ADHIYAT yang menantikan hari-hari seterusnya dengan sangat tak sabar makin gembira apabila harinya sudah tiba. Hanya esok sahaja dia akan berkemas lalu dia pun boleh pergi bercuti dengan Haniem di Sabah. Tempat yang penuh degan laut biru, pemandangan yang cantik di waktu malam dan tempat yang berdekatan dengan laut. Namun kegembiraan Adhiyat seringkali pudar apabila melihat Datin Haliza sedikit sedih nak melepaskannya.
Di waktu petang sebelum makan malam, Haniem memeriksa bilik Adhiyat yang kemas tersusun semuanya. Ada meja, kerusi, rak dan macam-macam perabot yang warna putih dan hitam kena dengan personaliti Adhiyat yang elegan. Buku-buku kegemaran Adhiyat diambilnya lalu dia membacanya. Tak disangka pelukan manis Adhiyat membuat dia tersenyum senang.
“Awak memang suka ambil barang orang heh? Tak takut... kalau saya report polis tentang awak?”
Haniem ketawa. “Urhmm.. tak.”
“Oh, berani! Kalau macam tu, saya takkan biarkan polis tangkap awak dan masukkan awak dalam penjara. Tapi saya nak diorang masukkan awak dalam hati saya supaya buat saya terima insurans.”
“Wow. Is that a.. pickupline?”
“You think?”
Makin melebar senyuman mendengar suara manis Adhiyat yang mengasyikkan di telinganya.
“Awak dah kemas barang awak?” Tanya nya.
“Masih awal lagi lah.”
“Bukannya saya nak cepat sangat pun. Saya takut awak tertinggal apa-apa nanti sebab kita nak terus balik rumah yang saya dah belikan untuk saya dan awak. Nanti semua barang-barang dalam bilik ni pun saya nak bawa pergi sana juga.”
Haniem memandang sekeliling lalu dia mengangguk. “Okeylah. Nanti saya kemaskan dan sekarang...” dia memandang Adhiyat. “... awak tahu kan pasal umi? Sebelum kita pergi, kita bercakap dengan dia dulu. Saya tahu dia sedih nak tinggalkan awak sama macam... ayah sedih nak saya pergi tinggalkan dia.”
“Saya tahu. Saya pun risau dengan keadaan umi kalau dia terus sedih macam tu. Dulu dia pun rasa benda yang sama pada kak Dhiya. Sebabkan rindu, dia jatuh sakit. Saya takut semuanya akan jadi pada dia lagi nanti.”
“Kalau macam tu, hari ni kita tak payah keluar macam hari sebelum ni. Kita lebihkan masa dengan umi dan baba.”
Adhiyat mengangguk setuju.
Mereka berdua turun ke tingkat bawah. Disebabkan Datuk Azlan nak bercakap tentang hal kerja dengan Adhiyat, Haniem melangkah ke dapur menemui Datin Haliza yang menyiapkan makan malam. Dia pun nak belajar masak asam pedas dengan wanita itu memandangkan itu makanan kegemaran Adhiyat.
“Umi,”
“Ha, Haniem! Meh sini. Umi nak ajar Haniem masak asam pedas supaya nanti Haniem tak susah.”
Haniem mendekatinya sambil menyarungkan apron. Dia mula memasak dengan Datin Haliza yang memerhatinya memasukkan beberapa bahan yang mungkin Haniem terlepas pandang.
Masakkan yang dimasak hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Selepas itu, Haniem meletakkan asam pedas ke dalam mangkuk kaca untuk dihidangkan. Saat dia meletakkannya, Haniem melihat anak mata Datin Haliza tak lari dari menatap kosong asam pedas dengan senyuman manisnya. Haniem meletakkan nya ke atas meja dapur sebelum dihidangkan dengan lauk lain ke meja depan.
“Umi, boleh Haniem cakap sikit.”
Datin Haliza yang menghidangkan lauk lain hanya mengangguk sambil tersenyum pada Haniem.
“Umi tak nak kami... tinggalkan rumah ni lagi? I mean, Adhiyat... pergi?”
“Tak adalah. Umi cuma... cuma mengada-ada je lebih. Dulu masa Ad tak nak kahwin, umi paksa dia kahwin. Sekarang bila dia dah kahwin, umi... rasa macam lebih baik dia membujang. Tapi itu semua mindset yang tak bagus.” Jelas dia.
“Haniem tahu... umi sedih Ad nak tinggalkan rumah ni. Haniem... Haniem boleh bincang Ad supaya kami pindah lagi seminggu. Selama seminggu ni, bolehlah kita duduk sama-sama.”
Datin Haliza menatap Haniem lalu tersenyum. “Nanti jadi dua minggu Haniem dengan Ad duduk rumah umi. Umi tak nak korang tak boleh rasa rumahtangga sendiri sebabkan perangai umi.”
Haniem diam.
“Umi percayakan Haniem untuk jaga Adhiyat dan umi percayakan Ad untuk setia dengan Haniem. Nak melepaskan anak yang dah kahwin tinggal dengan keluarga diorang, memang susah. Tapi bila dah lama, kita akan faham juga. Anak-anak perlu berdikari dan tak patut sendiri. Umi yakin... umi boleh biasakan diri terima anak-anak umi yang akan pergi tinggalkan umi.”
“Haniem faham perasaan umi sebab.. ayah pun rasa benda yang sama. Haniem janji akan datang lawat umi sekali-sekala dengan Ad. Umi just beritahu je kalau umi nak jumpa Ad dan kami boleh datang sini.”
Datin Haliza tersenyum lagi menatap Haniem. “Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Mereka berdua menghidangkan makan malam apabila tiba masanya. Haniem dan Adhiyat naik ke tingkat atas untuk mandi dan solat sebelum turun makan. Apabila mereka kembali turun ke tingkat bawah, makanan sudah terhidang siap, berserta pinggan, gelas dan minuman. Haniem dan Adhiyat duduk di kerusi yang dah disediakan.
Haniem menolak Adhiyat meletakkan nasi dan beberapa lauk lainnya. Setelah membaca doa, mereka berempat mula menikmati makanan masing-masing.
“Korang nak pergi honeymoon ke?” Datuk Azlan membuka perbualan di meja makan yang sunyi.
“A’ah. Semuanya dah booking.”
“Kat mana?”
“Sabah. Tempat kat sana cantik, ada pulau lagi. So Ad pernah pergi sana untuk kerja dan apa salahnya kalau pergi honeymoon kat sana juga kan?”
Datuk Azlan ketawa. “Dah planning awal-awal lah ni ya?”
Adhiyat turut ketawa.
“Kenapa tak pergi luar negara je Ad? Bawa Haniem pergi Paris ke, pergi UK ke, tempat-tempat yang menarik. Kan best?”
“Alah Ba. Local more fun! Lagipun Haniem cakap dia pun tak pernah pergi Sabah walaupun dalam negara sendiri. Ad nak bawa lah Haniem jelajah tempat-tempat yang menarik kat sana.”
Datuk Azlan mengangguk mengerti. “Kalau macam tu, tak apalah. Kalau Haniem nak bergembira juga, apa salahnya. Baba pun nak juga tengok Ad dengan Haniem berseronok sama-sama.”
Mereka terus menikmati makan malam lagi sebelum Adhiyat perasan wajah Datin Haliza. Dia menunggu sehingga akhirnya makan malam berakhir untuk bercakap dengan Datin Haliza.
Adhiyat mendekati Datin Haliza yang kini sedang membasuh pinggan.
“Kenapa tak minta Haniem je basuh kan?”
Datin Haliza mengurut dada apabila Adhiyat datang menerjah seperti itu. “Hisy, suka sangat buat umi terkejut lah!”
Adhiyat ketawa.
“Umi tak nak susahkan Haniem. Tadi dia pun ada offer, tapi umi cakap umi nak dia rehat je sebelum pergi Sabah esok. Lagipun dia masih ada barang yang dia tak kemas lagi kan.”
“Betul juga. Tadi Ad minta dia untuk kemas sekarang sebab Ad takut dia tertinggal barang. Baguslah kalau dia dah kemaskan barang-barang dia.”
Datin Haliza hanya menghela nafas panjang.
“Umi, Ad tahu umi... tak nak Ad pergi kalau boleh. Tapi Ad kena juga pergi untuk teruskan hidup Ad sebagai status suami kepada Haniem.”
Datin Haliza memandang Adhiyat. “Umi tak kisah Ad. Umi ni cuma... cuma sayu sikit je.”
“Sebab tu Ad risau. Ad risau kalau umi jadi macam ni, benda yang sama akan jadi lagi macam masa kak Dhiya kahwin dulu.”
“Umi minta maaf. Umi akan cuba.. untuk cekalkan hati bila Ad pergi nanti.”
“Ad tak nak.. umi fikir umi akan kehilangan Ad lepas ni semua. Ad akan tetap sayang umi dan begitu juga dengan Haniem. Kami berdua... takkan pernah lupakan umi. Seminggu kat sini buat kami makin sayangkan umi bila umi tak habis curahkan kasih sayang buat kami berdua. Haniem ataupun Ad akan datang sini visit umi. Percayalah.” Pujuk dia lagi.
Datin Haliza mengusap pipi anaknya. “Baiklah sayang. Ad, jaga Haniem, jalankan tanggungjawab dan pastikan Ad... setia dengan Haniem sebab itu je yang Haniem nak dan tak payah pun untuk Ad buatnya. Umi akan terus berdoa pada Allah untuk pastikan rumahtangga Ad dengan Haniem kekal selama-lamanya.”
“Terima kasih. Ad pun akan sentiasa doakan kesihatan umi dan Ad nak umi jaga kesihatan umi.”
“Yelah.”
Semasa berpelukan, anak mata Adhiyat terarah ke arah Haniem dan Datuk Azlan yang berada tak jauh dari ruang dapur. Mereka berdua tersenyum menatap Adhiyat dengan Datin Haliza. Adhiyat gembira jika Datin Haliza melepaskannya jua. Memang payah bagi ibu bapa nak melepaskan anak-anak mereka yang dibesarkan dan disayangi tanpa penat.
Adhiyat dan Haniem bangun pada pagi itu dengan hati yang gembira juga. Mereka berkemas kemudian turun ke tingkat bawah untuk berangkat. Penerbangan mereka hanya ada dua jam lagi dan mereka tak mahu ketinggalan.
“Ingat, jaga Haniem Ad!” Pesan Datin Haliza keras semasa Haniem bersalaman dengannya.
“Tak nak lah. Ad nak culik Haniem!”
Datin Haliza memandangnya tak percaya manakala Datuk Azlan dan Haniem ketawa senang.
“Umi ni tak payahlah nak risau. Haniem isteri Ad dan Ad akan jaga permaisuri Ad ni macam mana Datuk Azlan jaga Datin Haliza.”
Datin Haliza memukulnya. “Jangan nak banyak main! Buat apa yang umi nak dan kalau Ad sakitkan hati Haniem, umi takkan lepaskan Ad tau. Keliling bandar KL ni pun umi sanggup kejar.”
“Sampai macam tu sekali umi tak percayakan Ad. Kalau macam tu, lebih baik umi je yang jadi suami Haniem supaya umi boleh jaga Haniem ni.”
“Kalau boleh dah lama dah! Sekarang jangan nak banyak cakap, baik pergi cepat. Terlepas flight nanti, jangan nak salahkan umi ya.”
“Yelah.” Adhiyat bersalaman dengan Datin Haliza dan Datuk Azlan kemudian dia mengangkat beg masuk ke dalam bonet.
Adhiyat meneruskan perjalanannya dengan senang hati bersama isteri tercinta. Tangan Haniem tak lepas dari dipegangnya sehinggalah tiba di lapangan terbang. Adhiyat tak memberi Haniem membawa begnya sendiri malah dia sendiri yang membawakannya buat Haniem.
Setelah menaiki kapal terbang, Adhiyat melihat ke luar tingkap dengan bersemangat sehingga membuat Haniem gembira. Penerbangan mereka tak ambil masa yang lama sebab destinasinya hanya dekat. Disebabkan di kepulauan, mereka harus menaiki kapal terbang untuk tiba di sana. Setelah tiba, mereka terus menuju ke hotel yang telah ditempah Adhiyat. Tiba sahaja di sana, Adhiyat kepenatan sehingga dia tertidur tak sedarkan dirinya.
Share this novel