bab 20

Romance Completed 1369

HANIEM bersiap-siap hendak keluar menemui Adhiyat. Tengahari tadi, Adhiyat bermesej dengannya dan katanya dia mahu ajak Haniem ke Fun Fair yang baru saja dibuka di bandar. Haniem pun teringin juga nak bergembira di sana dan dia tak rasa salahnya jika dia mengikuti kehendak lelaki itu. Dengan hati yang gembira, Haniem memakai tudungnya di hadapan cermin dan telefon yang berdering merupakan panggilan daripada Huzair. Haniem buat tidak tahu lagi.

“Kak, ayah panggil... woah!” Haris yang menerjah masuk ke dalam bilik Haniem terkejut melihat kakaknya bersiap-siap di hadapan cermin.

“Hisy! Ketuk lah pintu dulu.”

“Tak adalah. Haris nak panggil akak makan je lah dan bukannya nak jumpa bakal suami pun.”

Haniem mengetap memandangnya. “Everytime, bakal suami je yang Haris fikirkan! Akak bukannya bersiap semata-mata nak turun makan. Akak nak keluar kejap dan akak lupa nak beritahu ibu dengan ayah.”

“Akak nak pergi mana?”

“Adalah.” Katanya dengan senyuman sambil berlalu pergi melintasi Haris.

Haris mengikuti Haniem dari belakang sehingga akhirnya mereka turun ke tingkat bawah.

“Haniem, mari makan!” Panggil Puan Zahara.

Haniem mendekati meja. “Sorry ibu. Hari ni Haniem janji nak keluar dengan kawan. Tadi Haniem lupa nak beritahu ibu sebab Haniem tak decide lagi. Lepas decide barulah Haniem beritahu ibu.”

“La... Yeke ke? Kalau macam tu tak apalah. Hati-hati.”

Haniem mengangguk.

“Ibu tak nak tanya kak Haniem nak ke mana?” Haris bersuara sebelum Haniem sebab nak beredar pergi.

Memang mulut celupar betul si Haris ni.

“Oh. Haniem.. nak ke mana? Keluar dengan Qila?”

“T.. tak. Haniem keluar dengan... kawan yang lain.” Tak sanggup dia nak menipu dengan ibunya sendiri dan dia terpaksa beritahu hal sebenarnya.

Sekali lagi Puan Zahara kelihatan tak kisah.

“Ibu tak nak tanya kawan mana?!” Hanis di meja melaung.

Kalau boleh Haniem nak saja marah mereka berdua. Tetapi dia tak boleh buat semua tu sebab ini memang tanggungjawab dia nak memberitahu keberadaannya kepada Puan Zahara dan Encik Malik.

“Kawan mana?”

“Kawan yang... baru kenal dan cuba nak kenal. Ibu jangan risau sebab Haniem akan pastikan Haniem berkawan dengan orang yang betul.”

Puan Zahara tersenyum. “Ibu tak kisah Haniem nak berkawan dengan sesiapa pun sebab ibu tahu anak ibu seorang ni macam mana. Kalau macam tu, Haniem pergilah. Tapi ingat, berhati-hati.”

“Baik ibu. Assalamualaikum.” Dia bersalaman dengan Puan Zahara kemudian terus beredar pergi.

Nasib baik dia dapat lari dari semua itu. Kalau Puan Zahara seorang yang teliti, pasti dia akan bertanya siapakah kawan Haniem itu. Haniem tak sanggup nak dedahkan identiti Adhiyat kerana dia tahu Puan Zahara akan fikir benda lain sedangkan Haniem tak mengharapkannya.

Kereta dipandu meredah jalan raya yang sesak sehingga akhirnya tiba di Fun Fair. Secara kebetulan, dia meletakkan keretanya di sebelah kereta Adhiyat yang menunggu sambil bermain telefonnya di bonet kereta dia. Haniem menemuinya.

“Assalamualaikum. Sorry lama tunggu.”

“Waalaikumusalam. Eh, tak adalah! Saya baru je datang dan ingatkan awak dah masuk dalam.” Balasnya.

Haniem hanya tersenyum.

“Shall we? Saya dah tak sabar nak main semua permainan kat sini.”

“Yes.”

Mereka berdua masuk ke dalam. Tiket dibeli untuk beberapa permainan yang Adhiyat mahu main. Nampaknya dia bersemangat sungguh sehingga membeli begitu banyak tiket daripada kedai dart ini.

“Saya jaguh kalau bab mai dart. See okey?”

“Okey.” Jawab Haniem sambil menjauhkan dirinya sedikit daripada Adhiyat.

Dengan begitu bersemangat, dia melemparkannya tetapi sayangnya satu pun tak mengenai markah seratus, lapan puluh. Ia mengenai markah enam puluh hingga dua puluh saja. Disebabkan tak dapat menerima kekalahan, Adhiyat terus mencuba sehingga buatkan Haniem tersenyum menatapnya yang gigih.

“Damn it! Kenapa susah sangat ni?” Gerutu dia.

“Mungkin sebab tangan encik belok kut.”

Adhiyat melemparkan dart itu ke arahnya sehingga buatkan penjual itu berhenti ketawakannya.

“Dahlah tu. Apa kata kalau kita main benda yang lain? Ada banyak lagi permainan yang kita boleh main dan kalau kalah yang ni, tak bermaksud apa-apa juga.”

Adhiyat menghela nafas berat. “Yelah. Sekarang kita main tangkap itik kat sana. Nak?”

“Okey.”

Adhiyat dan Haniem menuju ke ke dia yang seterusnya. Kedai ini hanya ada beberapa orang kanak-kanak menangkap itik di dalam kolam. Adhiyat tersenyum sinis pada Haniem bagaikan permainan ini begitu mudah nak dilawannya. Haniem pula hanya melayan saja dia dengan menantinya di sisi kedai.

Satu itik pun Adhiyat tak dapat walaupun dia dah cuba untuk beberapa kalinya. Adhiyat meletakkan penyangkutnya ke tepi lalu mendekati Haniem.

“Susahlah nak tangkap itik tu. Dahlah berwarna-warna dan saya bukannya nampak sangat.” Ujarnya dengan senyuman janggal.

“Yeke susah? Habis kenapa budak tu boleh bawa patung itik?”

Adhiyat berpaling memandang budak lelaki yang dengan santai nya melepasi dia.

“Okeylah. Saya tahu awak tak boleh main benda ni semua. Kita main gelung kat sana pula.” Ajaknya kemudian melangkah pergi ke sana.

Tiba di sana, Haniem membayar tiketnya lalu dia pun bermain. Dalam sekelip mata, Haniem berjaya memasukkan beberapa gelung ke botol. Dia dihadiahkan patung unicorn yang cantik sehingga Haniem gembira.

“Alah, saya akan menang. Baiklah kalau saya menang, kita main rumah hantu tu pulak. Setuju?”

“Setuju.” Balas Haniem.

Adhiyat terus bermain dengan bersungguh-sungguh tetapi dia mengambil beberapa masa memandangkan dia tetap gagal. Akhirnya di percubaan terakhir, Adhiyat berjaya memasukkan beberapa gelung ke botol sehingga buatkan dia tersenyum terlalu gembira. Adhiyat dihadiahkan patung awan putih yang cantik.

Seperti yang dijanjikan, Adhiyat dan Haniem menaiki kereta api yang bakal bergerak masuk ke dalam ruang rumah hantu itu. Di awal perjalanan, tiada apa yang menakutkan namun semakin kereta api itu bergerak pantas, semakin Haniem rasa sedikit seram sejuk. Akhirnya dia menjerit dengan kejutan pekerja yang menyamar sebagai hantu di dalam. Secara tak sengaja dia telah melentokkan kepalanya ke bahu Adhiyat sambil mata dipejam rapat.

Perasaan lain dirasakan Haniem setelah dia menyedarinya. Keluar saja daripada rumah hantu itu, kedua-dua nya rasakan suasana yang janggal akan perbuatan Haniem tadi.

“Maaflah, saya... terkejut sikit.”

Adhiyat tersenyum. “Tak apa saya faham. Kalau saya ada camera tadi, boleh record muka awak masa tengah takut.”

Haniem kelihatan marah.

“Apa-apa pun, awak tak payah nak rasa malu. Semua orang ada ketakutan mereka sendiri dan tanpa disedari perbuatan tu. Ia tak berdosa jika tak sengaja dan tak berdosa jika awak niat tak akan ulang lagi apa yang jadi tadi.”

“Awak ingat... saya sengaja buat semua tu?”

Adhiyat memandangnya berkerut. “Tak adalah. Apa yang saya cuba nak beritahu.... saya suka.”

Haniem mengecilkan matanya sedikit curiga.

“Dahlah. Jom kita naik buaian tu pula. Tak lengkap kalau datang fun fair tapi tak naik buaian tu.”

“Okey.” Memandangkan Haniem memang nak naik, dia setujukan saja.

Setelah membayar token bagi buaian itu, Haniem dan Adhiyat naik ke dalamnya. Perlahan-lahan mereka naik ke atas dengan keseronokan berbual dan ketawa gembira bercerita. Di atas mereka mula nampak orang ramai di bawahnya. Walaupun buaian ini tak setinggi di luar negara, namun Haniem tetap gembira menaikinya.


Adhiyat tersenyum melihat Haniem tampak gembira. Hati dia berdegup pantas sekali lagi dan dia mula memikirkannya. Fikir adakah dia perlu lakukannya sekarang ataupun menanti sehingga dia yang akan menyesal nanti.

“Haniem.” Panggil Adhiyat dengan suara dalamnya.


Haniem berpaling memandangnya.

Wajah Adhiyat serius tiada langsung senyuman tetapi rasa gugup nya sahaja kelihatan. “Kalau awak diberikan pilihan antara nak... dengan cinta lama atau cinta baru, mana yang awak pilih?”

“Urhmm... memandangkan cinta lama saya Huzair dan saya nak lupakan dia, mungkin cinta baru.”


“Macam mana pula kalau dua orang yang ditakdirkan bertemu dengan salah seorang daripada mereka.... tersuka tanpa sengaja dengan seorang lagi?”


Haniem memikirkannya sejenak. “Mungkin... saya akan terima dia kalau dia lah untuk saya dan saya... yakin akan ada orang yang buat semua tu juga.”


Adhiyat rasa hati dia berbunga-bunga buat sementara.

“Kenapa awak tanya? Awak.. ada pengalaman?”

“Ya dan... saya sedang laluinya sekarang.” Balasnya.

Haniem terkejut. “Maksud awak....”

“Sejak pertama kali saya jumpa awak, saya terfikir Haniem yang.... awak ni lain ke daripada yang lain. Awak beri saya kekuatan dan keyakinan untuk buat buku tu semula. Daripada situ saya terfikir untuk jadi kawan awak sebab saya tak... yakin dengan perasaan saya. Tapi perlahan-lahan awak merubah status kawan yang saya nak pegang kepada.... suka.”

Tak boleh berkata-kata, Haniem hanya terkaku.

“Saya tahu Haniem yang awak akan rasa pelik sebab kita baru je seminggu berkawan. Cuma saya tak rasa seminggu ni tempoh yang singkat kita berkawan. Saya... sukakan awak.” Ujarnya.

Buaian yang dinaiki mereka tiba ke bawahnya juga sehingga Haniem menatap Adhiyat lalu terus keluar. Dia berjalan pantas menuju ke kereta nya sebelum dihentikan Adhiyat.

“Awak nak ke mana?”

“Listen here, awak sebenarnya... playboy kan?” Teka Haniem.

Adhiyat ketawa. “Mana mungkin Haniem. Kalau awak rasa saya playboy, pergilah tanya umi saya dan dia akan beritahu awak tentang saya.”

“Saya takkan jumpa dengan kelurga awak. Kita berdua akan dijodohkan dengan orang lain dan saya harap awak boleh terima kenyataan tu. Saya berkawan dengan awak sebab saya ingat awak... tulus nak berkawan dengan saya. Tapi semakin lama, awak buat saya rasa awak... hanya seorang buaya darat.”

“Saya bukan buaya darat. Saya tulus nak berkawan dengan awak tapi saya tak sangka perasaan saya boleh berubah dan... dan saya dah kumpulkan keberanian untuk beritahu awak yang saya sukakan awak.”

Haniem mengeluh. “Awak tahu hati saya terluka dengan Huzair. Kenapa awak nak masuk dan lukakan nya lagi?”

“Saya nak ubatkannya dan bukannya nak lukakan hati awak.”

“Saya minta maaf. Saya tak boleh terima awak dan mulai daripada sekarang.... kita tak payah berjumpa lagi. Saya akan consider kan pertemuan saya dengan lelaki yang ibu saya bakal jodohkan dan saya nak awak buat benda yang sama.” Balasnya.

“Kenapa? Saya takkan buat... benda tu kalau saya sukakan awak. Saya takkan terima dia dan saya nak awak pertimbangkan saya dan bukannya lelaki tu.”

“Cukup Adhiyat! Saya tak sangka ini boleh terjadi. Saya nak awak jauhkan diri awak daripada saya. Saya minta maaf.” Haniem terus melangkah masuk ke dalam keretanya.

Adhiyat hanya menatap sayu kereta Haniem yang mula tak kelihatan di pandangan matanya saat ini. Adakah dia salah dalam meluahkan perasaan? Kekuatannya sekarang tak menandinginya lagi ke?

Di dalam kereta, Haniem merasakan perasaan yang agak aneh pada dirinya. Mengapa dia suka bila Adhiyat luahkan perasaan dan pada masa yang sama dia rasa kecewa? Haniem tak rasa dia boleh berkawan dengan lelaki seperti Adhiyat yang ada semuanya tetapi tidak dia. Dia patut lupakan Adhiyat mulai daripada sekarang.

Pulang sahaja ke rumah, Haniem diterpa Puan Zahara.

“Kenapa ni ibu?”

“Ibu nak beritahu Haniem je yang esok Haniem bangun awal tau.” Pesannya.

“Bangun awal? Untuk apa?”

Puan Zahara menggelengkan kepalanya mengingatkan Haniem. “Lupa lah tu. Kan esok ibu nak bawa Haniem pergi jumpa calon suami Haniem. Esok dah harinya.”

“Oh. Maaflah Haniem.. ada banyak kerja sampai lupa semua tu. Esok Haniem bangun, tolong ibu dan.. kita pergi.”

“Yelah. Esok ibu beritahu kat mana tempatnya.”

Haniem mengangguk. “Haniem masuk bilik dulu eh. Penat sikit.” Balasnya lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.

Di bilik, Haniem mengeluh berat. Esok sudah harinya dan tadi masa yang buruk dan bagus. Haniem membaringkan dirinya ke atas katil memikirkannya semula. Adakah dia tak layak mencintai?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience