bab 19

Romance Completed 1369

DATUK AZLAN menunaikan solatnya dengan Datin Haliza seperti selalu sebelum memulakan hari mereka. Solat disempurnakan dengan angin yang lembut menyapa tirai bilik mereka. Setelah beberapa minit menunaikan solat, Datuk Azlan dan Datin Haliza selesai menunaikan solat mereka. Datuk Azlan berbalik bersalaman dengan Datin Haliza yang nampak lebih seronok hari ini.

“Kenapa nampak happy je ni?”

“Haih... salah ke isteri abang ni nak bergembira? Saya happy pun tanya.” Balasnya.

“Abang tahulah anak buah kesayangan awak dah balik. Sejak Mikael tu balik, awak jarang nak risaukan saya dan lebihkan Mikael. Saya suami awak tau. Saya pun ada rasa cemburu juga kalau awak selalu je layan Mikael tu berbanding abang.”

Datin Haliza tersenyum menatap suaminya. Dia memegang tangan Datuk Azlan. “Abang, Mika tu baru je balik Malaysia dan saya tak nak dia rasa terbeban dengan banyak masalah kalau dia balik sini. Apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan dia kan?”

“Abang tak kisah Haliza.” Kepala isterinya diusap manis.

“Selain gembira Mika balik Malaysia, saya pun sebenarnya gembira nak tunggu beberapa hari je lagi Adhiyat akan jumpa dengan Haniem. Tiggal dua hari je lagi. Saya harap Adhiyat tu tak buat masalah lah masa perjumpaan tu nanti.”

“Tawakal je lah Liza. Kita tak tahu si Ad tu macam mana orangnya. Dia tu... tak nak hati dia tersuka tanpa sengaja dengan orang yang salah dan dia buat keputusan yang baik. Ad tak lukakan hati orang dan dia tak lukakan hati dia sendiri.” Balas Datuk Azlan.

“Saya tahu. Saya pun kalau boleh nak Ad buat keputusan dia sendiri. Cintakan wanita yang dia rasa... pertama dan terakhir untuk dia. Saya yakin Ad akan bahagiakan wanita tu. Saya pun tak kisah kalau itu bukan Haniem.”

“Kita doakan yang terbaik untuk dia.”

“Tapi, saya nampak Ad tu tak macam dulu sekarang ni. Lepas solat dengan mandi je dia terus duduk dekat ruang tamu sana dan main telefon je. Dulu dia lah orang yang paling suka dengan kerja. Balik kerja, mandi, solat, terperap lah dia dalam bilik. Sekarang suka pula dia main telefon.” Cerita Datin Haliza akan kebimbangannya.

“Awak tak payah risau lah. Saya nak pergi main golf dengan Malik nanti.”

“Saya tahu. Kak Zahara pun ada call beritahu semalam yang abang Malik tak sabar nak jumpa dengan abang.” Ujarnya.

“Pasal Ad tu, abang rasa awak tak payah paksa. Ajak dia dengan kerelaan hati dia.”

Datin Haliza mengangguk.

Datuk Azlan bersiap-siap dan dia bersedia hendak keluar dengan bantuan isterinya. Setelah selesai bersiap, Datuk Azlan terus turun ke bawah untuk menikmati sarapannya. Di bawah hanya ada Ilham menantu dia, Dhiya dan Liya. Datuk Azlan duduk di kerusi dengan Datin Haliza ke dapur menyediakan minuman untuknya.

“Mana Ad?” Tanya Datuk Azlan.

“Takkan lah baba tak tahu anak baba seorang tu. Sejak beberapa hari ni, berubah sangat. Breakfast pun jarang dia makan dan terus keluar. Malam pula, confirm balik lambat. So dia dah pergi kerja lah sekarang ni.”

“Biarlah dia berubah. Mungkin dia tengah belajar hidup sosial yang ada perbatasannya. Kalau baba tahu dia melampaui batas dalam nak bersosial, baba sendiri yang akan nasihatkan dia.”

Dhiya mengangguk. “Kalau baba nasihat sekarang pun bagus juga sebab si Ad tu semuanya mudah kalau nak buat kat dia. Dia pun ramah dengan semua orang dan tak mustahil orang nak ambil kesempatan atas dia.”

“Baba tahu. Tapi baba pelik je. Ad bukan ke ada keluarkan buku baru-baru ni.”

“Oh ada. Ilham cakap buku Ad semuanya kena simpan sebab ada.. kata-kata buruk kat belakang.” Ujar Dhiya.

Terkejut Datuk Azlan mendengarnya.

“Tapi Ad cakap baba jangan risau. Am tengok buku tu dan memang ada kata-kata buruk kat belakang dia. Cuma Ad cakap dia kena sabotaj dan sekarang dia tengah siasat saksi. Kita doakan yang terbaik jelah Ba.”

Datuk Azlan mengeluh.

“One more thing Ba, Am ingat nak balik Johor dah esok. Syarikat baba kat sana tak boleh ditinggal lama juga kan?”

“Pergilah Am. Dhiya tanggungjawab kamu dan kamulah yang buat keputusan.”

Ilham mengangguk sambil berpaling memandang isterinya manis.

Selesai bersarapan, Datuk Azlan berangkat pergi. Tangannya dikucup manis Datin Haliza kemudian dia pun membawa keretanya meredah jalan raya sehingga ke padang golf tempat dia dan Encik Malik selalu habiskan masa dari muda sehingga kini.

Perjalanan yang tak ambil masa yanh lama buatkan Datuk Azlan tiba di padang golf. Selesai masuk ke dalam, dia bertemu dengan Encik Malik yang sudah mula bermain. Datuk Azlan menyapanya dengan tangan dihulurkan untuk bersalaman.

“Lama betul aku tak jumpa kau Malik. Dah makin sihat aku tengok kau sekarang.”

“Tak sihat kenapa? Anak-anak semua tak nak bagi aku kerja dan terpaksalah aku berhenti kerja lepastu duduk kat rumah mengharapkan duit pencen dengan duit anak-anak. Duduk kat rumah, makan, tengok TV, layan si Zahara tu lepastu main dengan cucu. Itu jelah hari-hari aktiviti aku sampai sihat macam ni.” Jelasnya dengan ketawa senang.

“Kita ni dah makin tua sebenarnya Malik. Aku pun anak-anak ada je suruh berhenti kerja dan aku pun ingat nak beri je syarikat aku dekat Adhiyat sepenuhnya. Tapi aku baru tahu syarikat dia ada masalah sampai aku pun tak nak susahkan dia sangat.”

Encik Malik mengangguk mengerti. Datuk Azlan dan dia mula bermain.

“Kau beruntunglah Lan sebab kau ada anak lelaki yang boleh wariskan syarikat kau kat diorang. Aku ni anak lelaki pun asyik main game je. Belajar pun tak habis lagi.”

“Menantu kau?”

“Fikri tu kerja bawa Adhiyat dan dia kata dia tak nak jauh dari Adhiyat sebab si Adhiyat tu lah banyak tolong dia. Jadi aku pun tak nak paksa dia kalau dah dia tak nak.” Ujarnya.

“Nak buat macam mana Malik. Fikri dengan Adhiyat tu dah berkawan baik sejak zaman universiti lagi dan takkan si Ad tu nak lepaskan pekerja terbaik dia macam tu je.”

Encik Malik hanya mengeluh merelakannya.

“Aku dengar dari Haliza, kau nak timang cucu lagi. Aku ucapkan tahniah lah pada kau dengan Zahara.”

Encik Malik ketawa bahagia. “Aku pun tak sangka sebenarnya secepat ni sebab Fatin tu belum menginjak usia sepatutnya. Oleh sebab rezeki Allah, tak boleh lah kita nak tolak macam tu je.”

“Apa salahnya ada cucu ramai kan? Lebih meriah. Si Dhiya tu pun tak cukup Liya seorang. Kita ni dah semakin tua dan nak lah juga rasa.. pengalaman dengan cucu dan anak-anak.”

“Mestilah. Aku tak kata yang aku tak suka. Aku seronok si Hanis tu bahagia dengan Fikri dan dia buat pilihan yang betul.”

Datuk Azlan dan Encik Malik selesai bermain jua akhirnya. Mereka berdua duduk di satu kerusi untuk berehat buat sementara waktu sambil menikmati minuman mereka.

“Macam mana dengan Haniem?” Tanya Datuk Azlan lagi.

