bab 86

Romance Completed 1369

REZA mencium anaknya berkali-kali di dalam kereta apabila mereka sekeluarga hendak pulang ke kampung. MakSu Zainal, PakSu Hairi, Tipah dan Humairah yang melihatnya sangat gembira. Humairah tahu yang suaminya pasti seronok apabila dia sudah berbaik dengan Adhiyat yang memang dia nantikan saat-saat yang macam tu.

Perjalanan jauh itu akhirnya buat mereka sekeluarga tiba juga di halaman rumah. Humairah keluar terlebih dahulu dan membantu PakSu Hairi mengeluarkan kerusi roda buat Reza. PakSu Hairi memapah Reza lalu duduk di atas kerusi rodanya dan dia seperti menahan sakit buat seketika.

“Abah, abah tak apa-apa?”

“Dulu abah ni gagah lah juga nak angkat Reza. Sekarang abah sedar yang abah dah makin tua dan Reza pun makin berisi. Abah... macam tak larat sangat.”

Reza kasihan dengan PakSu Hairi. “Reza ni.. menyusahkan abah ke?”

“Hisy, apa cakap macam tu. Reza tak menyusahkan abah dan pada abah inilah tanggungjawab seorang ayah yang sentiasa ada buat anaknya yang memerlukan.”

“Reza tak tahu macam mana lagi nak buat. Kalau abah rasa... Reza menyusahkan, tak apa. Lain kali Reza cuba bangun sendiri.”

PakSu Hairi menepuk bahunya. “Doktor dah cakap yang dia tak nak Reza terlalu memaksa diri. Reza yang tak percayakan diri sendiri dan sekarang ni Reza tetap kena duduk atas kerusi roda.”

“Bah, kos dia mahal. Reza tak mampu nak bayar kos perubatan fisiologi tu.”

“Abah pun... selalu fikirkan tentang duit untuk kos perubatan kaki Reza. Tapi kita boleh cuba nak dengan buat pinjaman.”

Reza mengeluh. “Bah, tengoklah apa yang jadi pada abang Maz bila dia buat hutang dan dia tak boleh nak bayar. Kos perubatan tu pun.. bukannya sikit bah. 20 ribu dan pinjam memang mudah. Tapi bila nak bayar, macam mana?”

PakSu Hairi terdiam memikirkan hal itu.

“Mungkin... inilah takdir Reza. Reza tak boleh berjalan dan inilah yang Allah dah tetapkan atas dosa-dosa Reza selama ni. Reza reda abah dan Reza rasa.. selesa kalau hidup macam ni. Reza tahu... Reza menyusahkan banyak orang. Kalau macam tu lah, Reza akan cuba... berdikari.”

“Jangan nak cakap benda mengarut lah Reza. Abah okey dan abah nak Reza hidup dengan tenang. Tak kisahlah Reza ni macam mana fiziknya. Abah, ibu dengan Tipah sayangkan Reza. Lebih-lebih lagi Humairah. Dia tu isteri yang baik untuk Reza.”

Reza ditolak kerusinya oleh PakSu Hairi mendekati isterinya. Dia menatap Humairah yang sedang bermain dengan anak mereka. Timbul rasa sebak dalam dirinya melihat isterinya begitu sempurna dan sanggup menerima dia apa adanya.

Setelah dia duduk di dalam bilik dengan Humairah menukar lampin Ayyad, Reza masih menatap isterinya.

“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Tanya Humairah apabila perasan tatapan suaminya.

“Awak menyesal kahwin dengan saya?”

“Apa ni?! Kenapa saya nak menyesal kahwin dengan awak kalau inilah yang ditetapkan oleh Allah?”

Reza senyum nipis. “Saya tertanya-tanya, kalau saya tak buat permintaan dengan tok aki supaya dia jodohkan saya dengan awak, mesti awak bahagia dengan abang Ad kan?”

Humairah menatap suaminya. “Awak masih risau kalau hati saya berubah pada abang Ad?”

Reza diam.

“Masa saya berkenalan dengan.. abang, dia memang seorang lelaki yang sangat gentleman. Tapi saya tersuka dengan awak yang buat saya rasa itu silap besar. Awak ada perangai yang abang Ad tak ada iaitu faham akan firasat hati. Abang dia tak pernah faham apa yang saya rasa dan dia tak pernah fikir benda yang sama saya fikir.”

“Jadi awak pilih saya dan masih mencintai abang Ad?”

“Lepas saya dapat tahu... dia marahkan saya dan awak, cinta saya dah tak ada untuk dia tapi hanya... permohonan maaf yang saya harapkan. Selepas beberapa tahun, dia akhirnya maafkan awak dan saya. Jadi saya hanya cintakan awak seorang je.”

Reza menatap isteri lagi dengan rasa sebak. “Walaupun saya cacat?”

“Saya tak fikir akan fizik awak. Saya terima dan cintakan awak dengan apa adanya.”

“Kalau saya lepaskan awak untuk cari lelaki yang lebih sempurna, sanggup tak?”

Humairah pantas menggeleng. “Takkan sanggup.”

“Tapi saya nak awak.. pergi tinggalkan saya, bawa Ayyad jauh dari saya dan.. cari lelaki yang lebih sempurna untuk jadi peneman hidup awak. Beritahu Ayyad... lelaki tu lah.. suami awak.”

Air mata Humairah mengalir sebaik saja ucapan itu keluar dari mulut suaminya.

“Saya cuma nak awak cari lelaki yang sempurna.”

“Saya tak nak!” Balas Humairah kemudian segera beredar pergi.

Memang sakit nak lepaskan wanita yang dia paling cinta. Namun bagi Reza, inilah yang terbaik buat dia, Humairah dan masa depan Ayyad yang bakal mengenali ayahnya sebagai seorang manusia yang sempurna fiziknya.

Disaat Reza sedang duduk di pangkin sambil termenung. Dia beralih mata apabila ada seorang wanita berjalan mendekatinya dengan seorang lelaki.

“Kak Haniem.”

“Assalamualaikum.” Sapa Haniem.

“Waalaikumusalam. Akak... akak buat apa kat sini?”

“Urhmm... first of all, Opah sihat?”

“Macam tu lah. Cuma akak.. dah tahu pasal Maya dengan abang Maz?”

Haniem tunduk agak sedih. “Ya.”

“Kenapa akak tak ada malam tu? Akak pergi mana?”

“Kursus. Tapi.. akak dah balik dah kelmarin dan akak fikir nak terus ke kampung jumpa dengan Reza sebab akak... ada benda nak beritahu dan nak bincang dengan Reza.”

Reza berkerut kening. “Apa dia?”

Haniem memandang sekeliling sehinggalah dia melihat Humairah yang berada tak jauh sedang menyiram pokok bunga. Dia memanggil Humairah mendekati.

“Apa khabar kak Haniem?” Tangan Haniem disalamnya.

“Baik.”

Humairah menatapnya dan lelaki di belakang Haniem.

“Perkenalkan, ini doktor Faiq dan doktor, ini Reza dan Humairah yang saya pernah ceritakan sebelum ni.”

Doktor Faiq mengangguk. “I see. Awak kata diorang ni... lovely couple dan saya rasa.. saya boleh nampak ia.”

Humairah dan Reza hanya senyum biasa.

“Ada apa... doktor ni datang sini?”

“Sebenarnya... doktor Faiq datang sini sebab nak.. latih Reza supaya boleh berjalan dengan beberapa rawatan.”

Humairah dan Reza menatap satu sama lain.

“Doktor... dari unit fisio?”

“Ya. Dia sebenarnya dari klinik tapi tetap seorang pakar.”

“Tapi kak, rawatan ni percuma ke sampai... dia nak tolong Reza dalam rawatan tu?”

Haniem menggeleng.

“Reza tak ada duit lah kak nak... buat semua ni. Kos dia mesti mahal kan? Maaflah kak.”

“No! Pasal perbelanjaan kos, akak... akak yang akan bayarkan. Akak dah settle kan semuanya dan sebab tu... doktor Faiq nak tolong.” Balas Haniem.

“Akak... settle kan?”

“Urhmm... akak bayar dengan duit aset arwah.. tok aki. Jadi duit ni, duit Reza juga. Akak tak kisah kalau akak tak dibenarkan serahkan harta yang dah diberikan pada akak semuanya kepada Reza, sekurang-kurangnya, akak boleh tolong Reza dengan cara ni.”

“Tapi... kosnya mahal sangat kak.”

Haniem menatapnya tegas. “Akak yang bayar dan akak yang putuskannya.”

Reza berpaling memandang Humairah.

“Awak nak saya jalani hidup dengan lelaki yang... sempurna. Seumur hidup saya, saya nak jalani hidup dengan awak dan jadilah sempurna fiziknya untuk saya kekal memilih awak.”

Reza sebak memandang isterinya. “Awak... nak saya jalani rawatan tu?”

“Ya. Demi anak... dan demi saya.”

“Dan demi abah, demi mak, demi Opah dan demi.. adik Reza yang nak tengok Reza berjalan lagi.” PakSu Hairi bersuara yang buat air mata Reza semakin deras.

Akhirnya Reza setuju juga. Dia memulakan latihannya dengan segera. Seluruh ahli keluarganya menatap dia penuh bangga.

“Terima kasih Haniem sebab... penuhkan impian Reza.” Ucap PakSu Hairi.

“Tak apa PakSu. Haniem buat ni demi Ayyad dan Haniem nak tengok... Reza jadi ayah sempurna untuk anak dia.”

“Semoga Allah merahmati Haniem.” Kata MakSu Zainal pula.

“Terima kasih kak!”

Haniem mengangguk.

Opah Hawa memegang tangan Haniem dan tersenyum kepadanya begitu juga dengan Humairah yang memegang tangannya dan tidak dilepaskan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience