HANIEM dikejutkan dengan bunyi alarm telefon bimbitnya. Dia membersihkan dirinya lalu dia pun menyarungkan baju kurung yang telah diberikan Puan Zahara kepadanya semalam. Haniem bersiap menyarungkan tudung, meletakkan sedikit solekan ke wajah lalu dia pun turun ke tingkat bawah. Tak lama nanti pihak keluarga Adhiyat akan datang.
Setelah lama menunggu, keluarga Adhiyat tiba juga. Haniem masih di dapur sedang membancuh minuman sambil menunggu kuih yang panas itu sejuk semula dengan bantuan Haris yang mengipasnya yang buatkan Haniem ketawa senang.
“Hisy, apa gelak kat dapur ni? Cepatlah pergi hantarkan minuman tu. Kuih ni letak je dan nanti sejuk makanlah aunty Liza dengan uncle Lan.”
“Haris ni hah!” Salah Haniem sengaja.
“Haris pulak!”
Haniem mengangkat dulang berisi teko dan cawan. Dia sempat berhenti akibat terlalu gementar nak menemui bakal mertuanya. Puan Zahara tiba sambil memberikan senyuman manis kepada Haniem. Haris pula hanya gelak menyakitkan hati Haniem saja.
Tiba di ruang tamu, dia melihat Adhiyat duduk di sebelah Datuk Azlan dan dia terkesima melihat Haniem yang cantik berbaju kurung. Haniem meletakkan minuman ke atas meja dan menuangkannya buat Datuk Azlan dan Datin Haliza juga. Tak lupa dia meletakkannya buat Adhiyat dan ahli keluarga dia yang lain. Haniem duduk di kerusi sebelah Puan Zahara yang kini memegang tangannya.
“Cantiknya Haniem. Suka aunty tengok.” Puji Datin Haliza.
“Terima kasih. Aunty pun apa kurangnya.”
“Pandai Haniem ambik hati aunty ya.”
Haniem hanya tersenyum.
“Bakal mak mertua lah katakan!” Kata Haris menyampuk perbualan mereka.
Encik Malik segera menepuk lututnya.
“Liza ni tak sabar nak jumpa keluarga korang dan dia tak habis-habis nak desak Ad suruh percepatkan semuanya. Ad pun tak nak susahkan Haniem ni dan sebab tu dia lambatkan.”
Haniem mengerling Adhiyat yang hanya senyum nipis padanya. Dia tahu Adhiyat mahu beri dia masa sedikit.
“Nama pun anak bongsu saya seorang je yang tak kahwin lagi. Jadi nak lah juga buat majlis yang akhir ni lebih grand. Nanti dah tak ada dah majlis kahwin lain.”
“Akak faham Liza. Akak pun Haniem ni je harapan akak. Haris tu entah bila pun tak tahu lagi. Akak pun harapkan Haniem ni boleh buat grand sikit majlis dia.”
Datin Haliza mengangguk. “Sebab tu saya tak kisah akak apa jenis majlis pun Haniem nak, saya setuju je. Kita buat gaya Melayu lah.”
“Akak setuju juga. Yelah, sebelum ni pun majlis Hanis, semuanya ikut adat istiadat. Untuk majlis Haniem, akak ingat nak ikut adat juga.”
“Boleh je. Tapi kita tak decide lagi tarikhnya bila.” Ujar Datin Haliza.
Puan Zahara dan Datin Haliza memandang Haniem dan Adhiyat silih berganti.
“Umi nak Ad pilih tarikh nya dengan Haniem.”
“Kenapa Ad dengan Haniem pula? Umi dengan aunty yang bersemangat. Apa kata kalau ikut kehendak korang?”
Datin Haliza memukul bahunya. “Kalau kami yang buat keputusan, itu namanya hari bahagia untuk kami. Ad lah yang buat keputusan dengan Haniem. Ini kan hari bahagia korang berdua dan lebih baik korang yang decide.”
“Ad... tak tahu.”
“Bincang lah!”
Adhiyat mengangguk sambil memandang Haniem.
“Pergilah Haniem.. berbincang dengan Ad tentang majlis tu.” Pinta Encik Malik kepada Haniem.
Haniem mengangguk. Dia bangun dari duduknya dengan Adhiyat lalu mereka pun menuju ke luar rumah.
Setelah duduk, mereka tak tahu nak borak apa. Hanya bunyi burung yang terbang, singgah seketika di pokok kedengaran. Angin yang menderu di panas terik pun buatkan mereka terasa kehangatan dalam.. bahagia. Sudah lama tidak berbual bersama sebegini.
“Jadi, awak nak kita buat majlis apa?”
“Tunang, akad nikah, sanding dan sambut menantu.” Balasnya.
Adhiyat ketawa kecil. “Awak nampak gembira je sampai nak buat majlis banyak macam tu.”
“Apa pula gembira? Awak tak gembira?”
“Bukan itu maksud saya. Kalau awak nak buat majlis tu semua, saya langsung tak kisah. Cuma, tarikh nya kita kena tetapkan dan planing betul-betul.”
Haniem memikirkannya. “Kita nikah lagi.. tiga bulan mulai daripada sekarang. Rasanya cukup nak sediakan barang-barang kahwin semua. Saya tak nak barang yang mahal pun sebab saya tahu.. lepas ni macam mana nak pakai lagi kan?”
“Apa salahnya kalau jadikan.. kenangan? Tak payah sewa baju, tapi beli je.”
“Mahal lah.”
“Haniem, perkahwinan ni sekali seumur hidup tau. Apa salahnya kalau buat yang lebih.. meriah?”
Haniem menatapnya. “Yeke.. sekali seumur hidup?”
“Kalau kedua kalinya, ia tak rasa macam perkahwinan yang pertama. Awak tahu ianya takkan meriah pun.”
“Baiklah. Kalau macam tu.. awak pilih.”
Adhiyat meletakkan tangannya ke atas meja lalu memikirkannya. “Kalau kita kahwin minggu depan nak?”
Haniem memandangnya terkejut. “Minggu depan?! Awak dah gila ke?”
Adhiyat ketawa senang.
“Saya cuma boleh bagi tarikh.. 15 hari bulan.”
“15 hari bulan?” Adhiyat teringat akan tok aki nya apabila tarikh itu titi di bibir Haniem. Tarikh di masa kematian tok akinya. “Kenapa 15 hari?”
“Saja. Tapi kalau awak ada tarikh yang sesuai, awak boleh lah decide lagi.”
“Saya ikut awak. Kalau 15 hari bulan ni, saya okey je.”
Syukurlah kalau Adhiyat pun tak kisah dengan pemilihan tarikhnya yang tak cepat dan tak lambat sangat. Rasanya sempat untuk buat beberapa majlis mengikut adat istiadat Melayu.
“Haniem,”
“Huh?” Sahut Haniem.
“Saya tahu awak masih... ragu-ragu dengan saya. Tapi saya.. ikhlas nak kahwin dengan awak. Kalau awak rasa saya tak ikhlas, saya sanggup bersumpah akan sehidup semati dengan awak. Sumpah depan Al-Quran sekalipun.”
Haniem tersentuh melihat kesungguhan Adhiyat. “Tak apa, saya percayakan awak. Cuma saya tak nak.. awak menduakan saya hanya sebab awak rasa ada sesuatu yang kurang pada saya. Saya harap kalau awak nak lepaskan saya, lepaskan saya dengan cara yang baik dan bukannya menyeksa perasaan saya.”
“Baiklah.”
Mereka berdua masuk semula ke dalam rumah selepas habis perbincangan. Nampaknya ahli keluarga kedua-duanya benar-benar nampak begitu serius dalam perbualan mereka sehingga Haniem dengannAdhuyat kembali pun tidak dihiraukan mereka lagi.
“Kami dah buat... keputusan untuk tarik tu.” Adhiyat bersuara selepas semuanya diam buat seketika.
“Oh ya? Jadi bila?”
“15 hari bulan. Lagi tiga bulan supaya sempat untuk semua persiapan.”
Datin Haliza memandang Datuk Azlan yang hanya tersenyum padanya apabila terikh itu terbit di bibir Adhiyat.
“Kami tak kisah bila sekalipun Ad. Baguslah kalau tarikh 15 hari bulan. Tarikh apa-apa pun sesuai dan asalkan kita sempat nak buat persiapan tu semua.”
“Okey Ba.” Balas Adhiyat.
Setelah keluarga Adhiyat menikmati minuman mereka, mereka pun pulang ke rumah. Haniem yang menghantar mereka duduk di atas kerusi ruang tamu merehatkan dirinya sebelum telefon dia berdenting. Mesej daripada Adhiyat dibaca.
‘Saya nak jumpa awak esok jam 5 petang. Saya akan hantar awak balik. Saya nak bawa awak pergi tengok syarikat saya dan.. baca manuskrip yang saya janjikan’ -ADHIYAT
‘Tak apa lah. Saya tak nak awak buat semua tu. Kan payah kalau saya tahu tentang manuskrip tu’ -HANIEM
‘Kalau saya beritahu awak sekalipun manuskrip tu, awak nak curi ke Haniem? Tak kan? Kalau tak, awak ikut ajelah. Saya ada manuskrip menarik nak tunjukkan kat awak’ -ADHIYAT
‘Okey’ -HANIEM
Haniem tersenyum melihat kedegilan Adhiyat. Senyumannya di perasan oleh Encik Malik yang turut tersenyum.
“Kan ayah dah cakap... dia berbeza daripada Huzair.”
Haniem terpaku memandang Encik Malik kemudian tersenyum.
“Kalau Huzair, dia tak pernah nak mesej Haniem sampai buat Haniem macam tu. Tapi kalau Ad, dia boleh buat Haniem bahagia macam tu. Kan?”
“Haniem tenang... bagi dia jawapan tu. Haniem gembira.. dia faham perasaan Haniem.”
Encik Malik mengangguk. “Ayah tak kisah bila pun Haniem nak buat majlis tu.”
“Haniem sayangkan ayah. Haniem masuk dulu nak salin baju.”
“Yelah. Nanti Hanis dah balik. Katanya dia bawa balik buah tangan. Entah apalah yang dibawanya.”
“Okey.” Haniem melangkah naik ke tingkat atas.
Di tingkat atas, dia menatap kosong telefon bimbitnya lalu tersenyum lagi. Dia memang rasa bahagia sekarang apabila bertemu dengan lelaki itu. Nampaknya sangkaannya meleset apabila Adhiyat sama seperti Huzair. Dia rasa Adhiyat berbeza.
Hari terus berlalu disaat Haniem merasakan kebahagian. Keesokan harinya, Haniem seperti biasa akan membersihkan dirinya dan menyiapkan diri nya ke tempat kerja. Habis kerja di jam tiga petang, dia rehat seketika sehingga masuk waktu solat isyak. Selepas itu dia pun bersiap menunggu Adhiyat di ruang tamu.
“Amboi, cantiknya kak Haniem!” Puji Hanis yang baru tiba di ruang tamu.
“A’ah. Lebih cantik daripada akak.”
Hanis terus memukul bahu Haris yang sekali lagi bermain permainan video. “Kau tu, bukan ke ayah cakap dia bagi main dua kali seminggu je. Ni kenapa sampai tak berhenti lagi ni?”
“Alah, ayah tu sengaja je beri amaran. Kenyataannya, dia sayangkan anak lelaki dia seorang ni.”
Hanis mencebik.
“Tapi Haris, pelajaran penting tau dan jangan nak hantu game sangat. Akak pun perasan Haris tak berhenti main game. Bila exam start?” Kali ini suara Haniem kedengaran tegas memarahi adiknya.
“Lagi dua bulan.”
“Dua bulan? Dua bulan dan Haris masih main game macam ni? Study tu penting faham tak. Kita mungkin rasa ia hanya segenggam kertas. Kenyataannya, segenggam kertas tu lah takdir kejayaan hidup kita. Jangan pandai rendah pada segulung ijazah faham?”
Haris mengangguk.
“Haris ni cakap macam mana pun bukannya dengar akak. By the way, akak nak keluar pergi mana?”
“Office Ad. Dia kata dia nak bagi akak baca manuskrip syarikat dia.” Balas Haniem.
“Wah, akak boleh baca manuskrip yang.. tak diterbitkan lagi?”
“Akak dah tolak nak baca manuskrip tu. Tapi Ad cakap dia tak kisah kalau akak nak baca sekalipun. Akak rasa.. akak baca satu je dan lepastu akak tak nak baca dah. Kalau akak kerap buat macam tu, confirm ada orang yang takkan sukakan akak.” Jelas Haniem.
“Betul juga. Tapi, Hanis tak sangka akak boleh setuju nak kahwin dengan.. abang Ad. Dahlah handsome, baik, ramah pula tu dan.. bekerjaya. Abang Fik pun tak percaya akak nak kahwin dengan bos dia sendiri.”
“Dah jodoh. Akak terima je.”
Tak lama selepas itu, suara Adhiyat kedengaran memberi salam. Haniem terus keluar dan mereka bersama-sama menuju ke syarikat Adhiyat.
Setibanya di sana, hanya ada beberapa orang sahaja memandangkan hari ini adalah hari cuti. Adhiyat membawa Haniem meneroka beberapa tempat di dalam syarikatnya sambil mengajar Haniem apa yang Haniem tidak tahu. Keramahan Adhiyat dengan pekerjanya menyentuh perasaan Haniem sedikit demi sedikit.
Setelah itu, mereka menuju ke lobi bawah sambil memesan kopi lalu berbual bersama.
“Awak tahu apa-apa.. pasal Huzair?”
Haniem yang meneguk minuman memandang Adhiyat. “Kenapa awak tanya pasal Huzair?”
“Saja.”
“Tak dan saya tak nak tahu tentang dia.”
Adhiyat tersenyum. “Awak tahu dia dah... nak sambung belajar?”
Haniem buat tidak kisah.
“Katanya dia dah nak lepaskan awak dan janji pada saya yang dia takkan ganggu awak lagi. Saya beritahu dia yang awak bakal isteri saya walaupun masa tu saya tak decide apa-apa lagi.”
“Oh ya? Baguslah.”
Adhiyat menatap Haniem. “Saya tak rasa... awak patut bencikan dia Haniem sebab... dia lah yang beritahu saya dan sedarkan saya untuk jadikan awak isteri saya. Awak patut berbangga sebab dia dah decide untuk sambung belajar dan lupakan awak.”
“Saya tak boleh maafkan dia.”
“Tak ada kesalahan yang selamanya perlu dihukum. Dia dah berubah dan saya yakin benda tu. Dia cuma nak bercakap aje dengan awak dan awak.. patut beri dia peluang.”
Haniem mengeluh. “Okey. Tapi beri saya masa.”
Adhiyat mengangguk. “Berapa banyak masa pun yang awak nak, awak yang decide.”
Mereka berdua menikmati kopi tenang sambil mengubah topik lainnya yang lebih bersesuaian.
Share this novel