tok aki langsung tak nak jaga diorang dan tak benarkan keturunan anak dia ada dalam rumah tu.” Ceritanya panjang lebar.

Haniem mendengarnya dengan asik dan sedikit kesian.

“Tapi abang Maz pun tahu yang umi ada kat sana dan dia langsung tak pertahankan adik dia sendiri. Jadi abang Maz pun marahkan juga umi dengan baba. Lepas dia 18 tahun, dia keluar dari rumah dan hidup berdikari. Tak sangka syarikat arwah ditebus balik oleh tok aki sebelum dia meninggal yang abang Maz tak percaya. Harta arwah jatuh ke tangan abang Maz dan separuh buat Mika. Hanya Mika dengan Maya je yang kenang budi keluarga kami berbanding abang Maz.”

“Jadi sebabkan tok aki... dia salahkan semua orang dan dia tak nak dengar cerita sebenar?”

Adhiyat mengangguk. “Abang Maz rasa tok aki lah punca keretakkan semuanya. Dia tak pernah maafkan tok aki dan abang... walaupun marahkan tok aki, dia tetap ada sisi yang baik yang dia tak tunjukkan. Dia hanya nak yang terbaik untuk cucu-cucu dan anak-anak dia.”

Haniem mengusap bahu suaminya yang nampak sedikit sedih akan masalah keluarganya. Namun nama tok aki mengingatkan Haniem pada lelaki yang membantunya juga. Tetapi mustahil sebab lelaki itu tiada langsung khabar berita setelah dia memberikan Haniem semua harta itu di usia yang mencecah 20 tahun.

Selesai saja menikmati makan malam mereka, Adhiyat dan Haniem menonton televisyen sambil tidur berpeluk di sofa. Sungguh nyaman apabila bersama.

“Esok abang kena kerja. Haniem cuti kan?”

“A’ah. Kenapa? Abang nak ambil cuti juga?”

Adhiyat ketawa senang. “Abang tahu Haniem nak abang ada dengan Haniem. Tapi sayang, esok abang ada mesyuarat penting untuk pelancaran buku minggu depan. Tiba-tiba je diorang percepatkan. Jadi abang tak boleh ambil cuti beberapa minggu sebelum hari pelancaran tu.”

“Tak apa, Haniem faham. Haniem pun kalau boleh nak abang fokus dengan kerja dan jangan fikirkan Haniem selalu.”

“Tak bolehlah sayang. Nasi goreng seafood yang Haniem buat tadi, semua orang terliur tau. Ramai yang berebut nak rasa sampai abang rasa bangga ada isteri macam Haniem.”

Haniem tersenyum. “Haniem masak tak adalah sedap sangat. Umi masak lagi sedap.”

“Dua-dua pun sedap.”

Mereka berpeluk lagi.

“Habis esok Haniem nak buat apa seorang-seorang kat rumah?” Tanya nya lembut.

“Oh, esok Hanis dengan ibu nak datang. Katanya nak lah juga tengok rumah kita ni. So Haniem kenalah bersihkan rumah sebelum diorang datang.”

“Abang sempat tak jumpa diorang?”

“Urhmm.. tak rasanya sebab esok Fatin dia kena pergi jumpa doktor gigi lepas jumpa Haniem.”

Adhiyat mengangguk mengerti. “Kalau macam tu, sayang kirim salam jelah. Cakap kat ibu abang minta maaf sebab tak dapat jumpa dia.”

“Okey.”

Malam kian larut jua. Haniem dan Adhiyat masuk ke bilik untuk melenakan diri mereka dengan angin malam dan esoknya Adhiyat harus ke tempat kerja juga.

Setelah solat subuh, Hanim terus turun ke tingkat bawah menyiapkan sarapan untuk Adhiyat. Sementara Adhiyat sedang bergim di bilik senaman yang disediakan untuk dirinya. Dia mandi kemudian menyarungkan baju sut dia bersiap-siap nak ke tempat kerja. Payah pula Adhiyat nak kancing kan baju di bahagian tengkuk nya.

“Haniem! Haniem! Boleh tolong abang kejap?”

“Ye kejap!” Laung Haniem kembali di tingkat bawah.

Haniem bergegas naik ke tingkat atas menemui suaminya yang berada di hadapan cermin.

“Boleh tolong abang kancing kan baju ni. Payah sikitlah.”

Haniem tersenyum kemudian mendekatinya. Dia membutangkan baju Adhiyat di bahagian tengkuk nya dan tak lupa untuk memakaikan Adhiyat tali lehernya sekali. Setelah Adhiyat menyarungkan kot dia, Haniem menatapnya penuh ghairah apabila Adhiyat nampak kacak dan kemas. Perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya ke tengkuk Adhiyat yang berbau wangi itu. Haniem menolaknya lembut.

“Bukannya abang tak nak. Tapi abang lagi suka kalau Haniem buat semua ni. Cuma sayang, abang tak sempat lah. Nanti kalau abang tak masuk office, habislah kerjaya abang.”

Haniem tersenyum. “Sorry, abang bau... wangi sangat sampai Haniem terasa nak bau.”

“Yeke? Kalau macam tu, ambil perfume ni dan cium lah baunya. Ingatkan abang sekali masa Haniem tengah cium bau tu.”

Haniem memukul dadanya lembut. Minyak wangi Adhiyat yang diberikannya diletakkan ke atas meja solek semula. “Dahlah, jom breakfast. Nanti lambat abang nak pergi kerja.”

Adhiyat dan Haniem yang memegang beg kerja Adhiyat turun ke ruang makan. Setelah duduk, Haniem menghidangkan lagi makanan buat suaminya kemudian Adhiyat menikmatinya dengan tenang. Haniem juga bekalkan makanan buat suaminya. Selesai makan, Adhiyat berangkat ke tempat kerja dengan mencium dahi Haniem. Haniem melambaikan tangannya sebaik saja kereta Adhiyat keluar dari perkarangan rumah mereka.

Jika hari-hari begini, Adhiyat yakin hidupnya akan lebih bahagia daripada biasa dengan apa yang Haniem sudah lakukan padanya. Wanita itu buat dia angau. Haniem turut merasakan benda yang sama. Adhiyat sama sekali berbeza debgan Huzair seperti yang Encik Malik pernah berkata sebelum ini.

Haniem meneruskan harinya dengan membuat kerja-kerja rumah. Mula-mula sekali, dia membersihkan bilik dia dan Adhiyat dengan menukar cadar baru. Setelah itu, Haniem membersihkan bilik-bilik yang lain yang digunakan Adhiyat seperti bilik gim dia dan bilik pejabatnya. Baru Haniem perasan yang bilik pejabat Adhiyat kosong dan teringat dengan barang-barang di rumah Datin Haliza. Haniem membiarkannya dan dia kemudiannya membersihkan ruang tamu dan ruang dapur di bawah pula.

Selesai saja, Haniem merebahkan dirinya ke atas sofa. Ketukan di pintu depan membuatnya terpaksa bangun semula lalu membukakan pintu depan. Tak terkejut dia nelihat Puan Zahara, Hanis, Fatin dan Encik Malik yang turut datang. Haniem bersalaman dengan mereka dan pada Fatin dia mencium manis.

“Masuklah.”

“Wah, besarnya rumah akak. Kalau macam ni, duduk seorang-seorang pun takut.” Kata Hanis dengan kagum nya.

“Tulah. Akak pun kalau boleh nak je suruh Hanis datang selalu bila akak cuti. Akak pun tak tahu nak buat apa.”


“Boleh je. Hanis pun bukannya ada apa nak buat kat rumah selain layankan si Fik dengan si Fatin ni. Tak habis-habis nak usik Hanis tentang perut buncit Hanis ni.”

Haniem ketawa senang sambil mengusap kepala Fatin yang turut ketawa.

“Ayah dengan ibu duduk lah dulu. Haniem buatkan air heh?” Jemputnya kemudian melangkah ke dapur.

Encik Malik dan Puan Zahara masih mengagumi ukiran dan seni bina rumah ini. Memang cantik dengan halaman yang luas di luar sana. Tak lama selepas itu, Haniem tiba dengan teko dan cawan yang dibawa dengan dulang. Dia menuangkan minuman kepada Encik Malik, Puan Zahara dan Hanis. Pada Fatin, dia melayannya dengan baik sekali.

“Pandai juga si Ad tu pilih rumah ya. Ayah tak sangka sebesar ni dia boleh bagi kamu keselesaan.”

Haniem tersenyum. “Haniem tak nak rumah sebesar ni. Apa yang Haniem nak, dia ada dengan Haniem. Ini rezeki rumah ayah dan Haniem bersyukur pada Allah.

Encik Malik mengangguk sungguh gembira melihat Haniem.

“Haniem seronok?” Tanya Puan Zahara pula.

“Seronok.”

“Kan ibu dah cakap dulu. Jumpa dengan Adhiyat dulu dan barulah judge semahu Haniem. Adhiyat tu baik orangnya dan ibu kenal dia sebagai budak yang.. pandai ambil hati orang tetapi tak mainkan perasaan orang.”

“Haniem minta maaf sebab pernah bantah apa yang ibu nak sebelum ni.” Katanya sedikit menyesal.

“Hisy, apa pula Haniem bantah. Tahu tak, apa yang ibu nak, Haniem selalu kabulkan dan ibu rasa... bangga dengan Haniem. Sesekali ibu pernah salahkan diri ibu sebab terlalu memaksa Haniem untuk pilih pasangan sedangkan... ibu tahu hati Haniem perlukan masa. Ibu minta maaf.”


“Don’t worry. Haniem dah lama maafkan ibu dan sebabkan ibu jugalah Haniem jumpa lelaki idaman Haniem. Lelaki yang Haniem tahu dia akan beri Haniem segala-galanya.”


Gembira Puan Zahara melihat Haniem yang kini mula bahagia.

“Syukurlah Haniem kalau Haniem pun... nampak bahagia je tinggal dengan Ad. Ayah yakin, dia memang yang terbaik untuk Haniem.”

Haniem mengangguk. “Tapi tulah. Dia memang nak jumpa ibu dengan ayah. Tapi dia kerja hari ni dan sibuk sikit. Dia kirim salam je.”

“Waalaikumusalam.” Jawab Puan Zahara dan Encik Malik serentak.

Mereka bertiga duduk di rumah Haniem sehingga agak petang juga. Mereka berehat dan makan tengahari di sini. Setelah itu temu janji Fatin dengan doktor harus diteruskan. Hanis, Encik Malik dan Puan Zahara meminta diri kemudiannya. Kini rumah Haniem kembali sunyi semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience