HANIEM bangun pada pagi itu dengan badan yang sedikit sakit. Mungkin juga dia kepenatan. Dia melihat ke sebelah kanannya yang tiada sesiapa dan dia sedar di mana dia berada. Haniem mencapai telefon bimbit dia dan dia tidak dapat apa-apa notifikasi daripada Adhiyat melainkan group whatsapp. Haniem mengeluh berat. Dia bangun kemudian membersihkan dirinya untuk solat subuh.
Selesai menunaikan solat, Haniem turun ke tingkat bawah. Nampaknya Qila belum lagi bangun. Haniem menyiapkan sarapan untuknya lalu dihidangkan ke atas meja apabila siap. Tak lama selepas itu, Qila turun dengan sudah bersiap berpakaian hendak ke tempat kerja.
“Wah! Rindunya aku zaman-zaman yang macam ni dengan kau.”
Haniem tersenyum. “Dah, duduklah makan.”
Qila duduk di hadapan Haniem lalu dia mengaut nasi goreng buatan Haniem yang dirinduinya.
“Lepas kerja kita terus pergilah rumah parents aku. Kalau kau nak singgah mana-mana, kita pergilah. Lagipun esok aku dah nak kena balik rumah awal pagi. Ada lagi kerja yang aku tak buat kat rumah tu.”
“Boleh. Tapi susahnya jadi suri rumah macam kau. Kau tak penat ke kerja lagi, jadi suri rumah lagi?”
Haniem senyum. “Penat tu memang penat. Tapi kalau aku tak kerja, macam mana dengan tadika tu. Siapa yang nak jaga tadika tu?”
“Betul juga kan? Selama ni tadika tu berjasa banyak pada kau dan arwah tok aki pun letakkan kepercayaan penuh pada kau lepas dia nampak kau bersungguh-sungguh nak bekerja.”
“Aku bersyukur Qila. Tapi harta tu bukan harta aku dan aku nak.. serahkannya pada keluarga dia. Cuma aku tak kenal keluarga arwah dan aku tak pernah jumpa dengan diorang. Aku rasa... putus asa kalau nak jumpa pun. Peguam yang aku minta jelaskan nya pun tak nak beritahu sebab wasiat arwah.”
Qila turut mengeluh. “Mungkin, kau ditakdirkan untuk dapat harta dia tak? Kau terima ajelah.”
“Tak tenang hidup aku terima harta orang yang bukan darah daging aku sendiri walaupun dia cakap dia anggap aku darah daging dia.”
“Alah, apa salahnya kalau kau.. anggap benda tu juga? Mungkin tok aki betul-betul nak kau anggap dia sebagai darah daging kau?”
“Kau takkan fahamlah Qila. Now cepat makan dan kita boleh pergi kerja cepat sikit.” Balasnya.
“Yelah. Tapi suami kau.. masih tak call kau lagi?”
“Awal lagi kut. Baru pukul berapa kalau dia nak telefon. Entah-entah dia belum bangun lagi.”
Qila hanya mengangguk tenang.
Haniem dan Qila menghabiskan sarapan mereka lalu ditinggalkan ke singki apabila Qila yang minta. Mereka berdua keluar dari rumah menuju ke tadika.
Tiba sahaja di sana, Haniem dan Qila bersama-sama masuk ke dalam bilik pejabat mereka. Di sana, mereka sibuk dengan kerja masing-masing tanpa berkutik. Haniem juga keluar masuk pejabat menuju ke kelas dan sesekali keluar bertemu dengan pegawai KPM yang lainnya selain Encik Hasnul yang sibuk pada hari ini.
Menjelang ke tengahari, dia dan Qila makan bersama-sama. Haniem melupakan tentang Adhiyat buat seketika apabila dia cuba menghubungi suaminya namun tidak dibalas apa-apa pun. Haniem pun dah putus asa juga. Dia melupakan masalahnya apabila bergelak ketawa dengan Qila.
Masuk ke pejabat, mereka berehat buat seketika.
“Oh ya, aku dah lama tak dengar pasal Mikael. Kau tak tahu apa-apa ke?”
“Aku pun pelik. Sejak majlis kahwin kau, aku dah tak nampak dia dah. Aku dengar daripada kakak Adhiyat, dia dah balik New York. Masalahnya dia pernah beritahu yang dia takkan balik New York selagi kerja dia tak settle kat sini.”
Haniem juga masih ingat. “Kau tak try call dia?”
“Agak-agak lah kau! Aku baru je kenal dia dan takkan lah aku nak minta nombor telefon dia terus. Lagipun kalau dia nak suruh aku masak apa-apa, dia panggil je aku kat rumah aku.”
“Kau tak rindu dia?” Usik Haniem.
“Ewww... tak ada masa lah! Aku selalu fikir tau yang dia ni macam abang dia. Tak nak lah aku suka dekat orang yang darah sama.”
“Apa salahnya. Yang buruknya abang dia dan bukannya dia.”
“Kau kena lah fikir Haniem. Kalau aku terima dia, abang dia akan pastikan hubungan kami retak tau. Mazlan tu lelaki yang paling teruk pernah aku jumpa. Kebencian aku pada dia dan adik beradik dia, tersimpan dalam hati ni.”
Haniem mengeluh. “Bagi aku, Mazlan je yang tak kena. Kalau Mika dengan Maya, dua-dua nampak boleh get along.”
“Kau tak kenal lagi Maya tu macam mana dan kau bolehlah nak judge dia.”
“Kalau macam tu, kau pun sama. Kau tak kenal lagi siapa Mikael tapi kau judge dia dengan darah daging dia. Manusia tak diciptakan untuk jadi sama macam orang lain. Even kembar identical tu kadang-kadang tak... betul-betul serasi. Ada je pendapat yang berbeza.”
“Tak nak lah! Apa-apa pun, aku pun tengah pening sekarang ni.”
Berkerut kening Haniem. “Kenapa kau pening?”
“Mak aku call minggu lepas dan dia masih lagi bercakap pasal pembantu bapak aku kat kampung sana yang dia nak jodohkan dengan aku.”
“Baguslah.” Gembira Haniem.
“Tak bagus lah! Masalahnya aku tak kenal langsung dengan pembantu bapak aku tu. Bapak aku pula, suka hati dia je pergi terima nak recruit mamat tu. Dia tuduh aku lagi cakap aku ni pembuli zaman sekolah dulu.”
Haniem ketawa. “Mungkin kau ada buli budak-budak kat sekolah dulu sampai dia tuntut dendam nak kahwin dengan kau.”
“Banyak lah! Aku ni pelajar baik kat sekolah dulu. Mana ada aku buli budak.”
“Habis, kau dah beritahu mak kau yang kau tak setuju.”
Qila nampak kecewa. “Dah. Mak aku nak aku kenal dia dan aku ada masa tiga bulan. Sekarang dah tinggal dua bulan untuk aku beritahu jawapan aku antara setuju nak kahwin dengan dia ataupun tak.”
“Dua bulan? Kau nak buat apa? Kau tak jumpa lagi dia dan takkan lah nak setuju macam tu je.”
“Tulah. Mak aku cakap, dia dah kenal aku dan dia tunjukkan bukti kalau dia memang kenal aku. Cuma aku tak kenal pun siapa dia dan mak aku tetap nak aku fikirkan jawapannya lepastu dia akan ke KL nanti jumpa aku.”
Haniem tersenyum menatapnya. “Aku pun macam kau masa aku tak tahu nak pilih Adhiyat ataupun nak label dia sebagai lelaki yang macam Huzair. Allah beri aku peluang dengan tunjukkan aku keagungan dia. Solat istikharah jawapan yang aku dapat. Adhiyat di hari pernikahan memang sama dengan lelaki dalam mimpi aku.”
Qila menatap Haniem.
“Mungkin lambat jawapannya. Tapi setiap orang, Allah beri perbezaan. Kau kena cari jawapannya dengan memohon pada dia. Hanya itu je cara untuk kita tahu... jodoh yang ditetapkan-Nya.”
“Aku setuju. Tapi aku tak bersedia lah Haniem nak tengok jodoh aku siapa. Aku takut hati aku... tak boleh terima kenyataan. Aku perlukan banyak masa.”
“It’s up to you. Tapi bila jodoh dah datang, kau kena terima seadanya. Reda dengan ketentuan Allah.”
Qila mengangguk.
Mereka terus menyiapkan kerja lagi sehingga akhirnya petang menjelma. Haniem dan Qila solat terlebih dahulu lalu mereka mula melangkah ke kereta untuk pulang ke rumah keluarga Haniem.
Tiba sahaja di sana, Haniem disapa mesra oleh Fatin yang sudah pasti merinduinya. Haniem memeluknya erat lalu bersalaman dengan Hanis, Encik Malik, Puan Zahara dan Haris yang kini sudah pulang.
Haniem dan Qila diberi berehat di ruang tamu manakala Encik Malik dan Puan Zahara di dapur menyiapkan makanan.
“Buku?” Pelik Haniem menatap Haris yang membaca buku di hujung sudut.
Hanis ketawa. “Ya. Sejak dia balik dari universiti ni, melekat je dengan buku. Dah tak macam dulu. Game 24 jam.”
“Kenapa?”
“Katanya nak menimba ilmu sebab nak capai cita-cita dia. I think dia berubah semuanya sebab seorang perempuan. Sekarang cuti semester dan budak perempuan tu dah balik kampung dia dan banyak juga lah dia ajar Haris masa dekat universiti dulu. Haris pun kata dia nak pergi kampung perempuan tu sebab nak sambut birthday dia yang tak lama lagi tu.”
Haniem tersenyum melihat adiknya.
“Wah, ingatkan dalam drama je watak lelaki tu berubah bila jatuh cinta. Realiti pun sama.” Tegur Qila.
“Ayah kata baguslah kalau dia macam tu. Tak adalah ayah risaukan dia bila dia 24 jam dengan game. Ayah pun kalau boleh nak lah dia berubah sebabkan kata-kata.”
Qila mengangguk.
“Biarlah Haris tu. Bagus dia nak belajar. Hanis macam mana?”
Hanis ketawa. “Macam mana apanya akak? Just a few months, dapatlah Fatin merasa adik lelaki dia ni.”
“Lelaki?!”
Hanis mengangguk gembira. “Hanis pergi check hari ni dan doktor kata It’s a boy. Fik sangat gembira.”
Fikri tersenyum.
“Untunglah! One girl, one boy.” Balas Qila.
“Tulah. Tak sangka yang Hanis dapat baby boy. Tapi itu anggaran je dan tak mungkin boleh jadi betul. Cuma kami berharap dia boleh jadi boy.”
“Alah tak apalah kalau bukan boy pun. Asalkan dia keluar dalam keadaan yang perfect dan sihat.”
Hanis mengangguk dengan kata Qila.
“Jomlah makan. Ayah dengan ibu dah siap dah masak rasanya.”
“Jom.”
Mereka berenam mula melangkah hendak ke meja. Namun langkah Haniem terhenti apabila telefonnya berdeting. Qila turut berhenti seraya melihat Haniem yang membaca mesej di telefon bimbitnya. Wajah Haniem membimbangkannya.
“I gotta go. Please beritahu parents aku yang aku tak boleh nak ikut sekali.” Katanya kepad Qila lalu beredar pergi.
“Haniem! Kau nak pergi mana?”
“Maya. Urgent!” Hanya itu yang dibalasnya apabila dia masuk ke dalam kereta.
Haniem memandu keretanya menuju ke tasik yang dia selalu pergi. Perjalanan yang memakan masa sejam terus buatkan Haniem tiba. Tanpa cukup kaki nak melangkah, Haniem mencari kelibat Maya dalam cuaca gelap hampir nak hujan ini. Sekarang sudah agak malam dan Haniem masih dapat melihat Maya di hadapan tasik sambil memegang gunting di tangannya. Haniem segera mendekatinya lalu membuang gunting itu ke dalam tasik. Maya memeluknya erat.
Haniem membawa Maya ke bangku lalu dia duduk bersama-sama dengan Maya. Dia menatap Maya dengan penuh rasa kasihan apabila gadis itu tak berhenti menangis.
“Kenapa ni?” Tanya Haniem.
“Abang Ad!”
Hati Haniem berdegup pantas. “Kenapa abang Ad?”
Maya tak menjawab namun terus menangis.
“Maya, please beritahu akak kenapa dengan abang Ad? Something happen to him?”
Maya tak menjawab lagi.
Hati Haniem luluh. “Maya tolonglah kuatkan semangat dan beritahu akak apa yang tak kena. Abang Ad, terjadi apa-apa ke?”
Maya menggeleng. “Abang Ad.... abang Ad dia... dia dah... dah.. dah... rogol Maya.”
Haniem terkejut.
“Kat Kuantan, dia perangkap Maya masuk dalam bilik hotel dia dan dia boleh cakap dia tak ingat semua tu. Dia terus lari balik tinggalkan Maya. Dia... dia dah buat Maya jadi kotor selama ni.”
“Tak mungkin abang Ad macam tu!” Haniem meleraikan pelukannya dan menjauhkan diri daripada Maya.
“Percayalah akak. Selama ni, Maya cuba beritahu akak apa yang terjadi. Tapi Maya tak sure yang abang Ad buat semua tu sampailah kat Kuantan kelmarin. Selama ni dia dah pernah perangkap Maya. Malam yang dia hantar Maya balik rumah dia, dia perangkap Maya. Dia pura-pura tak ingat dan kedua kali ni, dia buat benda yang sama juga.”
Luluh hati Haniem.
“Dia... dia minta Maya untuk tak beritahu akak dan keluarga dia. Tapi Maya.. dah tak sanggup lagi nak tipu akak.”
“A.. apa buktinya?”
Maya menyerahkan sampul surat besar kepada Haniem. Haniem mengambilnya lalu dibuka. Dia terkejut dengan gambar dan ujian kehamilan yang ditunjukkan Maya.
“Sebab Maya duduk rumah akak seminggu tu, Maya nak beritahu akak yang Maya dah mengandung anak abang dua hari lepas pemeriksaan tu. Usia kandungan Maya baru cecah empat minggu. Maya dah buat banyak test dan ini.. ialah anak abang.” Dia menunjukkan lagi ujian DNA yang dilakukannya.
Haniem bangun tak percaya. Dia segera meninggalkan Maya kemudian berlari. Tidak dapat melanjutkan lagi perjalanan, Haniem bersandar di pokok lalu dia meraung menangis.
“Haniem! Ya Allah.” Qila yang tahu pasti ada sesuatu buruk terjadi segera mendekati Haniem. “Kenapa ni?”
Haniem memeluk Qila erat.
“Dah, dah. Aku ada kat sini. Aku dah agak dah yang pasti ada something happend kalau kau sebut pasal Maya. Sebab tu aku ikut kau Haniem. Aku risaukan kau. Biar aku pergi ajar dia!”
Haniem memegang lengan Qila. “No! Dia tak bersalah dalam hal ni.”
“Apa maksud kau? Habis kenapa kau menangis sekarang ni?”
“Ad, Ad dia dah... dah mengandungkan Maya.”
“What?! You must be joking right?!”
Haniem menggeleng. “He did! Semua bukti dah ada dan Maya... Maya mengandung.”
Qila turut terkejut. Dia memeluk Haniem erat.
Tak boleh terus duduk di situ, Qila rasakan Haniem sudah sangat lelah. Dia membaw Haniem pulang ke rumah Haniem kerana dia tahu Haniem takkan mahu pulang ke rumah keluarganya.
Tak disangka, apabila mereka masuk, Adhiyat kelihatan sangat kusut. Dia cuba mendekati Haniem tetapi Haniem bersembunyi di belakang Qila seperti tak mahu terus rapat dengan suaminya. Qila pula mempertahankan Haniem jika inilah yang Haniem mahukan.
“Sayang, sayang abang tahu apa yang dah jadi dan tolonglah... tolonglah bagi abang peluang untuk baiki semua ni.”
Haniem menangis. “Tak ada apa yang... boleh dibaiki.”
“Tak! Abang kena baiki semua ni. Abang difitnah Haniem. Abang tak tidur dengan Maya.”
“Habis, macam mana dengan gambar dan pregnancy test tu?”
Adhiyat memandang Haniem tak percaya. “Pregnancy test?”
Haniem berhadapan dengan suaminya. “Haniem penat dan... dan Haniem faham perasaan abang. Haniem tahu sebabkan Haniem, abang terpaksa buat semua ni. Tapi abang dah janji dengan Haniem yang abang akan setia, akan terus menunggu. Bukan buat dosa.”
“Percayalah sayang yang abang tak perangkap dia! Abang tak tahu tentang Maya yang mengandung. Abang tak minta ini semua.”
“Abang, kenapa abang tak boleh nak kawal nafsu abang terhadap perempuan lain? Ini ke cinta yang abang katakan?”
Adhiyat merapatkan dirinya tetapi dihalang Qila. “Please, bagi saya peluang bercakap dengan isteri saya.”
“Bukannya saya tak nak bagi awak peluang Ad. Tapi Haniem, dah penat dan dia baru je tahu perkara sebenarnya.”
“Saya nak jelaskan pada dia.”
Qila mengerling Haniem yang mengangguk. Qila terus melangkah keluar dari rumah memberi mereka berdua peluang berbual bersama.
“Sayang, abang betul-betul tak buat semua tu. Abang bawa Maya ke sana dan abang rasa nak pitam...”
“Abang atau Maya yang nak pitam?”
“Abang rasa abang! Abang tak tahu Maya yang ambil abang dan abang tak tahu macam mana kami boleh... boleh ada di bilik yang sama.”
Haniem menyeka air matanya. “Haniem terlalu kecewa dengan abang. Haniem ingatkan abang akan setia dengan Haniem. Tapi sebelum ni, abang buat benda yang sama juga. Abang tahu betapa sakitnya hati Haniem bila janji setia abang, abang langsung tak kotakannya? Abang cakap abang sayangkan Haniem, akan setia dengan Haniem, akan jujur pada Haniem, tapi kenapa abang tetap tak boleh kawal nafsu abang?”
“Sayang kena percayakan abang.”
“Macam mana Haniem nak percayakan abang kalau bukti semuanya terarah pada abang? Ujian DNA yang Maya buat, pregnancy test, gambar abang dan... semuanya tentang abang ada dalam sampul surat tu! Haniem... hanya nak abang setia dengan Haniem dan bukannya menduakan Haniem. Kalau abang nak anak, beritahu Haniem dan ceraikan Haniem.”
“Abang takkan ceraikan Haniem!”
Haniem mengalirkan air matanya lagi. “Kalau cinta abang adalah cinta yang Haniem harapkan di hari pernikahan kita, sekarang cinta abang hanyalah kata-kata abang ucapkan dan Haniem percayakannya. Abang... dah musnahkan hati Haniem dan Haniem tak sanggup lagi.”
Melihat isterinya begitu, Adhiyat sebak. Dia tak pernah bayangkan dia akan kehilangan Haniem.
“Haniem.. bencikan abang.”
Ya Allah, perkataan itu tak pernah wujud di mulut Haniem. Kini ia sama berbisa di masa Haniem membenci Huzair.
Share this novel