ENCIK MALIK bersiap-siap mengenakan pakaiannya memandangkan hari ini Puan Zahara mengajak dia untuk makan tengahari di luar selepas itu keluar mencari barang dapur yang sudah semakin sedikit. Encik Malik meninggalkan Puan Zahara yang sedang membaiki tudungnya lalu di pun turun ke tingkat bawah melihat anak bongsunya yang akan mengikutinya juga.
Duduk sahaja di sebelah Haris, Encik Malik begitu muak melihatnya dengan telefon bimbit dia. Dia mengambil telefon Haris membuatkan Haris memandangnya tidak percaya.
“Dah nak skor dah tu ayah!”
“Skor apanya? Kalau skor pelajaran tak apa juga. Ni skor main game ni buat apa? Mulai daripada sekarang, ayah nak Haris fokus dengan belajar dan bukannya main game. Faham?!” Tegasnya.
Haris memuncungkan bibirnya jengkel.
Hanis ketawa sambil turun dari tangga dengan memimpin Fatin dan Fikri di belakangnya hanya tersenyum.
“Padan muka kena marah! Tulah, hantu game sangat sampai tak boleh lepas TV ke, handphone ke, laptop ke. Bagus ayah marahkan budak mentah macam dia ni!”
Haris mengetap.
“Ha, berdosa lah dengan kakak sendiri! Kalau aku doakan kau tak berjaya dalam pelajaran, habis lah kau.”
“Hanis, apa cakap macam tu. Doakan yang baik-baik je untuk si Haris ni walaupun dia kerap dengan game.” Tegur Encik Malik.
“Okey ayah.”
Encik Malik mendukung Fatin kemudian menatap Hanis dengan Fikri yang sudah bersiap. “Korang nak pergi mana?”
“Humphh.. anak ayah ni lah. Sejak mengandung ni, mengarut je yang dia minta sampai Fik kena jaga dia. Dia nak makan pasembur dekat Penang. Hari ni juga lah nak kena pergi nya dan bagus juga Fik cuti esok.”
“Astaghfirullahhalazim! Kamu ni dah lebih dah Hanis. Masa mengandungkan Fatin, kamu minta laksa Johor sana. Kesian si Fik kena pergi Johor carikan laksa untuk kamu. Sekarang nak makan pasembur pula? Ibu kamu mengandung pun tak ada mengidam yang payah macam ni.”
Hanis mencebik. “Alah, Hanis mengandung nak buat macam mana. Habis nak dimakannya. Setiap wanita yang mengandung, ada citarasa yang berbeza.”
Encik Malik dan Fikri hanya tersenyum antara satu sama lain.
“Mengada-ada je lebih! Pergilah nak makan sangat pasembur tu. Jangan lupa lepas makan telan terus dan jangan sembur. Takutlah mengidam lagi nak makan. Nasib baik mengidam nak makan. Kalau mengidam nak sembur muka orang, lagi teruk.”
Hanis terus mencubit bahu Haris dan bersalaman dengan Encik Malik. Dia pun melangkah pergi sebelum menyampaikan pesanan hendak pergi kepada Encik Malik untuk disampaikan kepada Puan Zahara.
“Ayah, bagilah balik fon tu.” Rayunya.
“Tak boleh! Daripada main fon ni, lebih baik Haris fikir barang belajar apa yang tak ada dan buku apa yang nak dibeli. Kalau pasal belajar, ayah support semuanya.”
Tak bermakna apa-apa jika ia bukan berkaitan permainan video.
“Zahara! Cepatlah. Dah pukul berapa ni? Nanti silap hari bulan pasaraya tu tutup pula tunggu awak bersiap.” Laung Encik Malik.
“Hisy abang ni! Baru pukul berapa je pasaraya nak tutup.”
“Cepatlah kalau macam tu.”
Puan Zahara turun dari tangga lalu mendekati suaminya. Dia tersenyum sambil membaiki kolar baju Encik Malik dan berangkat pergi dengan memegang tangan Haris anak bongsu dia. Di rumah ini hanya ada dia, Haris dan Encik Malik sahaja memandangkan Haniem sudah berangkat ke rumah Qila untuk tidur di sana.
Semasa mereka nak keluar, kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan mereka mengejutkan Encik Malik, Puan Zahara dan Haris. Dia bersalaman dengan Encik Malik yang terpinga-pinga memandang isterinya. Setelah itu mereka menjemputnya masuk ke dalam rumah. Puan Zahara menyediakan minuman buat dia lalu duduk di sebelah suaminya berhadapan lelaki tadi.
“Kenapa Ad datang ni?” Tanya Puan Zahara.
“Saya minta maaf kalau.. saya datang pada masa yang tak sesuai.”
“Eh tak adalah. Ad kan tetamu aunty dan Ad boleh datang bila-bila masa je jumpa dengan aunty dan keluarga. Lagipun bukannya Ad tak pernah datang sebelum ni kan?”
Adhiyat gembira apabila kedatangannya dialu-alukan Puan Zahara sekeluarga.
“Tapi.. apa hajatnya kamu datang kali ni? Nak jumpa Fik ke? Kalau Fik dia dah ke Penang sepuluh minit tadi dengan isteri dan anak dia.” Ujar Encik Malik.
“Eh tak. Saya tak nak jumpa Fik pun sebab.. sebab dia dah settle kan kerja dia kat office dan kat luar ni kami kawan.”
Encik Malik mengangguk.
“Saya datang nak jumpa.. aunty dengan uncle untuk cakap pasal.. Haniem.”
Anak mata Encik Malik dan Puan Zahara bertaut antara satu sama lain.
“Saya tahu Haniem tak sukakan saya dan saya tahu saya... saya tak boleh paksa dia. Jadi saya datang sini sebab nak minta restu uncle dengan aunty untuk.. untuk melamar Haniem menjadi isteri saya dan kenal dengan dia.” Dia begitu gementar namun dipercepatkan kata-katanya supaya tiada lagi perasaan gementar itu.
“Uncle tak kisah pun Ad nak melamar Haniem. Cuma, kenapa cepat macam ni?”
“Saya sebenarnya.. sebenarnya takut kehilangan Haniem macam apa yang Huzair cakap pada saya sebelum ni. Dia cakap dia dah gagal untuk ambil hati Haniem dan dia... dia yakin Haniem akan beri saya peluang. Saya nak.. Haniem terima saya sebagai suami dan saya akan tunggu walau lambat manapun dia nak menerima saya.”
Encik Malik menatap Adhiyat lama. “Apa yang kamu rasa.. kamu boleh bahagiakan Haniem?”
“Saya... saya tak ada apa-apa ganjarannya. Tapi dengan doa uncle dengan aunty, doa keluarga saya dan doa saya, saya janji akan bahagiakan Haniem. Selagi Allah beri saya peluang untuk bersama Haniem, saya takkan sia-sia kannya.”
“Apa yang buat kamu yakin dengan kata-kata kamu tadi?”
“Urhmm.. takdir. Allah tetapkan takdir setiap manusia indah dan.. buruk. Tapi saya akan jalani setiap ujian dia dan takdirnya pada saya. Selagi saya yakin akan bimbing Haniem, selagi tu saya yakin dengan kata-kata saya untuk bahagiakan Haniem.” Jelasnya lagi.
“Kalau Haniem... berperangai buruk, apa yang kamu akan buat?”
“Saya akan.. ajar dia cara untuk berperangai baik.”
“Dengan cara macam mana?” Tanya nya lagi sehingga Puan Zahara dan Haris memandang tak percaya.
“Dengan.. ajaran Allah.”
“Kalau kamu yakin hati kamu pada yang lain, apa yang kamu akan buat?”
Soalan ini sedikit susah pada Adhiyat. “Saya akan cuba... mengimbau kenangan saya dan Haniem dan akan pastikan.. hati saya tak beralih pada yang lain.”
“Kenapa kamu yakin dengan kata-kata kamu tadi?”
“Err... saya.. saya akan cuba.”
Encik Malik senyum sinis. “Cuba? Kamu tahu berapa ramai lelaki zaman sekarang curang dan berapa peratus kepercayaan wanita pada lelaki hilang?”
Adhiyat hanya diam.
“Zero. Kamu bijak dalam.. berkata-kata dan kamu meyakinkan saya sekarang sebagai ayah kepada Haniem. Tapi kamu tak cukup bijak untuk buat saya bezakan kata-kata kamu dengan.. alasan.”
“T.. tak! Saya tak tahu nak.. nak jawab macam mana. Tapi saya ikhlas untuk jadikan Haniem isteri saya dan kalau hati saya berubah, uncle tolong.. beritahu saya.”
Encik Malik mengeluh. “Kenapa mesti saya beritahu kamu apabila hati kamu dah berubah? Saya takkan masuk campur dalam hal ni. Saya nak kamu sendiri yang sedar.. cinta Haniem, kepercayaan dia, kesakitan dia dan hati dia. Saya takkan ingatkan kamu tentang hati kamu yang berubah sebab kamu yang merubahnya dan bukannya Haniem.”
“Saya minta maaf.”
“Okey. Uncle ada.. permintaan nak buat sebelum kamu.. melamar Haniem menjadi isteri kamu.”
Puan Zahara dan Haris nampak gembira sedikit.
Adhiyat membuka telinganya hendak mendengar permintaan Encik Malik.
“Uncle dah kenal kamu lama dah dan uncle letakkan.. kepercayaan penuh pada kamu. Bukan pada kamu je. Masa Fik nak melamar Hanis, dia datang dengan Hanis dan beritahu hajat dia dan itu buatkan uncle bangga dengan dia. Sejak dari tu, uncle letak kepercayaan penuh pada dia untuk jaga Hanis. Nampaknya dia jalankan tanggungjawab dia dan uncle tak pernah nampak dia lelah layan Hanis. Uncle pun harap kamu boleh jadi macam tu.”
Adhiyat mengangguk.
“Haniem ialah anak yang paling.. susah nak beritahu perasaan dia, susah nak menangis di hadapan orang dan susah nak nyatakan apa yang dia nak. Selama ni dia buat semuanya ikut kehendak dia seorang je tapi dia tak pernah pentingkan diri. Oleh sebab tu, uncle nak kamu bahagiakan dia. Kalau kamu rasa secebis cinta tak lagi untuk dia, bawa dia datang ke rumah uncle dan jelaskan kenapa kamu nak lepaskan dia.”
“B... baik.” Jawab Adhiyat.
“Kalau kamu rasa Haniem tu melampaui batas, selesaikannya sebelum kamu bawa dia datang ke rumah uncle. Kalau kamu rasa Haniem curang dengan kamu, tanya pada dia. Kalau ada salah faham, jelaskan pada dia dan berbincang. Kalau kamu sakit hati pada dia, jangan tinggikan suara kamu pada Haniem dan seeloknya.. berbincang lagi. Kalau kamu buat Haniem menangis, uncle akan pastikan kamu yang melutut.”
Takut juga Adhiyat dengan ugutannya. Dia juga nampak Puan Zahara memegang lengan suaminya.
“Saya akan buat semua tu kalau hati saya berubah. Saya janji akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami.. buat Haniem. Kalau saya gagal.. cintakan dia, saya akan bawa dia balik ke sini, lepaskan dia dengan cara yang elok dan.. dan jelaskan kenapa saya gagal cintakan dia. Kalau saya buat Haniem menangis, hukum saya dengan apa jua hukuman sekalipun. Saya akan berdoa pada Allah untuk buat hati saya hanya pada Haniem.”
Lama Encik Malik menatapnya sebelum nafas dihela berat. “Baiklah. Uncle setuju jadikan kamu menantu uncle kalau kamu buat Haniem setuju untuk jadi isteri kamu. Ingat Ad, sekali kamu patahkan hati Haniem, uncle akan pastikan kamu tak diberi peluang kedua. Buat Haniem.. cintakan kamu seorang je dan jangan pernah sia-sia kan kenangan kamu dengan dia.”
Adhiyat mengangguk.
Selesai saja perbualan mereka, Adhiyat meminta diri. Dia bersalaman dengan Encik Malik kemudian membawa keretanya pergi dari sini bagi memulakan rancangannya yang seterusnya.
Encik Malik sekeluarga pula turu keluar untuk meneruskan apa yang di hajat oleh mereka sebentar tadi.
“Terer lah ayah tadi masa beri amaran kat abang Ad untuk tak sakitkan hati princess ayah tadi.” Puji Haris.
“Itu bukan amaran. Itu permintaan.”
“Permintaan tapi dengar macam amaran. Cuak betul muka abang Ad tadi masa ayah tanya dia macam-macam soalan.”
Encik Malik tersenyum. “Ayah cuma nak tahu je macam mana dia buat kerja dia untuk pastikan Haniem bahagia. Baguslah kalau dia ada rancangan untuk buat Haniem gembira. Kak Haniem kamu tu susah nak diramal.”
Haris mengangguk.
“Tapi saya tak percaya lah bang yang Ad boleh datang sendiri rumah kita untuk jelaskan perasaan dia dan hajat dia.”
Encik Malik mengangguk. “Itulah contoh calon suami yang abang nak kan kalau anak perempuan abang. Sebelum buat keputusan, jumpa dengan bapak nya dulu.”
“Lebih bagus kalau dia bawa keluarga dia.”
“Alah, dia nak restu aje dulu. Nanti lepas dah settle kan semuanya, dia bawalah kita jumpa parents dia. Lagipun macam lah kita tak kenal dengan Haliza dan Lan tu.”
“Yelah.” Puan Zahara mengiakan saja.
“Tapi ingat Haris, jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ni. Mungkin Ad tu perlukan masa untuk lamar Haniem. Jangan buat Haniem tahu dan biar dia tahu dengan cara terkejut. Faham?”
Haris mengangguk. “Tu pun kalau ayah bagi Haris main game seminggu lima kali.”
“Baik Haris main terus je! Seminggu dua kali tak apa. Kalau seminggu lima kali, ayah tak izinkan.”
“Okeylah. Seminggu dua kali.” Lebih bagus daripada tak main terus.
Namun apa yang Puan Zahara dan Encik Malik harapkan sekarang ialah Haniem dan Adhiyat boleh terus bersama. Seperti yang Encik Malik sangkakan, Haniem ada ciri tarikan yang istimewa padanya. Semoga Haniem boleh buka pintu hatinya.
Share this novel