ADHIYAT pulang dari tempat kerja beberapa hari dan keadaan masih terlihat sama walaupun dia cuba hendak membersihkannya. Adhiyat penat dan lelah dengan keadaan sekarang. Maya pula langsung tak kisah lagi tentang semua ini sehingga buatkan Adhiyat mengeluh berat. Kalau begini lah perangai Maya, Adhiyat lebih rela pulang ke rumah Datin Haliza berbanding duduk dengannya.
Dia berbaring di sofa rumah Datin Haliza ingin menenangkan dirinya. Lagipun Adhiyat juga sedang lapar sekarang dan dia tak tahu nak makan apa. Makanan di luar memang tak kena dengan selera tekak dia.
“Heh, Ad buat apa kat sini? Umi ingatkan siapa tadi.” Datin Haliza yang turun ke tingkat bawah terkejut melihat anak lelakinya.
“Ad datang nak makan je dan penat sikit baru balik kerja.”
“Kat rumah tak ada sesiapa siapkan makanan ke?”
Adhiyat bangun menghadap Datin Haliza. “Haniem pergi Terengganu sebab ada kursus dan ingatkan dia pergi tiga hari je. Dia beritahu Ad sebelum ni yang dia kena stay seminggu kat sana sebab salah jadual.”
“La.. yeke? Habis Maya macam mana? Tak ada juga?”
“Ad tak fahamlah dengan perangai Maya ni. Masa kahwin, bulan dan bintang dia bagi. Sekarang ni setiap kali Ad balik rumah, dah macam longkang je kat sana. Berbau, tak bersih dan bersepah rumah. Ad pening kepala lah bila difikirkan balik.”
Datin Haliza mengeluh. “Ad, Maya tu walaupun dia macam tu, tapi dia dah sah isteri Ad dan Ad kena reda menerima takdir Allah.”
“Bukan bahagia yang macam ni yang Ad minta. Kenapa takdir tak menyebelahi Ad? Ad tak cintakan Maya dan.. dan Ad tak sangka dia mengandungkan anak Ad. Demi Allah, Ad tak pernah ingat Ad berzina sebelum ni.”
“Umi percayakan Ad sejak mula lagi. Tapi Ad, kita tak ada bukti yang sah nak tuduh Maya. Nanti kita yang dapat dosanya sebab fitnah dia. Ad perbanyakkan doa dan mohon pada Allah tunjukkan kebenarannya.”
Adhiyat mengeluh. “Tapi Haniem macam.. dah tak cintakan Ad lagi macam dulu. Dia nak berkenalan dengan Huzair lagi dan Ad tak boleh.. cekalkan hati Ad untuk dia pergi pada Huzair. Kenapa dia tak faham firasat hati Ad?”
“Mungkin dia terlalu terluka Ad. Umi pun nak Haniem tu bahagia dan mungkin dengan Huzair dia boleh bahagia. Cuma Ad kena lah faham perasaan Haniem.”
“Ad cuba. Tapi Ad tetap tak boleh nak faham, nak nampak apa yang dia fikirkan.”
“Ad suami dia Ad yang tentukan apa yang terbaik.” Balas Datin Haliza.
Adhiyat mengeluh. “Boleh Ad makan kat sini dan tidur kat sini sekali? Kepala pusing sikit sekarang ni dan Ad pun tak tahu kenapa lately ni kepala cepat pusing je.”
“Pergilah. Nak umi siapkan?”
“Eh tak apalah. Ad ingat nak naik mandi dan solat dulu. Nanti Ad ambil sendiri.” Katanya lalu segera bangun melangkah ke tingkat atas.
Setelah dia mandi, Adhiyat mula solat isya’. Hati dia sebak menatap Al-Quran dan mengingatkan dosanya kepada Allah sebelum ini dengan berzina. Adhiyat mengalirkan air mata menyesali perbuatannya dan selama dua jam dia di tikar sejadah menyedari kesalahannya. Selepas itu Adhiyat mula tak rasa lapar lagi. Dia berbaring di katil lalu terlelap.
Di pagi kemudiannya, Adhiyat rasa kepalanya sangat pening. Dia melangkah keluar dan akhirnya jatuh jua. Apa hang Adhiyat sedar, suara Datin Haliza kedengaran memanggil suaminya.
Dia sedar yang dia berada di hospital. Doktor dan jururawat mengelilinginya setelah dia disahkan sedar dari pengsan.
“Apa yang dah jadi doktor pada saya?”
“Mengikut pemeriksaan, encik overdose ubat tidur sebelum ni dan apabila fikiran encik sesak, ia beri kesan kepada ubat tu untuk meletihkan seseorang yang pernah overdose.”
Adhiyat berkerut kening. “Tapi saya tak pernah ambil ubat tidur. Sekali pun tak pernah dan macam mana saya boleh overdose.”
“Mungkin encik ada termakan beberapa ubat yang mengandungi bahan yang sama dengan kuantiti yang banyak sehingga buatkan encik mengalami gejala cepat letih dan kalau dibiarkan, encik takkan boleh hidup tanpa ubat tu. Jadi saya cadangkan, encik kurangkan mengambil ubat-ubat seperti itu.”
“Saya makan ubat tahan sakit je. Itu pun sekali dan saya tak pernah ambil dah lepas tu.”
“Tapi kuantiti ubat tidur dalam badan encik memang tinggi.” Balasnya.
Adhiyat pelik.
“Apa-apa pun, saya rasa ubat terbaik untuk encik hanya lah berehat dan tenangkan fikiran encik.”
Adhiyat mengangguk. “Terima kasih.”
“Sama-sama.” Doktor itu pun beredar pergi.
Seraya doktor itu berlalu pergi, Datuk Azlan mula bersuara kedengaran tegas pasa Adhiyat.
“Kalau stress pun, jangan ambil ubat tidur Ad.”
“Ba, Ad tak makan pun ubat tidur! Ad ni dah lah susah nak makan ubat. Takkan lah Ad nak saja-saja nak makan ubat dan jadi ketagih dengan ubat. Ad masih ingat yang Ad tak pernah ambil ubat tidur.” Katanya mempertahankan dirinya.
“Habis, macam mana dalam badan tu ada kuantiti ubat tidur yang banyak?”
“I don’t know Ba.”
Datin Haliza menepuk bahu suaminya. “Janganlah tuduh anak tu sembarangan!”
“Saya risau kalau dia ambil ubat tidur Liza. Anak muda zaman sekarang memang suka sangat ambil ubat tidur sebab nak tenangkan diri diorang.”
“Liza percaya anak kita tak macam tu. Dah, jangan suka sangat nak tuduh Ad ni macam-macam. He is my son and i know him better than you!” Tegas Datin Haliza pula.
Datuk Azlan hanya mengeluh manakal Adhiyat pula tersenyum.
Mujur juga Adhiyat tak dimasukkan ke wad malah dia boleh pulang dengan segera. Dengan pesanan doktor yang tegas, Adhiyat mengambilnya sebagai iktibar. Dia kemudiannya berjalan dengan dipimpin Datin Haliza.
“Umi sebenarnya dah call Maya untuk datang sini. Tapi dia kata dia sibuk dan tak boleh datang jenguk Ad.”
Adhiyat mengeluh putus asa. “Tak apalah umi. Ad dah faham sangat dah dengan perangai si Maya tu. Kalau dia nak buat semua ni, ikut suka hati dia. Dia tak ada, Ad lagi tenang.”
“Hisy, tak baik lah cakap macam tu. Dia tetap isteri Ad baik buruknya pun.”
“Kalau macam tu punya perangai, tak ada lelaki yang sanggup jadikan dia isteri tau.”
Datin Haliza hanya mampu menepuk bahu anaknya.
Semasa mereka menuju ke kereta, Datuk Azlan nampak sekumpulan lelaki memukul gelandangan. Dia segera berlari ke tempat mereka sehingga buatkan mereka cabut lari. Datin Haliza dan Adhiyat mendekatinya. Mereka sangat terkejut sebaik saja melihat gelandangan ini.
“Maz!”
“Ya Allah abang! Ini memang Maz. Cepat angkat dia abang.” Datin Haliza kelihatan risau.
Darah memancut keluar dari bahagian perut Maya yang mula-mula tak di perasan oleh Datuk Azlan, Datin Haliza dan Adhiyat. Apabila mereka membawanya masuk ke dalam sehingga ke kecemasan, barulah mereka perasan.
Mazlan segera dibawa ke bilik pembedahan bagi melihat luka di dalam badannya. Selepas 4 jam di bilik bedah sehingga Mikael dan Maya pun sudah datang, doktor keluar dan dia nampak agak sedih.
“Dia kehilangan banyak darah dan termasuklah.. kami baru saja dapat tahu dia mengalami tumor di bahagian kepala dia yang tak boleh dikeluarkan lagi. Encik Mazlan juga mengalami beberapa kecederaan lain yang buat tenaga dia makin lemah. Tikaman di bahagian perut yang dah kena ke jantung buat dia berhenti bernafas dan kami minta maaf sebab tak dapat selamatkan dia.”
Maya jatuh tetapi mujur diselamatkan Mikael di sebelahnya. Dia menangis dan meraung di dalam dangkapan abangnya.
“Astagfirullahhalazim.” Datin Haliza juga turut mengalirkan air mata dan dipeluk oleh Datuk Azlan.
Adhiyat berduka juga.
“Abang! Abang Maz dah tak ada. This isn’t right! This is not right!” Raung Maya.
“Abang tahu. Kuatkan hati Maya. Kuatkan diri Maya. Allah tahu ini yang terbaik.”
“Maya nak jumpa dengan abang Maz sekarang! Tak mungkin dia dah tak ada. Maya nak tolong dia bayar hutang tu. Maya... takkan lepaskan dia!”
Mikael terus memeluk Maya erat.
Akhirnya Mazlan yang ditutup dengan kain keluar dari bilik bedah dengan didorong beberapa orang doktor. Maya berlari ke arahnya dan memeluk Mazlan erat. Mikael dan Adhiyat cuba menghentikannya.
“Abang!” Panggilnya.
Mereka duduk seketika di sana bagi menyerahkan maklumat Mazlan sebagai si mati. Jasad Mazlan juga dibawa pulang ke rumah Datin Haliza untuk dikebumikan kemudiannya.
Setelah persiapan, Maya duduk sendiri di hujung tembok dengan rasa hati yang masih sedih. Datin Haliza yang melihatnya segera melangkah dengan dilihat oleh Adhiyat yang turut risau akan keadaan Maya.
“Abang.. dah tak ada.” Gamit dia.
“Maya, dah lah tu. Ini semua takdir Allah dan kita tak boleh melawannya. Mungkin di ambil apa yang kita sayang. Tapi Allah tu ada perancangan yang lebih bagus. Dia akan gantikannya dengan kebahagian suatu hari nanti.”
“Maklong takkan faham. Maya dah nak bantu dia. Ini tak patut terjadi! Maya dah berjanji... akan tolong dia bayar hutang tu.”
“Maklong tahu. Tapi ini semua dah ditetapkan. Maklong tak nak Maya sedih lagi sayang. Kat sini Maya ada abang, Adhiyat, Maklong, PakLong dan semua keluarga yang sayangkan Maya.” Dia memeluk erat Maya yang kini melentokkan kepalanya ke bahu Datin Haliza.
Adhiyat mengeluh melihat Maya sebegitu rupa. Dia melangkah dengan membawa beg galas Maya. Duduk sahaja di kerusi, Adhiyat menghubungi Haniem hendak mengabarkan hal ini. Sayangnya telefon Haniem tak boleh dihubungi. Disaat dia melihat sekeliling, anak mata Adhiyat terpaku ke beg Maya. Dia mengeluarkan ubat tidur di dalam situ yang buatkan dia terkejut.
“Assalamualaikum.” Keluarga Haniem yang telah mendapat berita ini tiba.
Adhiyat segera bersalaman dengan Encik Malik yang kini baru nak bersalaman dengannya.
“Kami simpati atas pemergian arwah.”
“Tak apa. Urhmm... silakan lah masuk.” Pinta Adhiyat.
Mereka sekeluarga masuk. Adhiyat menghalang Hanis dan Fikri.
“Boleh call Haniem tak? Abang hantar mesej, telefon dia tak ada service.”
“Dah call dah tadi. Kak Haniem tak angkat pun.”
Dalam kekalutan, ini buat Adhiyat risaukan Haniem.
Pada hari keesokannya, Opah Hawa tiba dengan yang lainnya. Mereka turut berduka lebih-lebih lagi Opah Hawa yang tak sanggup melihat pemergian cucu dia. Jasad Mazlan selamat dikebumikan secara islam dan itu dan cukup bagi seluruh keluarga mereka.
Disaat mereka kembali, Adhiyat perasan kelibat Maya tidak kelihatan. Dia dan Mikael segera kembali ke tanah perkuburan dan mereka tidak melihat kelibat Maya. Dekat sehari mereka mencari Maya begitu juga ahli keluarga yang lainnya. Apabila dah putus asa, mereka mula buat laporan polis yang turut mencari selepas menyiapkan beberapa prosedur.
Share this novel