bab 15

Romance Completed 1369

ADHIYAT tak sangka hanya beberapa jam berlalu, dia fokus dengan kerjanya dan membuat kerja dia dengan tekun dengan mencari idea bagi buku yang dia perlu siapkan itu, Adhiyat akan berangkat pergi ke tadika Haniem dengan senyuman manis. Ya, dia memang nak sangat jumpa dengan Haniem. Bukannya nak meminta duit itu, tetapi dia rasa Haniem berbeza sehingga jantungnya boleh berdegup hanya buat dirinya.

Kereta dipandu sehingga tiba di hadapan tadika. Adhiyat nampak tadika ini kosong. Dia melangkah masuk sebelum dihentikan oleh seorang cikgu yang terkejut melihat dirinya. Adhiyat tersenyum.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Encik ni.. siapa ya?”

“Urhmm.. saya Adhiyat Iman.” Balasnya.

Guru itu seperti mengenali Adhiyat. “Oh, penulis.. buku tu.”

“Mungkin cikgu kenal saya bukan setakat penulis tapi.. syarikat yang hampir bankrup kan?”

Dia diam.

“Saya tak kisah tentang hal tu. Tapi saya datang sini sebab nak jumpa dengan cik Haniem. I meant.. cikgu Haniem. Dia kerja kat sini?”

“Oh ya. Cikgu Haniem guru besar di sini dan ini tadika dia.”

Tak sangka Adhiyat yang Haniem adalah guru besar di tadika ini. “Boleh saya jumpa dengan dia?”

“Urhmm.. cikgu Haniem kata dia tak nak jumpa dengan sesiapa pun hari ni yang tak ada urusan penting dengan dia. Lebih-lebih lagi lelaki katanya.”

“Tapi saya nak jumpa dia sebab ada urusan penting.”

“Maafkan saya. Itu pesanan cikgu Haniem.”

Adhiyat mengeluh.

“Cikgu!” Akhirnya Haniem tiba di tempat mereka. “Kalau.. dengan lelaki ni tak apa. Saya ada urusan dengan dia. Terima kasih sebab ingat pesanan saya.”

“Saya minta maaf cikgu.” Guru itu berlalu pergi.

“Maafkan lah pekerja saya tu. Dia ikut arahan saya dan sebab tu dia tak benarkan awak masuk. Tapi awak jangan ingat saya tak nak bayar awak punya hutang dan sebab tu saya tak benarkan sesiapa jumpa saya.”

“Well, saya hampir fikir macam tu.”

Haniem hanya senyum membalas senyuman Adhiyat. Dia membawa lelaki itu menuju ke pejabatnya.

“Oh, jangan tutup pintu tu!” Halangnya.

“Kenapa pula?”

“Kita kan bukan muhrim dan tak elok kalau orang tengok kita duduk dalam pejabat ni berdua-duaan. Lagipun akan ada orang ketiga bila berdua.”

Sekali lagi Adhiyat kagum dengannya. Adhiyat melangkah ke tempat Haniem kemudian duduk di hadapannya. Dia memandang Haniem yang fokus menulis nilai bayaran nya di cek dia. Dia selesai lalu menghulurkannya kepada Adhiyat. Adhiyat berpura-pura tak melihatnya dengan mengamati sekeliling.

“Tak sangka awak guru besar kat sini. Kalau awak nak tahu, anak saudara saya pun bersekolah kat sini dan saya pernah lah hantar dia sekali dua. Sebab sibuk, saya tak selalu hantar dia.”

“Siapa anak saudara awak?” Tanya nya.

“Liya.”

“Oh, jadi awak ni adik beradik
kepada.. puan Dhiya?”

Sekali lagi Adhiyat terpaku memandangnya. “Awak.. pernah jumpa dengan kakak saya?”

“A’ah.”

“Patutlah dia ada beritahu saya pasal awak. Tak sangka, pilihan dia bagus juga.”

Berkerut kening Haniem tak mengerti menatapnya. “Maksud awak?”

“Lebih baik awak tak tahu cik.”

“Jadi encik....”

Adhiyat menghela nafas berat. “Panggil saya Adhiyat. Saya tak suka lah kalau awak bersikap profesional macam ni. Saya nak awak panggil saya Adhiyat macam... seorang kawan. Kan saya nak berkawan dengan awak.”


“Baiklah. Adhiyat.. ini duit ganti rugi...”

“Dah lama awak buka tadika ni?” Adhiyat memotong pantas.

“Saya buka sebab orang yang beri pada saya. Dia kata saya mampu jaga tadika ni dan sebab tu dia nak saya letakkan tanggungjawab sepenuhnya pada tadika ni.”

“Baik nya orang tu.”

Haniem mengangguk sambil memikirkannya semula. “Dia memang baik. Saya rasa dia lah orang yang paling baik pernah saya jumpa. Dia cerita masalah keluarga dia pada saya dan dia pernah tolong saya dalam keadaan saya tak ada pekerjaan.”

“Dia nampak macam.. special pada awak.”

“Mestilah.”

Hati Adhiyat sedikit hancur. “Awak.. cintakan dia?”

“Apa awak merepek ni? Dia tu lelaki yang dah berkeluarga, berumur dan sekarang.. dia dah jadi arwah. Kenapa saya nak cintakan dia? Hubungan kami hanya pekerja dan majikan saja.”

Dia rasa gembira sedikit. “Awak.. belum berpunya lah ya, cik?”

“Saya tak nak campurkan hal urusan peribadi dengan hal kerja. Ini duit...”

“Cita-cita awak nak jadi cikgu?”

Haniem mengeluh. “Awak datang sini... sebab nak saya bayar ganti rugi atau awak nak kenal dengan saya?”

“Pandai pun awak teka. Saya datang sini sebab nak berkenalan dengan awak. Sejak saya bagi awak kad perniagaan saya, awak langsung tak call saya. Saya tunggu tau awak punya panggilan.”

“Saya tak kenal pun lagi siapa awak. Kita jumpa tiga kali baru dan selama tiga hari berturut-turut. Saya takut kalau awak hanyalah.. persinggahan dan.. stalker.”

Adhiyat ketawa kecil. “Stalker? Saya dah bagi awak kad saya, nombor telefon yang ada kat dalam tu dan alamat syarikat saya. Saya cadangkan awak kalau pergi je.. ke syarikat saya kalau awak tak percayakan saya. Kalau saya stalk awak, saya takkan tahu kat mana rumah awak, kat mana kerja awak, jawatan apa yang awak pegang dan.. semua berkaitan awak. Sebab saya nak berkawan dengan awak, saya cuba kenal awak.”

Hati Haniem berdetak disaat dia menatap wajah kacak milik lelaki tulus ini.

“So, awak nak jadi kawan saya tak Haniem?”

“Kenapa awak nak berkawan dengan saya?”

“Okeylah. Pertama saya rasa awak ni... special. Kedua saya rasa awak cantik dan ketiga saya rasa awak mengagumkan. Saya nak berkawan je dan tak lebih dari tu.”

Haniem memandangnya manis. “Awak tahu.. saya tak pernah dipuji cantik sebelum ni. Kalau awak nak berkawan dengan saya tak apa saya terima. Tapi kalau awak cakap yang awak nak try saya, saya harap awak tak letak harapan tinggi sebab saya bakal dijodohkan dengan seseorang dan begitu juga dengan awak.”

“Perasan juga awak ni kan?”

“Saya tak nak... saya terluka lagi. Awak faham kan apa yang terjadi?”

Adhiyat mengangguk. “Kalau macam tu, saya gembira jumpa awak. Tapi saya kena pergi juga sebab saya pun ada banyak kerja yang nak diuruskan. Terima kasih sebab sudi spend kan masa awak untuk saya.”

“Sama-sama.”

Adhiyat melangkah hendak pergi sebelum Haniem memanggilnya menghentikan langkah dia.

“Ini duit awak.”

“Memandangkan kita dah jadi kawan sekarang, apa kata kalau saya halalkan? Terima kasih sebab nak jadi kawan saya?”

“Tapi 20.. ribu.” Katanya.

“Alah, 20 ribu je dan ia tak bermakna kalau setia kawan tak ada.”

Haniem dan Adhiyat tersenyum pada satu sama lain sebelum Adhiyat melangkah pergi.

Langkah Adhiyat terhenti di luar apabila dia melihat beberapa kanak-kanak bermain di luar. Adhiyat menatapnya buat seketika dan kemudian berlalu pergi dengan senyuman.

Kereta dipandu dengan hati yang sangat gembira. Bersyukur tak terkira apabila permintaannya hendak menjadi seorang kawan diterima Haniem. Adhiyat terus membawa keretanya menuju ke syarikat dia semula untuk membuat kerjanya.

Masuk sahaja ke dalam pejabat dia, Adhiyat terus termenung. Termenung bukan kerana hati yang sakit namun dia termenung kerana hati yang berdegup pantas.

“Ini fail untuk partnership baru kita. Nampaknya sejak kita kata yang kita akan siapkan buku baru dan minta maaf, semua berjalan lancar. Abang Rozi kat luar pun terdiam dah.”

Adhiyat tak membalas ucapan Fikri.

“Weh! Aku cakap dengan kau ni!” Suara ditinggikan mematikan lamunan Adhiyat.

“Hisy, kacau lah kau ni!”

“Kau ni kena sampuk dengan hantu ke? Selalunya bukan main lagi kau nak biarkan kerja kau berlambak macam ni. Ni boleh pula dah termenung kat dalam office ni apahal?”

Adhiyat tersenyum.

“Ha, tengok! Senyum pula dia.” Katanya.

“Kau ni gelabah lah! Aku rasa hati aku gembira sangat. Entah kenapa nampak dia sentiasa ada? Cinta ke?”

Fikri mencebik. “Cinta ke? Tanyalah dia atau confess! Yang kau nak keliru dengan perasaan ni kenapa?”

“Masih awal lagi lah nak fikir ini semua cinta. Aku tak nak ambil langkah yang salah dan sebab tu aku pilih untuk berteman dengan dia. Bila aku yakin dia untuk aku, aku akan berusaha luahkan perasaan kat dia. Kalau aku confess sekarang, aku tak rasa dia akan suka aku sebab dia panggil aku stalker.”

“Memang kau nampak stalker pun! Kalau dah macam ni lah gayanya.” Balas dia.

Adhiyat yang sakit hati melempar pen ke arahnya. “Tak kisahlah. Yang penting aku dah tahu dia tu siapa, pekerjaan dia apa dan... apa masalah dia. Sekarang lebih baik jadi kawan dia dan tawakal dengan ketentuan Allah. Semoga Allah jodohkan kami berdua kalau dia untuk aku.”

“Bermimpi lah Adhiyat! Aku letakkan fail kat sini dan kau sign kan. Lepastu jangan lupa siapkan laporan kau tu. Nanti aku semakkan.

Dia keluar dari bilik Adhiyat yang masih termenung jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience