ADHIYAT menatap kosong telefon bimbitnya malam itu. Dia begitu ingin nak menaip mesej buat Haniem memandangkan majlis pertunangan mereka sudah tak lama. Tetapi dia takut jika dia melampaui batas dalam sebuah perhubungan. Dia tak mahu Haniem fikir dirinya sengaja mengambil kesempatan dan dia lelaki yang.. tidak tahu erti kelelakian. Akhirnya Adhiyat tenggelam dalam dilema merindui Haniem. Dia berbaring menatap siling kemudian mengingat kembali hari-hari bahagia dia bertemu Haniem. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
Keesokan paginya, Adhiyat menyarungkan sut setelah selesai membersihkan diri dia. Dia turun ke tingkat bawah dan tak disangka menemui Mikael di meja ruang makan mereka dengan Datuk Azlan.
“Morning. What a shock?! Mika bukan ke pergi outstation?”
“Morning. Alah dah balik dah. Semalam ingat nak balik apartmen terus. Tapi bila fikir balik, dah lewat dah dan rumah PakLong dengan Maklong je yang paling dekat. So Mika pun stay lah sini.” Jelasnya.
Adhiyat mengangguk.
“Nak pergi kerja ke?”
“Mestilah. Nama pun pakai baju sut kut. Takkan lah nak pergi jogging pula.” Seloroh dia.
“Wah, makin kelakar heh sekarang? Mana tak nya kalau dah nak kahwin lah katakan. Minggu depan nak bertunang.”
“Cepat pula berita tersebar.” Kata Adhiyat.
“Nak buat macam mana. Maklong tu excited sangat. Kan PakLong?”
Datuk Azlan hanya mengiakannya. “Ni dia selalu telefon Haniem. Dia beritahu Haniem tu baik budaknya sebab sopan je bercakap dengan umi Ad. Sekarang dia minta Haniem panggil dia umi dah.”
Adhiyat gembira mendengarnya.
“Tak sangka yang abang nak kahwin dengan Haniem. I know her. A long time ago!”
“Oh ya? So ada perasaan ke kat dia?” Tanya nya berbaur cemburu.
“Dulu Mika mengaku.. pernah sukakan dia. Tapi sejak tahu dia ada boyfriend dan.. ada orang yang dia suka, Mika pun undur diri lah dan... terus tak jumpa dia lagi. Sekarang jumpa, perasaan tu dah lain. Hanya kata kawan je.”
“Baguslah. Jangan nak ada perasaan pada orang yang berstatus.. hak milik orang.”
Mikael memandangnya sambil tersenyum. “Haih.. baru bakal tunang dah jealous tak bertempat macam tu ke? Janganlah risau. Mika takkan sukakan dia.”
“Abang ingatkan je.”
“Kamu ni macam-macam lah Ad! Kalau Haniem tahu bakal tunang dia kuat cemburu, macam mana lah reaction dia.”
Mikael mengangguk dengan kata Datuk Azlan.
“Apa-apa pun dia tu bakal tunang Ad dan kalau boleh Ad tak nak ada masalah dengan dia sepanjang... tempoh perkahwinan kami. Susah nak cari perempuan yang macam dia dan.. Ad takkan lepaskan peluang tu.”
“Baba tahu. Jadi setia lah dengan dia.”
Adhiyat mengangguk. “I gotta go. Nanti lambat pula nak masuk office.”
“Wait!”
Adhiyat memandang Mikael.
“Abang ingat tak pekerja yang... Mikael beritahu abang sebelum ni?”
Adhiyat cuba mengingatkannya kemudian dia mengangguk.
“Well, dia tetap nak bekerja kat syarikat abang dan dia janji 80 persen saham syarikat akan naik kalau abang ambil dia sebagai pekerja. Dia betul-betul berharap yang abang setuju. Dia tak lama sebab dia pun ada anak bini dekat Singapore sana.”
Adhiyat mengeluh panjang. “Bukan masalah saham atau apa-apa yang dia jamin akan majukan syarikat abang. The thing is abang dah.. cukup pekerja dan tak ada lagi ruang untuk dia dalam office tu.”
“Tapi dia perlukan kerja ni sebab dia nak... cari pengalaman. I know he’s a little bit troublemaker. But dia nak dapatkan pengalaman kerja kat syarikat abang dan benda tu tak lama pun. Dalam dua bulan lepastu dia berhenti.”
Adhiyat menatap Mikael yang betul-betul berharap.
“Apa salahnya Ad kalau recruit dia dan carikan jawatan kosong lain?”
“Tapi Ba...”
“Dengar sini Ad, kita tak boleh tolak orang yang dah merayu pada kita. Kalau dia dah jamin macam-macam, maknanya dia akan berkerja bersungguh-sungguh. You have to trust him. Maybe he will be the best.” Ujar Datuk Azlan.
Terpaksalah jawabnya. “Okey. Nanti Mika hantar resume dia dan beritahu bila dia boleh masuk office untuk interview. Okey?”
“Okey!”
Adhiyat membawa begnya lalu keluar dari rumah. Dia memandu keretanya sehingga tiba di syarikat.
Setibanya di sana, Adhiyat meletakkan kereta dia lalu melangkah masuk. Anak mata Adhiyat terarah pada motorsikal yang terbiar di tepi bangunan syarikatnya. Dia meneliti motorsikal tersebut sebelum Fikri tiba menyapanya.
“Kau tengok apa?” Tanya Fikri.
“Ni.. motor siapa?”
“Entahlah. Dengarnya daripada pekerja-pekerja kat sini, ni lah motor orang yang kena sawan tiba-tiba hari tu.”
“Sawan tiba-tiba? Habis diorang tak ambil lagi motor dia?”
Fikri menggeleng.
“Well, kita tunggu jelah sampai diorang datang. By the way, hari ni kau tengok sikit e-mail daripada Mika. Kalau dia hantar, kau terus forward kan kat aku sebab... katanya dia nak aku ambil pekerja baru untuk dapatkan pengalaman.”
“Pengalaman? Kita tak ada jawatan lah.” Balasnya.
“Tak apalah. Tak ada jawatan pun tak apa. Dia kata sekejap je dia kat sini dan dia nak minta tolong aku ajar dia dalam bidang penulisan ni. So nanti dia boleh pergi ke syarikat lain. Literally dalam dua bulan je dia kat sini.”
“Ooo.. okeylah. Nanti aku inform kat kau.”
Adhiyat mengangguk kemudian dia masuk ke dalam bilik pejabatnya setelah Fikri beredar pergi.
Kerja disiapkannya namun dia tetap rasa mahu menghubungi Haniem. Telefon ditatap kosong sehinggalah Fikri masuk semula setelah berjam-jam lamanya dia meninggalkan Adhiyat di dalam bilik ini tadi.
“Jom lunch!”
Adhiyat menyarungkan kot dia kemudian dia dan Fikri menuju ke restoran berdekatan dan merupakan restoran tempat mereka selalu makan bersama. Di meja makan, setelah mengambil makanan dan memesan minuman, Adhiyat hanya mengerling telefonnya walaupun berkali-kali dia menyumbatkan makanannya.
“Kak Haniem pun tunggu panggilan daripada kau.”
Adhiyat menatap Fikri. “Dia.. tunggu aku call?”
“Rasanya lah. Sebab sejak beberapa hari ni, aku nampak dia balik kerja terus dia pegang fon. Like waiting for something. Tapi aku tak sure lah apa yang dia.. tunggukan.”
Adhiyat tersenyum menatap telefon bimbitnya.
“Aku rasa kan, kau dengan dia memang.. ditakdirkan untuk satu sama lain. Kak Haniem tu tak pernah.. teruja sampai macam tu dan dia betul-betul sukakan kau kalau ditengok daripada.. mata kasar sekarang dan mata halus.”
“Banyaklah! Alhamdulillah kalau dia suka nak kahwin dengan aku. Aku takut je Fik yang dia masih ingat aku ni... takkan setia dengan dia.”
Fikri menyuapkan sesudu makanan ke mulutnya. “Biasalah tu. Perempuan kalau dah lalui masa-masa yang... luka, diorang memang susah nak bezakan masa sekarang dengan masa silam. So kau pun janganlah ambil kesempatan nanti.”
“Kenapa aku nak ambil kesempatan pula? Aku ikhlas sayangkan dia dan semoga Allah cekalkan hati aku untuk bersama dia.”
“Itulah yang aku harapkan! Kalau kau curang dengan kakak ipar aku, aku akan pastikan kau rasa betapa sakitnya kena curang tau.” Ugutnya.
Adhiyat mencebik.
“Ni pasal pekerja kau nak recruit ni, dia ni orang mana?”
“Aku pun tak pernah jumpa dia. Mika kata dia ada.. anak bini dekat Singapore. So orang Singapore lah kut.”
Fikri mengangguk. “Aku harap dia tak menyusahkan lah.”
“Dah kau cakap macam tu, Mika kata dia ni.. troublemaker sikit.”
Fikri menjatuhkan sudunya tak senang. “Troublemaker ni lah yang paling aku tak suka tau! Kau tak payahlah ambil dia.”
“Eeh... emo pula kau! Kalau aku tak ambil dia, baba aku akan tanya. Baba aku yang nak aku bagi peluang kat budak macam dia. Apa-apa pun, dia dua bulan je dan insha-ALLAH kita boleh... tahan dengan perangai dia kut. Lagipun kita tak kenal dia lagi dan mungkin... dia ni boleh diharap.”
“Mengharap lah kau! Kalau dia ni menyusahkan, aku takkan ambil tahu tau. Aku memang pantang troublemaker macam ni.”
Adhiyat ketawa. “Dah makanlah. Nak jadi ayah anak dua pun masih garang. Macam manalah anak kau boleh tahan dengan mulut kau.”
“Kau jangan sabitkan anak aku pulak!”
Dua sahabat ini melalui hari yang senang bersama apabila makan tengahari bersama-sama.
Share this novel