“Maksud kau?”

“Yelah, isteri aku dengan Zahara nak jodohkan dia dengan Adhiyat. Aku takut apa yang isteri aku buat jadi bebanan untuk dia.”

Encik Malik tersenyum. “Sebab tu lah aku risaukan Haniem Lan. Tak kiralah dia kata.. dia okey, tersenyum dan bahagia dari wajah dia, aku tak tahu isi hati dia apa. Aku rasa... setiap kali aku tak boleh nak baca fikiran Haniem, aku lah ayah yang paling teruk dalam dunia ni sebab aku gagal nak mengerti satu perasaan yang... selalu disembunyikan.”

Datuk Azlan menatapnya.

“Beberapa hari ni aku nampak dia macam lain sikit. Selalunya hari cuti dia terperap je kat rumah. Tapi ni banyak kali dia keluar. Tapi aku tak peduli tentang hal tu dan aku rasa... gembira kalau dia gembira. Cuma aku takut kegembiraan tu akan lukakan hati dia kalau tersilap langkah sikit je.”

“Aku pun pernah jumpa dengan Haniem tu dan aku rasa... budak tu simpan banyak kesakitan dalam diri dia. Tapi anak-anak Malik. Diorang bukanya nak share masalah diorang pada kita walaupun dah besar panjang. Adhiyat tu pun selalu je rahsiakan semua perkara daripada aku dan keluarga. Tak ada sesiapa faham perasaan Adhiyat dengan Haniem.”

Encik Malik mengangguk. “Aku pun sebenarnya setuju juga dengan cadangan.. Zahara dan Haliza nak jodohkan Adhiyat dengan Haniem. Masalahnya diorang tak pernah jumpa dan macam mana diorang nak suka satu sama lain.”

“Tulah. Kalau lah diorang berkahwin, kita dah boleh jadi besan berdua. Dapat lagi cucu.”

Dua sahabat ini ketawa mengingatkan apa yang bakal terjadi di waktu hadapan nanti.

Masa sungguh pantas berlalu sehingga akhirnya Datuk Azlan dan Encik Malik selesai bermain lalu mereka berfikir untuk pulang memandangkan waktu sudah hampir dengan makan tengahari. Daruk Azlan memandu keretanya keluar dari perkarangan menuju ke rumah semula.

Di sana, dia melihat Adhiyat duduk di luar rumah dengan senyuman menatap telefon bimbit dia. Datuk Azlan tersenyum sambil melangkah mendekati anak lelakinya.

“Bahagia nampak?” Sapanya.

“Eh Ba! Mana ada bahagia? Senyum je.”

“Yelah tu! Ad tak masuk office ke?”

“Hari minggu Ba. Mana ada orang pergi office. So Ad pun stay rumah jelah.”

“Selalunya jarang tau kamu nak stay kat rumah sebab apa? Sebab bagi Adhiyat Iman, kerja lah paling utama.” Balas Datuk Azlan.

“Bila difikiran balik, Ad tak nak lah fokus sangat kat kerja sebab kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. So kita buat pelan-pelan. Hari ni settle kerja yang tu, esok settle kerja yang ni dan lusa rehat lepastu kerja lagi. Baru lah seimbang jadual kerja.”

Datuk Azlan menggelengkan kepalanya dengan jawapan anak lelaki dia. “Pasal office tu, Ad ada apa-apa nak beritahu baba?”

“Tak ada.”

“Tentang buku Ad yang kena berhenti tu?”

“Oh, Ad dah settle kan. Cuma Ad nak cari orang je dan Ad fikir esok Ad nak pergi. Lagipun dia selalu tak ada dan Ad pun dah putus asa nak buat macam mana. For sure, everything is gonna be alright.” Katanya dengan senyuman penuh yakin.

“Lepas ni report apa yang jadi kat office dan baba tak nak susahkan Ad lagi. Baguslah kalau Ad dah settle kan. But remember, jangan lalai dengan kerja walaupun ia tak habis sampai bila-bila.”

“Okey Ba.” Jawabnya dengan anak mata masih terpaku pada telefon bimbit.

Datuk Azlan berjalan masuk ke dalam rumah dengan hati yang sedikit gembira melihat angin Adhiyat baik-baik saja hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience