bab 21

Romance Completed 1369

ADHIYAT pulang dengan hati yang hampa. Mengapa Haniem tidak boleh menerima dirinya? Apa yang kurang tentang diri dia pada Haniem sehingga wanita itu menolaknya? Adhiyat membawa keretanya pulang ke rumah dengan hati meneka beberapa kali apa yang tidak kena dengan dirinya. Hati dia begitu sakit disaat Haniem menolak dirinya. Akhirnya Adhiyat senyum sinis.

“Haih... Ad kau tak sedar lagi ke? Of course dia tak sukakan kau sebab dia.. sama je. Kenapa kau boleh suka dengan orang yang salah setiap masa Adhiyat? Kenapa susah untuk kau... bezakan cinta dan.. mainan?” Katanya pada diri dia sendiri.

Adhiyat tiba juga akhirnya di rumah yang buatkan dia semakin rasa hatinya lelah. Adhiyat melangkah masuk ke dalam rumah. Tak disangka, Datin Haliza dan Datuk Azlan ada di ruang tamu sedang berbual memanggilnya.

Adhiyat duduk di hadapan mereka. “Umi dengan baba tak tidur lagi?”

“Nak tidur macam mana kalau Adhiyat tak balik.”

Adhiyat memandang babanya pelik. “Nak kena Ad dodoikan dulu ke baru baba dengan umi boleh tidur sampai Ad tak balik lagi lepastu tak boleh nak tidur.”

Datuk Azlan tersenyum. “Bukan itu maksud baba. Ni hah, umi kamu ni bersemangat sangat daripada tadi lagi. Dia nak tunggu Adhiyat balik dan beritahu Ad tentang perjumpaan Ad dengan calon isteri Ad esok.”

Adhiyat lemah.

“Mana tak nya umi tak semangat. Bukan umi seorang je yang bersemangat, aunty Zahara pun bersemangat juga. Dia kata dia tak sabar nak temukan Adhiyat dengan....”

“Kalau Ad tak pergi... tak boleh ke?” Dia memotong.

“Hisy mana boleh! Umi dah beritahu aunty Zahara yang Ad akan jumpa dengan anak dia dan kita tak boleh tangguh sebab anak aunty Zahara tak beritahu apa-apa pun dan dia setujukan aje apa yang aunty Zahara nak.”

“Kalau dia perempuan... yang salah macam mana? Ad penatlah jumpa dengan perempuan kat dunia ni, jatuh suka dengan diorang, bila Ad luahkan perasaan.... ia tak berbalas. Peritnya rasa dipermainkan.”

Datin Haliza dan Datuk Azlan bertatapan buat seketika.

“Kalau umi tanya Ad, nak tak Ad kahwin, yes i do. Tapi kalau setiap hari Ad jumpa dengan orang yang salah, niat nak kahwin, belum tentu tercapai.”

Datin Haliza tersenyum nipis menatap anak lelakinya. “Umi yakin yang... dia wanita terbaik sebab umi dah jumpa dia dan tengok sendiri perilaku dia. Bukan umi seorang je yang tengok perilaku dia macam tu. Baba pun tengok dan baba sukakannya.”

“Betul tu Ad. Baba rasa dia takkan jadi wanita yang salah kalau kamu berdua kenal satu sama lain. Ya, mungkin kamu berdua tak akan suka dengan satu sama lain. Tapi percayalah, hati akan berubah kalau kita kenal seseorang.”

Adhiyat menatapnya. Ia tak boleh mengubati hatinya lagi dengan sepenuhnya.

“So Ad, pergi naik, mandi dan terus tidur. Esok Ad jumpa dengan anak aunty Zahara dengan umi. Suka tak suka, itu belakang cerita. Yang penting sekarang Ad jumpa diorang sebab tak baik beri harapan palsu pada aunty Zahara dan umi.”

“Okey Ba.” Jawab Adhiyat lemah.

Adhiyat terus melangkah masuk ke dalam biliknya dengan anak mata kedua orang tuanya tak lekang memerhatikan dia.

“Saya risaukan Adhiyat. Kenapa dengan dia tu?” Tanya Datin Haliza.

“Manalah abang tahu. Tapi pelik pula dia malam ni. Biasanya kalau keluar, muka tu tak lekang dari senyuman bila balik. Sekarang keluar aje muka senyum, balik muka masam.”

“Mungkin Ad tu.. dah jumpa cinta hati dia tak? Atau dia baru luahkan perasaan dan perempuan tu tolak dia? You know, Ad tak pernah luahkan perasaan dia tapi dia sukakan banyak perempuan.”

Datuk Azlan mengangguk. “Perangai dia tu, ada bagus dan ada buruknya. Yang buruknya kalau suatu hari nanti dia tak boleh setia dengan pasangan dia, itu payah. Hati dia terus sukakan banyak orang. Yang baiknya, dia boleh kenal Haniem tu dan sukakan Haniem kalau dia boleh dalami perangai Haniem. Tak ada orang yang faham perasaan dia berdua.”

“Betul. Zahara pun cakap Haniem ni berbeza. Sebabkan perbezaan dia, saya nak tahu lah juga macam mana perangai dia. Apa yang kita tahu, dia ni lemah lembut budaknya.”

“Sabarlah Liza. Kita tak boleh juga nak paksa Adhiyat ataupun Haniem untuk sukakan satu sama lain.”

Datin Haliza mengeluh kemudian mengangguk bersetuju.

Pagi keesokannya sungguh pantas berlalu. Adhiyat masih berada di atas tikar sejadahnya merasakan cinta yang sakit di dalam hatinya. Begitu terluka dia apabila Haniem menolak cintanya. Dia masih berfikir adakah Haniem wanita yang salah buatnya.

Adhiyat bersiap lalu berangkat ke pejabat tanpa bersarapan dan sekali lagi membimbangkan Datin Haliza. Di bilik pejabatnya pun, Adhiyat hanya duduk termenung di atas kerusinya.

“Ad!” Fikri datang menyapa setelah ketukan nya tak dibalas Adhiyat.

Hanya kening diangkat.

“Ini carta penjualan kita punya buku. Nampaknya dah semakin naik dan orang dah lupakan pasal buku kau tu lepas kau minta maaf. The shocking thing is abang Rozi dah berhenti kerja semalam.” Dia memberikan fail carta penjualan buku di syarikatnya dan surat perletakan jawatan Rozi.

Adhiyat senyum sinis. “Penakut juga dia ni. Aku belum beritahu apa-apa lagi dia dah mula kecut perut. Biarlah dia! Yang penting syarikat kita dah semakin naik sejak aku minta maaf dan ada novelis baru. Kita patut ucap tahniah pada dia dan kau beri reward kat dia.”

“Boleh je.”

Adhiyat menarik nafas panjang lalu dia memandang kosong ke komputernya.

“Kau ada masalah eh?”

“Tak ada.” Jawab dia biasa.

“Tak ada? Kenapa kau macam... orang yang baru lepas putus cinta kalau tengok dari angle sekarang?”

“Pandailah kau! Aku bercinta pun tak pernah, macam mana aku nak putus cinta.”

“Habis yang kau nampak resah je ni kenapa?”

Adhiyat mengangkat bahu.

Fikri duduk di hadapan Adhiyat. “Kau ni almost same macam... kakak ipar aku. Dia dah pernah putus cinta dengan cinta yang dia harap akan beri dia.. sinar. Tapi sayangnya lelaki tu pilih rupa. Dia putuskan hubungan demi kebaikan semua dan bukannya untuk dia seorang je. Kadang-kadang isteri aku paksa dia untuk beritahu dan sejak isteri aku tahu perkara sebenar, dia beritahu aku yang kakak ipar aku dah selalu terluka dan dia mengerti perasaan kakak dia.”

Adhiyat mula berminat nak mendengar cerita Fikri yang selalunya tak didedahkan ini.

“So bagi aku samalah macam kau. Ada masalah ke, tak ada masalah ke, kau akan simpan dalam hati dan biar dia terluka tanpa ada yang... nak ubatkan. Aku berharap sangat yang kakak ipar aku boleh jumpa dengan lelaki yang... dia paling cinta dan lelaki tu akan setia dengan dia tak macam lelaki yang pernah sakitkan hati dia sebelum ni.”

“Aku tak tahulah nak beritahu kau macam mana. Yang pasti... aku dah silap langkah dan aku dah silap menilai.”

Berkerut kening Fikri tidak mengerti. “Kau dah menilai siapa?”

“Susah aku nak beritahu kau macam mana. Tapi dia ni... nampak macam lain. Dia dengar masalah aku dan aku dengar masalah dia. Aku rasa kesakitan dia dan aku nampak apa yang terjadi pada dia. Niat aku... nak jadi pelindung buat dia. Malang sangat yang dia nak aku jauhkan diri aku daripada dia sebab.... aku dah luahkan perasaan aku. The thing is salah ke... aku luahkan perasaan?”

“Memanglah tak salah. Mungkin dia tak bersedia?”

Nafas dihela berat. “Tak bersedia? Kenapa? Aku tak faham kenapa dia masih tak bersedia sedangkan dia sendiri yang cakap yang dia akan terima cinta baru berbanding cinta lama.”

“Ad, kau tak boleh lah memaksa. Kau faham tak kalau hati dah terluka, takkan ada ubatnya selagi dia tak yakin dengan apa yang hati dia nak kan. Mungkin perempuan yang kau cakap ni masih.. keliru dengan perasaan dia. By the way, kau kenal dia berapa lama?”

“Seminggu.” Balasnya.

“Seminggu?! Seminggu kau dah sukakan dia?”

“Tulah. Aku rasa dia berbeza dan ternyata itu semua bukannya... maksud aku. Dia tak berbeza dari perempuan lain tapi dia sama je. Menyakitkan hati orang... mainan dia. But aku nak buat macam mana kalau dia dah tak suka. Better aku tengok dulu calon isteri yang umi aku cadangkan. Mana tahu lebih baik.” Ujar dia tenang dan kembali membuat kerjanya di komputer.

Fikri mati ayat memandangkan Adhiyat nampak tenang. Dia melangkah keluar.

Selepas beberapa jam kemudian, Adhiyat dan Fikri telah ke bilik mesyuarat bertemu dengan beberapa pekerja bagi membincangkan indeks perniagaan yang dicapai mereka pada bulan ini. Carta pai menunjukkan mereka telah menguasai beberapa kedai buku dengan penjualan novelis terbaik. Penulis itu juga diberikan hadiah oleh Adhiyat berupa cek sekali dengan harga bayarannya.

Fikri dan Adhiyat kini berada di lobi dengan Fikri menjelaskan beberapa hal lain kepada Adhiyat.

“Aku rasa tu je kut. Kau kena jumpa dengan penulis novel kita yang lain dan berbincang dengan diorang. Permintaan novel lain, kau boleh check kat website kita.”

“Okey. Aku nak kena jumpa dengan Datuk Jalil kejap sebab nak bincangkan kontrak dengan dia.” Balasnya.

“Kau dah lupa ke yang kau kena jumpa umi kau dengan calon isteri kau tu?”

Adhiyat mengeluh. “Datuk Jalil ada syarikat yang besar dan aku nak kena jumpa dia dulu.”

“Ikut suka kau lah! Tapi kalau umi kau marah, aku tak tahu. Pasal Datuk ni aku rasa dia banyak masa sebab syarikat dia anak-anak dia yang handle. Tapi aku tak tahulah kalau kau... tak kisah.”

“Datuk Jalil mungkin boleh jadi kita punya pencapaian utama kat syarikat.”

“Aku tak halang kau nak jumpa Datuk Jalil. Aku risau je.” Ujarnya.

Adhiyat merengus. “Yang tu aku tahulah nak settle kan macam mana. The this is right now, step aside!” Katanya lalu melangkah pergi dengan agak marah sedikit.

Adhiyat pergi menemui Datuk Jalil yang dikatakan di suatu restoran. Agak lama dia berbual dengan lelaki tua yang suka bergelak ketawa ini namun mempunyai keperibadian yang tegas pada masa yang sama. Mereka berbual tanpa mengenal erti masa sikitpun.

“Saya rasa... saya dah lama tak bergelak ketawa dengan cerita-cerita awak.”

Adhiyat tersenyum. “Tak adalah! Datuk seorang je yang nak dengar cerita saya dan gelak dengan lawak-lawak hambar saya. Kalau kakak saya atau sesiapa pun, diorang takkan pernah gelak dengan saya punya lawak. Diorang jarak saya boleh lesap dengan lawak-lawak saya.”

Datuk Jalil ketawa.

“Tapi Datuk, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Datuk sebab dah bersetuju nak buat kontrak dengan syarikat saya. I am very happy.”

“Not a big deal! Saya memang terfikir nak start kontrak dengan syarikat awak sebab saya suka cara awak bekerja. Cuma saya tak sempat nak beritahu anak-anak saya sebab saya ada kat Paris selesaikan kerja sikit dengan isteri saya. Sekarang saya dah balik dan saya rasa lebih baik juga saya start kan kontrak sekarang.” Jelasnya lagi.

Adhiyat bersyukur.

“Tapi kita dah lama berbual macam ni. Saya rasa... saya nak kena masuk office dah ni. Anak saya bukannya boleh diharap.”

“Aaa.. for sure. Jumpa lagi Datuk.” Adhiyat bangun dari duduknya untuk bersalaman dengan Datuk Jalil.

Setelah lelaki tua itu berganjak pulang, Adhiyat masih di kedai itu menikmati kopi kegemarannya. Tak lama kemudian, telefon bimbit berdering yang buatkan dia mengangkat panggilan itu dengan dahi yang berkerut.

“Ya?”

“Adhiyat Iman! Did you remember or not what day is today?!” Suara Datin Haliza menerjah gegendang telinganya.

“Umi, perlahankan suara tu. Ad tak pekak lah.”

“Umi tahu Ad tak pekak. Tapi umi tak sangka pula anak umi seorang ni boleh nyanyuk.”

Adhiyat mengeluh. “Then apa maksud umi?”

“Ya Allah, bertuah punya budak! Kan Ad nak kena jumpa dengan anak aunty Zahara. Tadi umi call Fik dia cakap Ad dah keluar dan Fik cakap Ad pergi jumpa Datuk Jalil. Umi call beberapa kali tak angkat and now barulah Ad angkat! What is wrong with you?”

Adhiyat menepuk dahinya. “Ad.. Ad tak ingat sikit.”

“See! Tak ingat sikit?! Macam mana boleh terjadi macam tu.”

“Human?”

“Dah, jangan nak naikkan darah umi lagi. Ad kena ada dekat kafe ni tepat pada masanya. Ad pilih kafe ni untuk pertemuan kita, Ad biar aunty Zahara dengan anak dia tunggu sampai berjam-jam dan Ad boleh lupa pulak. Itu hanya alasan! Kalau Ad tak datang, umi sendiri yang akan minta Opah paksa Ad kahwin dengan budak-budak kat kampung Opah.” Ugutnya.

“Umi apa ni main ugut-ugut ni?”

“Kalau umi tak buat semua ni, Ad takkan ambil serius. Jumpa kat sini dalam beberapa minit saja.” Panggilan dimatikan.

Adhiyat lemah dan dia terus berlari menuju ke keretanya setelah membuat pembayaran ke atas minumannya tadi. Adhiyat memandu kereta selama sejam memandangkan jalan agak sesak sehingga akhirnya tiba di kafe yang telah dipilihnya.

Sekali lagi dia berlari sehingga tiba di tempat Datin Haliza dengan nafas yang tercungap-cungap. Semasa Adhiyat mengangkat wajahnya, dia terkejut melihat dua wanita di hadapannya. Seorang wanita tu tak mengejutkannya namun wanita muda di sebelah wanita itu mengejutkan dia. Haniem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience