HANIEM berjalan di sepanjang deretan kedai bagi memenuhi masa lapangnya yang kosong itu. Pelik juga Haniem apabila Qila sekali lagi menolak untyuk bertemu dengannya. Haniem seperti rasa yang mungkin dia ada buat masalah yang Qila tak suka. Adakah cara Haniem menegur Qila yang melayani ibu bapa pelajar dengan buruk? Jika itu masalahnya, Haniem mungkin lebih sedih sebab Qila ialah kawan dan guru yang bagus di tadika nya.
Tiba di kedai buku kegemarannya, Story Star Book, dia terus masuk ke dalam menuju ke beberapa rak buku yang semuanya sudah dia beli dan ada stok buku baru. Haniem mengambil novel cinta kemudian membaca sipnosis di belakangnya. Kelihatan cerita ni mungkin boleh jadi sedap dibaca. Anak mata dia terarah ke arah dua pekerja yang sedang berbual sambil mengemaskan satu buku.
“Apa jadi kat buku ni?” Tanya wanita berambut merah jambu itu.
“Dengar daripada manager, buku ni ada tulisan buruk kat belakang. Semua kedai buku tak nak jualkan buku ni dan.. tuan Ad pun ada masalah yang besar dah sekarang ni.”
Wanita itu menarik nafas tak percaya. “Seriously? Tapi bukan ke tuan Ad tu pandai dalam pengurusan syarikat. Takkan lah hal buku sekecil ni dia tak boleh baiki lagi?”
“Tuan Ad memang pandai bab kerja. Tapi takkan lah dia expert juga tentang selesaikan hal yang macam ni. Tapi kan, kawan aku kata buku ni bagus juga. Tuan Ad sendiri yang tulis buku ni.”
“Sayangnya buku dia kena simpan. Nanti mesti berhabuk.”
Wanita yang di hadapan wanita rambut merah jambu itu mengangguk.
“Bercakap pasal buku ni, bukan tuan Ad tak pernah tulis buku ke sebelum ni?”
“A’ah. Orang kata ni buku pertama dia terbitkan dan dia tulis sendiri. Sayangnya tak berjaya. Tapi dia tu.. bukannya pandai sangat jual buku kan? Dulu masa Datuk Azlan ambil alih syarikat Story Star, rasanya tak ada langsung masalah. Datuk Azlan pun tulis banyak buku. Bila anak dia ambil alih, terus hampir bankrup bussines dia hanya sebab satu buku ni.”
Wanita berambut merah jambu itu mengiakan. “Kesiannya dia. Dahlah handsome, jatuh pula tu dan.. aku gerenti kedai dia takkan berjaya juga. Mungkin syarikat dia akan lingkup kalau ramai yang putuskan kontrak dengan syarikat dia.”
“Betul.”
Perbualan mereka buatkan Haniem rasa kesian kepada ‘tuan Ad’ yang dikatakan itu. Baru pertama kali menulis buku, bukunya sudah tak laku. Namun mengapa dia kena simpan semua buku-buku itu? Adakah buku ini terlalu tak sedap nak dibaca? Haniem mendekati mereka berdua.
“Maafkan saya.”
Dua wanita itu bangun sambil menyapa Haniem dengan senyuman. Keramahan perlu diterapkan bagi pekerja di sini mengekalkan perilaku mereka kepada pelanggan.
“Boleh saya bantu?” Tanya wanita berambut merah jambu itu.
“Urhmm... buku ni.. dah tak dijual lagi ke?”
Dia memandang ke kotak dan mengerling kawannya sebelum menatap Haniem. “Maaflah cik. Buku ni.. memang tak akan diterbitkan lagi sebab ada masalah sikit. Kami diarahkan oleh manager kami untuk.. kemas semua buku-buku ni.”
“Boleh saya tahu.. apa yang dah jadi?”
“Katanya, kat belakang buku ada kata-kata kurang ajar sampai bos syarikat kami putuskan untuk.. tak jual lagi buku ni.”
Haniem memandang ke kotak. “Ini.. karya pertama dia?”
“Macam tu lah.”
Memang kasihan.
“Cik boleh... pilih buku lain.” Kata wanita itu lagi.
“Hmm... kalau saya nak beli satu boleh?”
“Oh, kami tak berani jual cik sebab... sebab kami pekerja je dan bukannya manager kat sini.”
“Kalau macam tu, panggilkan manager awak dan biar saya pujuk dia supaya jualkan buku tu untuk saya satu je. Saya teringin nak baca dan saya tak kisah tentang tulisan kat belakang tu.” Balas Haniem dengan senyuman manis yang sangat tulus jika dilihat.
Wanita rambut merah jambu itu melihat ke arah kawannya dan dia seperti meminta kawannya membantu dia.
“Maafkan saya, apa dah jadi ni? Kenapa korang berdua tak kemas lagi buku-buku ni?” Wanita yang agak tua umurnya menyapa pekerja dia.
“Uhrmm..cik ni puan. Katanya dia nak beli buku yang nak disimpan ni.”
Wanita yang bernama Elly itu memandang Haniem. “Cik, maafkan kami. Buku ni dah tak dijual lagi dan kalau kami jualkan pada cik, kami yakin yang cik takkan suka dan akan buat report macam.. pelanggan lainnya. Kami kalau boleh tak nak.. serabutkan kepala tuan Ad lagi. Dia dah... hadapi banyak masalah.”
“Saya tahu. Tapi ini karya pertama dia dan.. saya rasa nak baca.. buku ni. Mungkin buku ni sampaikan mesej penting, story yang bagus walaupun kat belakang dia ada kata-kata yang tak bagus. Tak ada manusia yang selalu betul dalam dunia ni.”
Elly menatap Haniem yang tulus ini lama dan akhirnya dia tersenyum. “Saya harap.. cik tak rasa menyesal lepas baca. Saya ni.. support bos saya dan dia tu baik sangat. Buku yang dia pertama kali terbit dan dia rasa yakin ni, memang bagus. Saya dah baca dan tengok sendiri buku ni banyak mesej yang disampaikan. Cuma, ada yang sabotage dia je.”
Haniem sekali lagi kesian dengan cerita itu.
“Kalau cik nak juga, saya bagi free sebab saya bersyukur sangat masih ada yang nak baca buku ni walaupun dah tahu pengakhiran dia ada kata yang buruk. Cik boleh ambil secara percuma dan datanglah lagi ke kedai ni. Saya pun tak lupa muka cik yang selalu datang sini kan?”
Haniem tersenyum. “Terima kasih. Tapi saya lebih suka kalau saya beli buku ni. Harganya, 32 ringgit je kan?”
“Eh tak apa cik! Untuk cik, saya beri percuma. Kalau tuan Ad tahu ni pun, dia akan suruh saya bagi percuma kat cik. Bacalah dan nikmatinya.”
Buku yang dihulurkan Elly terus diambil Haniem. Dia tersenyum. Setelah selesai, Haniem keluar dari kedai buku dan rasa bangga buat seketika dengan layanan para pekerja di sini. Telefon bimbit Haniem berdering kemudiannya yang buatkan dia mengangkatnya tetapi dimatikan secara tiba-tiba. Panggilan telefon yang dia tak kenal itu buatkan Haniem curiga nak menelefon semula. Dia kembali letakkan telefon itu ke dalam beg tangan dia.
Haniem berjalan di sepanjang dereta kedai menuju ke tempat dia meletakkan keretanya. Setelah dia membuka pintu, pintu kereta dia ditutup oleh seorang lelaki yang memakai baju terbuka sedikit dan senyuman menggoda nya dihalakan ke arah Haniem.
“Huzair?”
“Hai, Haniem! Tak sangka.. awak masih ingat saya dan saya seronok sangat.” Balasnya.
“Saya minta awak.. jauhkan diri awak daripada saya. Tolong alihkan tangan awak daripada kereta saya.”
Huzair kelihatan kesal dan terus melepaskan tangannya. “Boleh saya bercakap.. dengan awak sekejap Haniem?”
“Saya minta maaf. Saya busy sikit.”
“Haniem, tolong beri saya peluang untuk.. bercakap dengan Haniem sekejap.”
Haniem mengeluh.
“Saya ada.. sesuatu yang nak beritahu pada awak yang selama ni saya tak boleh beritahu. Saya mohon Haniem... untuk awak beri saya masa sekejap je dan saya.. nak bercakap dengan awak.”
“Awak nak bercakap apa? Tentang apa yang saya nampak malam tu? Semuanya khayalan yang awak cipta? Awak tahu, saya tunggu awak dan saya harap awak boleh datang macam apa yang awak janjikan. Bukannya selepas 4 tahun benda tu terjadi, awak munculkan diri lagi. Saya tak nak... bersuami kan lelaki macam awak.”
Huzair jelas nampak kesedihan di wajah Haniem. “Haniem, saya tak berniat nak lukakan hati awak. Saya tahu awak akan marahkan saya dan saya mohon pada awak untuk dengar apa yang saya nak cakap.”
“Awak tahu, masa saya kenal awak dulu, awak nak saya beri awak masa untuk kenalkan diri awak. Saya beri awak masa Huzair dan awak buat saya... jatuh cinta dengan perbuatan awak. Tapi at the end, awak beri saya harapan palsu yang saya nantikan.”
“Saya tak beri harapan palsu Haniem. Saya memang berniat nak jadikan awak isteri saya dengan jumpa ibu dan ayah awak. Tapi saya...”
Haniem penat. “Tapi awak.. ubah fikiran. Saya tahu awak tersuka dengan adik saya Huzair. Awak buta dengan kecantikan dan saya tahu saya tak cantik macam adik saya. Awak akan jadikan saya pilihan terakhir. Awak tahu.. betapa peritnya percaya kan lelaki macam awak yang akhirnya tinggalkan saya tanpa sebarang alasan.”
“Haniem maafkan saya. Saya tak tergoda dengan Hanis. Saya cuma.. cuma rasa saya tak layak untuk awak. Saya tak bekerja waktu tu dan saya masih muda. Apa yang saya fikir, saya nak bekerjaya untuk bahagiakan awak.”
“Saya tak pedulikan harta Huzair. Saya berharap awak boleh berusaha tanpa bergantung pada saya. Tapi kalau saya nak ambil duit awak, saya ada duit yang cukup dan saya tak perlukan duit awak. Tolonglah faham yang awak bukannya masih fikirkan kerjaya awak. Awak rasa diri awak lebih hebat lepas awak tengok Hanis. Awak rasa.. lelaki yang kacak macam awak tak perlukan perempuan macam saya sebab awak ada daya tarikan dan akan buat semua wanita tergoda dengannya.”
Huzair menggeleng. “Tak, saya tak fikir diri saya hebat. Saya perlukan impian saya Haniem dan sebab tu saya terpaksa tinggalkan awak. Percayalah, saya tak sanggup buat semua tu. Takdir mengubah arah hidup saya.”
“Awak yang berpaling dari kebenaran. Allah kelirukan sedikit aje untuk tengok ikhlas ke cinta awak pada saya. Ternyata cinta awak basi. Awak tak pedulikannya dan awak berpaling. Awak boleh buat alasan yang ini semua takdir.”
Huzair mendekati Haniem dan cuba nak menyentuhnya sebelum Haniem menepis menggunakan beg silangnya.
“Jangan sentuh saya! Tolong.. beri saya pergi dan jangan.. tunjukkan muka awak depan saya lagi.” Balasnya kemudian dia membuka pintu keretanya.
Haniem membawa kereta dia beredar pergi dari perkarangan tempat letak kereta ini. Hatinya seribu kali sakit melihat senyuman lelaki itu walaupun ianya pernah menggoda dia. Lelaki yang meninggalkannya di malam dia berjanji akan sehidup semati dengan Haniem. Lelaki yang memberi dia harapan palsu sehingga dia tenggelam dengan lautan cinta. Akhirnya dia hanyut tanpa diselamatkan lagi.
Kereta dipandu sehingga ke hadapan bangunan pusat membeli-belah. Haniem meletakkan keretanya di tempat letak kereta kemudian dia pun menyandarkan kepalanya di kusyen. Dia membuka telefon bimbitnya di mana ada gambar keluarga dia. Haniem takkan pernah salahkan Hanis dalam hal ni sebab Hanis tak tahu apa-apa. Haniem yakin yang jika Hanis tahu, dia pasti akan marahkan Huzair kerana berpaling dari Haniem.
Namun tidak disangka, anak mata Haniem menangkap pasangan di hadapannya. Lelaki itu memegang pergelangan tangan si wanita yang Haniem benar-benar kenal. Anak mata mereka bertaut antara satu sama lain dan Haniem nampak betapa satunya dia. Tetapi belum sempat dia nak pergi menyapa, kereta si lelaki keluar dari tempat letak kereta.
“Qila?” Pelik Haniem. Dengan siapa pula Qila berjalan dan mengapa dia nampak sedih.
Share this novel