QILA mengemas barang-barang dia untuk dia pulang ke kampung selama tiga hari. Dia kalau boleh nak duduk lama sedikit untuk tenangkan fikirannya. Tetapi bila difikirkan semula, kasihan pada Haniem dan cikgu-cikgu lain yang mungkin kena cover kerja dia. Sudahlah dia baru saja masuk kerja dan sudah menyusahkan beberapa orang. Qila terpaksa ambil masa tiga hari saja untuk dia balik ke kampung halamannya.
“Terima kasih Haniem sebab kau.. sanggup tolong aku kemas barang ni semua.”
Haniem mengetap. “Macam tak biasa pulak. Well aku tolong ni pun sebab aku alang-alang kat sini nak ambil baju aku. So aku tolonglah kau.”
“Macam manalah aku boleh terfikir nak lari dari kau sebab tak nak kau ada kena-mengena dengan masalah aku sedangkan.. kau lah yang buat aku rasa... masalah aku settle macam tu je.”
“Tulah. Kau yang ikut perasaan. Kalau kau tak ikut perasaan, mungkin masalah kau takkan kau pendam macam tu je. Kita kan bestfriend yang dah kenal lama. Apa jenis masalah kau, kau beritahu aku. Mana tahu kalau aku boleh tolong kau. Ataupun semua masalah aku, aku beritahu kau.”
Qila mencebik menatapnya. “Yelah kau akan beritahu aku semua masalah kau. Bukan ke selalunya kau akan simpan biar berhabuk dalam hati kau tu?”
“Kalau masalah besar sangat, baik aku je settle kan. Kau pun ada banyak masalah yang nak diuruskan, kan?”
Qila hanya menghela nafas saja.
“Kau macam mana sekarang? Feel better atau.. kau masih alami mimpi buruk tu semua?” Tanya Haniem kerana dia merisaukan Qila.
“Sekarang dah kurang dah sejak kau call aku sebelum tidur dan tanya khabar aku. Aku rasa.. okeylah sikit.”
“Aku takut je kau akan lebih... depress kalau seorang-seorang. Aku nak teman pun tak boleh juga sebab semua barang aku ada kat rumah dan kau pun tahu ayah aku tu risaukan sangat kalau aku balik lambat.”
Qila ketawa kecil. “Mana tak nya. Anak dara dia kut dan mestilah dia risau pasal kau.”
Haniem hanya mengeluh.
“Tapi kan, jujur aku beritahu kau yang... aku rasa macam masalah aku dah settle semuanya. Yelah, sejak Mazlan tak ganggu aku dan sejak si Mikael tu tak nampak batang hidung. Aku rasa macam tenang.”
“Baguslah. Tapi takkan lah kau serabut dengan Mikael kut.”
Qila mengeluh. “Memang aku serabut dengan dia. Yelah, selalunya dia minta aku masak yang bukan-bukan dan aku pun sesekali rasa penat juga nak masak untuk dia. Dia ingat dia tu.. husband aku sampai aku nak kena jaga makan minum dia. Please lah!”
“Kau ni tak baik lah. Kalau buat kerja tu biar ikhlas dan bukannya bercakap buruk belakang dia.”
“Tak kisahlah. Aku tetap rasa dia ni sama je macam abang dia. Kau tahu, aku jumpa dia dengan.. perempuan lain and aku rasa dia ni ada banyak girlfriend macam abang dia juga. So memang tak lah aku nak sukakan lelaki tak ada bajet macam dia.”
“Tak baik kau tuduh dia. Mana tahu kalau... itu clients dia ke? Si Mika tu kan kerja syarikat dan dia mesti jumpa dengan banyak perempuan untuk bussines. Jangan nak main tuduh je tanpa unsur periksa.”
Qila mencebik memandang Haniem. “Yang kau bela sangat dia ni kenapa?!”
“Aku kenal dia kut dan sebab tu aku bela dia. Aku kenal dia lima tahun dan dua tahun jauh dari kau je. So aku rasa dia ni... jenis lelaki yang berdikari. Dia tak menyusahkan sesiapa sebab aku tak pernah nampak dia minta duit daripada Mazlan ataupun dia telefon abang dia. Dia kerja part time tau masa dia belajar dulu dan aku baru tahu dia ni anak orang kaya rupa-rupanya.” Cerita Haniem.
“Mana kau tahu yang dia tu tak minta duit dari abang dia? Kita tak tahulah perangai manusia ni macam mana.”
Haniem mengeluh. “Ikut suka hati kau lah!”
Qila tak mengendahkan Haniem kemudian dia mengemaskan pakaiannya sebelum anak mata dia yang tajam menangkap cincin di jari manis Haniem yang tak pernah disarungkan oleh wanita itu. Qila meninggalkan lipatan bajunya lalu dia duduk di hadapan Haniem sambil memegang cincin di jari Haniem sehingga buat Haniem terkejut.
“Aku tak pernah nampak pun cincin ni sebelum ni.”
Haniem menariknya semula lalu melipat lagi baju Qila.
“Kau.. rahsiakan something heh daripada aku? Ooo.. ini cincin persahabatan kau dengan kawan kau yang Hanis pernah cakap hari tu kan? Kau ni jahat lah!” Qila memuncungkan bibirnya merajuk.
“Kau ni macam isteri aku pula nak merajuk bagai!”
“Yelah! Aku tahulah aku ni tak ambil kisah pasal kau sejak aku tinggalkan kau sebab tak nak Mazlan kacau kau. Tapi kau tak nampak yang aku sebenarnya cuba nak selamatkan kau daripada iblis macam dia tu!”
Haniem memeluknya. “Kau seorang je kawan aku dan masa kau tak ada, ada banyak benda yang terjadi dalam hidup aku. Aku tak tahu nak beritahu siapa perasaan... bercelaru yang aku pendamkan masa tu. Aku perlukan kau.”
“Yeke? Sorrylah Haniem. Aku ni bodohlah. Habis, cincin tu.. siapa bagi?”
Haniem meleraikan pelukannya kemudian dia menatap cincinnya dengan senyuman manis. “Urhmm... aku dah nak bertunang. Minggu depan.”
“What?!”
“Aku memang nak beritahu kau sebelum ni. Tapi aku tahu kau nak balik kampung, selesaikan masalah kau dan.. tenangkan fikiran kau. Sebab tu aku tak beritahu kau dan aku rasa.. kalau kau tak ada majlis tunang pun, tak apalah. Asalkan kau ada majlis nikah.”
“Wait, wait, wait! Dengan siapa ni? Asal.. asal aku tak tahu?!”
Haniem mengeluh. “Aku minta maaf sebab tak beritahu kau. Aku bakal jadi tunang... Adhiyat Iman.”
“Ooo... penulis yang kau minat sangat tu? Kau buang buku dia bawah katil tu ke?”
Haniem memukul bahunya. “Apahal pula aku buang buku dia? Aku simpan buku dia sebab tak cukup rak nak letak.”
“Alah, jadi.. jadi dia lah bakal tunang kau?”
“Ya.”
“Tapi kenapa cepat sangat?” Tanya Qila masih tak berpuas hati.
“Family dia dengan family aku nak percepatkan. So dia jumpa parents aku dan aku jumpa parents dia baru.. empat hari lepas. Now ada tiga hari lagi untuk aku jadi tunang dia.”
“Kenapa kau tak beritahu? Aku balik lepas kau tunang nanti lah.”
“Hisy! Mak kau dah tunggu kau nak balik kampung. Kau pergi balik dan selesaikan masalah kau dulu. Aku tak kisah kalau kau tak ada masa aku tunang. But aku nak kau ada masa aku kahwin. Okey?”
Qila menatap Haniem lemah. “Tapi aku nak tengok kau bertunang.”
“Nanti aku hantarkan gambar je untuk kau.”
“Yelah, yelah. Tapi kau jahat heh tak beritahu aku bakal tunang kau tu sebenarnya, handsome, bekerjaya dan ramah.”
Haniem ketawa. “Kau tak payahlah nak merajuk sangat. Apa kata kalau kau gerak sekarang. Nanti kalau malam, susahlah.”
Benar juga kata Haniem. Kalau malam, dia yang tak berani nak balik mengikut jalan gelap. Qila cepat-cepat melipat baju dan menyambung perbualannya jika dia bertemu dengan Haniem tiga hari lagi.
Kereta dia dan Haniem berpisah di jalan yang berbeza. Qila memandu keretanya dengan memulakan doa kemudian dia memasang lagu sedikit kuat bagi menceriakan suasana hatinya nak balik ke kampung bertemu dengan keluarganya. Selama tiga jam perjalanan, ia tak buat Qila rasa sedikit bosan pun.
Dia tiba juga di rumahnya. Qila membawa beg dia masuk dan terus mencari kelibat Puan Ita.
“Assalamualaikum.” Nampaknya Puan Ita sedang berbual di dapur dengan kakak ipar dan abangnya.
“Waalaikumusalam. Balik pun! Mak ingatkan tak jadi.”
“Apa pula tak jadi. Qila kan dah janji nak balik kampung hari ni jenguk mak.”
Puan Ita memeluk erat anak perempuannya.
“Tak cukup nafas lah mak.”
Puan Ita meleraikannya lalu Qila ketawa senang. Bahu Qila dipukulnya lembut namun dia tetap tersenyum membawa anaknya ke meja makan.
“Qila nak makan apa? Biar mak ambilkan nasi.”
“Okey. Qila makan apa yang mak masak.”
Puan Ita segera menyendukkan nasi dan itu buatkan Qila begitu gembira melihat Puan Ita yang mesti merindukannya sangat-sangat.
“Hai akak! Rindunya kat akak dengan abang.” Dia beralih pada kakak ipar dia pula.
“Akak pun rindukan Qila. Jaranglah Qila nak balik kampung sekarang ni.”
“Qila dah start kerja semula dan sebab tu jarang nak balik.”
Kakak iparnya mengangguk mengerti.
Nasi yang telah dihidangkan buatnya diletakkan di hadapan dia kemudian lauk disenduk masuk ke dalam pinggan oleh Qila. Qila menikmati makanannya selepas membaca doa makan.
“Abang nampak kau makin berisi. Bahagia sangat ke pernikahan kau dah dibatalkan?”
Qila menjeling abangnya. “Boleh tak.. jangan nak bercakap tentang hal yang tak berguna macam tu?”
“Tak berguna? Jadi kau lah yang batalkan pernikahan tu?”
“Qila tak ada mood lah nak bercakap pasal hal ni!” Katanya lagi lebih tegas.
“Abang cuma nak tahu je.”
“Tak payah lah ambil tahu. Nanti-nanti Qila beritahulah. Cuma sekarang Qila tak rasa nak bercakap tentang Mazlan. Enough okay?!”
Puan Ita memegang bahu Qila. “Abang tanya je kan. Jawab baik-baik dan jangan nak kurang ajar dengan dia.”
“Abang tu suka sangat spoil kan mood Qila.”
“Yelah, dia tanya je sebab risaukan Qila.”
Qila menikmati makanannya tanpa bercakap sikitpun tentang Mazlan. Setelah itu, dia masuk ke dalam biliknya dengan membawa beg bagasi dia. Qila mandi membersihkan diri kemudian solat seperti pesanan Puan Ita sebelum dia masuk ke biliknya. Selesai saja, dia berehat sekejap.
Di kala malam, Qila selesai solat dan dia terus ke ruang tamu menonton televisyen sementara keluarga dia yang lain berada di dapur. Tak lama selepas itu, mereka ke ruang depan mengalihkan perhatian Qila.
“Ayah nak tanya pasal... Mazlan? Macam mana?”
Qila membetulkan duduknya menghadap Encik Khalid. “Urhmm... hubungan kami dah putus. Majlis tu dibatalkan.”
“Qila dengan.. Maz dah fikir masak-masak ke?”
“Dah.”
Encik Khalid mengeluh lemah. “Tapi kenapa nak batalkan perkahwinan?”
“Qila tak rasa.. dia akan jadi lelaki yang terbaik untuk Qila. Lelaki yang Qila harapkan.”
“Kalau tak kenal, macam mana kita nak nilai orang tu?”
Qila merengus. “Qila tahu dia bukan untuk Qila dan Qila harap.. ayah izinkan Qila untuk tak ada hubungan apa-apa dengan dia.”
“Ayah tak kisah. Cuma ayah tak nak Qila gunakan alasan untuk putuskan hubungan dengan Mazlan.”
Qila tunduk dan diam agak lama sebelum dia mengalirkan air mata juga. “Dia.. dia hampir rogol Qila.”
Encik Khalid menatap Qila.
“Qila, tak baik tuduh orang sembarangan.”
“Qila tak tuduh mak! Dia memang hampir rogol Qila. Mujur ada Haniem.. dan Mikael yang tolong Qila waktu tu. Selama ni dia dera Qila. Lebam yang mak nampak... semuanya dia yang buat dan Qila terpaksa tutup depan mak dan ayah sebab tak nak... korang terperangkap sekali.”
“Astagfirullahhalazim, betul ke ni? Jangan tuduh sembarangan Qila. Mak tak suka.”
Qila memeluk maknya. “Qila tak pernah tipu mak. Qila takut dan.. terseksa selama ni.”
“Tak guna! Biar aku ajar dia.”
“Jangan!” Halang Qila sebelum sempat abangnya bangun. “Qila tak nak... abang masuk campur dalam urusan dia. Qila kenal Mazlan dan dia sanggup buat apa saja. Dia syaitan bertopengkan manusia.”
“Habis, kau nak biarkan apa yang dia dah buat pada kau?”
“Qila tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau dia dah lepaskan Qila, Qila bersyukur.” Ujarnya.
Abangnya duduk kembali.
Encik Khalid mengalihkan pandangannya pada Puan Ita yang nampak risau. Dia mengeluh.
“Tak apalah. Ayah akan batalkan pernikahan tu dan ayah harap... Qila beritahu apa yang tak kena pada kami lepas ni.”
Qila bersyukur ayahnya mengerti.
“Kalau Mazlan dah lebih, ayah akan report polis dan ayah tak kisah kalau kena masuk perangkap si Mazlan tak guna tu sekalipun.”
Qila mengangguk.
Sungguh kasihan dia melihat anak perempuannya dan dia yakin Qila bercakap benar.
Share this novel