bab 89

Romance Completed 1369

HANIEM bersiap-siap hendak menunaikan solat dengan seluruh keluarga Adhiyat. Namun semasa Adhiyat masuk ke dalam bilik, dia mengukirkan senyuman manis pada Haniem yang memandangnya pelik.

“Kenapa dengan abang ni?”

“Kita.. tak payahlah solat dengan diorang.” Katanya.

“Abang ni berdosa tau! Abang tak nak solat dengan diorang kenapa? Solat berjemaah tu lebih afdal daripada solat sendiri. Janganlah jadi sombong sangat.” Tempelak Haniem.

“Bukannya abang tak nak solat dengan diorang. Tapi, kita dah... lama tak solat sama-sama. Abang nak solat dengan Haniem kali ni.”

Haniem menatapnya dan dia rasa tenang dengan ucapan semuanya.

“Haniem tak boleh menolak sebab ini permintaan untuk abang bawa Haniem ke syurga. Haniem bakal dapat ganjaran syurga kalau Haniem terus ikut abang.”

“Abang ugut Haniem?”

Adhiyat menggeleng. “Tak pernah abang nak ugut Haniem. Tapi ini permintaan abang dan abang berhak... minta benda ni.”

Haniem memikirkannya.

“Masa terus berjalan Haniem dan.. permintaan abang hanya nak solat dengan Haniem. Bukannya permintaan abang untuk tunjukkan abang cintakan Haniem hanya.. satu malam.”

“Heh, abang jangan macam-macam lah!”

Adhiyat ketawa kecil. “Kalau macam tu, decide lah cepat. Nanti abang nak kena solat isya’ dekat surau dengan PakSu, Haris dan Reza.”

Haniem mengeluh berat. “Okey, untuk kali ni je.”

Adhiyat membentangkan tikar sejadah di hadapan Haniem dan dia membantu Haniem membentangkan tikar sejadahnya di belakangnya. Mereka mula menunaikan solat dengan takbir Adhiyat. Solat disempurnakan dengan hati yang ikhlas lalu selesai solat, Adhiyat berpaling menatap Haniem.

“Salam?”

“Tak nak. Nak cium.” Balasnya.

“Abang jangan nak mengarut lah! Abang nak solat isya’ pula nanti kan? Batal air sembahyang sebab sentuh Haniem tau.”

“Tak kisah. Abang boleh ambil semula.” Katanya tenang.

“Tak payahlah! Dah pergi keluar sekarang. Nanti PakSu tunggu abang, kan susah.”

“Alah, PakSu tu beragama tinggi dan mestilah dia akan baca doa banyak-banyak untuk muliakan diri, tenangkan hati dan kuatkan diri dia. So bila dia nak pergi, abang keluar lah.”

“Ikut suka hati abang lah! Haniem nak baca Yassin kejap untuk arwah Mazlan.”

Adhiyat menghela nafas berat. “Haniem dah tahu lah tentang.. abang Maz?”

“Dah. Haniem baru dapat tahu tiga hari lepas daripada ayah.”

“Pasal Maya?”

Anak mata Haniem mengerling Adhiyat tetapi dia berpura-pura sibuk mencari Yassin. “Tahu.”

“Jadi kenapa tak angkat call abang? Ayah call, boleh pula Haniem angkat. Kalau abang call, mahunya Haniem nak angkat.”

“Telefon Haniem rosak. Haniem dapat call ayah pun daripada telefon Huzair.”

Hati Adhiyat sakit lagi. “Haniem masih contact dengan Huzair?”

“Mestilah. Dia sekarang ada kat kampung ni. Esok Haniem harap.. abang boleh izinkan Haniem keluar dengan dia sebab kitorang nak cari barang kejap dan nak jumpa someone.”

“Someone? Orang yang handle.. hubungan Haniem dengan Huzair?”

Ini yang terbaik, fikir Haniem. “Y.. ya. Dia yang nak.. pastikan Huzair dengan Haniem bersama. Tapi Haniem tak buat keputusan lagi sebab Haniem tahu abang takkan setuju dalam masa terdekat ni.”

“Tak boleh ke.. Haniem lupakannya?”

“Sebab tu Haniem perlukan masa. Haniem tahu abang takkan pernah izinkan Haniem untuk bersama Huzair dalam masa terdekat ni. Jadi Haniem perlukan banyak masa dan Haniem minta Huzair dengan dia sabar.”


Adhiyat mengeluh. “Abang boleh fokus tanggungjawab abang pada Haniem dah sekarang. Maya dalam hospital dan abang rasa bebanan abang dah berkurangan.”


“Abang rasa Maya beban?”

“Tak. Abang rasa abang tak boleh nak.. jalankan tanggungjawab abang sampai dua orang. Jadi, bila Maya dah ada kat hospital, abang boleh fokus tanggungjawab abang pada Haniem.”

Haniem menatapnya. “Ini ke yang abang doakan selama ni? Abang doa supaya Maya dapat bala yang macam ni supaya bebanan abang ringan?”

“Sayang, abang tak pernah nak berdoa macam tu sekali. Abang.. abang cuma..”

“Haniem tak suka abang cakap macam tu. Walaupun abang boleh fokuskan tanggungjawab abang pada Haniem, tapi Maya masih isteri abang dan dia tengah mengandungkan anak abang walaupun dia kena sakit mental. Jangan sesekali ingat beban abang dah ringan hanya sebab Maya jadi macam tu. Tanggungjawab abang masih besar lagi.”


“Abang minta maaf. Cuma abang.. nak baiki kesilapan abang pada Haniem sebelum ni dengan.. jadi suami Haniem macam dulunya.”

Haniem mengeluh. “Bukan dengan cara ni. Isteri abang dekat sana sedang sakit dan abang kena fokus pada dia bukannya Haniem. Haniem pandai jaga diri Haniem dan Haniem sihat-sihat je.”

“Tapi Haniem isteri abang juga.”

“Dan Maya isteri yang abang kena terapkan penjagaannya sebab dia sedang melawan penyakit dia. Jangan buat.. Haniem rasa bersalah pada dia.” Katanya.

Adhiyat menatap isterinya penuh rasa sayu. Inikah jalan hidup mereka berdua?

“Ad! Jom pergi surau!” Panggil PakSu Hairi.

“Kejap PakSu.”

Sebaik saja Adhiyat melangkah pergi, Haniem memegang dadanya yang sedikit berdegup pantas. Entah mengapa dia dapat rasakan hati yang sakit dan hati yang meraung mahu Adhiyat pergi. Adakah dia sudah membenci suaminya sendiri?

Di kala malam, Adhiyat pulang ke rumah dan dia melihat Haniem sudah tidur. Adhiyat menyalin pakaiannya dan dia mendekati Haniem. Dahi isterinya dikucup lembut lalu dia pun berbaring di sebelah Haniem. Adhiyat melelapkan mata dia dan dia mula tak merasa apa-apa lagi.

Keesokannya, matahari mula menyuluh. Haniem terjaga akibat matahari yang memancar. Dia bangun dan agak terkejut apabila mendapati dia tidur di atas lengan Adhiyat sambil memeluknya dengan erat. Nasib baik Adhiyat tak terjaga akibat pelukannya. Haniem perlahan-lahan cuba beredar.

“Nak pergi mana? Dah buang dah harimau kat dalam mulut tu?”

Haniem berpaling. “Harimau?”

“Yelah, dia ‘mengaum’ je sejak peluk abang, tidur atas lengan abang dan.. dekatkan dahi sebab nak abang cium.”


“Abang panggil Haniem harimau?”

“Tak adalah! Dalam mulut Haniem tu je ada harimau sebab tidur pun boleh berdengkur.”

Haniem memukulnya sambil tersenyum. “Dahlah, Haniem nak mandi.”

Haniem berlalu pergi menuju ke bilik air selepas itu. Apabila dia kembali, Adhiyat pula keluar untuk membersihkan dirinya.

“Haih... keluar sama-sama nampak dari bilik.” MakSu Zainal menggoda mereka.

“Dari bilik yang sama, keluar lah sama-sama.”

“Amboi, loya buruk!”

Adhiyat ketawa. “Apa pula loya buruk? Itu kan kenyataannya. Ni.. PakSu mana?”

“Ada kat luar tolong Reza dengan latihan dia untuk tengahari nanti. Reza dah boleh satu step dah.”

Adhiyat tersenyum senang.

“Syukurlah! Umai pun ada kat luar?”

“Umai tu... tak berhenti teman Reza dari tadi lagi. Katanya dia takkan tinggalkan Reza sepanjang latihan sebab itulah yang Umai nantikan sepanjang hidup dia. Haniem.. dah makbulkan doa dia.” Kata MakSu Zainal berbangga dengan Haniem.

“Haniem buat sebab Haniem nak tengok Reza boleh berjalan demi anak-anak dia je.”

MakSu Zainal tersenyum.

Adhiyat dan Haniem menikmati sarapan mereka dan selepas itu mereka keluar melihat keriuhan di luar.

“Opah!” Adhiyat berlari sebaik saja dia melihat Opah Hawa memetik buah di pokok kelapa.

Opah Hawa memandangnya dengan Bob dan Haris di sekeliling dia.

“Opah buat apa ni? Kerja memetik ni semua, serahkan pada lelaki. Yang Opah nak pergi petik pokok kelapa kenapa?”

Opah Hawa mengetap sambil menolak pipi Adhiyat kuat sehingga buat ketawa Haris dan Bob hampir meletus. “Yang kamu nak risau melebih ni kenapa?! Macamlah masa kamu tak ada kat sini Opah tak pernah buat kerja ni semua.”

“Ad risaukan Opah je. Lagipun Opah nak buat apa kelapa ni?”

“Ini musim panas. Kalau minum air kelapa tengahari ke, petang ke dengan kuih lagi, kan sedap. Cucur badak ke, badak berendam ke. Boleh buat onde-onde juga.”

Adhiyat mengeluh. “Kalau macam tu, biar Ad petikkan untuk Opah.”

“Boleh ke kamu petik? Kamu mana pernah panjat pokok kelapa sebelum ni.”


“Ha, jangan pandang cucu Opah ni sebelah mata. Pandang dua belah mata dan nampak lah kelelakiannya. Meh, Ad tolong petikkan.”

Adhiyat menyising seluarnya lalu dia pun mula memanjat. Tak sampai ke atas, dia dah jatuh beberapa kali. Tetapi dia tak putus asa malah terus mencuba sehinggalah dia berjaya. Hasilnya dia tetap gagal nak petik sebiji pokok kelapa saja.

Apabila hampir sampai ke atasnya, pokok kelapa yang hampir nak jatuh mendarat ke kepala Adhiyat sehingga dia jatuh tersungkur. Haniem, Bob dan Haris segera mendekatinya.

“Abang tak apa-apa?”

Adhiyat menggeleng.

“Tulah, berlagak sangat nak petik pokok kelapa yang dia tak pernah naik.”

“Opah ni, perli-perli pula. Sakit tau!”

“Ha, Haniem, pergi letakkan ubat atas kepala Adhiyat tu. Ada kat pangkin sana.”

Haniem mengangguk.

Dia membawa Adhiyat ke pangkin lalu diletakkan ubat ke kepala Adhiyat yang sedikit berbenjol.

“Lain kali, hati-hati faham tak? Kalau tak biasa, jangan buat.”

“Abang nak tolong je lah!” Katanya.

“Nak tolong, cermin diri tu dulu.”

Adhiyat mengeluh. Dia membiarkan Haniem merawat dirinya dan tanpa dia sedar yang Haniem kelihatan begitu risau akan dirinya. Dia terus menatap sehingga Haniem perasan akan senyuman Adhiyat.

“I love you.” Ucap Adhiyat manis.

Haniem terkesima.

“Assalamualaikum!” Laung Huzair yang baru tiba.

Perhatian Haniem teralih. “Waalaikumusalam. Tunggu kejap! Saya dah siap dah.” Katanya cuba nak melarikan diri dari Adhiyat.

Sebaik saja kereta Huzair tak kelihatan, Adhiyat segera melangkah ke keretanya.

“Bang, nak pergi mana? Opah suruh pergi ambil daun pandan.”

Adhiyat mengetap. “Nanti, nanti lah!”

“Mana boleh nanti-nanti. Saya yang kena marah nanti!”

“Kalau macam tu naik lah cepat.”

Bob masuk ke dalam kereta Adhiyat. Adhiyat terus memandu keretanya melepasi semak di mana ada daun pandan.

“Bang, dah lepas dah tu!”

“Balik nanti kita ambil.” Kata Adhiyat begitu fokus di jalanan.

“Abang kenapa nampak.. serius sangat ni?”

“Kau boleh tak diam je! Aku bawa kereta dan biar aku yang decide.”

Bob akur dan hanya diam saja.

Selepas lama mencari kelibat kereta Huzair, Adhiyat meletakkan keretanya di sekitar bahu jalan. Apabila dia melihat kereta Huzair, dia segera memecut kemudian meletakkan keretanya i kawasan yang berdekatan. Adhiyat keluar dengan diikuti Bob. Sepanjang kedai dia mencari sehinggalah tiba di kafe, Adhiyat melihat Huzair bersama Haniem dan terdapat seorang wanita di hadapan Haniem.

Bob berjalan melepasi hampir dilihat oleh Haniem sehingga dia menarik Bob.

“Abang, panas ni! Kenapa abang.. menyorok pula?”

Adhiyat mengetap. “Kau ni kan, macam tak biasa pula cuaca panas kat Malaysia ni. Kau patut bersyukur tau indeks kematian di negara kita sebabkan panas tak mencecah macam kat luar negara yang sentiasa sejuk cuaca diorang dan indeks kematian pun mencecah ke lapan puluh peratus.”

“Apa abang merepek ni? Lagi satu, kita nak buat apa kat sini? Daun pandan pun saya tak nampak.”

“Tu, kau pergi minta dengan kafe belakang. Mana tahu diorang ada daun pandan ke dan ambil duit ni.” Not lima puluh diberikan.

Bob beredar pergi.

Setelah Bob beredar pergi, Adhiyat terus memerhati sehinggalah dia melihat Haniem menepuk bahu Huzair sambil ketawa senang. Kemarahannya membuak. Adhiyat masuk ke dalam lalu dia menarik tangan Haniem sehingga keluar dari kafe. Sebaik saja keluar, Haniem melepaskannya dengan Huzair dan Adeline mengikuti.

“Kau buat apa ni?!” Huzair mempertahankan Haniem.

“Ini isteri aku dan kau jangan masuk campur!”

“Urusan Haniem, urusan aku! Kau tarik dia keluar dari kafe tu dengan kasar, kau ingat elok sangatlah kalau orang tengok.”

“Heh, aku bawa dia keluar secara paksa lebih bagus tau daripada dia buat dosa dengan lelaki bukan mahram dia!” Jerkahnya.

“Kau pegang dia terlalu kasar dan kau paksa dia lepaskan diri dia daripada kau dengan cara kasar! Kalau Haniem jatuh macam mana?!”

“Kau tak ada hak lah nak lindungi dia, aku ni suami dia dan aku yang patut lindungi. Bukan kau orang luar!”

Huzair merengus geram sehingga Haniem menghalangnya.

“Apa ni Adhiyat? Kenapa abang boleh datang sini dan kenapa abang tarik Haniem? Abang intip Haniem heh?”

“Itu tak penting lah Haniem! Yang penting abang tak nak Haniem buat dosa belakang abang dengan keluar bersama lelaki bukan mahram Haniem. Kalau orang nampak, Haniem tak takut ke kena fitnah?”

Haniem mengeluh. “Haniem tak suka abang intip Haniem sampai ke sini. Ini privasi Haniem dan kita walaupun pasangan suami isteri, kita kena jaga privasi masing-masing.”

“Haniem agak-agak lah nak buat alasan sekalipun! Kenapa abang nak kena jaga privasi Haniem dalam keadaan sekarang? Haniem isteri abang and make a statement of it! Set in your mind!”

“I am setting it up in my mind and I’m never forget! Tapi perbuatan abang buatkan Haniem rasa... I’m not deserve to be your wife.”

“Apa lagi.. yang Haniem rasa semuanya kesalahan abang? Abang cuba untuk baikinya.”

“Dan Haniem tak nak abang baiki lagi tapi Haniem nak abang jalani tanggungjawab abang!” Katanya pantas.

Adhiyat mengeluh. Dia menarik tangan Haniem tetapi Haniem melepaskannya.

“Bro! Lepaskan Haniem. Aku minta kau.. untuk lepaskan dia sekarang ni.” Pinta Huzair.

“Kau tak ada hak lah nak halang aku bawa Haniem balik!”

“Aku akan bawa dia balik.”

“No! Aku suami dia sekarang dan aku yang akan bawa dia balik ke rumah. Kau tak payah sibuk lah!” Jerkahnya.

“Nur Haniem tengah mengandungkan anak kau sekarang!”

Adhiyat terkesima. Dia melepaskan Haniem perlahan-lahan dan Haniem segera diambil oleh Adeline.

“Kalau kau nak anak dalam kandungan tu gugur, kau tak layak jadi suami Haniem dan kau tak layak jadi pelindung untuk dia! Jadi aku minta jasa baik kau, tinggalkan Haniem dengan aku sekarang.”

“Aku takkan tinggalkan dia dengan kau.” Balasnya.

“Tapi aku nak kau tinggalkan dia.”

“Sayang,”

“Tolong tinggalkan Haniem. Haniem tak nak beritahu abang tentang kandungan ni sebab Haniem tahu abang akan tinggalkan Maya. She’s sick right now and she need you more than i do. Tolonglah... pergi pada dia, tinggalkan Haniem dan jalani tanggungjawab abang.”

“Tapi Haniem pun isteri abang.” Katanya.

“Bukan sekarang.”

Adhiyat menatap Haniem sebaik saja dia menyedarinya. Dia perlahan-lahan berjalan pergi dari sini. Adhiyat masuk ke dalam kereta dan dia terus menangis. Mengapa ini yang perlu dia lalui?

“Abang!” Bob tiba yang buatkan Adhiyat mengusap air matanya segera. “Abang...okey ke? Saya berjaya juga pujuk makcik kat belakang tu jualkan daun pandan untuk saya. Dia bagi juga akhirnya.”

“Baguslah. Kita balik sekarang.”

Bob mengangguk setelah melihat wajah Adhiyat yang lesu.

Sepanjang perjalanan, wajah Adhiyat pucat dan matanya kelihatan sedikit sembab yang buatkan Bob agak risaukan dia. Namun dia nampak ap yang diintip kan Adhiyat.

“Mungkin saya ni.. tak pakar dalam perasaan orang bang. Sebab saya tak berpelajaran tinggi, saya tak pernah cakap mak saya yang nak saya berubah. Saya derhaka pada dia setiap kali dia suruh saya belajar sampailah akhirnya dia tinggalkan saya dan saya tak sempat cakap.. maaf pada dia sebab jadi anak derhaka sepanjang dia hidup. Saya menyesal seumur hidup bang sebab tak boleh mulakan langkah untuk bersuara pada orang yang saya sayang.”

Adhiyat hanya mengerlingnya ke sisi.

“Saya tahu orang takkan.. ambil tahu hal saya. Tapi apa yang saya boleh beritahu abang, beritahulah apa yang terbuku dalam hati abang sebab suatu hari nanti bila abang tak ada peluang, abang yang rugi.”

“Aku okey.” Balasnya.

Tiba sahaja di rumah, Adhiyat segera baringkan dirinya ke atas katil dan dia terus bersendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience