ADHIYAT selesai bersut lalu dia turun ke tingkat bawahnya. Tak disangka dia melihat Mikael di meja sedang bersarapan sendirian. Adhiyat mendekatinya lalu duduk di hadapan Mikael. Sambil berbual, dia mencapai roti dan menyapukan jem ke atasnya.
“Abang ingat Mika balik semalam.”
“Oh. Memang Mika nak balik semalam. Maklong kata dia nak Mika stay sini sebab dah malam kan? Abang tu awal sangat masuk tidur kenapa?”
Adhiyat mengunyah rotinya lalu tersenyum. “Abang memang selalu tidur awal. Nama pun penat kerja Mika.”
“Tulah. Kalau ada isteri kan, boleh lah dia urutkan bahu abang ke, buat abang air ke ataupun berseronok dengan abang. Tapi abang memilih sangat Maklong cakap.”
“Hisy! Abang bukannya memilih. Abang cuma nak cari perempuan yang... faham perasaan abang, sayang abang dan berkorban semuanya demi abang. Cuma, abang tak jumpa lagi lah perempuan yang macam tu.”
“Bukannya tak jumpa. Abang yang tak nampak. Banyak je perempuan yang sukakan abang tapi abang.. persiakan. Cinta ni kenalah berusaha untuk mencarinya.” Balas dia.
“Pandai pula kau bercakap! Yang kau kenapa tak kahwin lagi? Bukan umur macam Mika ni dah kena fikir pasal jodoh ke?”
“Kenapa Mika pula. Literally sekarang abang tu yang dah semakin berumur dan abang kenalah cari pasangan.”
Adhiyat tak bersuara malah terus menikmati makanannya. Setelah lama kemudian, Mikael teringat akan tujuannya.
“Actually, Mika nak.. bincang something dengan abang. Semalam Mika ingat nak borak dengan abang tapi.. Mika tak sanggup lah pula nak biarkan abang Am, PakLong duduk kat depan TV sedangkan diorang nak Mika ada sekali. So, Mika nak cakap dengan abang sikitlah hari ni.”
Berkerut kening Adhiyat apabila dia nampak Mikael seperti serius.
“Sebenarnya, Mika start syarikat dekat New York dan abang ataupun Maya belum tahu lagi hal ni. Mika tak nak beritahu diorang. Mika pun tak lama kat Malaysia ni sebab Mika nak kena settle kan kerja kat sini. By the way, Mika nak abang tolong Mika.. recruit seorang pekerja ni yang... agak bermasalah dan Mika nak dia dapat motivasi daripada syarikat abang. Dia dari syarikat clients Mika.”
Adhiyat mengeluh. “Bukannya abang tak nak terima Mika. Syarikat... abang sekarang ada masalah sikit dan abang tak beritahu baba ataupun umi tentang masalah ni sebab abang tak nak... diorang risau.”
“Masalah? Masalah apa bang?”
Adhiyat berfikir buat seketika adakah dia nak beritahu Mikael tentang masalah syarikatnya ataupun diam kan diri. Namun Adhiyat tak sanggul terus terasa jatuh apabila dia menyimpannya di dalam hati.
“Ada orang sabotaj abang punya office dengan buku yang abang tulis tapi abang tak izinkan lagi buku tu diterbitkan. Dia buat buku tu dengan salin semula lepastu terbitkan tanpa pengetahuan abang. Ramai clients, partnership tak nak... bekerjasama dengan abang lagi.”
Mikael kesian melihat Adhiyat. “Well, Mika nak abang.. bagi motivasi je. Dengarnya Maya pun tengah buat buku dan dia ada banyak masalah. Mika tak boleh tolong diorang sebab... Mika tak buka syarikat buku. Sebab tu Mika nak abang tolong.”
“Kalau adik beradik atau anak beranak, abang boleh tolong. Tapi kalau kau nak orang luar, abang tak rasa dia akan bawa keuntungan pada syarikat abang dengan keadaan sekarang.”
Mikael mengeluh. “Nampaknya.. Mika terpaksalah tanya abang Maz dulu. By the way, syarikat abang.. macam mana sekarang?”
“Abang nak kena jumpa orang. Masalahnya dia cuti beberapa hari ni sebab uruskan hal cucu dia.”
“Abang nak Mika tolong ke?”
“Tak payahlah. Abang... boleh handle sendiri dan Mika.. fokus pada kerja Mika ke. Nak buat syarikat ni bukan mudah dan kita kena ada pengalaman.”
Mikael tersenyum lalu mengangguk.
Selepas habis menikmati sarapannya, Adhiyat berangkat ke tempat kerja. Dia sempat bersalaman dengan Datin Haliza dan Datuk Azlan yang baru turun hendak bersarapan. Adhiyat memandu keretanya berfikir nak ke tempat kerja sebelum dia terasa kepalanya masih lagi tertekan memikirkan tentang kerja. Adhiyat terus menuju ke kedai buku milik dia.
Tiba di sana dan selesai meletakkan kereta, Adhiyat masuk ke dalam kedai buku.
“Morning kak Elly!”
“Morning tuan. Kenapa datang.. awal sangat ni? Tuan tak kerja ke?”
Adhiyat merehatkan siku dia ke atas meja kaunter kemudian mengusap dahinya. “Kerja. Ingat tak nak masuk kerja lagi tapi nak.. baca buku kat sini sikit. You know, kerja ni... memenatkan!”
“Macamlah tak biasa. Bukan ke tuan Ad selalu je bekerja dan sekarang dah rasa penat bila bekerja.”
“Bukannya macam tu maksud saya. Akak tahu saya memang suka kerja. Tapi saya tak suka kalau kerja yang saya buat.. ada masalah. Masalah yang... saya tak... tak expect ia akan terjadi.”
Elly memahaminya.
“Mungkin betul apa yang arwah tok aki saya pernah cakap. Saya ni lemah, tak macam abang Maz. Tapi saya tak faham kenapa dia masih ambil kisah pasal diri saya kalau dia tahu saya ni takkan dapat banggakan dia dengan jadi lelaki sejati macam abang Maz.”
“Mungkin, arwah fikir dia masih boleh ubah tuan Ad. Walaupun lelaki tu dinamakan seorang lelaki, tapi itu tak bermaksud dia akan jadi keras selama-lamanya dan lembut selama-lamanya. Hanya Allah je tahu perubahan manusia dan kita kena terima apa adanya.” Pujuk Elly.
Adhiyat tersenyum nipis. “Betul. Walaupun tok aki saya cakap yang bukan-bukan pasal saya, saya tak kisah. Saya ada keluarga yang saya akan buktikan saya boleh.. jadi lelaki sejati. Tok aki saya.. akan faham suatu hari nanti.”
Elly mengangguk.
Hatinya tenang sedikit setelah dia meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya kepada Elly wanita yang memahaminya sebagai seorang adik. Adhiyat berpaling dengan menyandarkan belakang badannya ke kaunter, menghadap pelanggan yang masuk lalu mencari buku kegemaran mereka. Tak disangka, anak mata dia terpaku ke seorang pelanggan dalam kumpulan yang lain berada di rak ke empat sambil meneliti buku di tangannya.
“Actually, saya nak beritahu tuan yang.. buku tuan tu masih ada lagi yang beli dan.. cik tu lah orangnya.” Ujar Elly yang tahu anak mata Adhiyat terpaku ke arahnya.
“Dia beli? Dia tak cakap apa-apa pasal perkataan kat belakang tu?”
“Dia langsung tak kisah dan dia cakap dia tetap nak baca. So saya bagi dia free dan saya... harap tuan tak marahkan saya.”
Adhiyat senyum. “Tak mungkin.. saya marahkan akak. Terima kasih dan.. tunggu sekejap.” Adhiyat melangkah pergi dengan Elly tersenyum ke arahnya.
Tiba di tempat wanita itu, Adhiyat mengenalinya.
“Hai,”
“Assalamualaikum.” Jawabnya.
Hampir nak masukkan wajah dia kat dalam rak-rak buku di sini saja. “M.. maaf. Waalaikumusalam. Saya Adhiyat Iman and.. saya rasa kita pernah jumpa.”
