bab 87

Romance Completed 1369

ADHIYAT menjaga Maya sepanjang waktu tanpa mengeluh memandangkan dia masih ingat akan tanggungjawab dia terhadap Maya. Saat ini juga, Adhiyat cuba menghubungi Haniem tetapi tiada balasan daripada di isteri. Dia tertanya-tanya, ke manakah isteri dia yang dirinduinya. Adhiyat kemudiannya meninggalkan bilik Maya buat seketika untuk solat.

Setelah dia kembali, Adhiyat agak terkejut melihat kehadiran Encik Malik di situ. Perlahan-lahan dia mendekati bapa mertua nya.

“Assalamualaikum, ayah.”

“Waalaikumusalam.” Encik Malik menghulurkan tangannya apabila Adhiyat turut menghulurkan tangan.

“Ayah.. buat apa kat sini?”


“Ayah dapat tahu yang.. Maya masuk hospital daripada Qila.”


Adhiyat mengangguk. “Ayah nak minum? Marilah Ad.. belikan ayah air kopi kat mesin sana.”


Encik Malik mengikuti Adhiyat ke mesin kopi yang tak jauh dari sini. Mereka kemudiannya duduk setelah membelikan kopi.

“Ayah... sihat?”

“Sihat alhamdulillah. Makin sihat bila ayah.. duduk rumah, dengar ibu membebel tak berhenti dan makin sihat dikelilingi anak-anak ayah. Haris dah balik rumah dan dia betul-betul dah berubah. Jadi.. ayah rasa tenang lah sikit.”

Keheningan menyapa. Adhiyat rasa takut dan pada masa yang sama rasa gembira melihat Encik Malik bercakap dengannya semula.

Nafas dihela panjang. “Jadi, apa yang kamu nak buat lepas ni?”

“Maksud ayah?”

“Maya dah disahkan.. mental. Kamu pun jalankan tanggungjawab kamu sebagai suami dia dengan jaga dia sepanjang waktu. Ayah dapat tahu hal ni pun daripada baba kamu. Tanggungjawab kamu yang lagi satu tu... macam mana?”


Adhiyat mengerti apa yang Encik Malik mahu katakan.


“Ayah tak tahu apa yang... kamu fikirkan. Sebelum ni ayah marahkan kamu sebab kamu... tak boleh nak faham perasaan Haniem. Kamu hanya ikut cakap dia tetapi kamu tak melihat dalam hati dia. Sebabkan kamu marahkan dia, kamu setuju nak berkahwin dengan Maya. Tapi ayah tanya pada kamu. Ada kamu nampak anak mata Haniem, perbuatan dia dan isi hati dia?”


Adhiyat menggeleng. “Saya memang tak faham firasat hati Haniem malah saya gagal mengerti semua perasaan orang yang saya sayang.”


“Jadi kamu bukalah mata. Dalam hal ni, bukan kamu seorang je yang salah. Ayah rasa Haniem pun salah sebab dia ikut perasaan dia. Kamu tahu langkah apa yang kamu boleh buat masa kamu hampir nak berkahwin dengan Maya?”


Adhiyat menatapnya.


“Kamu boleh... teruskan majlis, ingat tanggungjawab kamu terhadap Haniem juga dan tak... buat dia marah. Itu adalah langkah yang terbaik walaupun hakikatnya kamu kena mengahwini Maya juga. Kahwin dua.. tak salah. Pengorbanan untuk menikah adalah satu ibadah. Yang paling pentingnya hanyalah kamu... kena ingat tanggungjawab. Kalau kamu terus nak buat mana-mana isteri kamu sakit hati, itu hanyalah memburukkan keadaan dan kamu dikira lelaki dayus yang mengalah.”


“Saya memang... marah pada Haniem. Tapi saya memang tak buat semua tu ayah. Saya mengaku yang.. masa saya pergi Kuantan hari tu, saya memang tersedar di sebelah Maya. Tapi lepas balik, Maya kata dia mengandung. Setahu saya, sebelum ni saya bangun, memang saya ada berdekatan dengan dia. Tapi saya tak pernah berada di atas katil dia dengan tak berbaju. Hanya hari tu je. Di New York dulu pun, saya tidur kat sofa rumah dia dengan tak berbaju. Tapi Maya tidur kat rumah kawan dia. Saya rasa... macam dia perangkap saya.”

“Ayah.. tahu kamu tak bersalah dan ayah nak kamu jalani tanggungjawab kamu saja. Kita berdoa pada Allah agar semuanya dipermudahkan. Cuma sekarang... dapatkan Haniem balik.”


Adhiyat menatapnya dengan terkejut.

“Selama ayah hidup, apa yang penting bagi ayah bila Haniem dicintai dan mencintai seseorang. Dia bahagia masa ayah datang rumah kamu dan dia. Tak terkira senyuman di bibir dia dan itulah saat-saat ayah.. pernah nampak dia berlari waktu dia kecil, tersenyum dengan basikal dia dan bergelak ketawa di waktu remaja dengan adik beradik dia. Bila dia dewasa, ayah nampak dia senyum kerana kamu. Jadi jangan lepaskan dia dan.. gembirakan dia. Dia masih cintakan kamu.”


“Tapi ayah rasa.. boleh ke dia cintakan saya lagi?” Tany Adhiyat ragu-ragu.

“Buang perasaan marah kamu, buang rasa cemburu dan buang perasaan yang boleh buat Haniem marah. Tunjukkan dia keikhlasan dan dapatkan hati dia macam mana kamu pernah dapatkan hati dia dulu.”


Adhiyat tersenyum. “Seandainya jodoh kami masih kekal, saya akan terus menjaga dia. Saya akan terus cintakan dia dengan nama Allah takkan pernah lepaskan dia.”

Encik Malik menepuk bahu Adhiyat.

“Ad pun minta maaf.. atas apa yang saya buat sebelum ni.”

“Kita lupakanlah Ad. Yang penting kamu dah tunjukkan pada ayah yang kamu ialah lelaki yang bertanggungjawab.”

Adhiyat bersyukur masalah dia dan Encik Malik akhirnya selesai juga. Setelah Encik Malik memberitahu keberadaan Haniem, Adhiyat segera set kan dalam kepalanya.

Buat seketika dia masih menunggu di hospital ini untuk Maya. Sesekali Mikael datang dan duduk di situ agak lama lalu menangis melihat keadaan adiknya. Tak mahu Mikael terus begitu, Adhiyat segera meminta pulang. Di hari seterusnya, Adhiyat mengemas pakaiannya untuk pulang ke kampung.

“Ad, nak pergi mana?” Dhiya menegurnya sebaik saja melihat Adhiyat melepasi ruang tamu.

“Nak balik kampung.”

“Nak balik kampung?”

“A’ah. Ad ada urusan kat sini sikit dan nanti dah habis urusan Ad, Ad balik lah sini balik. Ad pun dah beritahu doktor kat sana untuk update apa-apa mengenai Maya.” Balasnya.

“Oh. Jadi Ad dah tanya tentang kandungan Maya? Umi sempat beritahu tadi sebelum dia keluar yang dia minta Ad beritahu tentang... kandungan Maya.”

Adhiyat menepuk dahinya. “Ad lupalah nak tanya. Tak apalah, nanti Ad telefon doktor Maya suruh beritahu kandungan dia lepastu Ad beritahulah akak dengan umi.”

“Okey. Jangan lambatkan tau sebab takut terjadi apa-apa kan susah.”

Adhiyat mengangguk.

“Tapi urusan apa sampai Ad kena pergi.. balik kampung?”

“Sibuklah akak ni! Adalah urusan yang tak dapat dielakkan.”

Dhiya mencebik. “Kalau macam tu hati-hati!”

“Baik bos!” Adhiyat melangkah pergi dengan gembiranya yang buat kening Dhiya pula yang berkerut.

Adhiyat memandu kereta dia dengan baik-baik sehinggalah tiba di pejabatnya untuk dia ambil barang-barang dia yang dia lupa tadi. Setelah mengemas, dia keluar tetapi dihalang Fikri dan Osman di pantri yang sedang makan sama-sama.


“Kau nak pergi mana?”


“Wow, first time aku nampak korang.. makan sama-sama. Dah berbaik ke?” Usik Adhiyat.

Fikri dan Osman memandang satu sama lain lalu menjeling lagi.

“Mati hidup semula pun aku takkan lah berbaik dengan dia sebab dia dah ambil makanan aku sebelum ni walaupun sekarang dah tak ada dah orang nak mengadu kat aku! Tapi dia ambil coklat mahal aku yang aku simpan nak makan lain kali. Aku takkan maafkan!”


“Weh, aku makan coklat tu pun, dah nak habis tau. Alang-alang dah tinggal satu bar je, aku makanlah!”

“Ha itulah kau! Lain kali nak ambil makanan tu, minta izin dulu jangan main rembat je!”

Osman mencebik.

“Eh, dah, dah lah tu! Aku nak pergi balik kampung ni. Korang tolong settle kan hal kat office ni heh. Nanti aku balik, aku uruskan semua.”

“Kenapa kau nak balik kampung? Ada masalah ke?” Tanya Fikri lagi.

“Isteri aku ada kat sana.”

Fikri menatapnya. “Kat kampung? Kitorang tak tahu pun dia ada kat sana.”

“Ayah datang kat hospital tadi dan dia beritahu aku Haniem kat mana.”

“Oh patutlah aku nampak ayah sembunyi-sembunyi semalam angkat telefon. Rupanya daripada Haniem dan dia tak nak kitorang tahu.”

“Itulah kut motif dia.” Balas Adhiyat.

“Tapi bos, pasal Maya macam mana?” Tanya Osman.

“Maya sekarang masih dalam rawatan. Doktor kata.. dia dah tak boleh pulih sebab teruk sangat kecenderungan dia. Awak kawan dia kan? Kalau awak nak melawat dia, pergilah.”

Osman mengangguk dan wajahnya diketahui Fikri.

“Kau pergi ajelah Man. Benda dah lama dah dan aku rasa kau patut lupakan. Darah muda memang macam tu.”

Osman tersenyum nipis. “Tapi saya ada benda nak beritahu bos.”

“Awak ni dari hari tu lagi cakap macam tu. Apa dia?”

Osman masih berkira.

“Encik Osman, ada panggilan.” Seorang pekerja datang memanggilnya.

“Ya.”

Nampaknya tak berpeluang lagi dia nak bercakap dengan Adhiyat tentang apa yang dia nak katakan. Akhirnya Adhiyat mengalah dan turut pergi dari sini.

Kereta dipandu sehingga tiba di halaman kampungnya yang agak tenang. Adhiyat membuka tingkap kereta dengan cermin mata hitam dikenakannya. Dia melihat sekeliling yang sangat cantik sehinggalah akhirnya dia tiba juga di kampung halamannya. Adhiyat keluar dan tak disangka seseorang melanggarnya.

“Sorry bang!” Lelaki muda itu rupanya Haris.

“Haris, buat apa kat sini?”

“Uhmm...”

“Haris, kau cakap baik-baik apa hubungan kau dengan Tipah? Aku ni....” Bob di belakangnya mengejar Haris.

“Wait! Kenapa ni sampai bawa batang penyapu sekali? Bob tak sihat heh?”

Bob menurunkan batang penyapu dia. “T.. tak adalah bang. Abang.. sampai dengan apa?”

“Dengan helikopter.” Jawab Adhiyat selamba.

“Huish.. agak-agak lah bang nak sampai dengan helikopter sekalipun. Saya tahulah abang ni orang kaya. Tapi takkan lah nak ke kampung ni pun naik helikopter.”

“Dah tahu kau tanya kenapa? Naik kereta lah apa lagi.”

Bob mengangguk.

“Apa yang Haris cakap pasal Tipah sampai kau nak marah macam ni?”

“Urhmm.. dia kata dia suka Tipah. Tapi saya ni sukakan Tipah dah lama dah.” Bisik Bob.

Adhiya mengurut kepalanya. “Antara korang, abang tak benarkan sesiapa pun sukakan Tipah. Dia tu adik saudara abang tau dan sekali dia terluka, lima belas kami abang kerat korang biar kerbau makan daging-daging korang tu.”

“Kerbau herbivor lah bang.”

“Kalau macam tu, bagi kat buaya sana.”

“Kampung ni mana ada buaya.”

Adhiyat mengetap. “Menjawab lah kau ni! Dah, sekarang pergi buat aktiviti sendiri. Nak berkawan boleh. Nak bercinta dengan Tipah, abang tak izinkan!”

Bob dan Haris melangkah pergi.

Adhiyat menggeleng kepala melihat mereka. Dia membuka cermin mata hitamnya dan disangkutkan ke baju. Adhiyat melangkah hendak masuk sebelum dia mendengar suara keriangan. Adhiyat ke tepi rumah dan dia kagum melihat Reza cuba berjalan dengan Haniem dan Humairah yang tersenyum senang.

“Reza!” Adhiyat memanggilnya gembira.

Disebabkan teriakan Adhiyat, Reza jatuh.

“Eh, kau tak apa-apa ke?”

Reza mengetap. “Abang ni kacau lah. Dah nak belajar satu step ni dan kenapa pergi terkejutkan Reza?”

“Oh. Sorrylah. Tapi.. macam mana Reza boleh setuju nak buat rawatan ni? Sebelum ni umi ada tanya Reza nak buat ke tak nak rawatan fisiologi. Baru sekarang Reza setuju?”

“Apa salahnya berubah kan?”

Adhiyat mengangguk.

“Keep going Reza!” Kata Haniem.

Adhiyat perlahan-lahan mendekatinya sementara Humairah cuba membantu Reza membaiki kedudukannya degan doktor Faiq.

“Haniem yang tolong Reza?”

“Salah ke Haniem tolong?” Tanya nya.

“Tak. Abang cuma bangga je dengan Haniem.”

Haniem buat tidak tahu.

“Tapi kan, Haniem mesti pakar dalam.. melatih hati abang untuk terus mencintai Haniem.”

“Jangan buat pickupline kat sini boleh? Tak laku abang tahu tak?”

“Yeke tak laku. Selama ni berjujuk juga yang nak dengar perkataan tu keluar daripada mulut abang. Haniem tak nak dengar? Abang nak sebut perkataan ni buat Haniem seorang je.”

Haniem berpaling. “Kenapa abang datang sini?”

“Tak malu lah Haniem ni. Ini rumah Opah abang dan bukannya rumah Opah Haniem sampai abang nak datang pun tak boleh.”

“Haniem tak cakap pun rumah ni rumah Haniem. Cuma Haniem pelik je tengok abang kat sini.”

Adhiyat tersenyum. “Abang datang dari jauh sebab nak jumpa Haniem lah. Abang rindukan Haniem.”

“Dahlah, Haniem pergi dulu.”

Tangan Haniem dipegangnya. “Haniem nak pergi mana?”

“Masuk dalam rumah, siapkan abang air. Abang tak nak air ke?”

“Oh. Abang ingatkan Haniem nak lari dari abang lagi.”

“Haniem letakkan air kat ruang tamu sebab Haniem nak mandi dan solat dulu. Abang pergilah ambil sendiri.” Katanya kemudian beredar pergi.

Adhiyat makin lebar senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience