bab 49

Romance Completed 1369

HANIEM dikejutkan dengan air yang menitis di atas dahinya. Dia menyapu kemudian perlahan-lahan membuka mata dia. Dia tak terkejut melihat Adhiyat yang kini baru selesai mandi namun sedang membawa sarapan untuk dia. Suaminya itu mengeringkan rambut dia apabila sedar air rambutnya dah mengejutkan Haniem. Setelah itu dia kembali semula ke katil dengan bunga ros merah dikucup manis.

“Nah, untuk isteri saya. Lambang cinta saya pada dia.” Dia menyerahkan bunga itu kepada Haniem dan dibuatnya.

“Terima kasih. Well, awak seronok?”

“Seronok sangat bila ada dengan awak dan awak dah buat saya rasa... gembira tak terkata. Inilah perkahwinan yang saya harapkan selama hidup saya.”

Haniem dan Adhiyat bertatapan sebelum Adhiyat mencuit dagunya. “Makanlah. Saya bawakan spesial untuk awak daripada cef kat sini sendiri. Ini sarapan orang Sabah.”

“Awak tak makan sekali?”

“Sebenarnya, saya bangun awal tadi sebab... lapar.”

Haniem ketawa. “Tulah awak. Semalam saya kata kita makan dulu awak tak nak. Gatal sangat!”

“Alah, semalam kan malam romantik dan saya takkan sia-sia kannya. So, saya pergi makan dulu tadi dan saya pun bawakan untuk awak sekali. Awak makan dan nanti kita keluar lagi. Saya teringin nak naik kapal persiaran sambil tengok view pulau Sabah.”

“Tak sabar-sabar lah. Tapi kita kena kemaskan barang dulu sebab esok dah nak balik. Dalam bilik air tu, saya tak fahamlah berapa banyak berus gigi awak guna.”

“Alah, saya simpan berus-berus gigi saya untuk travel sampai.. sampai saya tak ingat yang mana dah guna dan yang mana tak guna lagi.”

Haniem memandangnya tak percaya. “Apa salahnya kalau awak buang?”

“Eh sayang, zaman sekarang, kalau kita buang sesuatu yang dikatakan DNA, orang akan ambil kesempatan tau. Tak kiralah dari perubatan tradisional ke perubatan moden.”

“Apa awak nak takut. Kalau iman kita kuat, tak mungkin itu akan terjadi.”

Adhiyat duduk berhadapan Haniem kemudian mencubit pipinya manis. “Awak ni banyak cakap lah kan? Cantik, comel dan seksi. Apa kata kalau awak makan je, bersiap dan kita boleh keluar. Esok kita dah nak kena balik dan saya pun dah tak boleh nak cuti lagi.”

Haniem mengangguk.

Adhiyat menatap Haniem yang sedang bersarapan sehinggalah isteri dia selesai lalu dia masuk ke dalam bilik air membersihkan dirinya. Adhiyat pula menyarungkan pakaian di sebelum panggilan daripada Fikri masuk. Adhiyat tersenyum kemudian mengangkat ke luar homestay dia yang merupakan kawasan laut.

“Hello, rindu aku ke?”

“Hello. Memang tak lah aku nak rindukan kau. Well, aku call ni.. nak lah tanya perkembangan kau kat sana.” Ujarnya.

Adhiyat ketawa. “Perkembangan? Kau tu sekarang office hour kan? Macam mana kau boleh call aku pula? Curi tulang lah kau ni!”

“Sebelum ni aku tak pernah curi tulang tau.”

“Habis, kenapa kau call aku?”

“Aku tahulah kau tengah berbulan madu sekarang.”

“Ha tahu pun! Habis yang kau kacau aku berbulan madu ni kenapa? Masa kau berbulan madu, aku tak pernah tau kacau kau.” Balasnya.

Fikri mengetap. “Actually aku call kau ni pun sebab... sebab aku nak cakap pasal pekerja baru masuk office tu.”

“Oh, kau dah recruit dia ke?”

“Dah.”

“Baguslah. Tapi kenapa kau macam... dengar tak happy je? Dia tak bagus ke? Kau kenalah sabar sebab Mika pun cakap dia ni troublemaker. Tapi dia kawan Mika dan dia nak cari pengalaman je. Lagipun tak lama. Dua bulan, baliklah dia ke company dia.”

Fikri mengeluh. “Kau tak kenal ke Osman.. Yusuf?”

“Tak. Nama.. dia ke?”

“Ya. Osman Yusuf.. roomate aku masa kita belajar kat universiti dulu. Like, junior kau dan satu sem dengan aku. Patutlah masa aku baca resume dia, aku macam dah syak something. Tak sangka apa yang aku kata negatif tu ialah kenyataan.”

“Oh, jadi.. kawan kau lah ya. Baguslah kalau kau ada kawan.”

Fikri sekali lagi merengus. “Tak baguslah! Mamat ni kekwat gila dan aku simpan rahsia besar dia yang dia tak nak aku bongkarkan kat kau dan aku takkan bahaya kan hidup aku bongkarkannya. Apahal recruit dia Ad? Kau tahu tak, hidup aku tak tenang sejak dia datang office ni tau.”

“Relax lah. Dia dua bulan je.”

“Dua bulan je? Rasa macam dua tahun tau. Lebih-lebih lagi perangai dia kat office ni, Allah je tahu betapa sakitnya nak dilihat.”

Adhiyat mengeluh. “Habis, kau nak aku buat apa? Kau tahu tak, dia ni bekerja di syarikat yang besar dan apa yang dia nak cuma pengalaman di syarikat kita dengan baiki kesalahan dia bila kat sana. Nanti syarikat kita juga dapat reward daripada syarikat dia.”

“Lebih bagus kalau kita tak dapat reward lah Ad!”

“Lepastu nanti kita yang kena saman sebab pecat pekerja tanpa bukti yang sah dalam kontrak.”

Fikri memang tak boleh bekerja satu bangunan dengan Osman.

“Sabarlah.”

“Sabar? Kau tahu tak, macam-macam yang dia buat kat office ni. Bila kau masuk office, kau tahulah apa yang dia buat dan kau rasalah kesakitan yang mendalam tu.”

Adhiyat tersenyum. “Okey. Aku akan masuk office lagi tiga hari and aku akan tengok perangai dia macam mana sampai kau tak boleh tahan sangat tu.”

“Deal! Kalau dia menyakitkan hati kau dan para pekerja lain, kita pecat dia. Okey?”

“Kalau seteruk tu yang dia buat, apa salahnya.”

“Then okey! Enjoy lah honeymoon kau tu dan cepat sikit balik office. Aku dah serabut kepala dah bila ada yang datang mengadu tentang perangai si Osman ni.”

Adhiyat tersenyum. “Okey.”

Setelah perbualan dia dan Fikri tamat, Adhiyat menatap ke luar terlebih dahulu. Dia kemudiannya masuk ke dalam dan melihat Haniem sudah siap berpakaian dan bertudung juga.

Mereka berdua berjalan keluar dari homestay menuju ke kapal persiaran yang telah tiba. Adhiyat memegang tangan Haniem semasa wanita itu hendak naik ke kapal itu. Haniem hampir hendak jatuh tetapi ditangkap Adhiyat. Kedua-duanya ketawa dengan penuh rasa bahagia. Mereka duduk di tempat duduk paling depan dan bergambar juga dengan pemandangan yang cantik. Namun anak mata Adhiyat penuh minat pada seorang bayi lelaki di sebelahnya. Haniem yang perasan turut tersenyum bangga.

Setelah puas bersiar-siar dengan kapal persiaran tadi, mereka duduk di pantai dengan dibentangkan tikar kain bersama dengan buku. Kedua-duanya membaca buku kegemaran mereka tetapi Haniem tetap teringat tentang apa yang terjadi di kapal tadi sehingga dia menatap Adhiyat.

“Awak suka.. budak-budak?”

Adhiyat ketawa. “Siapa je yang tak sukakan budak-budak Haniem? Awak jadi guru besar dekat tadika pun awak sukakan budak-budak. Kalau tak, tak adanya awak nak jadi cikgu tadika kan?”

Hanim mengangguk.

“Saya sukakan budak-budak dan saya rasa hidup macam diorang tak ada apa-apa masalah. Pada saya juga, budak ni tak salah kalau ada sesuatu yang terjadi berkait rapat dengan diorang. They.. innocent.”

“Betul. Saya pun tak suka nak marahkan budak-budak kat sekolah yang tak dengar cakap sebab itulah yang diorang buat.”

Adhiyat mengangguk. “Jadi saya tak kisah pun ada anak banyak mana sekalipun sebab... saya sukakannya.”

“Yeke? Bukan sebab awak ni.. gatal?”

“Itu mungkin salah satu daripadanya.”

Haniem mencubit lembut bahu dia membuat Adhiyat ketawa senang.

“Macam mana kalau.. saya tak boleh mengandung?”

Adhiyat mengetap. “Haniem, tak baik tau awak cakap macam tu. Kata-kata tu kan sebuah doa dan saya tak nak awak berdoa yang bukan-bukan. Rezeki tu kat rahsia Allah dan kita hanya mampu sabar je.”

“Saya tahu. Tapi saya cuma nak tahu je.. macam mana awak kalau saya tak boleh... mengandung.”

“Saya akan usahakannya dan saya... akan pastikan kita berdua peroleh apa yang kita nak. Ya, mungkin lambat untuk dapat semua tu. Tapi saya tak kisah. Asalkan saya... ada awak.”

Haniem mungkin yakin dengan kata-kata Adhiyat sekarang. Namun dia tetap memikirkannya jika kemungkinan hal itu memang benar-benar terjadi. Dia mahu jadi seperti Hanis yang sebulan lebih kahwin, dia dan boleh dapat anak. Tak mustahil rezeki Allah itu cepat dan lambat.


“Dahlah, tak payah nak cakap pasal anak sekarang. Kita baru je kahwin dan saya rasa lebih baik kalau... kita fikirkan tentang masa depan kita yang lainnya selain anak.”


Haniem menarik nafas tenang. “Apa yang saya nak dalam masa depan kita selain anak, saya nak awak setia je dengan saya. Saya takut hari-hadi fikirkan yang awak mungkin, takkan setia dengan saya.”

Adhiyat merenggangkan badannya dan melepaskan tangan Haniem yang di pegangnya. Dia memandang sekeliling sebelum melihat beberapa wanita asing yang berada tak jauh dari mereka. Salah seorang daripadanya melambaikan tangan dia pada Adhiyat dan Adhiyat membalasnya dengan senyuman.

Haniem sedikit marah melihat perilaku suaminya yang tak mengendahkan nya. Dia terus bangun dengan marah menutup bukunya lalu melangkah pergi ke bangku yang lainnya. Adhiyat mengejar Haniem tetapi dia hilang jejaknya. Dia melihat Haniem berada di pokok bawah teduhan matahari. Adhiyat tersenyum dan sebelum ke sana, dia membeli dua batang aiskrim. Adhiyat mendekati Haniem sambil menghulurkannya aiskrim di tangan dia.

“Makanlah dengan perempuan mat salleh tadi. Awak memang suka yang macam tu kan?”

“Mana awak tahu taste saya?” Usiknya lagi.

Haniem merengus sambil hendak melangkah pergi sebelum tangannya dipegang Adhiyat.

“Awak tak kesian ke tengok saya pegang ni semua? Banyak tau barang.”

“Tak! Baguslah kalau awak pegang dan rasakan tanggungjawab yang besar tu.”

Adhiyat ketawa sambil meletak barang di tangannya ke bawah. Dia memegang tangan Haniem manis. “Awak nak risau apa Haniem kalau saya sentiasa ada untuk awak, sentiasa cakap saya cintakan awak setiap masa? Saya tak kisah siapa pun perempuan yang nak mengurat saya. Anak mata saya.. untuk awak.”

“Habis tadi awak buat apa?”

“Tadi saya nak test kalau-kalau.. awak ni cemburu buta ke tidak. Ternyata awak tak cemburu buta, tapi awak cemburu membuat saya pasti hati saya dan awak terikat untuk satu sama lain.”

Haniem perlahan-lahan menatap Adhiyat.

“Tak kisahlah kalau dunia saya berputar banyak mana sekalipun, saya tetap nak bersama dengan awak. Kalau takdir menghalang cinta kita, saya akan terus berdoa untuk kekalkan awak sebagai isteri saya hingga nafas terakhir saya. Allah tahu cinta kita suci. Saya takkan pernah... lepaskan awak sebab saya cintakan awak setiap saat, minit, jam, hari, minggu, tahun dan abad. Tak pernah sesaat pun saya pudar hati untuk awak. Allah tahu... saya cintakan awak.”

Hati Haniem terubat. Dia tersenyum pada suaminya.

“Saya tak nak awak... marah lagi. Saya nak awak tahu cinta saya pada awak.”

“Baiklah. Saya minta maaf sebab salah faham dan saya harap awak tak buatnya lagi.” Pinta dia.

Adhiyat mengangguk. “Abang akan cintakan Haniem seumur hidup abang.”

Nama panggilannya berubah buatkan hati Haniem makin berbunga gembira. Dia dah Adhiyat berpelukan bahu buat seketika sambil menatap gembira ke pantai di hadapan mereka. Selepas itu, mereka berdua mula pergi mencari makanan untuk meneruskan lagi pengembaraan mereka yang lainnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience