bab 45

Romance Completed 1378

MAZLAN berjalan di sepanjang koridor bangunan pejabatnya dengan senyuman sinis yang terkata gembiranya apabila dia mengingatkan tentang pertemuan dia dan Qila tadi. Dia rasa gembira dan marah pada masa yang sama dengan apa yang diucapkan oleh Qila.

Memandangkan barang rumah dia hampir habis, Mazlan menuju ke pusat membeli belah hendak membeli beberapa barang rumah yang lain. Sedang dia mencari dan mengkritik barang di pusat membeli belah ini, anak mata dia menangkap kelibat yang sangat dia kenali. Mazlan berlari mendekati nya.

“Hai! Dah lupakan aku ke?” Sapanya.

Qila dengan wajah bengisnya menatap Mazlan kemudian dia mempercepatkan pilihan barangnya sebelum Mazlan menghentikan dia lalu mengambil losen yang dipegang Qila.

“Wow! Kau nak.. goda siapa?”

Qila menamparnya mencetuskan perhatian ramai. “Jaga mulut kau heh!”

“Aku tanya baik-baik kan? Kenapa kau nak balas... kasar macam ni? Eh, aku kebetulan jumpa kau ni.. tak harapkan kekerasan daripada kau.”

“Lelaki murahan macam kau layak diperlakukan macam tu. Kau ingat dengan kekerasan yang aku sembunyikan selama ni, kau boleh buat apa yang kau suka? Kau salah lah Maz! Kau banya lelaki murahan yang takut dengan semua tu. Aku takkan gunakan kekerasan pada lelaki macam kau melainkan kau melampaui batas.”

Mazlan senyum sinis kemudian menatap Qila. “Aku.. rindukan kau sebenarnya. Nampaknya, Allah mengerti perasaan aku untuk jumpa kau dan dia pertemukan aku dengan kau. Aku bangga!”

“Mungkin Allah pertemukan kita sebab dia nak kau tahu erti sakitnya jadi perempuan. Lelaki macam kau mungkin sampah yang akan kekal kotor selama-lamanya.”

“Aku tak sangka.. kau makin laser sekarang? Dari mana kau belajar semua ni sampai kau berani cabar aku?”

“Sejak aku kau pergunakan aku, sejak aku suka dengan orang bodoh macam kau dan sejak aku... tahu apa yang kau hampir nak buat apa aku. Kau fitnah aku dan aku takkan maafkan kau sebab kau ugut keluarga aku! Sekarang aku bebas daripada kawalan teruk kau.” Balasnya.

“Aku tahu aku jahat dengan kau dan.. dan aku minta maaf. Kalau diberi peluang, nak tak kau dengan aku... get back balik?”

“Aku takkan jadi bodoh untuk kedua kalinya lah!”

Mazlan tersenyum lagi. “Aku rasa kan, kalau kau nak balik pada aku, aku janji akan bagi kau sepenuhnya masa, harta dan... cinta aku.”

Kali ini Qila pula ketawa sinis. “Cinta? Kau tahu tak, lelaki sampah macam kau takkan kenal erti cinta. Sebab apa? Sebab kau pun benci keluarga kau sendiri dan kau ni pentingkan diri. Kau nak jatuhkan bussines orang lain, nak musnah hidup orang lain, tapi kau ternyata berada di tempat tercorot juga. Kau... bukan siapa-siapa tanpa kekayaan kau ni. Basi!” Qila melangkah pergi setelah menghamburnya.

Darah Mazlan menggelegak tak terkata apabila Qila berkata begitu. Dia cuba menahannya dengan menggenggam buku lima.

Sehingga saat ini, Mazlan masih terasa marah akan apa yang Qila ucapkan padanya. Tak sangka yang Qila kini makin berani setelah tanggungjawab dia lepas. Mazlan mendail nombor telefon Mikael dengan hati yang sakit sangat tetapi cuba untuk disembunyikan.

“Hello!” Jerkahnya belum sempat Mikael nak menyapa.

“Kenapa ni bang?”
“Sejak kau bagi duit kat perempuan tu, dia dah makin melampau dan pandai menjawab! Kalau kau tak bagi dia duit tu, dia takkan jadi berlagak macam ni lah.”

Mikael mengeluh. “Kenapa abang jumpa dia lagi kalau abang tahu, abang akan marah bila jumpa dengan dia?”

“Aku terserempak dengan dia dan bukannya saja-saja nak jumpa dia. Aku pun tak inginlah nak bercakap dengan perempuan macam dia.”

“Kalau macam tu, tak payah tegur dia dan biarkan dia. Ingat, abang dah janji yang abang takkan ganggu dia and the reason I’m back to New York, semuanya sebab Mika nak berjauhan dengan dia dan ikut cakap abang.”

Mazlan ketawa. “Kau sukakan perempuan macam dia?”

Mikael diam.

“Bukan ke aku cakap, dia ni kotor dan malam tu semuanya sebab kau yang datang. Dia dah aku dah jadi lebih.”

“Kau jangan melampau Maz! Aku tahu dia tak macam tu dan kalau abang.. berani tuduh dia sesuatu yang dia tak buat, Mika akan report polis.”

“Sebabkan perempuan macam dia, kau sanggup ya. Kalau macam tu, kau pun ingat sebelum kau report polis. Aku nak kau jauhkan diri kau daripada dia dan aku takkan pernah izinkan kau bercinta dengan dia. Dia... langsung tak kisahkan kau kat sini tapi kau kat sana kisahkan dia. Berhenti lah jadi lembab Mikael.”

Mikael mengeluh. “Abang boleh fikir apa yang abang suka tentang Qila dan Mika. Tapi Mika ada permintaan untuk abang.”

Ini yang Mazlan malas nak dengar.

“Tolong balik kampung, jenguk Opah, MakSu, PakSu, Reza dan Umai sekali. Umai akan bersalin tak lama lagi dan kita kena beri dia semangat sebab MakSu kata dia nervous sangat.”

“Kenapa kita nak kena kisahkan perempuan pengkhianat macam dia?! Dia nak mengandung ke, tak nak mengandung ke, itu semua hak dia dan aku tak nak tahu! Aku tak ada masalah nak pergi jenguk dia pula.” Katanya.

“Tapi....”

“Kalau kau nak pergi sangat, kau pergi ajelah dan tak payah nak heret aku sekali!”

Mikael mengeluh apabila Mazlan sudah mulai menjerkahnya. “Okey. Mika tak nak paksa abang. Tapi memandangkan Mika, takkan balik lagi Malaysia, Mika nak abang jenguk keluarga kita kat kampung sana. Kalau abang tak nak pergi, suruh Maya je pergi bila dia balik nanti.”

“Kau suruh lah sendiri! Bukannya dia jauh dengan kau pun.”

“Dahlah bang. Kalau aku bercakap dengan kau, apa yang kau balas selalu je menyakitkan hati. Apa-apa pun kalau Maya balik, pastikan dia tak buat masalah kat sana!”

“Aku tak kisah.” Mazlan mematikan panggilan kemudiannya.

Dia muak dengan adik-adiknya yang sering menyusahkan dia. Lebih menyakitkan hati ialah apa yang Qila katakan tadi. Namun Mazlan bukannya nak hancurkan hidup Qila. Matlamat dia selama ini hanya dendam dengan Adhiyat seorang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience