ADHIYAT menatap isterinya yang sedang mengemas baju-baju dia untuk dia ke Kuantan esoknya bersama dengan Maya. Tetapi Adhiyat risau meninggalkan Haniem dan dia kalau boleh nak lebihkan masa dengan Haniem di Kuantan sahaja. Tak disangka Haniem harus makan malam dengan para pekerja dia dan tak boleh nak mengikuti Adhiyat bersama.
Haniem tersenyum memandang Adhiyat lalu dia mencuit dagunya. “Sudahlah tu. Haniem tak ikut abang kali ni je dan lain kali kalau abang ada kerja kat luar atau majlis yang perlukan teman, Haniem akan ikut abang.”
“Sayang betul tak nak ikut abang?”
“Haniem memang nak ikut abang. Tapi makan malam tu penting. Inilah kali pertama Haniem boleh jumpa dengan pegawai yang dah banyak bantu Haniem dan inilah kali pertama Haniem makan dengan pekerja-pekerja Haniem.”
Adhiyat mengeluh. “Biar abang jumpa dengan pegawai tu supaya dia izinkan makan malam tu postpone lepas kita balik.”
“Jangan nak mengada lah! Haniem tak nak susahkan sesiapa pun dan makan malam tu dah ditetapkan. Kalau Haniem batalkan, tak profesional lah.”
“Tapi abang nak Haniem ikut abang dan bukannya Maya. Abang perlukan Haniem seorang je.”
“Haniem tahu. Tiga hari je dan nanti abang balik Haniem masakkan makanan yang sedap untuk abang. Okey?”
Adhiyat memuncungkan bibirnya merajuk. “Kenapalah kita berdua kena berjauhan? Abang tak boleh lah tinggalkan Haniem.”
Haniem ketawa. “Dahlah. Sekarang Haniem dah pack barang-barang abang dan abang confirm kan dulu barang mana tak ada.”
Adhiyat menyemak begnya lalu dia pun ke bilik air. Nampaknya Haniem memang isteri yang cekap. Semua barang-barang Adhiyat dan dikemaskan. Adhiyat menatapnya yang masih setia menunggunya. Adhiyat melangkah ke arah Haniem lalu dia menolak lembut Haniem ke katil dengan badannya menindih Haniem.
“Satu je tak ada lagi. Haniem tak masukkan Haniem dalam beg abang. Abang tak nak tinggalkannya.”
Haniem tersenyum sambil melingkari tangannya ke leher Adhiyat. “Hati-hati esok. Haniem akan terus tunggu abang dan Haniem harap abang boleh setia dengan Haniem.”
“Mestilah. Abang takkan menduakan Haniem sebab abang sayangkan Haniem. Haniem terus tunggu abang, okey?”
“Okey.”
Pada Adhiyat, Haniem lah isterinya dan dia akan terus setia dengan Haniem sebab dia rasa tak ada duanya Haniem.
Keesokan harinya Adhiyat makin rasa tak nak berjauhan dengan isteri dia. Haniem siapkan sarapan buatnya setelah solat subuh bersama. Adhiyat menikmati makanan dia tetapi tidak sepenuhnya rasa makanan itu boleh ditelan dia apabila mengingatkan tiga harinya tanpa Haniem.
“Makanlah. Penat tau Haniem masak.” Pujuk Haniem.
Adhiyat menikmatinya juga. Setelah itu, Haniem menghantarnya ke kereta. Haniem bersalaman dengan Adhiyat lalu suaminya mencium dan memeluknya erat.
“Dah, abang lambat nanti sampai. Abang nak pergi ambil Maya lagi kan? Mesti dia dah tunggu abang.”
“Alah, nantilah sekejap. Abang masih nak ada dengan Haniem lagi.”
Haniem melepaskan pelukannya. “Pergi sekarang juga. Haniem masih berlembut tau dengan abang. Kalau abang terus mengada-ada macam ni, Haniem akan guna cara kasar pula.”
“Hisy sayang ni! Abang nak pergilah ni.”
“Then go!”
Adhiyat mencium lagi dahi Haniem lalu dia membawa keretanya keluar dari perkarangan.
Berat betul hati dia nak meninggalkan Haniem. Bagaikan ini ialah hari terakhir dia akan bertemu dengan Haniem. Adhiyat tak mahu terus berfikiran tidak waras. Adhiyat kekal positif lalu dia menuju ke rumah Maya. Di sana, Maya sudah berdiri di bawab matahari terik dengan topi sebesar tudung saji, cermin mata hitam dan baju yang seperti biasa, tak cukup kain. Dia membawa begnya ke kereta Adhiyat.
Setelah meletakkan beg dia, Maya duduk di tempat duduk penumpang di hadapan dengan gembiranya menatap Adhiyat yang memandangnya pelik.
“Maya sedar tak yang kita nak pergi Kuantan dan bukannya pulau sampai pakai baju macam ni, topi besar ni dan make up tebal-tebal.”
“Alah apa salahnya? Kuantan tempat yang ada banyak makanan, ada pantai and.. great.”
Adhiyat mengeluh. “Masalahnya Maya tak takut ke kalau kawan-kawan abang gelakkan abang?”
“Tak mungkin lah! Lagipun Maya ni model dan Maya kenalah jaga kulit Maya daripada terkena matahari terik. Kalau orang kenal Maya, lagi susah.”
“Ikut suka hati Maya lah! Tapi make sure bila jumpa dengan kawan-kawan abang, Maya tak pakai baju yang macam ni. Pakai baju yang well-dressed okay?”
“Okey!” Jawab dia gembira.
Adhiyat memandu keretanya menuju ke jalan highway untuk tiba di Kuantan. Tetapi memang kepala dia kusut apabila Maya memasang volume radio dengan lagu-lagu hits yang boleh buat pecah kepala begitu kuat.
Di perhentian RnR, Adhiyat sahaja yang turun manakala Maya tidak memandangkan dia nak solat zohor di sini. Adhiyat tiba tak lama kemudian dengan makanan.
“Lamanya abang ni! Panas lah.”
“Sorrylah. Surau tadi sesak lepastu kedai runcit tu dia baru je kemas barang-barang dia. Nah, Maya makan ni dulu dan sampai Kuantan nanti kita makan nasi pulak.”
Maya menggeleng. “Tak nak! Maya nak jalan-jalan dengan abang. Lagipun, Maya on-diet.”
“Yelah.”
Adhiyat meneruskan lagi perjalanannya dengan Maya ke Kuantan. Setelah beberapa jam menempuhi perjalanan, mereka tiba juga di Kuantan. Adhiyat memilih satu restoran berdekatan surau supaya dia boleh solat asar di sana. Dia meninggalkan Maya dan kembali lagi ke restoran itu.
“Abang, kita makan kat hotel lah! Makanan kat sini entah bersih ataupun tak, kita tak tahu.”
Adhiyat memukul bahunya. “Perlahankan suara tu. Kalau pekerja kat sini dengar, marah diorang nanti.”
“Biarlah! Lagipun, kat sini ada ramai yang tengok Maya tau.”
“Memang padan pun! Tengoklah apa yang Maya pakai. Kan abang dah suruh tukar tadi. Maya yang tak nak dan sekarang bila orang ramai tengok Maya, mulalah Maya nak malu. Pakai baju tu yang sopan sikit.”
Maya mengetap. “Tapi macam mana pun, Maya tak nak makan kat sini.”
“Abang dah order Maya dan kita makan je dulu.”
“Tak nak!”
“Jangan buat perangai boleh tak?!” Adhiyat meninggikan suaranya.
Maya yang marah segera beredar pergi.
Adhiyat memang tak nak ambil tahu tentangnya. Tetapi apabila dia melihat beberapa mata yang memandangnya di restoran itu, Adhiyat terpaksa melangkah pergi ke arah Maya yang berada tak jauh dari sini. Dia duduk di sebelah Maya.
“Abang minta maaf okey? Abang tak sengaja marahkan Maya dan.. dan abang tak ada niat pun nak buat Maya merajuk macam ni.”
“Alah, abang memang suka marah-marah kan? Kalau dengan kak Haniem, gelak ketawa je.”
“Haih... mestilah! Kak Haniem tu isteri yang tak pernah nak complain banyak. Kalau abang nak yang tu, abang dapatlah yang tu dan kalau abang kata tak nak yang tu, dia pun akan ikut abang sekali. Kak Haniem ni ni pun lebih merendah diri. Dia orang yang....”
“Maya tak nak tahu pun kak Haniem tu orang yang macam mana?! Apa yang Maya tak boleh, abang nak bercakap pasal orang yang tak ada kat sini kenapa?! Maya nak kita makan kat restoran lima bintang dan bukannya restoran yang macam ni!”
Adhiyat mengeluh. “Maya, kita dah nak dekat dengan hotel dan apa salahnya kalau kita makan kat sini dulu. Abang dah lapar dah dan abang teringin nak makan lauk kat restoran yang macam ni.”
“Macamlah kat hotel tu tak boleh nak buat!”
“Memanglah boleh. Tapi sama ke masakan diorang dengan masakkan kat restoran macam ni? Kita makan je kat sini dan malam nanti abang janji akan makan malam dekat restoran yang macam tu.”
Maya menggeleng laju. “Maya tetap nak makan dekat restoran lima bintang! Maya tak nak makan kat restoran yang macam ni.”
“Okay fine! Cepatlah.” Akhirnya Adhiyat naik angin juga dan dia terima sahaja.
Tiba sahaja di hotel, mereka meletakkan beg masing-masing ke bilik lalu turun kembali menuju ke restoran. Di sana Maya barulah kelihatan gembira dengan memesan banyak makanan kegemarannya.
“Banyak nya Maya makan? Tak takut gemuk ke?”
Maya mengetap marah. “Mana ada banyak. Nanti kalau Maya tak habis makan, abang tolonglah Maya habiskan.”
“Abang, sepinggan nasi pun dah cukup. Nak habiskan makanan western Maya, memang tak boleh lah jawabnya.”
“Tak apalah. Maya boleh habiskan.”
Adhiyat menarik nafas dalam. “Baguslah kalau Maya habiskan. Jangan membazir pula nanti.”
“Okey, jangan risau.”
Makanan mereka tiba tak lama kemudian. Adhiyat menikmati makanannya dengan Maya yang turut menikmatinya. Tetapi Adhiyat nampak Maya terlalu obses dengan makanan dia sehingga dia yang sudah habis menunggu Maya menghabiskan makanannya terkejut melihat Maya makan semuanya.
Dia membuat pembayaran lalu berlalu ke bilik sebelum Maya menghalangnya.
“By the way, Maya tertinggal barang Maya dalam beg abang. Boleh Maya ambil sekarang?”
Adhiyat merengus. Dia memberi Maya ruang lalu Maya segera masuk.
Kenyataannya barang dia langsung tak ada yang tertinggal. Dia mengambil telefon bimbit Adhiyat yang diletakkan di dalam beg nya kemudian dimasukkan ke dalam beg galas dia yang mahal. Maya terus keluar sambil memegang pencuci muka sebagai alasan dia meninggalkan barangnya.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Maya menatap telefon Adhiyat dengan senyuman gembira yang tak terkata. Dia kemudiannya menghubungi Osman bagi memulakan rancangannya.
“I nak you hantar gambar tu lusa. Make sure perempuan tu yang ambil dan bukannya orang lain. I akan hantar gambar yang lainnya dan rancangan I dah bermula daripada sekarang.”
Osman mengeluh. “You betul ke nak mulakannya?”
“Betullah. Mulai daripada minggu depan, I akan sah bergelar isteri Adhiyat dan I akan pastikannya.”
“Habis mana you dapat pregnacy test ni? You betul-betul mengandung ke?”
Maya ketawa sinis. “I takkan ulang perkara yang sama dengan you! Pregnacy test tu milik kawan I dan I ambilnya daripada dia sebab nak mulakan rancangan I.”
“Macam mana kalau Ad tahu itu bukan betul?”
“I pasti isteri dia akan percayakan nya kalau Ad tak percaya. You buat kerja you je dan I akan bagi you ganjarannya next time. Faham?!”
“Okey.”
Panggilan dimatikan dan Maya terus berbaring dengan tenang. Satu ubat dikeluarkan dan dia menciumnya manis. Ini lah yang dah jayakan rancangannya.
Share this novel