bab 62

Romance Completed 1369

MAYA berjalan langkah kecil menuju ke syarikat abangnya. Semasa dia hendak menuju masuk, Maya terdengar a perbualan abang dia yang membuatkan dia berhenti buat seketika di luar pintu bilik syarikat.

“Apa?! Kau jangan main-main lah.”

“Saya tak main-main bos. Graf penjualan buku-buku kita menurun. Saya cuba untuk jual lagi dan.. dan sekarang buku-buku kita dah tak laku. Ramai yang complain buku-buku kita harganya mahal.” Balas pembantu peribadinya.

“Memanglah mahal! Buku kita diperbuat daripada hard cover dan bukannya soft cover! Itu pun diorang tak boleh nak fikir ke?”

Pembantu peribadinya kekal diam.

“Aku nak kau... cari tender supaya kita boleh bergantung dan nanti syarikat ni tak bankrup.”

“Maaf bos. Tender semua tak nak bekerjasama dengan kita lagi sebab tak nak ambil risiko. Kita pun dah hilang separuh daripada clients dan yang ada cuma beberapa syarikat yang ada masalah yang sama dan syarikat Datuk Jalil tu aje.”

Mazlan mengurut kepalanya. “Habislah kalau Datuk Jalil tahu hal ni semua. Aku nak kau melabur.”

“Itu pun mustahil bos sebab pegawai kewangan hantarkan salinan bank dan bos kena bayar semua hutang bank sebelum 15 hari bulan nanti.”

“What?!” Kini Mazlan terus bangun dari duduknya tak percaya. “Macam mana duit boleh tak ada?”

“Bos yang gunakannya semuanya untuk... untuk peribadi dan kerja.”

“Jadi kau nak salahkan aku bila duit tak ada?!”
Pembantu peribadinya hanya diam membisu.

“Kau dengar sini heh, syarikat ni tak boleh bankrup! Kalau bankrup, kat mana aku nak cerkup duit dan dengan siapa aku nak minta tolong. Aku bukannya Mazlan yang suka minta tolong daripada orang lain! Aku takkan bergantung dengan orang lain.”

Pembantu peribadinya masih tunduk hormat pada Mazlan.

“Mesti ada cara untuk selamatkan syarikat ni. Apa jua cara yang tersembunyi dan boleh majukan syarikat. Aku nak kau fikir dalam masa seminggu ni dan lepastu kau beri cadangan pada aku.”

“Tapi saya sendiri dah putus asa bos. Saya cuba cari tadi cara nak selamatkan syarikat ni. Masalahnya saya tak tahu macam mana. Semua maklumat syarikat tuan Ad yang saya dapat, tak boleh dipakai sebab diorang tak tertarik langsung.”

Mazlan menghentak meja. “Aku tak kira. Aku nak kau.. keluar daripada bilik ni dan cari idea tu selama seminggu! Kalau kau tak dapat, aku takkan lepaskan kau macam tu je. Faham?!”

“Faham bos.”

“Now, get out!” Halaunya.

Pembantu peribadi Mazlan segera keluar. Tak disangka dia bertembung dengan Maya yang menatapnya biasa. Maya tak mengendahkannya lalu dia pun masuk ke dalam ruangan bilik Mazlan.

“Humphh.. tulah abang, sombong sangat masa buat syarikat dulu.” Katanya seraya duduk di kerusi.

“Eh, apa maksud kau ni hah?! Kau datang sini, menuduh sembarangan dan kau tak tahu apa-apa.”

“Maya dah dengar semuanya dan Maya tahu syarikat abang dalam masalah. So Maya tak sangka syarikat abang dah berada di ambang.. kematian. Semuanya sebab apa? Sebab abang campur adukkan hal syarikat dengan hal peribadi.”

Mazlan makin sakit hati tetapi dia boleh terima kenyataan itu.

“Jadilah macam abang Ad. Dia tu dari muda lagi dah berkarya dan akhirnya dia berjaya. Tapi abang langsung tak ada minat dalam bidang ni dan abang buat syarikat macam ni semuanya sebab abang nak balas dendam pada abang Ad. Akhirnya abang rugi sendiri.”

“Kalau kau nak semak kan lagi otak aku, baik kau balik jelah! Kau pun tak lekat kat rumah kenapa?”

Maya menjeling kasar. “Tak lekat kat rumah? Sebab Maya malas nak melekat kat rumah, sebab abang tau! Kalau abang tak membebel je kerja, semua ni takkan terjadi.”

“Habis kau nak aku buat apa? Aku pun dah tak tahu cara nak selamatkan syarikat ni. Duit pusaka arwah ayah semuanya dah habis pada kita dan tanah yang arwah pernah ada, aku dah jual dah.”

“Itulah. Abang jual semuanya tanpa berbincang dengan Maya dan abang Mika. Now apa pun tak dapat! Duit tanah abang pergi enjoy, duit pusaka sebelum ni pun abang pergi enjoy! Bila keadaan dah jadi macam ni, abang nak marah tak tentu pasal?” Katanya bengang.

“Boleh tak kalau kau bagi aku idea cara nak selesaikan masalah yang dah ada dalam kepala otak aku ni? Jangan nak serabutkan aku dengan salahkan aku seorang je! Duit pusaka tu pun, aku bagi kat kau dan kau sepatutnya bersyukur sebab aku jarang bagi kat Mikael. Abang kau tu pun aku tak tahu dah ada kat mana!”

“Biarlah abang Mika tu! Dia bukannya kisah pun pasal kita adik beradik dan Maya pun tak faham kenapa dia boleh suka sangat dengan Maklong, PakLong, Opah dan yang lain-lain.”

Mazlan mengangguk benar.

“Abang.. cari juga idea nak jayakan syarikat ni walau kena guna cara brutal sekalipun sebab... Maya tak nak reputasi Maya hancur macam tu. Kalau media tahu Maya ni miskin, tak laku Maya kat sini.”

“Kau nak aku buat apa?”

Maya merengus. “Carilah sendiri! Maya manalah pandai bab buku-buku ni semua. Baca buku satu bab pun Maya dah mual, apatah lagi nak cipta buku sendiri.”

Mazlan mengeluh dengan perangai adiknya.

Setelah habis perbualan dengan abangnya, Maya melangkah ke taman yang ada tasik untuk memulakan rancangannya mengikut maklumat yang Osman berikan. Setibanya di sana, dia duduk di bangku lalu mula meletakkan eye drop di matanya lalu dia tunduk dengan menangis teresak-esak.

“Maya,” satu suara manis yang meloyakan pada Maya menyapa.

Maya mengangkat wajahnya dan menunjukkan air mata yang sudah mengalir pantas di matanya.

Haniem dengan risaunya terus duduk di sebelah Maya dan wanita itu memeluknya erat.

“Kenapa ni?”

Maya terus teresak-esak menangis.

“Dah.” Haniem menggosok bahunya menenangkan dia.

“Maya... Maya ada masalah akak.”

“Masalah? Masalah apa sampai Maya menangis macam ni?”

Maya terus menangis sehingga akhirnya dia menatap Haniem dengan mata berairnya. “Abang Maz... dia marahkan Maya dan cakap Maya ni kotor.”

Haniem agak terkejut.

“Abang tu memang tak guna! Dia langsung tak dengar masalah yang Maya hadapi dan letak semua kesalahan pada Maya. Maya... Maya tak boleh lah dengan dia tu. Dia beritahu Maya yang Maya adik tak guna yang pernah dia ada akak!”

“Mungkin... abang Maz tu dia stress sikit sampai dia termarah kan Maya.”

Maya menggeleng. “Tak! Maya kenal dengan lelaki macam abang tu. Dia tu memang suka letak kesalahan pada orang walaupun dia yang salah! Maya tak sangka mak dengan ayah lahirkan anak lelaki macam dia.”

“Tak baik Maya cakap macam tu. Apa kata kalau Maya lupakannya dan maafkan abang Maz tu. Kak Haniem yakin yang... abang Maz tu dia stress dengan kerja dan sebab tu dia tak sengaja nak marahkan Maya.”

Maya terus menangis tetapi kini ia sedikit reda.

Haniem tersenyum padanya. “Maya kan adik kepada abang Maz dan Maya mungkin boleh faham apa yang dia lalui. Lebih baik kalau Maya tak melawan tapi terus berbincang dengan cara elok. Kak Haniem yakin yang abang Maz akan maafkan Maya dan korang boleh berbaik semula.”

“Maya takut kalau abang terus melenting. Dia tu kemarahan tak menentu dan suka sangat sakit hati tak bertempat.”

“Well, itulah keperibadian manusia yang Allah ciptakan. Berbeza tetapi sesekali menguntungkan orang tu sendiri. Cuma kita ni kenalah pandai mengawalnya dan bukannya keluarkannya dengan rasa hati.”

Maya menatap Haniem lalu tersenyum manis. “Baiknya akak. Maya dah rasa... tenang dah sekarang ni.”

“Alhamdulillah.”

“Tapi kan kak, Maya ada... something nak beritahu akak pasal abang.... abang Ad. Sebenarnya abang Ad tak nak Maya beritahu ni pada akak. Tapi Maya.... tak sanggup nak tipu akak.”

Hati Haniem mula berdegup pantas. “A.. apa dia?”

“Urhmm.....” Maya cuba berdalih menampakkan lagi kekeliruannya supaya Haniem lebih percaya. “Maya tak boleh beritahu sekaranglah kak. Hmmm.... Maya lapar.”

“Oh, Maya nak makan kat mana?”

“Maya teringin sebenarnya nak makan kat rumah akak sebab Maklong kata akak masak sedap.”

Haniem tersenyum lalu mengangguk.

Dia membawa Maya ke rumahnya yang sudah dikemaskan. Setelah Maya masuk dan Haniem selesai menyalin pakaiannya, Haniem masakkan untuk Maya. Dia menghidangkan makanan ke atas meja dan Maya terus duduk setelah dipanggil oleh Haniem. Bau masakkan Haniem memang sedap sehingga buat Maya lupa niat dia.

“Makanlah banyak-banyak.” Katanya semasa menemani Maya.

“Akak tak makan sekali?”

“Akak baru je lepas makan tadi.”

Maya mengangguk. Dia menjamah makanannya dengan senang hati sebelum teringatkan sesuatu.

“Kenapa akak duduk kat sana tadi?” Tanya nya walaupun dia seperti dapat meneka.

“Oh, Urhmm... akak nak tenangkan fikiran je. Selalunya tasik tu lah yang bagi akak ketenangan sebab... sebab air dia tenang je dan akak suka tengok orang kat sana. Macam-macam diorang buat.”

Maya mengangguk. “Akak selalu pergi sana seorang-seorang ke?”

“Dulu masa bujang, memang selalu ke sana. Akak jumpa abang Ad pun kat sana. Jadi tasik tu ada... banyak kenangan.”

“Abang Ad suka pergi sana?”

Hanim mengangguk. “Dia kata dia memang suka tempat yang macam tu.”

“Humphh... ada logiknya sebab kat kampung dulu abang selalu je pergi memancing dengan Umai. Memang padanlah dia suka kan tempat-tempat yang macam tu.

Haniem terus menatap Maya yang menikmati makanannya. “Abang Ad.. memang rapat dengan Umai?”

Maya tersenyum nipis tidak menyangka yang ada juga topik tentang Adhiyat yang dia boleh reka kan untuk Haniem percaya.

“Huishh... nak cerita betapa rapatnya diorang, semua orang kampung tahu! Abang Ad tu handsome dan Umai tu cantik. Diorang ni sering dijodohkan oleh orang kampung sampailah diorang bercinta. Abang Ad selalu cakap yang Umai tu wanita pertama dan terakhir untuk dia.”

Haniem tidak menyangka.

“Sayang sebab abang Reza rampas dia daripada abang Ad. Sejak daripada tu abang Ad berjanji yang dia takkan sukakan mana-mana perempuan sebab hati dia hanya untuk Umai. Entah kenapa dia boleh terikat dengan akak.”

“Takdir Allah kan?” Balas Haniem.

Walaupun jengkel, Maya tetap mengangguk dengan kata-katanya.

“Tapi Maya macam... rasa Umai tu mesti masih sukakan abang sebab setiap kali abang balik kampung dia macam malu-malu. Lagipun tak mustahil kalau Umai nak dekat dengan abang Ad. Abang Reza lumpuh dan dia kan duduk atas kerusi roda. Umai tu masih muda dan dia pun... perlu kan yang lebih bagus.”

Pancing Maya mengena lagi. Dia berjaya buat Haniem rasa tak senang duduk.

Habis makan, Haniem mencuci pinggan yang dimakan Maya yang kini berada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Selesai saja mengemas rumah, Haniem kembali ke ruang tamu dan jam di dinding dikerlingnya.

“Maya... tak balik lagi ke. Dah masuk waktu maghrib ni.”

“Oh, Maya sebenarnya nak... stay sini. Boleh tak? Maya takutlah nak balik rumah abang sebab.... nanti dia mesti naik hantu. At least seminggu juga mood dia boleh okey.” Katanya dengan wajah sayu.

“Boleh je. Tapi baju-baju Maya macam mana?”

“Maya dah bawa sekali. Ada dalam bonet dan nanti akak tolong ambilkan boleh. Maya penatlah.”

Haniem mengangguk. “Akak.. nak naik solat kejap. Maya nak akak ambilkan sekarang ke?”

“Ha, boleh juga.”

Haniem menuruti permintaan Maya. Dia mengambil beg Maya di dalam bonet kereta kemudian dia membawa masuk ke dalam rumah. Setelah itu dia ke tingkat atas menunjukkan bilik buat Maya. Selepas meninggalkan Maya, Haniem terus membersihkan dirinya dan solat maghrib begitu juga solat Isya’.

Malam terus menjelma dan Adhiyat pun sudah pulang apabila Haniem selesa masak. Maya dengan semangatnya menjemput Adhiyat masuk ke dalam rumah dengan Haniem yang hanya tersenyum menatap kelibatnya. Dia menarik kerusi untuk Adhiyat duduk dan menghidang beberapa lauk kegemaran Adhiyat. Belum sempat Haniem nak membawanya ke suami dia, Maya sudah mengambilnya.

“Kenapa Maya ada kat sini?”

“Maya... Maya kena marah dengan abang dan Maya ingat nak stay sini seminggu sebab... Maya nak mood abang tu hilang.” Jawab Maya.

“Maya buat apa sampai abang marah?”

Maya mengeluh. “Maya minta dia untuk lebih tegas dengan pekerja dia. Tapi dia buat tak tahu je dan tiba-tiba nak marah Maya dan cakap Maya ni budak mentah. Apa dia ingat, dia tu bagus sangat ke?”

“Habis, abang Maz tahu tak Maya kat sini?”

“Of course lah tak. Kalau dia tahu Maya kat sini, mesti dia dah datang dan nak Maya balik dengan dia sekarang juga.”

“Apa-apa pun, Maya tak boleh stay sini lama sangat sebab abang tak suka.” Balasnya.

Maya mengetap.

Selesai makan, mereka masing-masing masuk tidur.

Di hari seterusnya, Maya seperti membuat rumah Haniem dan Adhiyat seoerti rumahnya dengan buat sepah di ruang tamu dan dalam biliknya. Disebabkan dia tetamu, Haniem terpaksa tahan sahaja dengan perangai dia. Lagipun Maya masih seorang gadis yang memang akan suka buat sepah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience