bab 58

Romance Completed 1378

ADHIYAT kembali ke pejabatnya setelah dia menemani Maya ke pusat membeli-belah dengan terpaksa. Dia juga harus menelefon Fikri untuk menyiapkan kerjanya sementara dia keluar. Sebenarnya Adhiyat serabut dengan rengekan Maya yang dia ingatkan sebentar tadi. Buat malu sahaja di hadapan ramai pelanggan di restoran itu yang menyangka Adhiyat ialah suami kepada Maya. Disebabkan hal itu dia terpaksa bawa Maya ke pusat membeli-belah.

Adhiyat tak terus masuk ke bilik pejabatnya malah dia membancuh minuman buat seketika. Setelah itu dia duduk di atas kerusi.

“Ha, baru balik! Apa yang sibuk sangat tu?” Fikri masuk ke ruang pantri.

“Aku tak sangka lah pula yang dia boleh ajak aku pergi shopping sebab dia takut tersesat.”

Fikri duduk di hadapan Adhiyat setelah mengambil air kotak dalam peti sejuk. “Takut tersesat pula? Kenapa kau tak bawa dia pergi hutan terus supaya sesat selama-lamanya?”

Adhiyat hanya mengetap kecil.

“Aku tak fahamlah dengan Maya ni. Dulu dia dengan kau tak ada lah rapat sangat macam ni. Bukan main lagi kau jauhkan diri daripada dia. Sekarang tiba-tiba je nak berkepit. Ke sengaja?”

“Entahlah. Dia cakap kat aku yang aku ada dalam checklist bila dia balik KL ni dia nak buat apa. Aku terpaksalah sebab aku tahu yang dia tu pun kena pergi New York balik.”

Fikri mengeluh. “Kalau dia balik New York pun, apa salahnya sebelum dia balik tu kau spend lah masa dengan dia. Ni dia baru balik dua hari, bukan main lagi kau spend kan masa kau dengan dia sampai kerja pun tergendala.”

“Kau ni jealous ke?”

“Mana ada aku jealous! Buang masa lah aku nak jealous dengan kau. Maya tu empat puluh kali ganda lebih bagus daripada isteri aku tau.” Katanya.

Adhiyat ketawa kecil. “Habis? Sebab dia kau kena buat kerja aku?”

“Eh Ad, macam lah sebelum ni aku tak pernah tolong kau siapkan kerja kau? Aku rasa masa kau honeymoon, masa kau stress dulu, aku ni lah yang bertungkus-lumus tolong kau siapkan kerja kau tau sampai aku yang kena marah dengan clients kita setiap kali buat silap. Tapi aku tak kisah pun buat kerja tu semua.”

“Then okey lah kan? Lagipun aku luangkan masa dengan Maya sebab aku pun sibuk nanti. Tak ada masa untuk dia dengan Haniem.”

Fikri menggeleng kepala. “Kenapa kau nak spend kan masa kau dengan Maya? Kau ni macam kahwin dua je sampai kau nak balance kan masa kau dengan Maya.”

“Hisy, mengarut lah kau ni!”

Fikri menatap Adhiyat lama dengan keluhan berat yang kerap dilepaskan sehingga membuat Adhiyat sedikit tak selesa.

“Okey, lepas ni aku takkan serahkan kerja aku kat kau lagi. Settle?”

“Ad, kan aku dah cakap yang ini tak ada kena mengena dengan kerja kau. Apa yang aku tak puas hati ialah bila kau lupakan sesuatu perkara dan kau sibuk nak jaga perkara yang lain. Perkara yang belum diselesaikan lagi dan kau selesaikan perkara yang tak penting dulu.”

Berkerut kening Adhiyat. “Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah.”

“Okey, tadi kau cakap kau tak ada masa dan sebab tu kau nak spend kan masa kau dengan Maya sebab nanti kau pun tak ada masa untuk Haniem dan dia. Cuba kau baiki balik ayat kau tadi.” Pintanya.

Adhiyat memikirkannya.

“Maksud aku, siapa isteri kau Ad? Haniem atau.. Maya?”

Adhiyat segera mendapat jawapannya sehingga dia mengurut kepala benar-benar lupa tentang Haniem.

“Haniem ialah isteri kau dan bukannya Maya adik sepupu kau je. Kau boleh spend kan masa kau dengan Maya. What about Haniem?”

“Haniem faham keadaan aku sekarang.”

Fikri senyum sinis. “Ya, fahamlah dia keadaan kau sampai mata dia penuh dengan kecewa tau masa aku jumpa dia tadi.”

“Aku dah beritahu dia yang aku tak makan tengahari dengan dia ataupun bekal dia sebab aku nak keluar dengan Maya. Haniem pun tak kisah.”

“Ad, aku tahulah kau baru je kahwin. Maybe kau tak ada experiance faham perasaan perempuan. Tapi kau pun kenal Haniem sebelum ni. Dia wanita yang penuh dengan perasaan yang tersembunyi. Tak ada sesiapa akan faham kalau dia terluka ataupun tak. Aku mengharapkan kau untuk faham perasaan dia bila kau dah buat dia cintakan kau. Aku ingat kau akan faham dia lebih dari orang lain. Tapi ternyata kau tetap... tak nampak kesedihan dia Ad.”

Adhiyat perlahan-lahan membuka matanya.

“Kau keluar makan dengan Maya, kat restoran, pergi shopping pulak! Haniem pula dengan rasa kecewanya dia datang rumah ibu dengan ayah dia untuk lunch kat sana, bekal yang dia bekalkan untuk kau dengan penuh rasa kasih sayang, dia bagikan kat orang lain semuanya sebab suami dia ni nak.. spend kan masa dengan adik sepupu berbanding tanggungjawab dia terhadap isteri dia. Balik sini, suami dia masih lagi bercakap tentang nak spend kan masa dengan adik sepupu dan isteri dia dan nak balance kan masa tu buat diorang. Isteri dia pula termenung je kat tempat kerja sana.”

“Aku tak berniat nak... nak tinggalkan dia.”

Fikri mengeluh. “Ya, aku tahu kau tak ada niat nak tinggalkan dia Ad. Tapi jangan sampai dia yang tinggalkan kau suatu hari nanti sebab perangai kau ni. Kau dah berjanji lah bro yang kau akan setia dan cintakan dia pada ayah. Kau tak takut ke kalau ayah dapat tahu hal ni dan marahkan kau? Kau kena sedar yang kau tu berkahwin dengan anak pengusaha syarikat yang tegas.”

“Kau tak payahlah nak takutkan aku macam tu.”

“Tahu pun takut! Kau kenalah spend kan masa kau dengan Haniem dan bukannya Maya. Dia tu bukannya isteri kau pun. Haniem tu isteri kau dan kau kena lebih strict pada dia.”

Adhiyat mengeluh lalu bangun. “Sekarang juga aku akan telefon dia! Aku tak nak kehilangan Haniem hanya sebab Maya. Isteri aku hanya satu. My first and my last.”

Fikri mengangguk turut bersemangat melihat Adhiyat.

Adhiyat melangkah ke biliknya dan dia terus menghubungi Haniem. Beberapa kali juga masa yang diambil sehingga akhirnya Haniem menjawab panggilan dia.

“Assalamualaikum, sayang! Haniem tak apa-apa?”

“Waalaikumusalam. Kenapa ni?” Haniem ketawa kecil dengan suara Adhiyat yang bergetar.

Adhiyat menghela nafas lega. “Syukurlah Haniem tak apa-apa. Abang sebenarnya... risau bila abang tak endahkan Haniem sejak pagi tadi.”

“Mana ada abang tak endahkan Haniem. Tadi abang ada borak dengan Haniem sebelum abang pergi kerja kan?”

“Sayang, itu pagi tadi dan abang pun nak cepat pergi office sampai abang... abang tinggalkan Haniem dengan bekal makanan yang Haniem penat-penat siapkan untuk abang.”

Haniem tersenyum nipis. “Haniem tak kisah pun kalau abang tak ambil sebab kat tadika ni ada ramai je yang nak tolong habiskan. Lagipun Haniem tak salahkan abang. Abang kan nak cepat pergi office dan kalau lambat nanti kan payah. Tak apa, lain kali Haniem boleh siapkan lagi bekal untuk abang.”

“Terima kasih sayang. Abang janji akan makan bekal Haniem lepas ni. Abang takkan sesekali tinggalkan Haniem, tak endahkan Haniem. Abang cuma nak Haniem percayakan abang. Haniem dah tahu kan abang pergi jumpa dengan Maya.”

“Dah. Haniem tak kisah pun. Cuma Haniem nak abang jaga batas je.” Pesannya.

“Okey sayang! Tapi abang ada satu permintaan untuk Haniem.”

“Permintaan? Macam lain je bunyinya.”

Adhiyat ketawa senang. “Memang lain. Abang nak Haniem siap-siap lepas balik kerja nanti sebab abang nak bawa Haniem pergi makan kat restoran. Abang akan decide dan abang akan datang ambil Haniem.”

“Wow! Tapi abang tak payahlah membazir sampai nak makan kat restoran. Kita boleh makan dekat kedai biasa je.”

“Tak apa. Ini sebagai tanda abang minta maaf dengan Haniem sebab dah buat Haniem rasa kecewa dengan abang. I am really sorry dan menyesal dengan perbuatan abang.”

Haniem mengeluh tenang. “Okeylah. Haniem tunggu abang kat rumah dan nanti abang datang ambil Haniem. Boleh juga kita pergi ambil barang kat rumah umi.”

“Boleh. Okeylah, jumpa nanti sayang. Bye!”

“Bye!”

Setelah panggilan dimatikan, jati Adhiyat sedikit tenang apabila mengetahui keadaan isterinya baik-baik sahaja.

Namun Adhiyat merasakan pintu bilik dia terbuka sedikit dan ditutup. Adhiyat segera mendekati pintu dan dia tak nampak sesiapa melainkan para pekerja yang membelakangkan bilik kerjanya sedang bekerja. Tak disangka Osman melalui pintu biliknya.

“Man,”

“Ya, bos?” Tanya dia.

“Awak nampak Fikri?”

“Urhmm... dia ada kat mesin fotostat.” Balasnya.

Adhiyat mengangguk. “Awak ada nampak sesiapa kat sini tadi?”

“Tak. Kenapa bos?”

“Tak ada apa-apa lah. Awak dah siapkan buku tu?”

“Sikit lagi. Saya pun nak.. baca rujukan yang bos bagi kat saya. Membantu sangat dan saya perlukan masa sikit.”

Adhiyat tersenyum. “Ambillah berapa banyak masa sekalipun. Nanti awak boleh improve kan pada bos awak.”

“Betul juga.”

Adhiyat melangkah hendak masuk sebelum Osman bersuara lagi.

“Urhmm... bos kenal dengan Maya?”

“Kenal. Dia sepupu saya. Awak kawan dia kan?”

Osman mengangguk. “Saya tak sangka dia cuma.. sepupu bos sebab dulu saya selalu nampak bos bawa dia keluar, selalu je sama-sama.”

“Oh, hubungan kami tak lebih dari seorang sepupu. Saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.”

“Okeylah. Tapi bos.. kenalah ingat yang bunga tak selalunya wangi.”

Berkerut kening Adhiyat dengan apa yang Osman ucapkan. Dia berlalu pergi meninggalkan Adhiyat tanpa Adhiyat tahu Osman dah mendengar semuanya di muka pintu tadi.

Tak mengendahkannya, Adhiyat masuk kembali lalu dia pun menyambung pekerjaannya. Menjelang petang, dia bersiap hendak pulang dan kepala Adhiyat kini kosong kecuali kerja-kerja yang berlambak. Dia tak ingat apa yang dia janjikan dan apa yang dia ucapkan. Telefon yang berdering membuatkan Adhiyat mengangkat panggilan daripada Maya.

“Ya?”

“Abang, abang sibuk ke?” Tanya Maya.

“Abang baru je habis kerja ni. Abang ingat nak balik.”

“Lewatnya.”

“A’ah. Tadi kena jumpa dengan clients sekejap. Maya nak apa call abang ni? Abang penatlah dan nak balik rehat.”

“Balik? Urhmm... abang lupa something ke?” Tanya dia serba salah lagi.

“Lupa apa? Abang rasa abang tak lupa apa-apa pun.”

Kedengaran nafas yang dihela tenang. “Hisy lupa lah tu yang Maya dah beritahu abang yang Maya lupa nak ambil barang Maya dalam kereta abang. Ada purse mahal Maya dalam kereta abang.”

“La.. kenapa Maya tak check dulu sebelum ni?”

“Hisy abang ni! Orang dah excited, macam mana nak check.”

Adhiyat mengeluh. Tak guna dia marah. “Habis, Maya nak buat apa? Nak ambil?”

“Hurmm.. abang hantarkan lah sebab Maya.. Maya nak lah abang tahu rumah Maya kat mana. Nanti Maya share kan location okay?”

“Yelah, yelah.” Balas Adhiyat.

Adhiyat terus berjalan keluar dari bilik pejabatnya menuju ke kereta lalu membawa kereta dia ke rumah Maya seperti yang telah dihantarkan pesanan lokasi nya. Jalan memang sesak sehingga dia tiba di rumah Maya pun lepas solat isya’. Mujur juga ada surau berdekatan.

Setelah tiba, rumah Maya nampak semuanya gelap dan keretanya tiada di dalam garaj. Adhiyat mengeluh. Dia menunggu Maya sehingga tiba dengan beg kertas yang terdapat barang Maya. Apabila dua jam menunggu, akhirnya kereta Maya kelihatan dan dia pun keluar.

“Sorry, sorry abang! Maya.. keluar dengan kawan kejap tadi. Katanya sekejap je nak keluar. Tapi kenyataannya, berjanggut tunggu dia.”

“Hisy, abang dah lah penat balik kerja dan nak kena hantar barang Maya pula. Lepas ni make sure check dua kali supaya tak menyusahkan abang.” Dia menghulurkan beg kertas kepada Maya.

“Alah, abang janganlah marah. Maya janji lepas ni Maya takkan lupa.”

Adhiyat melangkah ke keretanya sebelum lengannya dipegang Maya dan dirapatkan tubuhnya dengan Maya.

“Abang tak nak masuk minum air dulu?”

Adhiyat melepaskannya dan menjauhkan diri dia. “Sorry, abang nak balik dah. Jangan dekat dengan abang. Kalau jiran salah faham, habis kita nanti.”

“Okeylah.”

Adhiyat membawa kereta dia pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia masuk ke dalam lalu melihat Haniem di kerusi sedang menonton televisyen dan yang peliknya Haniem bersiap dengan bersedu-sedan. Adhiyat mendekatinya lalu duduk di hadapan dia. Dia melihat Haniem menangis.

“Sayang, kenapa ni?” Risau Adhiyat sehingga mendekati Haniem.

Haniem menatapnya.

“Ya Allah! Abang... abang lupa.”

Haniem menyeka air mata dia. “Haniem tak kisah kalau abang sibuk. Tapi sekurang-kurangnya, beritahu Haniem bila abang nak balik dan jangan bagi Haniem harapan palsu.”

“Sayang, abang tak bagi Haniem harapan palsu. Abang... abang ada banyak kerja tadi sampai abang lupa nak bawa Haniem makan malam.”

“Kalau abang sibuk, beritahu Haniem.”

“Abang minta maaf Haniem.” Adhiyat kini melutut di hadapan isterinya.

Haniem segera memegang bahunya. “Tak apalah. Abang pergilah naik, mandi. Kalau abang nak makan, Haniem boleh panaskan lauk semalam.”

“Kita makan! Abang... abang akan makan malam dengan Haniem. Abang betul-betul minta maaf.”

“Tak apa. Abang pergi naik.”

Adhiyat menyeka air mata isterinya. “I’m so sorry.” Dahi Haniem dikucupnya lalu dia melangkah ke tingkat atas.

Haniem tak kuasa nak marahkan Adhiyat. Sebab dia menangis, dia cuma terlalu kecewa dengan janji Adhiyat yang akhirnya tinggal habuk. Tetapi dia faham situasi suaminya dan tak mahu menyusahkan Adhiyat.

Di meja makan, Adhiyat begitu risau terhadap isterinya. Dia memegang tangan Haniem yang hanya diam menikmati makan malam dia.

“Abang tahu abang silap dan abang tahu abang tak patut berjanji dan tak kotakannya. Abang... abang terlalu sibuk.”

Haniem senyum nipis. “Tak apa. Kerja banyak sangat ke kat office sampai abang balik lambat?”

“Uhmm.. ya. Kerja banyak sangat dan abang tak sedar waktu dah berjalan.”

“Haniem faham. Cuma lepas ni tolong beritahu Haniem kalau abang tak boleh datang. Haniem tak nak marahkan abang, sedih sebab abang walaupun Haniem faham situasi abang.”

“Thanks sayang. Abang janji lepas ni abang akan beritahu apa-apa tentang kerja abang pada Haniem. Abang minta maaf sebab buat Haniem menunggu.” Katanya.

“It’s alright.”

“Lusa abang rasa.. abang ada cuti. Why don’t kita pergi... dinner kat rumah umi?”

“Boleh je.” Jawabnya.

“Okey. Abang janji takkan lupa lagi lepas ni.”

Haniem mengangguk tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience