MAZLAN menatap kad jemputan yang diberikan Datin Haliza kepadanya beberapa hari lalu. Senyuman sinis kerap dipamerkan mengingatkan perkahwinan Adhiyat dengan wanita bernama Haniem.
“Nur Haniem. Dah lama aku tak jumpa dengan kau. Hidup lagi rupanya perempuan yang macam dia.” Katanya sinis.
Tak lama selepas itu, pembantu peribadinya masuk ke dalam bilik dia seperti yang Mazlan pintanya untuk membawa satu dokumen yang akan diperiksa oleh Mazlan.
“Ini nombor telefon Datuk Jalil yang bos nak kan. Saya... cuba dapatkan daripada maklumat syarikat Tuan Ad seperti yang bos nak kan.”
Mazlan mengambilnya.
“Tapi bos, tak bahaya ke kalau kita ambil maklumat syarikat lain? Ini kan salah disisi undang-undang.” Kata pembantu peribadinya.
“Kau tak payah risaulah! Kau nak ke kerja lebih masa nak kena cari maklumat nombor telefon Datuk Jalil direct? Kau mesti tak nak dan hack syarikat Ad ialah caranya! Sekarang berambus. Aku nak call Datuk Jalil sekarang juga.”
Pembantu peribadinya berlalu pergi.
Mazlan meletakkan dokumen yang diserahkan pekerja dia tadi ke tepi kemudian dia mendail nombor Datuk Jalil mahu memujuknya tentang kontrak di syarikat nya pula.
“Hello, boleh saya bantu?” Suara Datuk Jalil kedengaran.
“Hello. Urhmm... saya Mazlan dari Not. Saya bercakap dengan.. Datuk Jalil ke sekarang?”
“Encik Mazlan? Oh ya, Encik Mazlan yang datang majlis pelancaran saya hari tu ya?”
Mazlan ketawa senang. “Ya, ya betul! Tak sangka ingatan Datuk memang on top sampai saya ni yang rasanya.. tak adalah terkenal sangat.. Datuk boleh ingat.” Balasnya.
“Oh, itu perkara biasa sebab saya pernah ada kontrak dengan syarikat Adhiyat dan dia lah yang... promo syarikat awak beberapa kali pada saya.”
“P... promo?”
“Ya. Dia kata syarikat awak bagus dalam buat cover buku dan menerbitkan buku sebab awak terbit on time. Saya pun berminat nak tahu lebih lanjut tentang syarikat awak dan sebab tu lah.” Ujarnya.
Makin sakit hati Mazlan apabila Adhiyat seperti merendahkan martabatnya.
“Tapi boleh saya tahu kenapa.. Encik Mazlan telefon saya hari ni?”
“Oh! Saya sebenarnya nak buat sedikit discussion dengan Datuk tentang... tentang kontrak. Well, saya ada pembaharuan kontrak dengan syarikat Datuk dan kalau boleh saya nak.. Datuk sign kontrak di syarikat saya.” Katanya.
“Untuk apa?”
“Untuk penerbitan buku sama-sama. Datuk boleh beritahu genre apa yang Datuk suka dan saya akan uruskan. Kita boleh buat kontrak selama tiga bulan mulai daripada minggu depan. How?”
Keluhan dihela oleh Datuk Jalil. “Bukannya saya tak nak Encik Mazlan. Tapi bukan ke syarikat awak ni berada di ranking ke 25 yang.. tercorot. Saya hanya terima kontrak daripada syarikat atasan sebab itulah yang memajukan syarikat saya.”
“Tapi Datuk, saya boleh jamin kan... pada syarikat Datuk saham yang lebih tinggi kalau kita sama-sama berusaha.”
“Maafkan saya Encik Mazlan. I would love to. Cuma saya ni tetap dengan pendirian saya untuk baharui kontrak saya dengan syarikat yang lebih... potensi.”
Jengkel pula Mazlan mendengarnya. Namun dia ada idea untuk lelaki seperti Datuk Jalil. “Malangnya. Syarikat Ad dah... promosikan syarikat saya pada Datuk. Saya ada kontrak daripada syarikat penerbitan nombor satu Malaysia yang boleh pastikan buku Datuk lebih... diminati. Malah... lebih dari syarikat Adhiyat lagi.”
Tawarannya berjaya memerangkap Datuk Jalil.
“Kalau Datuk tak percaya, saya boleh hantarkan... surat kontrak saya dengan syarikat tu dan saya yakin diorang akan suka kalau Datuk bekerjasama dengan saya dan karya kita... boleh diterbitkan di sana seperti karya-karya lain.”
“Awak ada... kontrak dengan mereka? Saya ingatkan.. syarikat Adhiyat je yang ada.”
Mazlan ketawa. “Tak semestinya syarikat yang tak naik tak ada kontrak dengan syarikat yang lebih besar. Saya tahu tips syarikat Adhiyat berjaya untuk dapatkan kontrak-kontrak dengan syarikat yang lebih besar. Saya pasti.. Datuk pun nak menandingi dia, kan?”
“... saya... saya rasa.”
“Oh Datuk, tak perlu rasa. Kita manusia ada.. keinginan masing-masing dan saya rasa Datuk berhak miliki keinginan tu. Percayalah.” Katanya terus memasang umpan.
Lama Datuk Jalil memikirkannya di hujung talian.
“Urhmm... bos, Cik Maya telefon.” Pembantu peribadinya masuk ke dalam bilik dia semula dengan cara menerpa.
Mazlan menjegil matanya.
“Saya akan sambungkan nanti.” Dia berjalan keluar semula.
“Macam mana Datuk?”
Tak lama kemudian, pekerjanya masuk semula untuk beritahu Mazlan lagi.
“Saya masih di talian Datuk dan macam mana tentang kontrak tu? Saya boleh hantarkan gambar kalau Datuk tak percaya.”
“Oh tak. Saya percaya. Urhmm... kita jumpa di majlis pelancaran buku Adhiyat lah nanti. Saya akan bincangkan dengan awak dan kalau boleh bawakan sekali salinan kontrak awak.”
“Tapi Datuk, boleh kita jumpa secara... privasi sebab syarikat Adhiyat tak boleh sikit kalau ada sign kontrak dekat majlis mereka. Lagipun saya sibuk di hari tu.” Kata dia cuba untuk tak ke sana.
“Oh yeke? Kalau macam tu tak apalah. Set kan appointment awak dengan saya dan kita kira semula nanti.”
“Sebaiknya macam tu lah Datuk. Thank you very much and saya takkan mengecewakan Datuk.”
Panggilan dimatikan antara dia dan Datuk Jalil.
“Saya dah sambungkan.” Katanya kemudian melangkah hendak keluar.
“Tunggu! Aku nak kau.. dapatkan maklumat kontrak syarikat Adhiyat dan kau adjust sikit nama syarikat dan apa-apa berkenaan syarikat Adhiyat. Tukarkannya kepada nama syarikat kita dan semuanya tentang syarikat kita. Make a copy, print dan hantarkan kat aku. Faham?!”
“Faham bos.” Dia keluar menyiapkan kerjanya.
Mazlan sempat menarik nafas dan membaiki telinganya sebelum dia mengangkat panggilan daripada Maya.
“Abang! Kenapa lama sangat nak jawab call ni?”
“Abang sibuk lah!” Gertaknya.
“Sibuk, sibuk! Well, Maya sedih sangat sekarang ni. All my dream.. hilang macam tu je lepas tahu abang Ad kahwin hari ni! Abang... abang buatlah sesuatu.”
“Kau nak aku buat apa Maya? Halang perkahwinan dia dan cakap aku ni girlfriend Ad dan aku masih cintakan dia so aku tak nak dia kahwin dengan perempuan lain? What a rubbish!”
Maya mengetap. “Tak payahlah buat sampai macam tu! Listen up, Maya dah nak balik KL tak lama lagi and my ex-boyfriend pula ada kat syarikat Ad! Dia kata dia nak tengok Ad tu betul ke boyfriend Maya. Kalau tak, dia nak Maya kahwin dengan dia! Memang tak lah Maya nak kahwin dengan old man like him! Kalau dia tahu abang Ad suami orang, habislah rancangan Maya.”
“Itu kau punya masalah lah! Siapa suruh kau pandai-pandai mengaku Ad tu boyfriend kau? Bila kau tersilap langkah macam ni, kau juga yang payahnya.”
“Itu je cara untuk lari dari lelaki macam dia. Dahlah suami orang, ada anak pula and boleh pula dia nak try Maya. Tak nak Maya nak kat dia. Kalau duit, bolehlah. Tapi dia tu dah jatuh bankrup dan Maya tak kuasa nak kan dia.”
Mazlan menggeleng kepala. “Dia dah kahwin hari ni dan aku nak buat macam mana.”
“Well, siapa perempuan tu?”
Mazlan tersenyum sinis. “Kau ingat tak, perempuan yang pernah datang visit kampung dan arwah tok aki bangga-bangga kan dia depan kita tu?”
“Oh, budak nerd tu?”
“Dia lah Haniem. Nur Haniem. Perempuan yang.. aku nak pastikan tok aki tak sukakan dia dan kau boleh dapat kasih sayang tok aki.”
“Patutlah nama dia familiar je! Yang belajar dengan abang Mikael juga tu?” Kali ini kemarahan Maya makin meluap.
“Yelah.”
“Siaplah kau! Maya dah buat keputusan untuk balik secepatnya dan Maya akan pastikan dia dengan abang Ad takkan bahagia.”
“Berharap lah kau and I wish you good luck.” Balas Mazlan walaupun tak serius sangat.
Buat seketika Mazlan teringat tentang Mikael.
“Aku dengar Mika dah.. balik New York. Betul ke?”
“Lupa nak beritahu abang. Abang Mika cakap dia kena tukar ke New York semula dan sebab tu dia balik New York. Dia kata mungkin.. dia takkan balik Malaysia dah.”
Mazlan senyum sinis. “Baguslah. Dia pandai-pandai sangat pergi masuk campur urusan aku dengan Qila. Padan muka dia!”
“Urusan abang dengan Qila?”
“Dia sanggup bayar aku 100 ribu guna duit yuran dia, dia kata, semata-mata nak perempuan murahan macam Qila tu bebas. Now aku tak ada pilihan kalau dia dah ikut cakap aku dan aku kenalah lepaskan perempuan tu.”
Maya jengkel. “Tak payahlah nak bela kan sangat perempuan macam Qila tu.”
“Nak buat macam mana. Dahlah, pasal Ad, kau settle lah sendiri. Abang nak populariti syarikat dia je. Kalau hal personal dia, tak ada yang best.” Mazlan mematikan panggilan kemudiannya.
Kad jemputan Adhiyat ditatapnya lalu dia pun menggumpalnya kemudian dia membuang kad tersebut ke dalam tong sampah dengan kasar. Tak ada masa dia nak layan dua orang yang dia benci kerana mendapat perhatian tok aki.
Share this novel