HANIEM menghantar murid-muridnya pulang dengan ibu bapa masing-masing yang sudah tiba. Itulah kerjanya sebagai seorang guru dan dia tak suka tinggalkan tanggungjawab dia begitu sahaja kepada guru-guru yang lain. Tambahan pula, Haniem makin gembira dengan kedatangan semula Qila di sekolah ini sebagai guru. Bukan setakat dia saja yang rindukan Qila malah guru-guru lain dan murid-murid mereka turut merindukannya.
“Assalamualaikum.” Puan Kirah datang menjenguk dengan senyuman manisnya.
“Waalaikumusalam.”
“Hai sayang! Sekolah macam mana?” Tanya dia pada anak lelakinya.
“Okey. Cikgu Qila dah balik.”
“La.. yeke? Urhmm... boleh saya jumpa dengan cikgu Qila?” Tanya nya pada Haniem.
“Mestilah. Saya panggilkan dia kejap.”
Haniem melangkah mendekati Qila yang sibuk beramah mesra dengan ibu kepada salah seorang pelajarnya.
“Puan Kirah nak jumpa kau.” Bisik Haniem.
“Hah? Tak nak lah. Nanti kalau dia hambur aku depan parents pelajar macam mana? Malu lah aku dan kau pun tahu temper aku macam mana.”
“Pergi ajelah. Dia dah berubah.”
“Hisy, kau ni memaksa lah Haniem. Aku tak nak kena sembur lagi.”
Haniem mengeluh. “Siapa nak sembur kau? Cepat pergi kalau tak aku potong gaji kau.”
Qila memandang Haniem tak percaya. “Kau dah pandai mengugut sekarang kan? Okey, aku jumpa dengan dia. Tapi kalau aku kena sembur depan orang ramai ni, aku takkan kerja kat sini lagi.”
“Aku janji.”
Qila melangkah menemui Puan Kirah. Sebaik saja dia berdiri di hadapan Puan Kirah, aura negatif sudah dapat dia rasakan daripada anak mata Puan Kirah yang sedikit lain kalau dilihat. Qila tunduk tak mahu bergaduh lebih lagi dengan Puan Kirah. Dia merasakan bahunya dipegang oleh Puan Kirah akhirnya.
“Saya minta maaf cikgu.” Ucapnya membuatkan Qila menatapnya.
“M.. minta maaf?”
“Ya. Selama ni saya salahkan cikgu atas tanggungjawab saya pada anak saya. Terima kasih sebab buat saya sedar tentang anak lelaki saya dan betul kata cikgu yang kewajipan dia ialah tanggungjawab saya.”
Qila memandang Haniem yang tersenyum dan dia kemudiannya turut tersenyum.
“Saya harap.. cikgu dapat maafkan saya setulus hati sebab saya dah... bersikap kurang ajar dengan cikgu. Saya janji takkan... buat semua tu lagi dan saya minta maaf sekali lagi.”
Qila memegang tangan Puan Kirah dengan sedikit gementar. “T.. tak apa. Saya dah.. lama maafkan puan dan saya bersyukur sangat puan maafkan saya juga tentang kata-kata saya. Saya pun sedar yang saya tak sepatutnya tegur puan dengan cara kasar macam tu sebagai seorang guru.”
“Awak tak pernah salah cikgu. Tapi saya yang patut dipersalahkan sebab saya... buat cikgu rasa tertekan, tinggikan suara sampaikan pihak guru ni dah dipandang... keji oleh masyarakat.”
“Tak apa, tak apa. Itu memang kerja kami dan kami tak kisah jika dikeji sekalipun sebab... kami yang memberi ilmu dan sesekali diorang tak faham kerja kami.”
Puan Kirah mengangguk.
Haniem gembira melihatnya. Telefonnya yang berdering membuatkan Haniem mengangkat panggilan daripada orang yang dikenali.
“Hello,”
“Hello, cik.. Haniem. Kami dari pihak hospital. Cik ni cikgu tadika kan?”
Hati Haniem berdegup pantas. “Y... ya. Apa yang dah jadi?”
“Saya nak memaklumkan... Puan Izah berada di bilik ICU selepas diperiksa oleh doktor yang kata dia terkena lumpuh oleh sebabkan satu ubat. Saya cuba hubungi ahli keluarga terdekat mangsa. Tapi tak boleh. Nampaknya nombor cik seorang je yang kerap dihubungi dalam tu jadi saya terpaksa telefon cik.”
“P.. puan Izah? Lumpuh?”
Anak mata Puan Kirah segera teralih ke arah Haniem.
“Ya. Dia dibawa ke wad kecemasan tengahari tadi. Ada orang yang hantar dia ke sini dan sekarang dia beri keterangan kepada pihak polis.”
“Oh. Terima kasih. Saya akan segera ke sana.” Panggilan dimatikan.
“Siapa tu Haniem? Kenapa nama kak Zah ada?”
Haniem menatap Qila dan Puan Kirah silih berganti sebelum dia mengeluh. “Kak Zah kena lumpuh dan sekarang dia ada kat bilik ICU.”
Kaki Puan Kirah terus lemah sehingga dia jatuh terduduk.
Haniem dan Qila membantunya begitu juga guru-guru lain yang memegang anak lelaki Puan Kirah.
“Mari kita bawa Puan Kirah ke hospital.” Ajak Qila yang kesian.
Haniem membantu Qila memasukkan Puan Kirah ke dalam kereta dengan Qila menenangkannya juga. Dia mendekati seorang guru yang memegang anak lelaki Puan Kirah.
“Tolong jaga anak Puan Kirah sekejap. Nanti saya balik semula dan saya akan bawa dia. Now just.. stick with him.”
“Baik, cikgu.”
Haniem masuk ke dalam kereta kemudian membawa keretanya menuju ke hospital yang telah diberitahukan sebentar tadi. Haniem tahu perasaan mendapat berita akan kehilangan orang yang di sayang sebab dia pernah merasainya. Dia memandu sebaik mungkin sehingga tiba di destinasi. Qila menemani Puan Kirah masuk ke dalam bilik ICU bertemu dengan kak Zah.
Tak lama selepas Haniem meletakkan kereta, dia turut masuk dan amat terkejut melihat keadaan kak Zah yang seperti terkena sawan. Namun dia yang kelihatan lumpuh tidak boleh bergerak langsung dan badannya terkaku membuat air mata Puan Kirah semakin deras keluar. Haniem dan Qila memberi ruang buat Puan Kirah dengan menunggu di luar.
Sedang Haniem duduk, dia mendengar perbualan pihak polis dengan saksi yang melihat kak Zah.
“Masa bila awak nampak dia minum?”
“Saya nampak dia minum masa dia on the way pergi kat motor dia. Masa tu rasanya dia pergi belakang bangunan dan lepastu dia minum botol apa entah dan terus lumpuh macam tu.” Jelasnya.
“Awak yakin tak ada sesiapa yang bagi pada dia?”
Lelaki itu menggeleng. “Tak ada langsung. Dia yang minum sendiri air dalam botol tu.”
Pihak polis kelihatan buntu. “Terima kasih kalau macam tu. Rasanya kes ni hanya disebabkan kecuaian puan tu sendiri. Mungkin ubat atau apa jenis yang diletakkannya sampai dia tersilap minum.”
Pegawai polis seorang lagi mengangguk.
Mereka berdua terus meninggalkan lelaki tadi. Sedikit mencurigakan pada Haniem tentang lelaki itu kerana dia segera mengangkat panggilan telefon dan berlalu pergi meninggalkan tempat tadi. Namun Puan Kirah yang keluar telah buatkan Haniem dan Qila mendekatinya.
“Puan... puan tak apa-apa?”
Dia menangis lagi.
“Tak apa puan. Kak Zah tu kuat orangnya dan semoga Allah sembuhkan dia.” Pujuk Qila.
“Betul tu. Kita doakan yang baik-baik saja untuk dia ya.”
Puan Kirah tak mampu berkata apa-apa lagi. Qila hanya memeluk bahunya dan menenangkan dia.
Dekat dua jam lebih juga mereka menunggu Puan Kirah tenang. Namun Qila telah mengambil anak Puan Kirah sementara Haniem menunggunya. Setelah itu Puan Kirah makin sedih melihat reaksi anaknya apabila melihat kak Zah kaku di katil.
“Saya minta maaf.. sebab menyusahkan awak berdua. Tapi sekarang saya tak apa-apa dan.. terima kasih sebab bawa saya ke hospital. Nanti suami saya akan datang ambil saya dan.. mak saya.”
“Tak menyusahkan pun. Kami yang risau bila dengar kak Zah kritikal macam tu. Kami akan doakan dia baik-baik je. Insha-ALLAH.” Bahu diusap oleh Haniem.
“Sekali lagi terima kasih saya ucapkan.”
“Sama-sama.”
Qila dan Haniem berjalan kembali ke kereta. Semasa kembali ke kereta, Haniem masih melihat lelaki itu berada di hospital dan dia begitu sibuk dengan telefon bimbitnya. Qila yang memanggilnya buat Haniem tersedar lalu mendekatinya. Mereka kembali ke tadika semula.
“Aku tak sangka lah kak Zah boleh kena lumpuh macam tu tiba-tiba. Apa yang jadi sebenarnya?”
“Entah. Tadi aku dengar lelaki yang bawa kak Zah tu kata, dia minum cecair apa entah dalam botol kaca lepastu terus jadi macam tu.” Ujarnya.
“Yeke? Cecair apa hah kalau macam tu?”
“Manalah aku tahu. Tapi kesian betul tengok Puan Kirah tadi.”
Qila mengangguk. “Macam apa yang kau pernah lalui lah Haniem. Ingat tak masa... tok aki yang.. yang dah meninggal tu? Kau kan sayang kan sangat kat dia sebab dia pernah jaga kau dulu kan?”
“Tulah. Aku rindukan dia. Nak buat macam mana kalau arwah dah tiada. Aku bukannya.. darah daging dia tapi hanya.. kenalan rapat dia je.”
“Aku harap kau sabar Haniem.”
Haniem tersenyum. “Aku kalau boleh nak jumpa dengan isteri tok aki sebab aku tahu dia yang perlu dapatkan aset arwah yang aku dapat sekarang. Tapi arwah tak nak aku beritahu sesiapa tentang apa yang dia beri.”
“Arwah memang baik kan? Tapi isteri dia pun baik dan.. kau bukannya nak diamkan diri.”
“Sebab tu lah aku nak beritahu isteri dia tentang apa yang aku dapat.”
Qila hanya mengangguk kemudian dia mengemaskan barang-barangnya hendak pulang segera.
Selepas selesai, mereka berdua berpisah jalan dengan membawa kereta masing-masing ke dua jalan berbeza. Haniem memandu keretanya pulang ke rumah dan setibanya di rumah dia terus melangkah masuk. Puan Zahara menerpanya.
“Haniem okey?”
“Okey. Kenapa?” Tanya Haniem pelik.
“Tak ada apa-apa. By the way, Haniem siap-siap ya esok sebab... ibu dengan ayah dah fikir masak-masak dah untuk perkahwinan Haniem.”
Haniem mengangkat keningnya dan mendengarnya.
“Kami cadang nak percepatkan semuanya. Esok Haniem jumpa dengan keluarga Ad lepastu minggu depan... kita buat majlis tunang. Kecil-kecil je sebab keluarga Ad yang nak.”
“Oh. Haniem.. Haniem tak kisah. Apa-apa pun Haniem nak ibu yang uruskan majlis Haniem.”
Puan Zahara mengangguk. “Tapi majlis kahwin, Haniem yang buat tau sebab aunty Liza yang nak. Dia kata dia tak kisah apa jenis majlis yang Haniem nak.”
“Haniem... tak pandai nak decide majlis yang macam mana.”
“Tak apalah. Nanti Haniem keluar dengan aunty Liza lepastu pilih lah.”
Haniem mengiakan saja. Dia kemudiannya naik ke tingkat atas lalu duduk di atas katilnya. Hampir lupa yang dia dah bersetuju hendak mengahwini Adhiyat. Benarkah keputusan yang dia buat ini? Panggilan langsung tidak dia terima oleh Adhiyat sejak dia bersetuju hendak mengahwininya. Namun Haniem tidak kisah sebab dia akan bertemu dengan Adhiyat lagi nanti.
Share this novel