Dia melihat wajah Adhiyat dan tersenyum. “Saya Haniem. Ya, kita jumpa dekat.. library hari tu kan?”
“Ya! So, cik... buat apa kat sini?”
Haniem memandangnya sambil mengangkat buku di tangannya.
“Yes, of course... cik cari buku kan?”
“Ya. Urhmm... saya pergi bayar dulu lah.” Haniem hendak melangkah namun dihalang Adhiyat. “Excuse me?”
“S... sebenarnya saya.. tuan kedai ni dan saya dapat tahu daripada pekerja saya yang... cik beli buku saya yang dah nak kena simpan tu.”
“Oh. Jadi encik penulisnya?”
Adhiyat mengangguk. “Saya tak sangka.. walaupun buku tu dah.. dah tak laku, masih ada lagi yang nak beli. Saya gembira sangat cik tak kisah tentang... perkataan kat belakang tu.”
“Saya tak baca pun lagi bab belakang dan walau macam manapun, saya tak suka baca buku sekerat bab. Saya akan baca dan akan... tahan perasaan kalau saya nampak perkataan tu. Cuma saya... tak tahu kenapa encik tulis perkataan tu.”
“Eh! Saya tak pernah tulis perkataan yang macam tu. Umi saya kata saya kena jaga bahasa sebab bahasa tu jiwa bangsa.”
Haniem tersenyum melihat dia gelabah.
“Uhrmm... cik suka dengan buku saya?” Tanya nya.
“Saya suka buku yang... ceritakan tentang sebuah pengalaman, kisah diorang sendiri yang penuh liku dan kisah cinta. Saya dapat inspirasi untuk jadi setiap watak dengan tabahkan diri saya menerima ujian Allah. Jadi buku encik ni beri banyak inspirasi dan saya tak rasa perkataan tu menjejaskan jalan cerita tu sendiri.”
“Kan?! Tapi pandangan manusia sekarang lain lah cik. Diorang.. suka judge sesuatu yang masih baru.” Adunya.
Haniem menatapnya dalam sehingga buat Adhiyat jatuh suka dengan tatapan manisnya. Melihat Adhiyat tersenyum, Haniem turut merasakan degupan jantung. Dia berdeham melarikan pandangannya.
“Apa-apa pun, betul ke ni karya pertama encik?”
Adhiyat memandangnya.
“Saya rasa... dalam 10 atau 11 tahun yang lepas, saya ada buka satu website yang tulis hampir sama dengan bab pertama encik tulis. Kat bab-bab lain, semuanya lain dan saya lebih suka tentang pengalaman mencari kasih sayang yang buku tu ceritakan. Tajuk dia, “hati mencari pengalaman” dan saya... tertanya-tanya, buku ni sama ke dengan buku tu.”
Adhiyat terpegun dan dia nampak seronok. “Cik... cik buka website tu?!”
Haniem mengangguk.
“Wow!”
Suara Adhiyat yang lantang menarik perhatian semua di dalam kedai ini. Dia meminta maaf kemudian berpaling memandang Haniem semula.
“Cik tahu tak, saya dah lama buat website tu dengan cuba sedaya upaya saya. Tapi tak ada orang pun yang buka website tu selama 9 tahun saya berkarya dalam buku tu. Sampai satu tahap, saya.. saya putus asa dan sampai sekarang saya tak buka website tu. Kakak saya cakap, tak ada orang pun tengok website saya. Tapi cik... cik tengok website saya.. bila?”
“11 tahun yang lepas mungkin.” Balasnya.
“Terima kasih sebab jadi pembaca pertama saya untuk buku tu. Sebenarnya memang bab pertama buku tu sama dengan buku ni. Tapi yang belakang lain sebab saya ambil kisah inspirasi orang masukkan dalam buku saya.”
“Tapi saya lebih suka dengan pengalaman encik yang... nak dapatkan kasih sayang tok aki sampai encik jadi... lelaki sejati untuk dia tapi encik mengalah sebab encik nak jadi... diri encik sendiri. Itu buat saya fikir yang manusia ada keputusan diorang sendiri.” Ujar Haniem lagi.
Adhiyat mengangguk. “Tak sangka.. cik faham cerita saya. Cik suka.. membaca?”
“Suka.”
“Jadi cik rasa.. buku saya sekarang ni tak bagus berbanding yang dulu?”
“Eh, tak! Saya tak fikir pun macam tu.”
Adhiyat tersenyum melihat dia gelabah.
“Maksud saya, saya... suka cerita sebenar dan bukannya pengalaman orang lain. Saya pun kalau boleh nak buat cerita banyak tentang.. inspirasi diri saya. Pengalaman dalam.. hidup saya yang perit.”
Dia menatap Haniem lama. “Cik ada.. masalah ke?”
Haniem menggeleng.
“Obvious yang... cik takkan ceritakan pada saya. Tapi, saya ni pendengar setia tau dan saya rasa.. masalah cik mungkin saya boleh bantu sebab cik baru je beri saya satu idea. Idea untuk... untuk berjaya.”
Mata mereka bertatapan buat seketika sehingga Haniem tak mampu. Dia terus berjalan pergi sebelum langkahnya dihentikan Adhiyat lagi.
“Ini kad saya. Ada nombor telefon, alamat office. Kalau cik sudi nak berkawan dengan saya dan nak... tengok karya pekerja-pekerja saya, cik boleh contact saya.” Dia menghulurkan kad perniagaannya.
“Tapi saya... tak perlukannya. Saya boleh beli buku.”
“Kalau beli, cik kena simpan buku tu dan bila dah habis baca buku tu pun tak diingatkan lagi. Jadi saya nak bagi cik salinan manuskrip sebuah karya.”
Haniem mengeluh. “Encik tak boleh buat semua tu. Kalau encik berikan pada saya, tak jadilah cerita tu. Saya lebih suka beli dan simpan lepastu boleh dermakan kat mana-mana balairaya yang sudi nak ambil.”
Makin Adhiyat suka dengan perwatakannya yang merendah diri. “Saya nak berkawan je kalau macam tu. Terima kasih sebab beri saya idea untuk terus berjaya dalam bidang yang saya capai sekarang. Saya hargainya.”
Adhiyat melangkah pergi meninggalkan Haniem dengan senyuman. Dia berlari keluar dari kedai dan terus memandu kereta dia pulang ke syarikat. Haniem melihatnya lalu tersenyum nipis.
Tiba sahaja di syarikat, Adhiyat menemui Fikri.
“Kau ni kenapa? Baru lepas kena kejar dengan hantu ke?”
“Hisy, mana pula hantu! Aku nak.. cakap sikit dengan kau kat bawah. Terlalu banyak kemungkinan kalau kita cakap kat sini. Cepat!” Adhiyat kembali turun ke lobi bawah dengan Fikri.
Di bawah, mereka duduk di tempat menunggu di ruang lobi.
“Kau nak cakap apa?”
“Dulu kau ingat tak.. masa zaman belajar dulu yang aku pernah tulis buku kat website?”
Fikri cuba mengingatnya lalu dia mengangguk.
“Ada orang bacalah! That is the first time.” Ujarnya dengan gembira.
“Serius lah? Habis, kau jumpa dia lah ni?”
Adhiyat mengangguk. “She’s great. Dia baik sangat dan dia cakap dia lebih suka kalau aku beri cerita tentang pengalaman aku dan beri orang ramai inpirasi. Dia lebih suka yang lama dan aku rasa.. mungkin kita boleh ubah bab depan dan publish kan.”
“Jadi kau nak ambil manuskrip tu?”
“Of course! Aku tak sangka yang ada orang sudi baca. So that’s why aku nak kau buat kerja secara diam-diam dan aku akan siapkannya tak lama lagi. I’ve got a lot of idea.”
“Baguslah!”
Adhiyat mengangguk sambil memeluk bahu Fikri.
Fikri nampak Adhiyat gembira dan dia tumpang gembira. Kawannya ini sudah gagal terbitkan buku pertama dia dan dia akan banyu Adhiyat terbitkan yang keduanya pula. Dia tahu yang Adhiyat menyukainya. Semoga Allah permudahkan urusan Adhiyat Iman.
Share this novel