HANIEM tiba juga di rumahnya dengan kereta Adhiyat mengekori dia daripada belakang. Setelah tiba, Haniem membawa begnya masuk manakala Maya pula hanya bawa diri saja. Dia segera rebahkan dirinya atas kerusi sambil meninggalkan begnya ke sebelah beg Haniem. Tak lama kemudian, Adhiyat tiba dengan beg nya sendiri.
“Maya, bawalah beg ni naik atas.”
“Maya penatlah abang. Abang bawakan boleh?” Manja suaranya.
“Yelah. Tapi Maya kena mandi dulu. Nanti habis kotor semua sofa tu kalau peluh Maya keluar.”
Maya mengetap. “Abang, Maya ni tak ada tak bersih sangat. Nanti Maya mandilah. Maya nak layan program kejap.”
“Yelah. Abang naik dulu dan nanti Maya masuk bilik yang Maya tumpang dulu.”
“Tak nak lah! Maya nak duduk bilik abang dengan kak Haniem dulu! Bilik tu besar kan dan kak Haniem seorang-seorang. So bagi Maya lah stay kat dalam bilik tu.”
Adhiyat mengeluh lalu mengangguk.
“Tapi barang kak Haniem banyak dalam bilik tu.” Haniem bersuara.
“Boleh alih kan?”
“Takkan lah satu-satu nak bawa keluar.”
Maya mengetap. “Abang! Maya tetap nak duduk dalam bilik tu juga dengan abang dan Maya tak nak kak Haniem duduk dalam bilik selesa sementara Maya pula duduk dalam bilik tetamu. Maya tak nak!”
Haniem memandang Adhiyat.
“Boleh tak Haniem mengalah je? Maya tengah mengandung kan dan kenapa Haniem tak boleh nak bertolak ansur? Just duduk je dalam bilik tetamu tu. Macamlah buruk sangat bilik tu!”
“Haniem bukannya tak nak duduk dalam bilik tu sebab buruk. Barang Haniem, baju Haniem, banyak dalam bilik kita.”
“Alihkan lah! Maya ni mengandung dan sekarang ni abang penat. Abang nak kena keluar pergi office sebab ada hal. Janganlah serabutkan kepala abang!”
Haniem tahu suaminya penat malah dia juga rasa begitu. Tetapi bukannya mudah nak alihkan satu persatu barang ke dalam bilik tetamu. Akur dengan kehendak suaminya, Haniem naik ke tingkat atas lalu dia pun terus menuju ke bilik tetamu.
Dia melihat sekeliling dan mengeluh. Haniem ke bilik Adhiyat dan dia lalu dia membawa beberapa barangnya ke dalam bilik Adhiyat separuh. Proses nak ambil baju dan barang-barang lain memakan masa sejam sehinggalah Maya naik ke tingkat atas.
“Akak, boleh cepat sikit tak?! Maya dah nak rehat ni.”
“Sabarlah. Sikit je lagi barang akak.”
Maya mengetap. “Tulah, siapa suruh beli barang banyak-banyak sangat! Now dah menyusahkan nak pindah bilik dengan barang-barang akak.”
“Ini barang lama dan akak simpan je.”
“Old school betul! Baik buang je barang-barang lama sebab bukannya boleh pakai lagi.”
Haniem mengeluh. “Akak dah siap.”
Maya menyepak barang Haniem yang menghalang laluannya lalu dia segera masuk ke dalam bilik. Haniem dengan akurnya mengangkat barang-barang dia dan dia membawanya masuk ke dalam bilik tetamu yang cukup buat dirinya seorang.
Sedang dia duduk, Haniem rasa mual. Dia segera berlari ke bilik air dan muntah. Haniem berfikir kalau ini mungkin sebab dia mabuk jalan. Haniem berehat seketika di atas katil dengan kepala yang pusing.
“Akak! Akak!” Ketuk Maya.
Haniem berjalan menuju ke pintu dan dia melihat Maya.
“Siapkan makanan. Maya lapar ni!”
“Kat dalam peti sejuk ada makanan yang boleh dipanaskan dalam microwave. Why don’t Maya pergi panaskan je.”
Maya mengetap. “Maya nak masakkan yang panas dan bernasi faham tak! Tak nak lah makanan yang segera macam tu. Makanan yang dibuat dari bahan segar.”
“Akak mabuk jalan ni. Pusing rasa kepala. Maya masakkan sendiri boleh.”
“Pergilah masak! Pening kepala, semua orang pening.” Marahnya.
Haniem akur. Dia segera turun ke tingkat bawah dan kemudiannya menyiapkan makanan mengikut kemahuan Maya sendiri. Selesai masak, Haniem menghidangkannya dan Maya pun mula makan. Walaupun dia masak makanan kegemarannya, Haniem tetap mual nak makan.
Dia meninggalkan Maya lalu masuk ke dalam bilik. Setelah muntah, Haniem makan ubat lalu dia berbaring. Fikirannya dia akan bangun nanti dan solat.
Tak disangka apa yang dia rancang tak menjadi. Haniem kini rasa lebih cergas daripada biasa. Dia solat subuh dan mula menyiapkan dirinya untuk ke tempat kerja. Setelah itu, Haniem turun ke tingkat bawah nak menyiapkan sarapan.
“Abang dah bangun?” Haniem menyapa suaminya yang berada di singki.
“Eh, Haniem ni dah malas sangat ke nak basuh pinggan? Basuh apa yang Haniem masak semalam? Sampai dah berbau dah bekas-bekas ni dan singki pun dah kotor.”
Haniem segera mendekatinya. “Bukan Haniem yang makan semalam. Maya yang makan dan Haniem tinggalkan dia sebab Haniem letih semalam.”
“Kalau ya pun, basuh kan lah untuk Maya. Dia tu mengandung dan Haniem tak!”
“Kenapa abang nak bela dia pula?”
Adhiyat mengetap. “Sebab Haniem yang nak situasi sekarang dan kita mulakannya! Jadi selama Maya mengandung, Haniem perlu jaga dia dan pastikan dia selamat dengan kandungan dia!”
“Haniem tak nak.”
“Okey. Jangan sampai abang buat Haniem hilang kerja Haniem kalau Haniem tak nak jaga Maya!”
Haniem tak puas hati akan keputusan suaminya. “Nanti Haniem balik basuh kan. Sekarang Haniem nak pergi kerja dah.”
“Ingat, jangan buat rumah ni berbau. Abang nak Haniem basuh sekarang dan bukannya nanti.”
“Tapi Haniem dah lambat nak pergi kerja. Breakfast pun tak siap lagi.”
“Haniem suri rumah, jadi fikirkannya!” Balasnya kemudian melangkah pergi.
Haniem mengeluh dan menahan rasa marah dia. Dia mula membasuh pinggan dan menyiapkan sarapan sehingga akhirnya dia dah tak ada masa. Haniem kemudiannya melangkah keluar lalu memandu keretanya menuju ke tadika.
Tiba sahaja di sana, Haniem merehatkan diri dia di dalam tadika dengan duduk. Nampaknya Adhiyat bakal menangkan Maya berbanding dia.
“Morning Haniem!” Qila tiba.
“Eh, kau balik pukul berapa semalam?”
“Tengah malam aku sampai. Yelah, aku tak boleh tidur rumah parents aku sebab aku tak nak menyusahkan kau.”
Haniem mengangguk.
“Kau tahu Haniem kenapa mamat meminta tu nak aku ikut dia?”
“Kenapa?” Tanya Haniem.
“Kau ingat tak aku pernah beritahu kau yang mak dengan ayah aku nak jodohkan aku dengan pembantu ayah aku?”
“Ingat.” Balas Haniem.
“Ha, turn up, si Mikael tu pembantu ayah aku dan selama ni dia tak balik New York pun melainkan duduk kat kampung. Dia kata dia nak cari... ketenangan dan sebab tu dia duduk kampung. Dia lah yang melamar aku jadi isteri dia.”
Haniem memandang tak percaya. “Serius lah?! Habis kau cakap apa?”
“Entahlah Haniem. Aku cakap... aku nak kawan dengan dia dulu. Perasaan aku... berbelah bahagi antara nak suka dan benci.”
“Kau kenalah percayakan diri kau sendiri. Beri dia peluang dan cari cinta sejati. Mungkin aku... tak boleh capai cinta tu. Tapi kau mungkin boleh. Cubalah!”
“Aku takut Haniem yang dia akan jadi sama macam abang dia.”
Haniem mengeluh. “Kau kenalah berfikir positif. Kau tak boleh letakkan semua kesalahan pada dia seorang je. Mazlan yang buat masalah dan kau patut hukum Mazlan dan bukannya Mikael. Aku kenal Mika tu zaman belajar lagi dan aku tahu dia macam mana.”
“Aku tetap perlukan masa nak terima dia. Semoga Allah buka pintu hati aku.”
“Amin.” Balas Haniem.
Qila menatap wajah Haniem. “Tapi kan, aku nampak kau macam... pucat sikit je.”
“Entahlah kenapa. Aku mual semalam dan pening kepala juga sampai tak mandi, tak solat. Kalau ibu tahu, mesti dia dah marah.”
“Mual? Macam mengandung pula kau ni.”
Bagai dihempap batu, Haniem menatap Qila. “Mengandung? Memang simptom macam ni?”
“Ya Allah Haniem! Kau ni perempuan ke lelaki sampai tak tahu Morning sickness to macam mana. Pening, mual dan lesu, morning sickness lah tu!”
“Mustahil lah aku nak mengandung.”
“Mustahil apanya. Rezeki Allah tu tak salah alamat Haniem.”
Haniem termenung seketika. Jika betul, apa reaksi yang perlu dia berikan? Gembira ataupun sedih? Bagaimana dengan Adhiyat dan anak dalam kandungan ini?
Di waktu rehat, Haniem keluar tanpa makluman daripada Qila. Dia membawa keretanya bertemu dengan doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan. Setelah tiba, Haniem menatap kosong ke arah klinik tersebut sehinggalah seorang doktor menangkap anak matanya bersama seorang pesakit yang patah kaki.
“Urhmm... maafkan saya.” Tegur Haniem.
Doktor yang baru lepas menghantar pesakitnya tersenyum memandang Haniem.
“Saya Haniem.”
“Saya Doktor Faiq. Boleh saya bantu?”
“Urhmm.. doktor ni.. unit fisio heh?” Teka Haniem.
“Ya saya. Ada apa?”
“Sebenarnya saya nak cari trainer untuk pesakit yang lumpuh bahagian kaki. Saya percaya yang dia boleh sembuh.”
Doktor itu menatap Haniem. “Saya boleh nak jadi trainer dia. Cuma... kami ada prosedur. Bayarannya pun.. mahal sangat.”
“Saya tak kisah. Saya boleh bayar dan.. dan saya akan ikut apa jenis prosedur sekalipun.”
“Baiklah. Apa kata kalau cik masuk dalam bilik saya dan saya terangkan.”
Haniem mengangguk.
Doktor Faiq menjelaskan apa prosedur yang perlu dijalankan iaitu Haniem kena ada temu janji pada setiap rawatan dan bayaran bagi rawatan itu memang mahal. Namun Haniem ada simpanan arwah tok aki dan dia rasa tak salah jika dia gunakannya pada keluarga tok aki sendiri.
“Memandangkan awak dah bersemangat. Saya rasa... boleh je kita terus buat appointment dan saya boleh tahu maklumat pesakit. Cuma sebelum tu saya kena dapatkan kebenaran hospital terlebih dahulu.”
“Boleh. Nama dia Reza. Saya macam tak berapa rapat dan kenal maklumat diri dia. Tapi saya yakin dia akan bersetuju kalau saya bawa doktor jumpa dengan dia. Saya... saya nak tengok dia berjalan semula.”
Doktor Faiq mengangguk. “Dah berapa lama dia lumpuh?”
“Rasanya dah dua tahun dia lumpuh.”
“Dia tak ada buat... apa-apa latihan atau berjumpa dengan doktor dari fisiologi lain?”
“Tak. Dia tinggal kat kampung dan payah sikit untuk dia... bayar rawatan ni.”
“Kalau macam tu, penyebabnya?”
“Sebabkan dia pernah gagal dalam trial tentera yang buat dia terkena jerat.”
Doktor Faiq mengangguk lalu menulis beberapa maklumat yang dah diberikan Haniem. Dia tersenyum. “Saya rasa saya.. boleh tolong dia dan saya akan telefon cik Haniem lagi jika... appointment tu dah ditetapkan. Nanti cik Haniem boleh tunjukkan saya rumah dan boleh jelaskan pada dia sebagai ahli keluarga terdekat dia.”
“Insha-ALLAH.”
Haniem keluar dari tadika setelah perjumpaan dia dengan doktor Faiq. Syukurlah yang dia boleh bantu keluarga Opah Hawa dengan cara ni. Dia yakin Reza mahu meneruskan hidupnya dengan sempurna bersama keluarga dia.
Share this novel