MAYA duduk di atas meja restoran sambil termenung melihat keadaan abangnya sebentar tadi. Dia rasa macam.. putus asa melihatnya sebegitu dan rasa begitu hampa. Maya meneguk beberapa gelas air masak yang dah dipesannya disaat memori dia berjalan di sepanjang koridor bangunan studio dia dan dia melihat abangnya dengan baju yang kotor berjalan di sepanjang jalan.
Akibat risau, Maya berlari menuju ke tempat abangnya. Mazlan berjalan di tengah jalan sehingga menghalang laluan kenderaan lainnya. Dia membawa Mazlan ke tepi.
“Abang Maz! Kenapa ni?”
“K.. kau siapa?! Hutang aku.. hutang aku, aku tak boleh bayarlah!”
“Hutang? Ini Maya lah, adik abang.” Kata Maya.
“M.. Maya? Kau.. kau Maya?! Kau kena tolong aku. Diorang dah cari aku dekat rumah, dekat office dan dekat mana-mana aku pergi. Aku.. aku tak tahu nak buat apa dah sekarang.”
Maya menatapnya dalam. “Apa maksud abang ni? Siapa yang.. cari abang?”
“Itu tak penting sekarang ni! Yang penting, kau kena tolong aku bayar hutang tu supaya diorang tak cari aku lagi.”
“Berapa?”
“1 juta dalam masa sebulan.” Balasnya.
“What?! Nonsense! Mana boleh Maya dapatkan satu juta dalam tempoh satu bulan.”
“Kau dah kahwin dengan Adhiyat kan? Kau mesti boleh tolong aku bayarkannya.”
“Eh, abang jangan nak mengarutlah! Maya tak dapat satu sen pun lagi. Ni kan pula nak minta satu juta secara mengejut dengan dia. Kitorang baru je empat hari kahwin dan takkan lah Maya dah nak minta duit dengan abang! Fikirlah sikit.”
Mazlan segera memegang tangan Maya dengan eratnya. “Tolonglah. Aku dalam bahaya sekarang ni dan kalau kau tak tolong aku bayar hutang tu, diorang akan bunuh aku.”
“Maya tak nak terlibat! Kalau ya pun orang tu nak bunuh abang, abang deal lah sendiri.”
“Kau sanggup ke tengok aku kena bunuh dengan diorang? Ataupun kau.. nak aku beritahu rancangan kau pada Ad. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau rancangkan dengan Osman!”
Maya menatapnya.
“Aku dengar Maya dan kalau kau tak nak aku beritahu Adhiyat, kau kena tolong aku bayarkan semua hutang tu dan aku akan tutup mulut aku.”
Maya memikirkannya. “I’ll try.”
“Hutang, hutang, hutang!” Mazlan berlalu pergi sambil memukul kepalanya sendiri.
Keadaan Mazlan susah nak ditafsir namun Maya yakin ada sesuatu yang terjadi sehingga mengubah dirinya sebegitu. Maya sedih dan marah dengan perilaku abangnya dan dia pasti Mikael belum mengetahui hal ini.
Jika dilihat lagi, keadaannya membimbangkan. Maya mengalirkan air matanya sehingga akhirnya Osman tiba mengejutkannya.
“You menangis?”
“Mana ada! I nak you mulakan rancangan you sekarang.”
Osman tersenyum sinis. “I rasa.. I tarik diri lah Maya.”
“What?!”
“You tahu apa yang syarikat Adhiyat janjikan pada I kalau I terus terbitkan buku yang I dah siapkan?”
Maya menatapnya.
“Diorang janjikan jawatan tinggi buat I dan I pun akan beritahu diorang tentang apa yang bos I nak buat. Dengan cara tu I boleh dapat jawatan I dan I dapat reward. Bila I fikirkan balik, I tak sedar isteri I dan anak-anak I yang dah setia menunggu I. I perlu tunjukkan pada diorang.. inilah kebahagian keluarga I.”
“Eh, you jangan nak mengarutlah! Kita dah janji sebelum ni yang I nak you ambil tahu syarikat Adhiyat sementara I ambil tahu hal peribadi dia! Now you langsung tak pasang kamera dan mic yang I bagi kat you sebelum ni! Kenapa?!”
“Kan I dah cakap.. I tak nak buat kerja terkutuk ni lagi.”
Maya ketawa sinis. “Kerja terkutuk? Habis sebelum ni you buat benda yang sama kan? You curi maklumat syarikat Adhiyat untuk keuntungan syarikat bos you dan you nak blah macam tu je. Jangan haraplah!”
“I akan berhenti kerja dan I akan dapat jawapan tinggi dalam syarikat Adhiyat atas kerja I. Dengan syarat I kena beritahu apa yang I dah buat sebelum I terima jawatan tu sebab I tak nak masalah.”
“You are the only person who know about my plan. Kalau plan I terbongkar, habislah jawabnya!”
Osman mendekatinya. “Not only that. I tahu macam mana rancangan you dijayakan dan I ada malam kat hotel tu dengan record semua perbuatan you. I tak rasalah apa yang you buat ni betul sebab Adhiyat cintakan Haniem berbanding you.”
“I takkan izinkan dia miliki Haniem. Only me will take him from her! You takkan kenal hati I.”
“Kalau I beritahu abang you Mikael tentang apa yang kita buat dan beritahu suami you tentang apa yang jadi, you akan kehilangan semuanya dan I tak kisah tentang semua tu.”
Osman memang benar-benar mencabarnya. “I merayu pada you untuk kekalkan apa yang kita buat sekarang! Adhiyat tak boleh tahu tentang ni semua sebab I perlukan duit dia!”
“Tapi I tak perlukan apa-apa.”
“You nak apa, I bagi.”
Osman ketawa besar. “It’s too late! I dah tak ada hati dah dekat you sebab isteri I akan tinggal dengan I di Malaysia. I cinta dan sayangkan dia more than you!”
“I... perlukan duit satu juta untuk my brother and i need that! Dia hampir.. jatuh dan I nak.. nak tolong dia. You have to help me.”
“Sekarang baru you cari I. Sebelum ni masa I nak kan you, you ludah I. You cakap I tak layak untuk you sebab I bankrup, sebab I dah tua dan sebab I tak ada lagi daya tarikan. Bila sekarang you ada masalah, you jilat balik. You merayu pada I untuk tolong you.”
“I’m sorry alright.” Katanya.
“Perkataan maaf tu walaupun berharga sebab datang dari mulut perempuan macam you, I tetap dengan keputusan I untuk tak khianat Ad. I think he is a good man dan I tak perlukan orang luar untuk buat I jatuh! Dia beri I peluang dan sanggup ajar I dengan tulus walaupun objektif pertama I datang syarikat dia bukan untuk semua tu. I menyesal sebab ikut cakap bos I yang dah tenat kat Singapore sana!”
Maya lemah.
Osman meninggalkannya dan dia menumbuk meja sehingga beberapa pelanggan menatapnya. Dia takkan sesekali menyerah. Duit satu juta daripada Adhiyat perlu diambilnya.
Maya membawa keretanya menuju ke syarikat Mazlan untuk bertanyakan baki semasa syarikat mereka. Jika ada separuh, bolehlah dia minta Adhiyat tambahkan.
“Ya cik?”
“Saya Maya, adik kepada CEO kat sini dan saya datang nak jumpa dengan pegawai kewangan.” Balasnya.
“Adik... CEO?”
“Yelah! Boleh cepat sikit tak? Saya dah tak ada masa ni!”
“Urhmm.. cik Maya. Ini syarikat Archicture Holdings dan CEO kat sini ialah Tan Sri Arman. Syarikat Store Books dah dihentikan perkhidmatan seminggu lepas dan CEO Encik Mazlan dah tak ada kat sini.”
Maya menatap tak percaya. “What?!”
Pekerja itu tersenyum saja padanya.
“Kenapa ni?” Bekas pembantu Mazlan tiba.
“Urmmm ni.. cik Maya datang nak jumpa pegawai kewangan daripada syarikat Store Books bawah Encik Mazlan.”
Pembantu peribadi Mazlan menatap Maya. “Maafkan saya cik Maya. Syarikat Encik Mazlan dah dihentikan perkhidmatan dan syarikat lain ambil alih. Saya pun dah ditukarkan ke syarikat Tuan Ad.”
“But why?”
“Encik Mazlan buat banyak pinjaman dan sekarang bank tarik syarikat, akaun bank dia dan segala-galanya dan syarikat Encik Mazlan disahkan bankrup. Pihak bank tak dapat telefon ataupun in touch with him.”
“Duit dia?” Tanya nya.
“Encik Mazlan dah laburkan semua duit dia dan sekarang.. semuanya dah tak ada.”
Maya tak percaya.
“Maya.” Mikael keluar dari dalam bilik pejabat.
“Abang, syarikat abang Maz dah bankrup and.. and sikitpun duit dia dah tak ada.”
“I know. Abang baru je dapat tahu daripada Tan Sri Arman, clients abang. Dia beritahu sendiri dan abang rasa... kita balik sekarang.”
Mikael membawa Maya keluar dari sini.
“Ha, rumah mak dengan ayah! Kita kena dapatkannya.” Kata Maya bersemangat.
Maya memandu kereta dia dengan diikuti oleh Mikael sehingga akhirnya tiba juga di rumah agam keluarga mereka. Setibanya di sana, Mikael memegang papan tanda ‘untuk dijual’ di pintu pagar rumah mereka.
“Apa khabar? Boleh saya bantu?” Seorang lelaki tiba.
Mikael dan dia bersalaman. “Kami pemilik rumah ni dan tak sangka ada papan tanda macam ni di pagar rumah kami.”
“Oh. Rumah ni dah dijual sejak kena tarik dengan bank dan saya beli pun daripada bank. Saya ejen bagi pembelian rumah ni.”
“Ejen?”
“Ya. Ini kad saya dan... ini bukti sah saya beli dari bank.” Dia menunjukkan kad perniagaannya dan fail yang dah dilengkapkan semuanya.
Mikael membacanya dan dia menunjukkannya kepada Maya.
“No! You must be joking right? Kitorang tak nak rumah ni dijual.”
“Saya tak tahu apa-apa cik. Saya beli rumah ni sebab bank kata dah dilelong dengan harga 1 juta.”
Maya merengus. “Tapi kami tak izinkan rumah ni dijual!”
Lelaki itu menatap tak mengerti.
“Tak apa, tak apa. Kami minta maaf dan... terima kasih sebab dah beritahu.” Mikael membawa Maya beredar pergi.
“Lepaslah! Abang tak nampak ke diorang ambil rumah kita macam tu je? Takkan abang nak biarkan?”
“Diorang tak ambil Maya. Rumah ni dah dilelong oleh bank sebab abang Maz buat banyak sangat pinjaman untuk syarikat dia termasuklah hutang ah-long. Kita sebagai adik beradik dia tak boleh buat apa-apa dah.”
“Mustahil! Maya tahu apa nak buat dan Maya takkan benarkan rumah ni ditarik!” Maya masuk ke dalam keretanya dan segera dia membawa kereta dia pulang.
Share this novel