HANIEM mengemas barang-barang untuk dibawa ke pantai nanti seperti yang dirancangkan oleh Adhiyat untuknya kelmarin. Memandangkan kedua-duanya pun sedang bercuti, Adhiyat mahu meluangkan masa dia dengan Haniem. Setelah siap meletakkan makanan ke dalam bekal, Haniem naik ke tingkat atas mengambik bakul dan tikar. Setelah turun, guruh mula menyambar dan hujan mula turun secara tiba-tiba.
Haniem menatap langit gelap di koridor rumahnya. Laman dia mula dibasahi dengan air hujan yang buatkan Haniem mengeluh menatapnya.
“La.. dah hujan ke?!” Adhiyat yang baru turun dari tangga terkejut.
“Tulah. Tadi nampak cuaca elok je.”
Dia mengeluh di sebelah Haniem. “Tak dapatlah kita pergi pantai. Abang baru je ingat nak pergi sana dengan Haniem.”
“Tak apalah. Mungkin tak ada rezeki kita nak pergi sana.”
Adhiyat mengangguk. Tetapi dia mendapat idea. Adhiyat masuk ke dalam kemudian dia membentangkan tikar di ruang tamu yang berdekatan dengan halaman rumah. Adhiyat meletakkan balut berisi makanan ke atasnya dengan bunga ros yang sentiasa dia belikan untuk Haniem. Dua buku kegemaran mereka turut diletakkan juga lalu dia pun duduk di atasnya sambil memandang Haniem dengan senyuman.
“Kalau tak boleh keluar pergi berkelah, apa kata kalau kita berkelah kat rumah je.”
“Abang memang nak pergi berkelah lah ni?”
“Ya. Tak sangka pula boleh hujan sampai abang tak boleh nak teruskan rancangan abang nak keluar dengan Haniem. Dahlah hari ni je abang cuti dan boleh spend kan masa abang dengan Haniem.” Dia kedengaran kesal.
Haniem tersenyum. “Okeylah, kalau tak boleh berkelah kat luar dengan abang hari ni, kita lebihkan masa kat rumah je. Esok pun Haniem nak kena kerja.” Haniem duduk di sebelah suaminya.
Mereka berbual, makan dan bergelak ketawa bersama. Di bawah atap air hujan yang mengalir, Adhiyat dan Haniem melalui lembah rumahtangga yang bahagia. Satu sama lain memahami perasaan masing-masing dan Adhiyat tahu Haniem lah wanita yang dicari selama ini. Kini dia mengambil gitar dan memetik alunan melodi di gitar tersebut sambil tersenyum menatap Haniem.
“Abang tahu main gitar?”
“Abang jaguh lah. Kat kampung abang selalu main yang milik... sepupu. Kami menyanyi sama-sama dan share kan moment antara saudara.” Balasnya.
“Ooo. Kalau pandai main gitar je tapi suara tak sedap, tak best juga.”
“Oh, Haniem tak percaya heh abang pandai menyanyi juga?”
Haniem menggeleng biasa.
“Okey! Biar abang menyanyi lagu yang tunjukkan cinta abang pada Haniem.”
Haniem hanya mengangguk biasa.
Gitar dipetik dengan alunan melodi lagu yang bakal didendangkan. Lagu yang Adhiyat rasa akan menjadi sumpah setia dia pada Haniem. Cinta sesungguhnya daripada Sabhi Saddi. Lirik lagu yang membawa maksud begitu mendalam di dalam lagu tersebut.
“Best tak?”
Haniem menepuk tangan bangga. “Suara abang... merdu. Haniem tak pernah tahu abang pandai menyanyi.”
“Tulah. Haniem tak bolehlah pandang abang sebelah mata. Kena pandang abang dua belah mata dan barulah Haniem nampak bakat terpendam abang selama ni.”
“Okey, lepas ni Haniem akan selalu dengar abang menyanyi. But make sure suara abang sedap macam ni lagi. Boleh?”
Adhiyat mengangguk lalu terus menyanyi buat isteri kesayangannya.
Menjelang malam, mereka berdua naik ke tingkat atas untuk mandi dan solat fardhu. Adhiyat mengimamkan solat Haniem seperti biasa dan dia bersalaman dengan suaminya setelah selesai. Seperti biasa juga, Adhiyat akan mengaji sementara Haniem akan turun ke tingkat bawah bagi menyediakan makan malam untuknya.
Namun panggilan telefon membuatkan Adhiyat terpaksa batalkan niat dia nak mengaji dan mengangkat panggilan daripada Opah Hawa.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Kenapa call Ad ni Opah?” Tanya Adhiyat terus.
“Opah menganggu Ad ke?”
“Tak adalah. Ad pun baru je lepas solat ni dan Opah telefon di masa yang tepat sangat.”
Kedengaran nafas Opah Hawa dihela tenang. “Opah telefon ni sebab nak tanya khabar Ad dengan Haniem je. Tapi Opah memang nak sangat jumpa dengan Haniem. Bila nya Ad nak bawa Opah jumpa dengan isteri Ad tu?”
“Opah, Ad sibuk sikit dan Ad tak boleh nak bawa Haniem. Tengoklah lepas kerja Ad dah settle.”
“Kerja, kerja, kerja. Apa hidup kat bandar tu kena kerja baru boleh teruskan hidup ke?”
Adhiyat tersenyum. “Mungkin sesetengah. Bandar ni besar Opah, harga barang pun sesekali naik, sesekali turun. Jadi kehidupan kat sini lebih padat daripada kat kampung.”
“Opah fahamlah. Tapi Ad, kerja ni sampai ke sudah pun tak habis. Opah nak berkenalan dengan Haniem je.”
“Sabar ajelah Opah. Haniem pun mungkin tak terbiasa lagi dengan keadaan sekeliling. Dia pun mungkin takkan selesa lagi nak jumpa keluarga Ad yang lain. Bagilah dia masa.”
Opah Hawa mengeluh. “Kalau macam tu, bagi telefon ni kat Haniem dan biar Opah beritahu dia suasana kat kampung. Biar Opah pujuk dia untuk ikut Ad balik kampung.”
“Opah, itu memaksa namanya. Ad tak nak perkahwinan Ad dengan Haniem yang masih baru ni hancur macam tu je semuanya sebab paksaan Ad untuk Haniem. Bagilah Haniem masa.”
“Hisy, bukannya jumpa keluarga kita hubungan Haniem dengan Ad boleh hancur. Nak jumpa keluarga ajelah!”
“Ya, Ad tahu. Opah... sabar je okey. Insha-ALLAH, bila keadaan dah okey, Ad pun nak balik kampung dan perkenalkan dengan keluarga Ad, Ad bawa balik Haniem.”
Opah Hawa tetap tak sabar nak jumpa dengan Haniem yang seperti dikenalinya.
“Lagipun... bukan ke Umai dah.. dah nak bersalin. Nanti baba kata dia nak buat majlis Ad dengan Haniem sama-sama dengan majlis Umai. So... berilah Ad masa.”
“Jadi sebab tu lah Ad tak nak balik kampung sekarang ya? Umai ke.. Reza? Atau dua-dua nya sekali?”
Adhiyat mengeluh. “Tak ada kena-mengena pun antara Umai dengan Ad. Kisah kami dah lama habis sejak Reza masuk campur. Ad tak nak Opah ungkit lagi benda ni!”
“Okey. Opah pun kalau boleh tak nak paksa Ad untuk terus ingat kenangan lama. Cukuplah MakSu kamu tu rasa bersalah atas perbuatan Reza pada Ad.”
Adhiyat tenang jika Opah Hawa mengerti.
“Tapi ingat Ad, jangan ingat masa lalu dan lupakan masa sekarang. Haniem adalah masa depan Ad dan Umai hanyalah masa silam yang takkan pernah kembali lagi. Jadi maafkan Reza dan Umai. Maafkan hati yang terikat tu.”
“Ad bukannya marahkan Reza tentang Umai je. Ad cuma rasa sakit hati dengan kata-kata dia sebelum ni tentang Ad. Dia ingat.. dia bagus sangat ke?!”
Opah Hawa mengetap. “Sudahlah tu! Reza tu memang budak nakal. Tapi sekarang dia dah menyesal. Apa salahnya kalau Ad tengok penyesalan dia dan maafkan dia?”
“Payah sangat nak buat semua tu kalau dia sendiri yang tak boleh nak baiki perangai dia. Ad takkan pernah maafkan Reza tentang perbuatan dia.”
“Ikut suka hati Ad lah. Tapi ingat, jangan nak bencikan sangat Reza tu. Tentang Umai pula, lupakan perasaan Ad. Ad dah jadi suami orang dah.”
“Masa bila pula Ad cakap Ad masih sukakan Umai? Takkan terjadi lagi lah.”
Opah Hawa hanya menghela nafas berat sahaja. Tetapi dia teringat makan malam dia dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Dia mematikan panggilan telefon Adhiyat selepas itu.
“Abang,” Haniem yang sudah berada di muka pintu agak lama masuk.
“Oh, Haniem dah siap masak?”
Haniem mengangguk. “Jom lah makan. Nanti sejuk tak sedap pulak.”
Adhiyat dan Haniem melangkah ke ruang makan di bawah. Tanpa Adhiyat sedar yang perbualannya didengari oleh Haniem dan Haniem menangkap setiap patah perkataan Adhiyat tadi.
“Boleh Haniem tanya sesuatu?” Di meja makan, semasa Adhiyat menikmati makanannya, Haniem bersuara.
“Tanyalah.”
“Siapa Umai?”
Hampir tersedak Adhiyat tetapi ditahannya. Dia meneguk air masak lalu menatap Haniem yang nampak sedikit kecewa.
“Sayang, mana.. Haniem tahu nama tu?”
Haniem senyum nipis. “Haniem tak sengaja dengar abang borak dengan.. Opah kat telefon.”
“Haniem, mungkin hati abang sebelum ni terikat dengan.. dengan Umai. Tapi abang betul-betul dah lupakan dia. Abang cuma.. cuma kecewa dengan perbuatan dia.”
“Sampai abang tak boleh maafkan sepupu abang nama Reza?”
Adhiyat mengeluh. “Dulu abang... abang rapat dengan Reza dan Umai. Umai tu yatim piatu dan sebatang kara. Kami berkawan dan tak sangka hubungan jadi serius. Bila abang pergi belajar dan balik kampung semula, abang dapat tahu dia dan Reza dah kahwin. Apa yang abang nak Haniem tahu, abang dah tak kisah tentang diorang berdua dan abang hanya cintakan Haniem seorang je sekarang ni.”
Mata Adhiyat penuh keikhlasan sehingga Haniem mengusap tangan kirinya lembut. “Okey. Lepas ni Haniem tak nak abang rahsiakan apa-apa lagi.”
“Abang janji.”
Mereka berdua mula menikmati makan malam dengan tenang setelah Haniem mempercayai kata-kata Adhiyat. Itulah yang dia inginkan apabila dia berkahwin dengan Adhiyat.
Mata Haniem sudah pun terasa berat di malam hari semasa menonton filem dengan suaminya. Apabila Haniem tertidur, Adhiyat terpaksa mengangkat naik ke tingkat atas. Adhiyat menyelimutkan Haniem dengan selimut dan dia menatap wajah isterinya buat seketika. Rambut Haniem yang menghalang mata nya diselak lalu dia tersenyum.
“My first and my last.”
Adhiyat mula melenakan dirinya di sebelah Haniem. Dia menutup lampu untuk menikmati malam yang indah itu. Apabila siang mula membuka tirainya, Adhiyat dan Haniem solat subuh bersama-sama. Haniem turun menyediakan sarapan sementara Adhiyat pula menyiapkan dirinya. Dia turun ke tingkat bawah menemui Haniem.
“Mana bekal yang Haniem bekalkan makanan kat abang sebelum ni?”
“Oh, waktu tu ada pekerja abang yang tak dapat beli makanan dan makanan dia kena curi dengan salah satu staf kat office pula. So abang bagi makanan abang kat dia. Dia tak bagi lagi bekal abang.”
Haniem mengangguk mengerti. “Tak apalah. Haniem bekalkan makanan untuk abang guna bekal lain lah ya.”
“Okey. Thank you sayang.”
“You’re Welcome.”
Apabila dia selesai bersarapan dan Haniem sudahpun selesai menyiapkan bekalnya, Adhiyat berangkat ke tempat kerja dengan mencium dahi Haniem dan memeluknya erat. Kereta dipandu keluar dari perkarangan.
Share this novel